Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Januari 2009

Dari Sarawak ke Perlis

“Dari Sarawak Bumi Kenyalang ke Perlis Indera Kayangan (Darus Sunnah)”

As-Sarawaki, 2 Safar 1430H: Alhamdulillah! Allah SWT menerangkan melalui firmanNya dengan jelas lagi nyata bahawa bagi Allah, orang yang paling mulia di sisiNya ialah orang yang paling bertaqwa:

 

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah al-Hujurat, ayat 13).

Entri ini bukan entri assabiyyah! Bahkan demi sesungguhnya perjuangan Ar-Rasul yang mendaulatkan kalimah tauhid telah meruntuhkan semua sifat dan sempadan assabiyyah serta wathaniyyah yang membelenggu manusia. Entri ini sekadar mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada warga senegeri, Dr. Juanda Jaya, yang bakal menggalas tugas sebagai Mufti Perlis yang baru menggantikan Dr. Mohd Asri Zainul ‘Abidin. Syabas akhi dan semoga terus beroleh kekuatan ber’amal sekaligus menjalankan amanah kerana Allah!

 

Mungkinkah Perdana Menteri Malaysia Orang Sarawak? 

 

Perkembangan terbaru ini membuatkan saya berfikir sejenak tentang seperkara yang mungkin wajar diwacana dan didiskusikan dengan solusi ilmiah.. Mungkinkah suatu hari nanti Perdana Menteri Malaysia adalah orang Sarawak? Dengan sistem politik pemerintah yang wujud kini, mungkin jalannya adalah sukar meski tidak mustahil. Adakah orang Malaya (panggilan orang Sarawak merujuk kepada orang Semenanjung) sudi menerima orang Sarawak atau dalam konteks lebih luas orang Borneo sebagai Perdana Menteri? Bagaimana pula sekiranya terdapat orang Sarawak yang sememangnya berkaliber dan benar-benar layak berdasarkan merit, wajarkah peluangnya dinafikan hanya kerana dia orang Sarawak?! Mungkin sudah tiba masanya kerangka siasah kita berubah! Anjakan paradigma itu sesuatu yang wajib! Sekadar melontar buah fikiran untuk dibahaskan (jika perlu)… 🙂 

 

(selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »

Poster Malam Bersamamu Palestin di Miri

“Program Malam Bersamamu Palestin 2009 Anjuran AMAL Miri

As-Sarawaki, 20 Muharram 1430H: Alhamdulillah! “Mukhtar, jangan sesekali pernah berhenti berjuang!”, itulah nasihat murabbi saya yang sentiasa saya pegang utuh insya Allah. Dalam menetapkan sikap mengenai isu Palestin dan dalam mencabar Israel laknatullah yang semakin sombong, angkuh, bongkak, takabbur dan biadap hari ini, semangat “jangan sesekali pernah berhenti berjuang” wajar untuk dipasakkan dengan kukuh dalam tubuh ummah.

 

Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan satu perkara yang benar lagi relevan serta perlu difahami dalam memperihalkan krisis Palestin-Israel:

 

“Kaum Muslimin tidak memerangi orang-orang Israel kerana mereka adalah penganut agama Yahudi. Tetapi peperangan ataupun intifada ini berlaku adalah kerana mereka merompak tanahair bangsa Palestin, mereka menumpahkan darah kaum Muslimin dan menodai kesucian masjid serta gereja yang menjadi tempat suci umat Islam dan Kristian”.

