Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Mac 2007

Omar Al-Mukhtar

“Hidup biar mulia, mati biar syahid. ‘Isy ‘azizan aumut syahidan!”

Lelaki bertubuh sasa, tegap dan gagah perkasa yang telah ditelan usia itu melangkah longlai tenang menuju ke tiang gantung. Kedua belah tangannya terbelenggu di belakang. Namun matanya masih tetap bersinar menaruh keyakinan terhadap masa depan negara dan rakyatnya. Raut mukanya tidak menampakkan rasa gentar atau takut menghadapi suasana kematian. Ia begitu gagah walaupun maut sedang menantinya tidak beberapa saat lagi. Ia tersenyum mengimbau kembali peristiwa-peristiwa yang ia lalui sehingga ia ditangkap dan dihukum di tali gantung.

 

Pengorbanannya terhadap negaranya yang tercinta. Ia berpuas hati apa yang beliau telah lakukan selama ini. Ia redha jalan yang dipilihnya sendiri. Sebentar tadi ketika beliau dibenarkan bersolat Subuh, beliau sujud begitu lama sehingga darah yang menyelinap ke seluruh anggotanya terasa kebas-kebas mengadu dan berdoa ke hadhrat Allah s.w.t. supaya Allah mengampuni segala dosa-dosanya selama ini (selanjutnya…)

Read Full Post »

Berkahwinlah!

Mendamba Sakinah, Mawaddah wa Rahmah”

As-Sarawaki, 23 Mac 2007: “Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).

 

Kahwin! Di usia 25 tahun kini, salah satu perkara yang masih terus mendilemma di dalam minda aqli diri ialah tentang perkahwinan. Bukan sekali dua persoalan ini diajukan kepada diri sama ada oleh ahli famili, sahabat handai dan rakan taulan, malah sudah menjadi persoalan lali. Ini ditambah dengan berita teman-teman seperjuangan yang semakin ramai mendirikan rumahtangga malah sudah ramai yang beranak-pinak!

 

Sebenarnya, segala keperluan untuk menunaikan tuntutan fitrah yang dijadikan oleh Allah SWT dan menyempurnakan Sunnah Rasulullah SAW yang satu ini sudah mencukupi. Insya Allah sekiranya tiada aral melintang tahun 2007 akan menyaksikan hasrat mulia ini akan menjadi kenyataan. Persoalan bila dan dengan siapa biarlah rahsia buat masa ini. Apa yang pasti, jiwarasa semakin terpanggil dengan hadith berikut, sebuah sabdaan Baginda Rasulullah SAW yang kian membuka mata hati! Alhamdulillah.

 

Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Amru ra. bahawa baginda Rasulullah SAW pernah bersabda: الالدنيا متاع وخير متاع الدنيا المرأة الصالحة. Maksudnya: “Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia itu ialah wanita solehah”. (Hadith ini adalah hadith sahih riwayat Muslim No. 1467 dan Nasaie, Ibn Majah dan Ibn Hibban serta lain-lain).

 

Kemaskini: Alhamdulillah saya telah mendirikan rumah tangga bahagia pada 14 Disember 2007. Sila rujuk entri-entri terkemudian berikut:

 
 

Sebagai renungan suami dan bakal suami yang budiman, suka untuk dikongsikan 2 artikel amat bermakna bertajuk “Erti Sebuah Perkahwinan: Yang Dibina Di Atas Sebuah Perjuangan” karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan “Tidak Mudah Bergelar Menantu” karangan Ustaz Emran sebagai pengajaran, pedoman dan panduan bersama. Semoga bermanfaat buat insan yang berfikiran dan dalam kelana mencari cinta haqiqi. Semoga ada khairnya dunia dan Akhirat. Amiin.

 

Erti Sebuah Perkahwinan: Yang Dibina Di Atas Sebuah Perjuangan

 

“Ya, saya mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Saya berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu adalah peranan saya di dalam sebuah rumah tangga. Dan seandainya saya menerima apa-apa kebaikan dari isteri, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekali pun kebaikan itu. Saya masih ingat pesanan seorang senior saya di Belfast.” Teruskan membaca artikel ini di sini.

