“Ulaa ika kal an’am, bal hum adhal”
“Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi!”
As-Sarawaki, 15 Jun 2007: Satu lagi tragedi pilu! Pelbagai rasa-rasa tentunya hadir di hati Mu’min sejati.. Marah.. Terkejut.. Simpati.. Sedih.. Maka di sini benar dan sungguhlah, kemanusiaan dan kasih sayang sudah kian mati kini! Sebelum ini saya ada menulis satu entry tentang Berita Gempar: Ustazah Ditemui Mati Dibunuh, namun kes pembunuhan yang satu ini lebih tragis dan menyayat hati. Tragedi pembunuhan Allahyarham Muhammad bin Ishak ini bukan tragedi biasa. Ini kerana pembunuhannya dibuat oleh suspek yang amat mengenali mangsa. Suspek juga merupakan pelajar Al-Azhar, yang sedang menuntut ilmu Islam di Bumi Anbiya’ dan diharapkan suatu masa nanti akan menjadi ulama’ ummah!
Astaghfirullah.. Terus persoalan dan kekesalan lahir, bagaimana dengan hakikat keimanan dalam diri?.. Kefasadan semakin menjadi, yang disesalkan ia turut berlaku di kalangan ahli agama.. Maka benarlah apa yang dinyatakan dan dinukilkan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di dalam entrynya bertajuk Akhlaq Itu Bukan Lalang. Melihat kepada kebobrokan demi kebobrokan yang berlaku, wajarlah kita sama-sama hayati Sabda Rasulullah SAW berikut. Marilah kita menjadikan Rasulullah SAW sebagai Qudwah Hasanah!
إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
“Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan dan nilai Akhlaq” (Disahihkan oleh al-Albani)
Berita dari bumi Mansurah (Sumber: E-mail dan Laman Web PMRAM)
Bumi Mansurah diselubungi kesedihan yang amat apabila seorang pelajar Muhammad bin Ishak (Terengganu) meninggal dunia pukul 1.00 pagi di Hospital Dauli akibat cedera parah. Banyak kesan tikaman di seluruh badan termasuk di leher, mata, paha dan yang paling teruk di kepalanya. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 7.00 malam, hari Rabu, 13 Jun yang lepas di sebuah rumah pelajar Malaysia berhampiran pasar di Dirasat, Mansurah, Mesir.
Mangsa yang sedang menghadap komputer diserang dari belakang dan bergelut sehinggalah ditetak seluruh badan dengan 3 bilah pisau, antaranya pisau pemotong daging yang baru dibeli. Mangsa yang ditetak bertalu-talu lari ke anjung rumah dalam keadaan berlumuran darah dan dilihat oleh sebahagian penduduk tempatan yang berada di pasar, berhampiran tempat kejadian. Mereka cuba untuk membantu mangsa dengan naik ke tempat kejadian dan mendapati beliau dalam keadaan terbaring serta berlumuran darah. Di situ juga mereka mendapati ada seorang lagi pelajar Malaysia lain (suspek) di sisinya yang turut berlumuran darah. Nota: Menurut berita Bernama.com, suspek berasal dari Dengkil, Selangor.
Penduduk tempatan berbangsa Arab telah menangkap suspek untuk diserahkan kepada pihak polis. Sehingga kini, pihak polis masih melakukan siasatan ke atas suspek terhadap kejadian yang berlaku.
Di samping itu, penduduk tempatan juga kemudiannya telah bergegas menghantar mangsa ke Hospital Dauli untuk rawatan. Mangsa sedar dalam pukul 10.00 malam dan ditanya mengapa suspek bertindak begitu. Mangsa menjawab: “Dia tu gila”.. Dan kemudian mangsa dibawa ke ICU. Pihak kedutaan tiba dalam pukul 2.00 pagi dan diberitakan mangsa sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mangsa adalah pelajar Tahun 3 Kuliah Usuluddin jurusan Tafsir Azhar Mansurah. Suspek juga pelajar Malaysia. Suspek mengenali mangsa. Al-Fatihah.
Maklumat Mangsa
Nama: Mohammad Bin Ishak Bin Abdul Rahman
Tarikh Lahir: 09 November 1985
Alamat Di Malaysia: 309-B, Kg. Pengkalan Raja Wali,
Chendering, Kuala Terengganu, 21080 Terengganu
No IC: 851109-11-5051
No Telefon: 09-6174905
Tarikh Tiba Mesir: 17 September 2006
Nama Bapa: Ishak Bin Abdul Rahman
Pekerjaan: Pesara
Nama Ibu: Zaharah Binti Muhammad
Pendidikan:
Sekolah Kebangsaan Chendering
Sekolah Menengah Agama Marang
Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA)
“Kebencian dan Permusuhan Semakin Mengganasi Kemanusiaan..”
Berita versi Utusan Malaysia:
PUTRAJAYA 14 Jun – Seorang pelajar dari Chendering, Kuala Terengganu mati dibunuh dipercayai oleh seorang rakannya yang juga pelajar dari Malaysia ketika sedang mengulang kaji bersama-sama di sebuah rumah sewa di Mansurah, Mesir, malam semalam.
Mangsa, Mohamad Ishak, 22, pelajar tahun tiga kursus Usuluddin mati setelah dipukul dengan kayu dan ditikam bertalu-talu oleh pelajar dari Selangor yang juga berusia 22 tahun dan mengikuti pengajian bahasa Arab di tahun dua.
Kedua-dua mereka merupakan pelajar Universiti Al-Azhar, cawangan Mansurah.
Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Zainal Abidin Kadir ketika dihubungi hari ini berkata, suspek kini ditahan di balai polis sementara jenazah Mohamad akan dikebumikan di Kaherah setelah mendapat persetujuan keluarganya di Terengganu.
Menurutnya, sehingga kini polis masih belum mengenal pasti punca kejadian tersebut namun difahamkan suspek selalu ke rumah mangsa untuk mengulang kaji pelajaran bersama-sama dengan empat lagi rakan yang lain.
“Pada hari kejadian, suspek telah datang ke rumah mangsa namun disebabkan kawan-kawan mereka telah keluar, dia hanya mengulang kaji bersama dengan mangsa di rumah itu.
“Mangsa yang sedang melihat Internet sambil membaca buku kemudiannya dipukul secara tiba-tiba oleh suspek dengan sebatang kayu. Suspek kemudian mengejarnya sehingga ke dapur sebelum mengambil pisau dan menikam mangsa dengan bertubi-tubi,” katanya.
Kejadian itu, tambahnya, berlaku pada pukul 7 petang dan jeritan mangsa telah mengejutkan jirannya sebelum mereka menelefon rakan serumahnya.
Zainal Abidin berkata, rakan mangsa kemudian menghubungi polis dan mangsa yang berada dalam keadaan parah dihantar ke sebuah hospital sebelum meninggal dunia pada pukul 12 tengah malam semalam.
“Mohamad patah tangan akibat dipukul dengan kayu dan tangannya penuh dengan kesan kelar kerana cuba mempertahankan diri sementara badannya penuh dengan kesan tikaman.
“Sementara suspek pula dalam siasatan awal menyatakan bahawa dia tidak tahu kenapa bertindak demikian ke atas mangsa,” katanya yang turut berada di balai polis di situ.
Menurut Zainal Abidin, pihak kedutaan akan menguruskan pengkebumian Mohamad dan jenazahnya akan dibawa ke Kaherah iaitu kira-kira 130 kilometer dari Mansurah.
Sementara itu di Kuala Terengganu, abang mangsa, Husin, 28, berkata, adiknya dipercayai menjadi ‘mangsa lepas geram’ pelajar senior.
“Dia didatangi oleh seorang pelajar senior yang hendak mencari teman serumah adik saya bernama Abdul Kadir.
“Tetapi setelah mengetahui Abdul Kadir tiada di rumah, pelajar tersebut dipercayai dengan tidak semena-mena mencapai sebilah pisau dan terus menyerang biarpun adik saya merayu-rayu supaya tidak dicederakan,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Pangkalan Rajawali, Chendering di sini hari ini.
Tambahan dari BERNAMA: Beliau berkata adiknya akan dikebumikan di Mesir oleh pihak kedutaan Malaysia di sana kerana keluarganya tidak mampu menyediakan kos sebanyak RM10,000 bagi urusan membawa pulang jenazah.
Keadaan Rumah Mangsa Pembunuhan Pelajar Al-Azhar Mansurah, Mesir (Sumber: E-mail dari Qasseh Qaisara):
KUALA TERENGGANU 17 Jun – ‘‘Makcik tidak maafkan dia, apa yang dia buat pada anak makcik adalah zalim, terlalu kejam,” luah Zaharah Mohamad, 58, ibu pelajar Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah, Mesir terhadap tindakan pelajar yang menikam anaknya sehingga mati, Rabu lalu.
Walaupun menyedari segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya, dia tidak dapat menahan sedih dan marah apabila anaknya, Mohamad Ishak, 22, diperlakukan seperti binatang.
Katanya, dia dapat membayangkan bagaimana anaknya ditikam berulang kali tanpa belas kasihan sehingga pisau yang digunakan patah walaupun mangsa cuba melarikan diri sehingga ke dalam tandas untuk mengelak daripada terus diserang.
‘‘Zalim, memang kejam, tiada perikemanusiaan langsung. Dia buat anak saya macam kambing…macam binatang, walaupun Mohamad lari ke dalam tandas, dia tikam lagi, lari ke pintu hingga kain pelekat terlondeh, dia tikam lagi.
‘‘Sekali dia tikam tak mengapa, tapi 10 kali dia tikam. Makcik boleh nampak macam mana dia menikam anak makcik yang sudah telanjang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pangkalan Rajawali, Chendering di sini selepas upacara pengkebumian Mohamad, pagi ini.
Jenazah pelajar yang mengambil kursus jurusan Usuluddin itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dari Mesir kira-kira pukul 9.10 malam tadi dan dibawa pulang ke rumahnya dengan van jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan tiba kira-kira pukul 7.15 pagi ini.
Jenazah kemudian disembahyangkan di rumahnya dengan diimamkan oleh guru sekolah pondok, Abdul Rahman Ahmad sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Laut, Kuala Terengganu kira-kira pukul 9 pagi ini.
Lebih 100 orang menghadiri upacara pengkebumian tersebut termasuk Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh dan Pengarah Jabatan Pelajar Malaysia di Kaherah, Dr. Mohd. Fakhrudin Abdul Mukti serta wakil Yayasan Terengganu.
Mohamad anak kesembilan daripada 12 beradik dikebumikan di sebelah kubur kakak dan adiknya, Zuraida dan Zuarida selepas bacaan talkin yang dipimpin oleh imam Masjid Kampung Laut, Mohd. Rosdi Abdul Rahman.
Walaupun tidak dapat menahan kesedihan, Zaharah berpuas hati kerana dapat menatap wajah Mohamad buat kali terakhir selepas berpisah kira-kira lapan bulan lalu apabila Mohamad melanjutkan pelajaran ke Mesir.
Menurutnya, selepas kejadian itu rakan anaknya yang hanya dikenali sebagai Kadir ada menelefon dan memberitahu perubahan sikap mangsa yang menjadi penakut beberapa hari sebelum itu.
‘‘Malah pada hari kejadian dia berpesan kepada rakan-rakannya supaya pulang awal kerana takut tinggal seorang di rumah sewa mereka,’’ ujarnya.
Zaharah yang mempunyai dua anak yang masih bersekolah tidak akan membenarkan mereka melanjutkan pelajaran ke Mesir selepas ini kerana trauma dengan kejadian yang menimpa Mohamad.
Apabila ditanya sama ada dia sudi memaafkan suspek sekiranya keluarganya datang memohon maaf selepas ini, katanya, belum tentu dia boleh berbuat demikian dan melupakan penderitaan yang ditanggung anaknya sebelum menemui ajal.
Bapa mangsa, Ishak Abdul Rahman, 63, pula berkata, walaupun sedih anaknya meninggal dunia dalam keadaan yang menyeksakan akibat ditikam bertalu-talu, mereka sekeluarga tidak berdendam dengan suspek dan keluarganya.
Jenazah Mohamad selamat dikebumikan (Harakahdaily):
KUALA TERENGGANU, 17 Jun (Hrkh) – Jenazah pelajar Malaysia yang mati dibunuh di Mesir, Mohamad Ishak, 22, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Laut, dekat sini jam 9.25 pagi ini.
Jenazah Mohamad yang dibawa dari Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tiba di rumah keluarganya di Kampung Pengkalan Rajawali, Chendering, Kuala Terengganu jam 7.15 pagi.
Solat jenazah diimamkan oleh Mudir Madrasah Darul Salam Kuala Ibai, Tuan Guru Abdul Rahman Ahmad pada jam 7.45 pagi bersama kira-kira 100 orang, yang turut disertai oleh Bendahari PAS negeri, Haji Mohd Abdul Wahid Endut.
Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Mustafa Ali turut sama menziarah.
Allahyarham Mohamad, pelajar tahun satu kursus Usuluddin, Universiti al-Azhar Cawangan Mansurah, Mesir meninggal dunia selepas dipukul dan ditikam oleh seorang pelajar tahun tiga pengajian Bahasa Arab dari Selangor.
Allahyarham yang mendapat kecederaan parah di kepala dan leher menghembuskan nafas terakhir setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Antarabangsa as-Salam, Mesir. – mks.
“Fitrah Manusia Merindui Kasih Sayang. Malangnya Kasih Sayang Sudah Mati!”
Justeru itu, saya ingin mengajak diri saya dan tetamu ziarah yang budiman sekalian, ayuh marilah kita bersama-sama menjiwai agama dan membangun bersama Islam kerana inilah sebenarnya penyelesaian tuntas dan paling bermakna kepada masalah-masalah ini. Semoga Allah SWT yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahiim melimpahkan rahmat kasih sayangNya kepada kita semua hambaNya. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.
Baca juga: Jangan Pandang Kulit.. Allah Memandang Hati!
Wallahu a’la wa a’lam bissawab.
Takutnya…
Al-Fatehah untuk Mohammad bin Ishak bin Abdul Rahman.
Al-Fatihah…
Itulah dunia sekarang… Astaghfirullah….
Al-Fatihah untuk arwah Mohammad…
Al-Fatihah… Very touching….
Harap-harap tak ada lagi kejadian macam ni…
Nampaknya pihak berkuasa perlu perlu menapis terlebih dahulu mana-mana pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di Luar negara. Pengisian rohani, persiapan mental, kesihatan dan seangkatan dengannya perlu diambik berat.
al fatihah,smga allhyrham d tmpat kan brsama2 dgan org2 yg beriman. Dan phak yg berknaan perlu mgnalpasti dlu latar blakg sseorg plajar yg bakl mlnjutkan pljran di sana agar kjadian sperti ini tdak akan blaku lg.
Mati2 aku ingat Pak Arab yang buat! Ceh! Wat malu orang Malaysia jer natang tuh! X cukup ke kat dalam Malaysia jer nak mengganas?
sy betul2 sedih membaca kisah ni….rasa takut utk lepaskan anak belajar jauh2.tp walau apapun itu kehendak dan takdir Allah……sudah tersurat begitu kehendakNya..walau di manapun berada mati pasti akan datang jua…cuma kita x tau bila masanya.al fatihah buat allahyarham mohamad.
Salam. Kita yang membaca, memandang dan mendengar taklah sehebat keluarganya yang merasa. Semua itu dah takdir kita sebagai hambaNya kena terima dengan hati yang redha. Moga2 rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.
slm..mengerikan dan sungguh menyedihkan..tapi itu semua qada’ dan qadar allah s.w.t tentang kematiannya.mungkin kematianya mengerikan tapi mungkin kedudukannya “disana” membahagiakn..hanya allah yang maha mengetahui..persiapkan diri menemui ajal yang datang tak tahu bila masanya.semoga allah menempatkan allahyarhan bersama para solihin dan mematikan kita dlm husnul khatimah..ameen
subhanallaah.. he was studying when he got killed.. may Allah grant him jannatul firdaws and his family lots of sabr.. ameen..
Al-Fatihah… Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Allayarham Muhammad bin Ishak yang syahid….
al-faatihah!!
semoga jenazah diampuni dosa2nya. ameen.
Sungguh menyayat hati.. Harap keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan yang Allah berikan. Moga mangsa ditempatkan di kalangan yang dikasihi oleh-Nya.. Amiin.
sungguh manusia sekarang banyak yang tidak menggunakan pikiran dan kasih sayang terhadap sesamanya. coba kita pikirkan bersama, Allah saja masih mau memaafkan kesalahan kita semua, masak sih kita hanya manusia biasa yang tidak mempunyai kekuatan apapun tidak bisa memaafkan yang bersalah kepada kita. hendaklah kita renungkan hal ini secara bersama-sama. jika kita sedikit aja mau memaafkan kesalahan saudara kita, mungkin hidup kita akan hidup dengan damai.
saya hanya orang yang masih banyak melakukan kesilapan dalam hidup ini, dari apa yang sudah saya baca saya sangat prihatin sekali, jika orang yang sudah mendekatkan diri kepada Allah masih saja mencerminkan seperti binatang, kalau ini terus terjadi apa yang akan terjadi pada masyarakat awam.
terima kasih sekali atas kesempatan yang telah diberikan kepada saya. wassalam
Terima kasih kepada semua tetamu ziarah yang budiman sekalian di atas komen dan do’a yang dicatatkan.
Sama-sama kita doakan semoga segala ‘amalan dan ibadah Allahyarham Mohammad bin Ishak bin Abdul Rahman diterima oleh Allah SWT dan rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amiin.
“Ya Allah jadikan hati-hati kami kasih kepada ummat. Janganlah kau campakkan kebencian ke dalam hati kami terhadap ummat. Kasihanilah ummat ini.
“Ya Allah ummat menderita …berikan kami kecintaan kepada agama dan ummat. Lantaran hilang kecintaan kepada agama dan kerja agama (Dakwah) ummat menderita Ya Tuhan…
“Ya Allah jadikan kami berkasih sayang kerana agama ini. Lihatlah kami dengan belas kasihan Mu wahai Tuhan…Amin..
al-fatihah kpd arwah mohammad. semoga rohnya ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman. saat2 kematian arwah tiada siapa yg tahu melainkan arwah dggn pembunuh itu shj. al-fatihah……
assalamualaikum…
merujuk kepada kenyataan saudara berkenaan kes ini “Astaghfirullah.. Terus persoalan dan kekesalan lahir, bagaimana dengan hakikat keimanan dalam diri?.. Kefasadan semakin menjadi, yang disesalkan ia turut berlaku di kalangan ahli agama..”
apakah sebenarnya yg bermain di fikiran saudara? adakah ini lahir dari penyesalan terhadap sangkaan saudara bahawa suspek 100% bersalah? atau pun saudara mempunyai sebab yang lebih relevan?
sekadar ingin bertanya.. setelah saya mendapat respon dari saudara, maka saya akan berikan pula respon saya.. kita di sini untuk berkongsi dan bertukar pendapat bukan? jika tidak, mengapa perlu diletak ruangan respon ini. sejauh mana ilmu seseorang tidak cukup untuk menggambarkan/ menunjukkan ketinggian ilmu yang dimilikinya sendiri. Allah lebih tahu, sejauh mana dalam ilmu yang ada di dada kita. maka diharapkan ruangan ini, dapat memberi peluang untuk saudara, diri saya sendiri, dan orang lain untuk berkongsi ilmu.. kerana dalam islam, bukankah tiada darjat? bila ingin menuntut ilmu, layakkah kita manusia biasa untuk menilai seseorang itu cukup ilmu di dada atau tidak?
alhamdulillah.. blog² saudara banyak juga yang saya telah go through dan terima kasih kerana berkongsi ilmu dengan saya dan juga yg lain.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Akhi Raifa dan Ukhti Aisha Umaira;
Terima kasih atas do’a, catatan dan peringatan.
Ukhti Nadiah yang mulia;
Terima kasih di atas komentar ikhlas dan pastinya lahir dari hati yang tulus murni. Sungguh, saya percaya betapa pentingnya sikap bersangka baik sesama pekerja dakwah (dai’e) dalam urusan kebaikan. Semoga kita semua berada dalam keadaan iman yang baik dan terus diberi kekuatan ber’amal liridhalLah.
Kenyataan saudari: “adakah ini lahir dari penyesalan terhadap sangkaan saudara bahawa suspek 100% bersalah?”, saya rasakan hanyalah persangkaan saudari semata. Saya berpegang dengan prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah atau mengaku bersalah. Catatan ini saya tulis lebih bertujuan agar menjadi nasihat, pengajaran, taujihat dan pesan mendalam buat diri saya sendiri (dan mudah-mudahan buat insan lain, juga mungkin buat saudari). Atas segalanya, saya pasti saya dan saudari boleh bersetuju bahawa pendakwah itu tidak ma’sum dan kita yang mengkritik juga tidak ma’sum.
Catatan dan komentar saudari yang seterusnya saya terima dengan sangat baik. Malah saya bersetuju.
Bersama berusaha membiasakan diri dengan sikap: “Aku buat apa yang aku mampu, semoga engkau akan lakukan apa yang engkau mampu”.
Wallahu a’lam bissawab.
“Seorang yang berilmu lebih ditakuti oleh syaitan berbanding 1,000 ahli a`bid (orang bera`mal)”. Maka, semakin tinggi ilmu yang terkandung dalam diri seseorang itu, semakin kuat syaitan laknat menggoda. Siapa yang gagal akan tewas. Tidak kiralah jatuh pada godaan nafsu, mahupun bisikan yang meruntuhkan persahabatan yang dibini. Kononnye, ukhuwwah fillah, tapi menggadaikan nyawa saudara yang dikasihi. Inilah dunia sekarang. Mehnah dan tribulasi mencengkam dan melata disenap sudut… FOR ALL SYABAB FI HAZA AD-DUNYA.. QUMMMM!!
-SALAM DARI MUHANDIS PUSAT ASASI UIAM-
untuk makluman saudara2 sekAlian…
…bekas Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Mesir, Ustaz Hj. Wan Bakar Wan Dagang sedang tenat di Hospital Serdang. Dimohon kepada para sahabat dan taulan terutama di Mesir, supaya mendoakan untuk kesihatan beliau… (beliau menghadapi komplikasi jantung… wallahu a’lam..!)
bekas Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Mesir, Ustaz Hj. Wan Bakar Wan Dagang telah meninggal dunia pada jam 8.33 pagi ahad 2 sept 2007 (waktu malaysia) di hospital serdang. semoga kita dapat sedekahkan al-fatihah dan doakan agar roh arwah dirahmati Allah. amin.
Muhandis CFS IIUM;
Qum!! Hayya ya rijal, hayya bil jihad!
Sahabat;
Terima kasih atas makluman. Sama-sama kita doakan semoga roh arwah dirahmati Allah. Amiin.
salam… al-fatihah. smg rohnya dicucuri rahmat Ilahi dn dtmpatkn di klngn orng2 beriman….
Al-Fatihah untukmu, banyaklah berdoa!
kesian member sekampung dgn ana tu… al-fatihah buat arwah muhammad b ishak… moga dtempatkan bersama para solihin… amin…
its so sad story… dan bersimpati dgn kluarge mangsa tersebut.. xsgka pjnyah skrg nie smkn mgganas..
Bismillahirrahmanirrahim.
I would like to suggest to readers, visitors and the blog author to read about schizophrenia. Please educate Malaysians about this disease.
Dicadangkan pembaca, pengunjung dan pemilik blog mengkaji tentang “schizophrenia”. Semoga lebih ramai rakyat Malaysia kenali penyakit ini.
Wallahua’alam bith-thawwab.