Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Jun 2008

Sidang Akhbar Mengenai Laporan Polis Terhadap Anwar Ibrahim

As-Sarawaki, 29 April 2008: Alhamdulillah atas nikmat terjauh dari fitnah! Malaysia sekali lagi akan gempar dengan berita sensasi ini dan secara ringkas, saya mempunyai 2 perspektif mengenainya. Perspektif 1: Memandangkan sistem siasah yang kita ada tidak berjalan atas dasar menegakkan hukum Allah, maka tidak susah bagi mereka yang ‘berani’ untuk membuat laporan fasik! Perspektif 2: Memandangkan ini merupakan kali kedua tuduhan yang sama dikumandangkan selepas huru-hara politik pada tahun 1998, maka pastinya ramai yang ingin ambil tahu kebenaran atau kepalsuan kes berat ini!

 

[Nota: Entri ini sama sekali bukan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Na’uzubillahi min zalik. Menurut Islam, seseorang itu tidak boleh menuduh seseorang itu melakukan zina atau liwat melainkan dengan mengemukakan 4 orang saksi yang boleh dipercayai.]

 

Laporan Polis terhadap Anwar atas dakwaan liwat 

 

28 Jun, 11.53pm – Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa telah meliwat seorang pembantunya. Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

 

Difahamkan Anwar telah menemui beberapa pemimpin parti dalam satu mesyuarat tergempar lewat malam ini. PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang tadi dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar. Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

 

Sila baca lagi di Malaysiakini, Utusan Malaysia, AgendaDaily dan HarakahDaily.

 

Kenyataan Akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim

 

29hb Jun 2008, Shah Alam, Malaysia: Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal hari ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya seperti pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Turkey's team poses on the pitch

Semangat Juang Tinggi Turkiye – ‘Agi Idup Agi Ngelaban’ [Sumber Foto]

As-Sarawaki, 23 Jun 2008: Alhamdulillah, syukur atas nikmat kemenangan! Tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak Turki yang berjaya layak ke peringkat separuh akhir Euro 2008. [Kemaskini: Turki kalah bermaruah 2-3 kepada Jerman di peringkat separuh akhir]. Saya bukanlah peminat tegar bola sepak yang sanggup mewajibkan diri berjaga malam semata-mata untuk mengikuti perlawanan-perlawanan yang disiarkan secara langsung, namun saya seorang yang melazimkan diri membaca akhbar dan berita-berita internet.

 

Interesting Article: Muslims in Euro 2008: A Symbol of Integration?

<Kindly click here to view the full profiles and photos of the European Muslim players (apart from Turkey’s national squad) participating in Euro 2008>

 

Seperkara yang mungkin ramai tidak tahu, saya juga boleh bermain bola sepak dan mungkin (baca: perasan) penjaga gol yang baik. Saya pernah bermain mewakili Pasukan Bernas dalam Liga FAM di FRIM Selangor meskipun hanya sebagai penjaga gol bidang terjun, selain pernah menjuarai Inter-Continental Cup (Piala Antara Benua) UIA mewakili pasukan ‘Malaysia’ menentang pasukan ‘EuroAsia’ hasil kemenangan penentuan tendangan penalti 4-2 pada tahun 2004. Saya masih ingat kata-kata Dekan Kulliyyah Senibina yang mengiringi Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIA ketika penyampaian hadiah pada malam tersebut: “I never thought that SRC President can play football!” (SRC = Students’ Representative Council atau MPP = Majlis Perwakilan Pelajar). Cuma setelah bekerja dan berkeluarga, bola sepak seolah-olah sudah menjadi ‘good old days‘ bagi saya.. 🙂 ‘Ala kulli hal, alhamdulillah! (selanjutnya…)

Read Full Post »

Email Dari Pastor Katolik

Email Bertajuk ‘Renungan Firman Allah’ Yang Diterima Dari Pastor Katolik 

Email Kepada Pastor Katolik Email Kepada Pastor Katolik  

Balasan – Warkah Cinta Buat Pastor Katolik. Pimpinlah Kami Ya ALLAH!

