Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Februari 2009

AMAL Malaysia

 

Kelas Pengajian Bahasa Arab AMAL Miri pada 18 Februari 2009

“Menghidupkan Budaya Ilmu dan Pembelajaran Sepanjang Hayat”

As-Sarawaki, 27 Safar 1430H: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha ‘Adil yang tiada membezakan antara ‘Arab dan ‘Ajam! Sesungguhnya ketahuilah olehmu bahawa Bahasa ‘Arab adalah bahasa umat Islam dan Bahasa Syurga (Lughatul Jannah). Sila baca: Bahasa ‘Arab, Bahasa Syurga yang mempengaruhi dunia! Bahkan dengan menguasai Bahasa ‘Arab juga akan memudahkan kita mendalami intipati dan pengertian Al-Quran, hadith Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dan kitab-kitab muktabar para ulama’ silam yang kebanyakannya ditulis di dalam Bahasa ‘Arab.

 

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Al-Qur’an yang dibaca dengan Bahasa ‘Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.” (Surah Yusuf: 2)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam:

“Bacalah Al-Qur’an! Kerana sesungguhnya Al-Qur’an itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai pemberi syafaat bagi pembacanya.”  (Hadith Riwayat Muslim)

Imam Hassan Al-Banna, pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin, di dalam wasiat sepuluhnya pernah menyebutkan:

“Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur di dalam Bahasa ‘Arab yang betul kerana Bahasa ‘Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.”

Alhamdulillah, atas dorongan semangat motivasi dari kata-kata di atas serta niat menghidupkan sunnah ilmiah, Yayasan AMAL Malaysia (Miri) mengambil inisiatif mengadakan Kelas Pengajian Bahasa ‘Arab khususnya kepada sukarelawan AMAL Miri dan turut terbuka kepada masyarakat umum yang berminat. Maklumat aktiviti adalah seperti berikut:

 

Tarikh: Setiap Khamis malam Jumaat

Masa: 8.17 malam (Selepas Isya’)
Tempat: Pejabat AMAL Miri, Jalan Bintang
Tenaga Pengajar: Ustaz Nik Mohd Syazmizi Nik Sin dan Ustaz Haris Fadila
Yuran Pengajian: RM20/ sebulan (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »

Keluarga Hj Suhaili

Make A Difference On Someone Else’s Life Today

As-Sarawaki, 25 Safar 1430H: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin atas segala-galanya. Cacamarba! Haru-biru! Keliru! Celaru! Mungkin inilah antara sebaik-baik kata bagi menggambarkan senario hodoh dan politik serba mungkin Malaysia hari ini. Saya sesungguhnya berminat dengan politik dan percaya betapa “politik itu baik, akan tetapi ramai ahli politik yang kurang baik.” Ramai yang berpolitik secara jujur, namun tidak kurang juga yang mengamalkan politik kemunafikan. Saya sentiasa berpolitik (dalam maknanya yang luas dan luwes) meskipun secara zahir tidak di atas pentas parti politik. Sebagai rakyat yang baik di dalam sebuah negara demokrasi berperlembagaan, saya pastinya mempunyai pendirian politik tertentu tetapi buat masa ini saya lebih berminat menumpukan pada usaha dakwah berbanding menekuni silat siasah secara langsung. Apa yang pasti, saya mengimpikan sebuah negara yang aman makmur “baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur”! 

 

[Definisi Politik: Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkahlaku politik juga boleh didapati di bidang korporat, akademik, agama dan institusi lain. Politik adalah seni dan ilmu untuk meraih kekuasaan, di samping turut boleh dilihat dari sudut pandang yang berbeza antaranya:

  • politik adalah usaha yang ditempuh oleh warga negara untuk mewujudkan kebaikan bersama
  • politik adalah hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan pemerintahan dan negara
  • politik merupakan kegiatan yang diarahkan untuk mendapatkan dan mempertahankan kekuasaan di dalam masyarakat
  • politik adalah segala sesuatu tentang proses perumusan dan pelaksanaan kebijakan publik.]

 

Nasihat Buat Pemimpin-pemimpin Politik Tanahair

 

Setelah kali terakhir membacanya pada tahun 2005, saya mengulangbaca Kitab La Tahzan (Jangan Bersedih) karya Dr. ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni. Saya kembali membacanya demi mencari penenang jiwa dalam kekacau-bilauan politik Malaysia hari ini selain mendapatkan aura motivasi dalam mendidik jiwa yang kadangnya diserang virus luntur semangat. Alhamdulillah, sungguh banyak mutiara hikmah yang saya perolehi dan saya tuliskan sebahagiannya melalui entri ini dengan tajuk “Nasihat Buat Pemimpin-pemimpin Politik Tanahair”.

 

Atas segalanya, nasihat utama yang menggetarkan jiwa saya dan sewajarnya menjadi muhasabah seluruh politikus (selanjutnya…)

Read Full Post »

AMAL Malaysia

Mesyuarat Palestin Bersama Kementerian Luar.jpg

YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim mempengerusikan mesyuarat  bersama mengenai pemberian bantuan kepada rakyat Palestin”

PUTRAJAYA, 18 Feb. 2009 (AMAL) – Kementerian Luar Negeri di bawah kepimpinan YB. Dato’ Seri Utama Dr. Rais  Yatim telah mengambil langkah bijak dengan mengadakan mesyuarat bersama NGO (yang telah mengadakan khidmat kepada rakyat Palestin di Gaza) di pejabatnya, Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra.

 

YB. Dato’ Seri Utama Dr. Rais  Yatim menjelaskan tujuan mesyuarat bersama ini diadakan ialah bagi mendapat gambaran sebenar apa yang berlaku di bumi Gaza, Palestin serta mencari kaedah yang lebih berkesan dan bersistematik bagi tujuan penyaluran bantuan dana sebanyak RM18 juta yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia kepada golongan sasar di Palestin. Yayasan Amal Malaysia (AMAL) merupakan salah satu daripada 9 NGO yang dipilih untuk membantu rakyat Palestin melalui inisiatif ini. 

 

Satu Sekreteriat NGO di bawah Kementerian Luar Negeri juga telah dibentuk hasil persetujuan dan persefahaman bersama YB. Menteri Luar Negeri. Selain itu juga, empat bidang kerja/ projek yang menjadi tumpuan di Gaza, Palestin telah dikenalpasti iaitu: 1) Pendidikan & Kanak-kanak (Education & Children), 2) Perubatan & Kesihatan (Medical & Health), 3) Kemudahan Asas (Basic Necessity) dan 4) Kerja-kerja Amal  Kemanusiaan (Humanitarian Works). AMAL Malaysia yang diwakili oleh Hj. Husin Ismail (Presiden) dan En. Abd. Hamid Seman (Ketua Setiausaha) telah menyatakan komitmennya melibatkan diri dalam dua bidang utama iaitu program perubatan & kesihatan serta mengadakan kemudahan asas kepada penduduk Gaza, Palestin.  (selanjutnya…)

Read Full Post »

AMAL Malaysia

Ziarah Dakwah AMAL ke Ulu Kota - Islamnya Mukhtar Bin Abdullah.jpg

“MengIslamkan Gerry ak Kandau (Mukhtar bin Abdullah) [Video»»]”

As-Sarawaki, 20 Safar 1430H: Alhamdulillahi Ta’ala ‘ala kulli hal! Saya sesungguhnya amat bersetuju dengan Prof. Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hasan (mantan Rektor UIAM) yang mengatakan: ”In Politic, everybody is your potential enemy, but in Dakwah everybody is your potential Muslim” yang kira-kira bermaksud “Di dalam politik, sesiapa sahaja berpotensi menjadi musuh anda, akan tetapi di dalam dakwah, sesiapa sahaja berpotensi menjadi Muslim”. Rencah politik semenjak dua menjak ini dan pengalaman berprogram hujung minggu yang lalu benar-benar mengiyakan mutiara kata ini!

 

Alhamdulillah atas dasar persaudaraan dan rasa cinta sesama insan, pada hujung minggu yang lepas iaitu dari 13-15 Februari 2009, Yayasan Amal Malaysia Unit Miri (AMAL Miri) dan Bintulu Iqra’ Center (BIC) dengan kerjasama Harakah Islamiah Sarawak (HIKMAH) Cawangan Sarikei dan HIKMAH Cawangan Sibu telah melakukan Ziarah Dakwah AMAL ke perkampungan Saudara Kita (lebih sinonim di Malaysia dengan gelaran Saudara Baru) di Rh Bandok, Ulu Kota, Pakan, Sarikei. Seramai 26 Sukarelawan AMAL dan HIKMAH telah turut serta di dalam ekspedisi dakwah yang benar-benar mencabar akan tetapi insya Allah memberi kesan di hati. Ya Allah, redhaMu yang kami damba dan terimalah ‘amalan serta pengorbanan kami ini. Amiin Ya Rabb! (selanjutnya…)

Read Full Post »

Header Task Force Miri

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

“Forum Masa Depan, Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009 

As-Sarawaki, 13 Safar 1430H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk insan paling mulia Kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah, pada 6-8 Februari 2009, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri buat tahun ke-4 berturut-turut berjaya menganjurkan Program Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM. Seramai 153 orang pelajar Islam (64 orang lelaki dan 89 orang perempuan) yang cemerlang dan punya potensi cemerlang dari sekolah-sekolah di bahagian Miri, Daerah Subis dan Daerah Baram telah menghadiri program motivasi dan kepimpinan selama 3 hari 2 malam bertempat di Kampung Sukan Petronas Miri ini. 

 

Bacaan tambahan: Kesungguhan Berakidah Demi Mencari Nikmat Beragama!

 

Antara objektif program berorientasikan ReThink, ReFocus, ReLearn, ReEnergize ini dilaksanakan termasuklah:

  1. Mengenal, memahami dan sekaligus dapat memanifestasikan erti kecemerlangan insan yang sebenar
  2. Melestarikan kemahuan membara (burning desire) serta meningkatkan nyala rasa, kekuatan semangat dan ketahanan diri untuk mencapai kecemerlangan berlandaskan persoalan 4W 1H:  What, Why, When, Where, How?.
  3. Memantapkan ciri-ciri pemimpin dalam diri pelajar dan sekaligus membentuk jati diri yang mantap serta berjiwa besar
  4. Penerapan unsur-unsur penghayatan Islam yang syumul khususnya dalam penguasaan ilmu pengetahuan (fardhu ‘ain dan fardhu kifayah) pada diri pelajar.
Jadual Pelaksanaan Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Jadual Pelaksanaan Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

 

 Teruskan pembacaan »

Read Full Post »

Kebodohan Itu Perlu Diajar!

Kesombongan Itu Perlu Dicabar!

“Kebodohan Itu Perlu Diajar, Kesombongan Itu Perlu Dicabar!

As-Sarawaki, 9 Safar 1430H: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, segala puji bagi Allah SWT selama-lamanya yang mengutus Rasulullah SAW dan para Rasul dengan sifat Siddiq (benar dalam perkataan dan perbuatan), Amanah (terpercaya atau dapat dipercaya), Fathonah (cerdas, pandai atau pintar) dan Tabligh (menyampaikan wahyu atau risalah dari Allah SWT).

 

Benarlah kata-kata Hamzah Fansuri:

“Kebodohan itu perlu diajar, Kesombongan itu perlu dicabar!”

 

Atas segalanya, Allah SWT menyukai orang-orang yang jujur! Bahkan kejujuran yang ditambah dengan keikhlasan adalah prasyarat utama untuk mendapat gelaran Mu’min dan beroleh redha Allah. Sebaliknya, salah satu jenis manusia yang tidak dicintai (yakni dibenci) oleh Allah SWT ialah Al-Khaa’inun (Para Pengkhianat). Antara ciri pengkhianat itu ialah suka memungkiri janji, tidak boleh dipercaya, suka bertengkar untuk membenarkan pengkhianatannya, tidak malu berbuat dosa, bersikap tidak konsisten, suka mengambil hak orang lain tanpa hak dan tidak memiliki timbang rasa. Ayat yang secara jelas menyebut para pengkhianat ialah di dalam Surah Al-Anfal, ayat 58:

 

“Dan jika kamu khuatir akan (terjadinya) pengkhianatan dari suatu golongan, maka kembalikanlah perjanjian itu kepada mereka dengan cara yang jujur. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berkhianat!

 

Entri ringkas ini adalah sebagai menyatakan luahan rasa tentang situasi cacamarba di Negeri Perak kini. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Isu Etika Kewartawanan Majalah Remix

“Artikel Majalah Remix: MUDLOGGING – Kumpul Lumpur Dasar Laut

Memohon Penjelasan Majalah Remix

Surat Memohon Penjelasan Majalah Remix Berkenaan Isu Etika Kewartawanan

Surat Memohon Penjelasan Majalah Remix terbitan Utusan Karya Sdn Bhd berkenaan Etika Kewartawanan dan Isu Bahasa

  (selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »