Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Februari 2007

Korea In Memory

Sila Klik Di Sini Untuk Foto-foto Kembara.. 

As-Sarawaki, 17 April 2006 (Refresh): Alhamdulillah, segala puji-pujian selamanya milik ALLAH SWT, Ilahi Rabbi, Tuhanku yang Maha Pengasih dan Penyayang. Setelah lebih setahun semenjak 20 Januari 2005 saya tidak ke luar negara, alhamdulillah hari ini, 5 April 2006 sehingga 11 April 2006 saya dan Sdr Anuar Marikon diamanahkan oleh jabatan PVD untuk ke Incheon, Korea Selatan atas urusan Local Part Vehicle Verification 2 (LPVV2) Parts’ Review untuk kereta model terbaru Perodua iaitu model berkod D18D.

CATATAN HARI PERTAMA – 5 APRIL 2006

Kembara kali ini merupakan permusafiran kali ke-7 ke luar negara. Alhamdulillah, sebelum ini telah beroleh kesempatan untuk rehlah sambil melihat kebesaran ALLAH SWT ke bumi Jerman (Latihan Industri Kejuruteraan di Hannover selama 3 bulan dari April – Jun 2004), Indonesia (Lawatan Keluarga ke Sulawesi Selatan pada tahun 1996 dan Lawatan Sambil Belajar ke Sumatera Barat ketika menjadi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIA pada Januari 2004), Selatan Thailand (2003) dan Singapura (Februari dan Oktober 2002 serta Januari 2005 yang mana dua daripada ziarah ke Singapura ini sempena sambutan Hari Raya ‘Idul Adha).

Sebelum berangkat ke Korea, saya menerima sms dari seorang sahabat: “Pemahaman orang Korea terhadap Islam berada pada tahap yang rendah. Semoga dengan fikir dan do’a anta, hidayah Islam akan tersebar di sana.” Wah! Dalam hati mengatakan ini gambaran awal yang perlu disematkan dalam hati. Yalah al-maklum, meskipun tujuan kembara kali ini atas urusan kerja sebagai muhandis Perodua (Nota: Muhandis ialah perkataan bahasa Arab bagi Jurutera/ Engineer), namun sebagai Muslim dan mudah-mudahan mu’min yang sejati, tugas dakwah selaku dae’i dan memperlihatkan keindahan dan kesyumulan ad-Deen serta menyebarluaskan syi’ar Islam di mana jua dan bila-bila masa sahaja adalah tugas dan tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan dan diambil enteng sama sekali.

Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdurrahman Mu’adz bin Jabbal r.anhuma, Rasulullah SAW bersabda, “Bertaqwalah kamu kepada ALLAH di mana pun kamu berada, iringilah kesalahanmu dengan kebaikan nescaya ia dapat menghapuskannya dan pergaulilah semua manusia dengan budi perkerti yang baik.” (HR. Tirmidzi. Ia berkata, “Hadith ini hasan. Dalam kitab lainnya dikatakan, bahawa hadith ini hasan sahih”). (selanjutnya…)

Read Full Post »

Grazie Venezia

Sila Klik Di Sini Untuk Foto-foto Kembara..

As-Sarawaki, 19 Februari 2007: Imam Shafie rahmatullahi ‘alaih telah berkata benar dengan kata-katanya tentang faedah bermusafir. Beliau menyatakan: “Bermusafirlah kamu, kamu akan bertemu ganti dengan orang yang kamu tinggalkan. Hendaklah kamu berpenat-penat kerana sesungguhnya kelazatan hidup itu adalah di dalam berpenat-penat.”

 

Alhamdulillah, hujung minggu yang sudah dari 16-18 Februari diri telah menjejakkan kaki ke Kota Venice, Itali. (selanjutnya…)

Read Full Post »

EPOO 

Sila Klik Di Sini Untuk Foto-foto Kembara..

As-Sarawaki, 20 Oktober 2006 (Refresh): Catatan ini ditulis dengan jiwa rasa. Catatan ini ditulis kerana cinta. Catatan ini adalah luahan jiwa dan fikrah sebagai hambaNya. Catatan ini dinukilkan atas kehendak untuk menyatakan betapa hidup ini lebih hidup dengan menjiwai agama. Ya.. Hidup lebih hidup dengan Islam!! Catatan ini ingin diabadikan sebagai sebahagian daripada luahan sukma dalam kembara jasad, sekaligus sebagai tinta kata-kata hati dalam memerhati kehidupan, menginsafi kejadian dan mentafsir keinsanan sebagai perantau ke Akhirat.

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan seru sekalian alam di atas segala nikmat dan limpah rahmatNya yang tidak terhingga sehingga membolehkan diri sekali lagi beroleh kesempatan untuk terus melakukan rehlah dan kembara iman atas urusan kerja ke pelusuk dunia ciptaanNya. Alhamdulillah, diri kini berada di Rijswijk, The Hague yakni sebuah kota di bumi Belanda (The Netherlands/ Holland) atas urusan kerja dari 13 September sehingga 21 Oktober 2006. Diri hadir di sini selaku seorang Control and Automation Engineer di Sarawak Shell Berhad dengan tujuan untuk mengikuti EP00 Course: Introduction to Exploration and Production in Oil and Gas Industry. Kembara ini adalah kembara kali ke-8 ke luar negara dan kali kedua ke bumi Eropah selepas bumi Jerman yang diziarahi ketika menjalani Engineering Internship Training selama 3 bulan pada tahun 2004.

Kata-kata mungkin tidak mampu untuk menjelaskan secara menyeluruh apa yang dirasa lewat pengalaman dan pemerhatian rencam ragam kehidupan di sini. Namun catatan ini akan memberiTAHU dan memberiMAHU sesiapa sahaja untuk menghayati frasa-frasa kehidupan yang ditintakan dengan dakwat lautan jiwarasa. Continue Reading »

Read Full Post »

TaskForceMiri

“Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri”
(Ditubuhkan Di Bandaraya Miri Pada Januari 2006)

1. MUKADDIMAH

 

Prof. Dr. Yusof Al Qaradhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam yang tersohor dan disegani masa kini, berkata; “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur “baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur”, tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”.

 

Pada hakikatnya, ulama’ dan umara’ merupakan dua institusi penting yang bertanggungjawab menentukan perjalanan kehidupan ummah keseluruhannya berada di atas landasan kebenaran. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Tribulasi Laman muhtarsuhaili.com

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh;

Tetamu Ziarah yang Mulia;

Laman www.muhtarsuhaili.com menghadapi masalah untuk diakses dari domain sebelumnya http://muhtarsuhaili.tripod.com buat masa ini. Punca kepada masalah yang membawa kepada kehilangan data, fail-fail dan maklumat ini masih belum dikenalpasti sehingga kini. Insya Allah laman ini akan cuba diupdate dan akan kembali boleh diakses dalam masa terdekat. Fastabikul khairat wa ilal liqa’. Wallahu a’la wa a’lam.

Akhukum – Muhtar Suhaili As-Sarawaki 

Read Full Post »