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Biodata Mohammad Nizar Jamaluddin

“Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin”

As-Sarawaki, 19 Jun 2008: Allah سبحانه وتعالى‎ berfirman di dalam Al-Qur’an, Surah Muhammad, ayat 7:  ”يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُم” yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukan kamu.” Firman Allah سبحانه وتعالى‎ juga di dalam Surah Al-Mujadalah, ayat 11: “يَرْفَعْ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ” yang bermaksud “Allah mengangkat orang-orang beriman dan berilmu dengan beberapa darjat dan (ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan”.

 

Sebelum Pilihanraya Umum Ke-12, namanya mungkin hanya dikenali di Kampar dan pendokong PAS Negeri Perak. Namun setelah memenangi DUN N51 – Pasir Panjang, namanya mula menjadi tumpuan media massa, meniti di bibir-bibir rakyat Malaysia dan kemuncaknya ’seperti bermimpi di siang hari’ bertepatan dengan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-51, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru pada 17 Mac 2008! Saya yakin beliau juga semacam tidak percaya, bahkan terkejut dengan amanah Allah tanpa disangka-sangka!

 

Tahukah tetamu ziarah yang budiman bahawa Ir. Mohd Nizar telah memblog sejak Jun 2007? Sila lawati blog beliau di http://kamparinn.blogspot.com/. Sekadar perkongsian, impresi utama yang menarik perhatian saya apabila kali pertama menjejakkan tetikus ke blog beliau pada bulan April yang lepas ialah kata-kata yang beliau tulis sebagai pengenalan kepada dirinya: “Did challenge Rafidah Aziz in General Election 2004 at Kuala Kangsar Parliamentary seat. Lost to her!” yang terjemahannya “Pernah bertanding menentang Rafidah Aziz dalam Pilihanraya Umum 2004 di Kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Kalah kepadanya!” Malah “about me” tersebut kekal sehingga kini! (selanjutnya…)

Read Full Post »

I'm lovin' it

ISLAM Is The Way Of Life… I’m lovin’ it! Are you? [Sumber Foto]

As-Sarawaki, 15 Jun 2008: Alhamdulillah atas kekuatan untuk terus memberi! Perhatikanlah berita gembira dari Allah سبحانه وتعالى‎ di dalam Surah Al-Qasas ayat 67: “Adapun orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal soleh, dia termasuk dalam orang-orang yang beruntung”. Ya, orang-orang yang beruntung! Beruntunglah orang-orang yang merasai kemanisan iman dan kebahagiaan taqwa. Saya berdoa semoga saya dan tetamu ziarah yang budiman sekalian diberkati oleh Allah dengan kemuliaan dan kejayaan. Amiin.

 

Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai menjadi moderator kepada Forum bertajuk “Kepentingan Solat Dalam Sederap Memburu Kegemilangan”, selain pagi kelmarin turut berkesempatan berkongsi ‘buah fikir’ dengan tema “Menghayati Perasaan-perasaan Islam” bersama pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 SM Sains Miri. Pengisian yang disampaikan lebih berkisar kepada bagaimana untuk kita mampu menjadi umat yang hebat dengan ‘Menjadi Seperti Muhammad صلى الله عليه و سلم‘ dan mencontohi kehidupan beragama 10 orang Sahabat-sahabat Nabi yang dijamin Syurga sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah.

 

Berikut adalah senarai 10 orang Sahabat-sahabat Nabi yang dijamin Syurga:

 

1. Abu Bakar As-Siddiq رضي الله عنه
2. Umar Al-Khattab رضي الله عنه
3. Uthman Al-Affan رضي الله عنه
4. Ali Bin Abu Talib رضي الله عنه
5. Talhah Bin Ubaidillah رضي الله عنه
6. Zubair Bin Awwam رضي الله عنه
7. Sa’ad Bin Abi Waqqas رضي الله عنه
8. Abdul Rahman Bin Auf رضي الله عنه
9. Abu Ubaidah Bin Al-Jarrah رضي الله عنه
10. Sa’id Bin Zaid رضي الله عنه  (selanjutnya…)

Read Full Post »

Mesra '08 iPrisma

Mesra '08 iPrisma

Program Mesra ‘08, Ikatan Persahabatan Siswazah Professional Malaysia

As-Sarawaki, 10 Jun 2008: Alhamdulillah atas nikmat persahabatan! Saya pernah menulis di dalam salah satu entri sebelum ini tentang kata-kata mengenai persahabatan yang amat mendalam maknanya. Ia menyebut: “Friendship without self-interest is one of the most beautiful things in life”, yang sekiranya diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu membawa maksud: “Persahabatan tanpa kepentingan diri merupakan salah satu perkara terindah di dalam hidup.” Saya suka menambah betapa “persahabatan atas dasar akidah adalah perkara paling terindah!”