 

Tidak Mudah Bergelar Menantu

 

“Menjadi lumrah bagi setiap pasangan suami isteri apabila menikah untuk berasa gugup dan memiliki perasaan gementar, khususnya di saat-saat waktu hari pertama dan awal pernikahan. Di campur dengan budaya yang kadang-kadang membantu memberi tekanan mental tidak kurang pelbagai cerita dan pengalaman orang memberikan gambaran yang mendebarkan untuk diharungi.” Teruskan membaca artikel ini di sini.

 

Kerana Agama 

 

Wallahu a’la wa a’lam.

 

http://www.muhtarsuhaili.com/

Read Full Post »

Dunia Mahasiswa

“Mahasiswa punya peranan dalam mewarnai perjalanan sejarah
dan pembinaan tamadun kehidupan manusia”

As-Sarawaki 21 Mac 2004 (Refresh):  Seorang sarjana pernah menyatakan; “Insan perlu insaf bahawa kewujudannya mempunyai matlamat, perjalanannya mempunyai haluan dan hidupnya mempunyai tugas dan tanggungjawab.” Justeru, mahasiswa selaku sebahagian daripada entiti penting di dalam masyarakat juga tidak boleh lari daripada mencambahbiakkan kesedaran tentang persoalan pokok ini dan seterusnya wajar bingkas bangun mengkoreksi diri ke arah mengurus kejayaan hidup di dunia dan di Akhirat.

 

Sering diperkatakan bahawa mahasiswa merupakan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. Golongan ini jugalah yang merupakan pelapis berjiwa kental yang akan menjadi aset penting untuk kelangsungan perjuangan bangsa dan agama. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Blue Mosque

Sila Klik Di Sini Untuk Foto-foto Kembara..

As-Sarawaki, 19 Mac 2007: Syukur alhamdulillah! Ziarah ke bumi Istanbul, Turki pada 26 – 28 Safar 1428H bersamaan 16 – 18 Mac 2007 yang lalu sesungguhnya merupakan satu jaulah yang amat bermanfaat dan amat bermakna kepada perasaan insani dan jiwa imani. Wallahi, kembara menjejak sejarah khilafah yang hilang ini diri rasakan jauh lebih memberi kesan kepada jatidiri sekaligus memberi ‘ibrah yang pelbagai berbanding kembara-kembara ke kota-kota Eropah sebelum ini (selanjutnya…)

Read Full Post »

Las Ramblas

Sila Klik Di Sini Untuk Foto-foto Kembara..

As-Sarawaki, 14 Mac 2007: Innal hamda lillah.. Sesungguhnya segala puji selamanya milik Allah SWT! Alhamdulillah pada 19 – 21 Safar 1428H bersamaan 9 – 11 Mac 2007 yang lalu, selama dua hari dan dua malam, diri berkesempatan untuk melakukan kembara dan rehlah fikiran ke bumi Barcelona, Sepanyol.

Alhamdulillah, rehlah fikiran ke Tanah Catalunya ini meransang fikir betapa sejarah itu perlu diambil iktibar dalam membina kembali keizzahan ummat (selanjutnya…)

Read Full Post »

Pemuda

Pencarian Model Mithali Pemuda”

As-Sarawaki, 7 Mei 2004 (Refresh): Kepemudaan salah satu cabang dari kegilaan. Memang kegilaan itu ditakuti tetapi kadang-kadang kegilaan itu perlu untuk mengubah sejarah yang telah membeku. Revolusi yang besar-besar selalu dipelopori oleh kegilaan pemuda. Tetapi setelah babak pertama dan revolusi selesai, datanglah masanya memakai fikiran dan renungan yang timbul dari kearifan.” (selanjutnya…)

Read Full Post »

Mahasiswa

Sama ada kita mencipta sejarah atau menjadi sejarah!”

As-Sarawaki, 25 Februari 2004 (Refresh): “Mengiayakan yang benar dan menidakkan yang bukan”. Inilah yang dinamai syaja’ah. Iaitu berani kerana benar dan takut kerana salah. Prinsip dan perangai yang sihat ini sewajarnya dipegang utuh, dijiwai dan dibudayakan oleh generasi muda amnya dan mahasiswa khususnya ke arah meluruskan ufuk minda dan sekaligus mengangkat martabat gerakan.

Menurut Prof. Dr. HAMKA di dalam bukunya ‘Tasauf Moden’, keutamaan syaja’ah merupakan salah satu syarat yang perlu dalam memantapkan kesihatan jiwa (selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »