Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Alhamdulillah, bermula 13 Jun 2015, saya akan mula menulis di Akaun Facebook “Muhtar Suhaili As-Sarawaki” dan Halaman (Page) Facebook “Muhtar Suhaili”. Semoga ada khairnya dunia dan Akhirat.

Website: http://www.pas.org.my/dewan/dewan-pemuda

“Beristiqamah Hingga Kemenangan!”

Wallahu a’lam bissawab.

“Kenangan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia 2015”

As-Sarawaki, 25 Sya’aban 1436H: Alhamdulillah, puji dan sanjungan adalah hak Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat hamba-hambaNya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada Rasulullah SAW, manusia yang diutus Rabbnya sebagai pemberi dan penunjuk arah, pembawa berita gembira, pemberi peringatan dan penyeru kepada agama Allah dengan izinNya.

Alhamdulillah! Sebagai hamba Allah, marilah kita sentiasa melakukan muhasabah agar terus cemerlang di dalam Sekolah Kehidupan. Ayuh kita teruskan usaha memperbaiki diri dan mengajak orang lain untuk sama-sama memberi sumbangan untuk agama. Sesungguhnya, ‘title is not the measurement of a man but by his contribution’. Rasulullah SAW teladan seluruh umat telah bersabda: “Yang paling disukai Allah ialah mereka yang paling bermanfaat untuk manusia yang lain.”

Bahkan, kita telah diberi berita gembira melalui firman Allah SWT di dalam Kitab Suci Al-Qur’an Al-Kariim yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang soleh ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di syurga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera..” (Surah Al-Hajj, ayat 23).

Beristiqamah Hingga Kemenangan

Alhamdulillah, catatan ini saya nukilkan setelah berakhirnya Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia ke 56 pada 2-3 Jun di Shah Alam dan Muktamar Tahunan PAS Pusat Ke-61 pada 4-6 Jun 2015 di Kuala Selangor dengan tema Beristiqamah Hingga Kemenangan. Catatan ini juga ditulis setelah saya diamanahkan sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bagi sesi 2015-2017 dan memegang jawatan Bendahari (saya dimaklumkan anak Sarawak pertama memegang jawatan ini). Sungguh saya tidak pernah bercita-cita untuk berada di posisi ini! Bahkan saya tidak punya impian tinggi untuk menjadi pimpinan besar dalam PAS!

Teruskan pembacaan »

“Program Jejak Kasih Ramadhan 1436H DPPWP”

Masukkan sumbangan penderma budiman sekalian ke dalam akaun Bank Islam atau Maybank “DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN” seperti tertera di dalam poster di atas.

Sila maklumkan jumlah sumbangan kepada Pengerusi Lajnah Dakwah, Saudara Mukhtar Suhaili (+6016-2339117) atau Pengerusi Lajnah Kebajikan, Saudara Mohd Shahir (+6019-2153225).

Tabung ini dibuka sehingga Rabu, 1 Julai 2015.

Website: http://www.pas.org.my/dewan/dewan-pemuda

“Beristiqamah Hingga Kemenangan!”

Wallahu a’lam bissawab.

“Saff Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia 2015-2017”

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
22 Sya’ban 1436 / 9 Jun 2015

“Kabinet DPPM Sesi 2015 – 2017”

1. Sukacita saya maklumkan bahawa kami saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia Sesi 2015 – 2017 telah mengadakan mesyuarat pertama pada 8 Jun 2015 bersamaan 21 Sya’ban 1436H di Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Mesyuarat berlangsung dalam suasana mahabbah dan penuh ukhuwah.

2. Kami pada mesyuarat tersebut telah menyempurnakan perlantikan Jawatankuasa Harian DPPM dengan taklifan seperti berikut:

2.1. Ketua Pemuda:
YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pengerusi Lajnah Politik)

2.2. Timbalan Ketua Pemuda:
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi (Pengerusi Lajnah Antarabangsa)

2.3. Naib Ketua Pemuda:
Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin (Pengerusi Akademi Kepimpinan Pemuda)

2.4. Setiausaha:
Ustaz Afnan Hamimi Taib Azzamuddin (Pengerusi Majlis Setiausaha Pemuda (Sekretariat))

2.5. Bendahari:
Engr. Muhtar Suhaili

2.6. Ketua Penerangan:
Ustaz Ahmad Fadhli Shaari

2.7. Pengarah Pilihanraya Pemuda:
Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim

2.8. Penolong Setiausaha 1:
Sdr. Nurul Islam Mohamed Yusoff

2.9. Penolong Setiausaha 2:
Sdr. Damanhuri Dol

2.10. Penolong Setiausaha 3:
Sdr. Eikhwan Ali

3. Pihak kami akan menyempurnakan perlantikan penuh jawatankuasa dan portfolio pada mesyuarat kedua DPPM dan selepas selesai siri lawatan ke beberapa negeri untuk tujuan ‘bottom up management review’ pada bulan Ramadhan nanti.

4. Saf bakal ditampilkan ini nanti adalah kombinasi lulusan ugama, profesional dan aktivis dari pelbagai latarbelakang bidang dan kepakaran.

5. DPPM juga merakamkan rasa prihatin terhadap mangsa banjir yang sedang melanda beberapa kawasan di negeri Melaka dan akan mengadakan lawatan segera ke sana untuk menyampaikan sumbangan kewangan kepada mangsa.

Jabatan AMAL telah pun digerakkan ke sana untuk sumbangan tenaga.

Semoga Allah merahmati anak muda Malaysia dengan keberkatan bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba.

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Wallahu a’lam bissawab.

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/35852-pemuda-pas-selesai-bentuk-kabinet

“Dana Tabung Dewan Pemuda PAS Malaysia Untuk Gempa Bumi Sabah”

Masukkan sumbangan penderma budiman sekalian ke dalam akaun Maybank “TABUNG KEMANUSIAAN PEMUDA”

Dana Tabung DPPM Untuk Gempa Bumi Sabah

Atau CEK bayaran kepada “Tabung Kemanusiaan Pemuda”, dan hantar ke alamat di bawah:

Dewan Pemuda PAS Malaysia, Tingkat 2, Pejabat Agung PAS Pusat, No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

Sila maklumkan jumlah sumbangan kepada Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia, Saudara Mukhtar Suhaili di talian +6016-2339117 / +6016-8909717.

Tabung ini dibuka sehingga Isnin, 15 Jun 2015.

Facebook: Facebook.com/DPPMalaysia

Twitter: Twitter.com/DPPMalaysia

Youtube: Youtube.com/DPPMalaysia

Website: http://www.pas.org.my/dewan/dewan-pemuda

“Beristiqamah Hingga Kemenangan!”

Wallahu a’lam bissawab.

i___s___l___a___m

Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Ber’amal Kerana Allah

As-Sarawaki, 2 Jamadits Tsani 1430H: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin atas segala-galanya. Sudah lebih 2 bulan saya ‘berpuasa’ daripada menulis entri baru di blog ini. Maaf kepada yang masih sering menjenguk kerana mungkin mengecewakan antum dan terima kasih di atas kesudian terus bersama-sama mengambil manfaat dari blog yang tidak sepertinya ini. Saya boleh saja memberi pelbagai alasan seperti sibuk bekerja, sibuk berprogram dan sibuk-sibuk lainnya, akan tetapi saya memilih untuk tidak menerangkan alasan-alasan tersebut yang rasanya tidak mengundang faedah untuk didiskusikan. Apa yang pasti, sama-sama kita doakan semoga diri kita semua terus istiqamah dalam kebaikan dan beroleh taufiq, hidayah dan redhaNya sentiasa. Amiin Ya Rabb!

Melalui entri ini, saya ingin menasihatkan diri saya dan mengajak tetamu ziarah yang budiman sekalian melihat asas-asas kejayaan dakwah dengan memetik beberapa kata-kata du’at abad ini sebagai renungan. Entri ini juga mungkin wajar dijadikan perkongsian pintar oleh seluruh ahli dan sukarelawan AMAL Sarawak (yang kini Allah taklifkan kepada saya untuk menjadi Pengerusinya) untuk sama-sama kita memuhasabah diri sekaligus mengorak langkah khair menggerakkan dakwah secara paling berhikmah di Bumi Kenyalang tercinta.

Menjadi Pekerja Dakwah dan Pengembang Amanah Jihad

Imam Hassan Al-Banna rahimahullah pernah menyebut:

“Rijalul qaul (orang yang pandai berbicara) tidak sama dengan rijalul ‘amal (orang yang pandai bekerja) dan rijalul ‘amal tidak sama dengan rijalul jihad (orang yang optimal dalam bekerja). Rijalul jihad pun tidak sama dengan Rijalul jihad yang muntij (produktif) wal hakim (bijaksana) iaitu orang yang mampu memberikan hasil yang optimal dengan pengorbanan yang paling kecil.”

“Sesungguhnya orang yang pandai berbicara itu banyak, tetapi sedikit di antara mereka yang tetap konsisten ketika bekerja. Dan banyak orang yang pandai bekerja tetapi sedikit yang mampu mengembangkan amanah jihad yang berat dan mahu bekerja keras (bersungguh-sungguh).”

Teruskan pembacaan »

Penduduk Berbilang Kaum Di Sarawak.. Sarawak Truly Malaysia!

Born Muslim + Reverts (Converts) = 31% Sarawak Muslims Population

As-Sarawaki, 13 Jamadil Akhir 1431H (Siaran Semula): Alhamdulillah, segala puji bagi Allah! Alhamdulillah atas nikmat Islam yang syumul yang menjadi dasar dan prinsip kepada semua kegiatan sama ada sosial, pendidikan, ekonomi, politik dan lain sebagainya! Selamat Ari Gawai Dayak. Ngajih ka kita gayu guru, gerai nyamai, lantang senang nguan menua! “Gayu guru gerai nyamai” bukanlah ucapan sempena Hari Guru tetapi ucapan sempena Hari Gawai Dayak yang dirayakan setiap 1 Jun setiap tahun di Sarawak. Frasa Bahasa Iban “Ngajih ka kita gayu guru, gerai nyamai, lantang senang nguan menua” bermaksud lebih kurang “mudah-mudahan kita beroleh kesejahteraan, kesihatan, nasib yang baik dan hidup bahagia aman makmur di tanahair”. Buat masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut di Sabah pula, Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan atau dalam Bahasa Melayu, Selamat Hari Pesta Menuai!.

Sebagai permulaan entri ini, berikut dikongsikan ensiklopedia mengenai Hari Gawai Dayak yang diperolehi daripada Wikipedia:

Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum Dayak Sarawak, terutamanya Iban dan Bidayuh. Gawai Dayak merupakan hari menuai dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964, apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun 1965.

Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuan di persembahkan kepada dewa padi untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.

Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Sebatang pokok yang dikenali sebagai ‘ranyai’ akan didirikan di tengah ruang dan dihiasi dengan makanan dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang dikenali sebagai ‘ngabang’. Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut.

Entri ini bukan mengenai Hari Gawai Dayak! Bukan juga entri untuk mengajar Bahasa Iban. Entri ini sesuai dengan tajuknya cuba untuk sama-sama mengajak tetamu ziarah yang budiman dan beriman untuk memikir serta membincangkan tentang “baka ni dakwah kita wai?” yakni “bagaimana usaha dakwah kita saudara?” terhadap masyarakat Dayak. Teruskan pembacaan »