Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Disember 2008

Bumi Palestin Yang Dijajah

“The Reality: Palestinian Loss of Land 1946 to 2000!”

 

MASIHKAH…

 

Palestin…

Masihkah mendenyuti jantung hati

Masihkah mengaliri urat nadi

Masihkah membasahi minda aqli

Masihkah menghembusi nafas lahiri

Masihkah menghempasi ombak sanubari

Masihkah menderasi tasik rohani

Masihkah menusuki rasa naluri

Masihkah menyusupi rongga jasadi

Masihkah mengobori roh jihadi

Masihkah dijiwai ummah insani?

 

Palestin…

Masihkah di hati…?

 

MUHTAR SUHAILI

Hannover, Jerman

5 Jun 2004, 1.43pm.

 

GAZA BERHADAPAN JENAYAH KEMANUSIAAN 

Dipetik dari: http://www.amanpalestin.com/

 

Gaza berhadapan dengan jenayah kemanusiaan! Itulah hakikat yang tidak dapat disangkal oleh sesiapapun kini.  Hakikatnya:

 

1) Sumber-sumber rejim Zionis melaporkan pada hari Selasa, 30 Disember 2008 bahawa tentera rejim Zionis telah menculik sekurang-kurangnya 200 lelaki muda penduduk Palestin daripada beberapa bahagian bandaraya Baitul Muqaddis sepanjang tempoh masa empat hari serangan bermula Sabtu, 28 Disember 2008 lalu yang telah membunuh lebih 363 rakyat Palestin dan jumlahnya terus bertambah dari hari ke hari!.  Sumber berita dan info-info terkini, sila layari: http://www.palestinkini.info 

 

[I thought you might be interested in If Americans Knew – what every American needs to know about Israel/Palestine. You can fully view it at, http://ifamericansknew.org/. Israel is the real terrorist!]

 

(selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »

“’Aku Bukan Musuh Harta’ – Kopratasa & Algebra, Lirik Dr. MAZA

“’Taqwa’ Dendangan Rhoma Irama Bersama Band Sonata

As-Sarawaki, 19 Disember 2008: Alhamdulillah! Prof. Dr. HAMKA di dalam buku berjudul ‘Peribadi’ menukilkan: “Meskipun dalam ajaran agama disebutkan bahawa kita tidak boleh suka dipuji, namun manusia jarang benar yang tidak suka dipuji! Kalau memuji itu terpandang tidak bagus, bagaimana hal menghargai? Satu saat kemegahan luar biasa bagi seorang penulis ialah bilamana ada seseorang mengatakan kepadanya bahawa bukunya yang baru telah dibacanya dan amat menarik hatinya. Saya mengaku terus-terang, bahawa itulah salah satu kelemahan kami kaum pengarang. Tegasnya kelemahan saya! Demikian jugalah halnya dalam segala lapangan!”

 

Sungguh benar buah fikir dan pandangan Prof. Dr. HAMKA dalam hal memuji dan memberi penghargaan. Wallahi, ini adalah realiti kehidupan! Sekiranya beliau merasakannya selaku pengarang, kami kaum jurutera juga tidak dapat lari dari ‘penyakit’ dan ‘virus’ ini bila dipuji. Saya sendiri amat merasai hakikat betapa ‘manusia jarang benar yang tidak suka dipuji’ apabila baru-baru ini saya mendapat kenaikan pangkat (dan pastinya dengan kenaikan gaji)!  Pujian, ucapan tahniah dan penghargaan daripada boss dan teman sekerja menjentik naluri si hati kecil sekaligus mencalit rasa bangga, membesarkan hati dan membungakan jiwa sanubari! Ini pengakuan jujur! Malah sering kita mendengar orang menyebut ‘kembang hidung’ dek kerana responsifnya deria ini bila diri dipuji dan bagi yang berkulit cerah, kadang-kadang pipi turut memerah secara spontan semerah berbunganya hati!!

 

Anda pastinya juga pernah menerima pujian bukan? Apa perasaan yang menggelora dan menggelojak di dalam hati kecil kala itu? Pastinya pembaca budiman juga merasai getaran rasa ‘megah’ seperti yang saya dan Prof. Dr. HAMKA rasakan bukan? Benar bukan? Ya? Terima kasih… Saya dapat merasakan denyut nadi anda mengiayakannya! -) Bahkan, saya percaya ini merupakan lumrah selagi kita adalah makhluk Tuhan yang bernama manusia! Inilah romantika yang mewarnai kehidupan insan di dunia. (selanjutnya…)

Read Full Post »

img_9376

 Foto 2008: Abu ‘Izz, Muhammad ‘Izzul Islam dan Ummu ‘Izz”

As-Sarawaki, 14 Disember 2008: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT di atas nikmat sakinah, mawaddah wa rahmah di dalam berkeluarga. Pejam celik dan sedar tak sedar, hari ini genaplah setahun usia perkahwinan saya dan isteri tercinta, Wan Lydia Salmi Wan Junaidi. Khas buatmu isteri tersayang, terima kasih kerana menjadi pendamping dan sahabat yang solehah. Terima kasih di atas segala-galanya! Uhibbuki fillah! Semoga status iman, ilmu, amal, akhlaq, rasa malu, kesetiaan, pengorbanan dan perjuangan demi Islam kerana Allah terus seiring sejalan. Semoga terus cemerlang dunia dan Akhirat. Amiin!

 

Suami Yang Baik Berjiwa Ahli Arkeologi! 

 

Sepertimana yang pernah saya nukilkan sebelum ini, apabila membincangkan tentang perhubungan suami-isteri, saya tertarik dengan satu hikmah yang saya dapati hasil pembacaan novel karya Kang Abik ‘Ketika Cinta Bertasbih – Episod 2’. Di dalam novel tersebut dinukilkan:

 

Suami yang paling baik bagi seorang perempuan ialah seorang ahli arkeologi. Makin tua sang perempuan itu, semakin cinta dan tergila-gila suaminya itu padanya. Maka disarankan kepada para suami untuk berjiwa seorang ahli arkeologi. Semakin lama usia perkahwinan akan semakin bahagia. Kenapa? Ini kerana suami tersebut memandang isterinya semakin bernilai, semakin mahal. Bukankah menurut ahli arkeologi, semakin berusia dan semakin tua sesuatu barang itu akan semakin antik dan mahal. Demikian juga buat para isteri, disarankan untuk berjiwa ahli arkeologi wanita. Maksudnya semakin tua sang suami akan semakin tergila-gila, bertambah sayang dan semakin mencintainya!

 

Apabila saya membaca hikmah ini, saya terfikir dan suka untuk membuat penambahan. Saya berpandangan, suami sewajarnya tidak berkonsep jurutera/ engineer/ muhandis. Hasil pengalaman kerja saya sebagai seorang jurutera, setiap kali ada teknologi baru, maka teknologi tersebut akan digunapakai menggantikan teknologi yang lama. Teknologi yang lama akan diabaikan! Lebih-lebih lagi sekiranya teknologi lama tersebut sering menimbulkan masalah dan sentiasa memerlukan maintenance untuk membolehkannya mampu berfungsi dengan baik! Teknologi outdated sebegini memang sering (wajar?) untuk terus dilupakan dan di’bakulsampah’kan dan mencari teknologi terkini yang lebih ampuh, mantap dan mapan! Apapun, sekiranya teknologi yang sedia ada masih lagi relevan, terus mengalami proses upgrade dan sentiasa up-to-date, mengapa perlu mencari teknologi baru? Namun begitu, tidak menjadi satu kesalahan pada asasnya untuk menggabungkan beberapa teknologi yang sama canggih, sama robust dan sama sophisticated dalam masa yang sama sekiranya terma-terma sistem dapat dipenuhi. Fikir-renungkanlah… 🙂

 

“Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?”

 

Alhamdulillah atas segala-galanya! Sebagai perkongsian dengan tetamu ziarah sekalian, melalui entri ini suka untuk dipaparkan sebuah cerpen yang mencuit dan berpasak di hati yang diperolehi dari salah satu YahooGroups yang disertai. [Kemaskini 2 Januari 2009: Setelah dicari melalui Google, saya dapati cerpen ini adalah karya Saudara ‘Izzat Anwari dengan tajuk asalnya “Sepahit Madu”]. “Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?” merupakan taujihat buat teman-teman seperjuanganku yang Muslimin (sama ada yang belum berkahwin atau belum berkahwin lagi -)). Cerita ini juga saya tujukan khas buat rakan-rakan Muslimat khususnya isteri-isteri solehah di luar sana… Ini satu cerita perjuangan. Sebuah pengorbanan… Sesungguhnya berkorban perasaan merupakan satu jihad!  

Nota: Tergiang-ngiang lagu Cita-citaku!! 

 

Sang Suami;

Muhtar Suhaili (selanjutnya…)

Read Full Post »