 

Mesra ‘08 iPrisma – Jalinan Ukhuwwah dan Fikrah

 

Alhamdulillah sempena cuti sekolah, pada 5-9 Jun 2008 saya dan isteri berkesempatan ke Kuala Lumpur selain turut serta di dalam program Himpunan Mahabbah yang dinamakan Mesra ‘08 dan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-4 Ikatan Persahabatan Siswazah Professional Malaysia (iPrisma) di Port Dickson pada 7-8 Jun 2008. Persatuan ini menghimpunkan golongan professional dalam kalangan alumni UIAM yang masih terus bergiat aktif dengan aktiviti-aktiviti dakwah dan amal Islami selepas bergraduat atas kapasiti masing-masing. Hala tuju iPrisma ialah ke arah menjadi wadah untuk kesinambungan diskusi ilmiah, merencana aktiviti-aktiviti kebajikan di lokaliti setempat dan sebagai hub penyelenggaraan fungsi tarbiyyah, islah dan dakwah.

 

[Nota: Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan telah dilantik sebagai Presiden UIAM yang baru bagi menggantikan Tan Sri Sanusi Junid berkuat kuasa 2 Jun 2008. Harapan saya sebagai alumni universiti ini ialah semoga UIAM terus kekal sebagai Taman Ilmu dan Budi, terus terpelihara autonomi ilmiahnya dan tidak menjadi medan silat politik!]

 

Alhamdulillah, sepanjang Mesra ‘08, saya telah bertemu semula dengan ramai sahabat-sahabat (senior dan junior) seangkatan dan seperjuangan semasa di kampus dahulu. Seronok juga rasanya apabila mendapat tahu sahabat-sahabat ini telah berjaya menjadi guru (saya meletakkan guru di senarai pertama), pensyarah, doktor, jurutera, peguam, akauntan, perunding motivasi, eksekutif, pegawai bank, dan ramai juga yang bekerja sendiri atau terlibat dalam perniagaan. Namun apa yang pasti, salah satu topik hangat dan menjadi penghias bual bicara semua ‘insan-insan berkerjaya’ ini ialah kesan kenaikan harga minyak yang mendadak! Maka persoalannya, seandainya rakyat kelas pertengahan seperti merekapun mengeluh, bayangkan bagaimana pula rintihan rakyat marhaen?! (Rakyat Marhaen = Setiap Rakyat Malaysia Yang Melarat).

 

[Nota: Saya mengikuti dengan penuh minat rancangan ‘Bersemuka Bersama Media (Debat Khas berkenaan isu Kenaikan Harga Minyak)’ yang menampilkan Datuk Shahrir Abdul SamadMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan YB Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS. Menarik juga apabila Datuk Shahrir dalam nada gurauan menyatakan YB Salahuddin sebagai bakal Menteri Kewangan. Saya terdetik untuk mencadangkan kepada RTM untuk rancangan seterusnya membuat debat terbuka antara YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu sama. Pasti menarik, tertarik dan dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia!]

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Rakyat Marhaen* Menderita Hasil Kenaikan Harga Minyak Negara:

Horror Movie

Pemimpin Kaya-Raya Terus Bangga Dengan Hidup Mewahnya:

Peacock

Rakyat Marhaen*… Miskin Dan Terus Bertambah Miskin:

Rakyat Marhaen

Pemimpin Kaya-Raya… Kaya Dan Terus Bertambah Kaya!:

Putrajaya

* Nota: Rakyat Marhaen = Setiap Rakyat Malaysia Yang Melarat.

Read Full Post »

Older Posts »