Justeru, atas kesedaran, kepedulian dan keprihatinan inilah, maka Yayasan Amal Malaysia (AMAL), Cawangan Sarawak, Unit Miri mengambil inisiatif untuk melaksanakan program-program kesedaran mengenai isu dan perjuangan Palestin. Dengan penuh keinsafan beserta kefahaman di atas, AMAL Miri dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Miri dan beberapa badan-badan Islam yang lain akan menganjurkan Malam Bersamamu Palestin sebagai kemuncak kepada aktiviti-aktiviti Pelancaran Tabung Dana Palestin, Khutbah Jumaat Isu Palestin beserta Qunut Nazilah, Kempen-kempen, Edaran Risalah, Siri Roadshow, XPDC Semarak Isu Palestin di Bandaraya Miri dan Training-of-Trainers (ToT) seperti berikut:

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Palestin Yang Diduduki

“Kebangkitan Islam bukannya menanti keredhaan orang Kafir dan Munafiq, tetapi Islam bangkit di tengah-tengah Kekafiran dan Kemunafiqan” 

ZIONIS LAKNATULLAH

Syabas Zionis laknatullah
Kau membuktikan kepadaku
Bahawa kau memang terrorist
Terrorist bercitra imperialis
Terrorist berhati sadis
Terrorist berjiwa bengis
Terrorist pembunuh tragis
Terrorist membuat jiwa tiada berdosa menangis!
 
Syabas Zionis laknatullah
Kau mengiayakan keimananku
Bahawa firman Tuhanku Maha Benar
Kau memang bangsa yang tak tahu diuntung
Manusia bongkak takabbur lagi sombong
Namun akhirnya kau akan terusir dan terhina
Bahkan pasti binasa dan hancur punah!
 
Syabas Zionis laknatullah
Kau membuatkan aku semakin optimis
Bahawa amat benar Sabda Nabiku
Islam akan bangkit menentang fasadmu
Kiamat tertangguh sehingga kami memerangimu
Hatta pohon dan batu pun turut pasti berjuang menentangmu
Dan jihad kami akan menghancur-luluhkanmu!
 
Zionis laknatullah..
Sebenarnya aku ingin mengucapkan takziah..
Kerana kau pasti akan hancur musnah
Di tangan pasukan jihad fi sabilillah
Di tangan barisan para pencinta Allah!
 
Sekali lagi.. Takziah buatmu
Kerana kau akan kami hancurkan
Ya, kami hancurkan sehancur-hancurnya!
 
Ayuh.. Ayuh bangkit wahai umat Islam..
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!
Wa lillahil Hamd!
 
MUHTAR SUHAILI
LLL 2A 032, SSB Miri
10 Ogos 2006, 2.47pm.

Read Full Post »

Backed by the States Not United!

“Palestin: Backed by the States Not United! Photo: Malaysiakini

As-Sarawaki, 14 Muharram 1430H: Alhamdulillah! Sabda Rasulullah SAW:

 

“Sesiapa yang tidak mengambil berat ke atas urusan Muslimin maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”.

Fahamilah dan hayatilah kata-kata As-Syahid (mudah-mudahan) Syeikh Ahmad Yassin berkenaan perjuangan rakyat Palestin:

 

“Rakyat Palestin hanya mempunyai dua (2) pilihan iaitu sama ada mereka menyerah diri ataupun meneruskan perjuangan mereka!”

Bumi Gaza, Palestin terus bermandi darah dan terus dibiadapi oleh Zionis laknatullah! Adakah selaku umat Islam, kita hanya mendiamkan diri? Cukupkah sekadar bersimpati dan menonton berita setiap hari? Apakah yang dapat kita lakukan? Masanya telah tiba saudaraku! Berikut adalah pilihan-pilihan yang tersedia untuk membantu Palestin:

 

1. Sumbangkan seikhlas yang mungkin, semampu yang dapat. Ingatlah, walau kita menyumbang dengan RM1 hatta dengan kadar 10sen sekalipun, insya Allah amal ikhlas itu akan diganjari berlipat kali ganda.

2. Sebarkan tentang penderitaan dan perjuangan Palestin, tentang kezaliman regim Zionis dan tentang keperluan manusia serata dunia untuk bangun menentang keganasan melampau yang menidakkan hak kemanusiaan.

3. Boikot barangan Yahudi dan Amerika (selanjutnya…)

Read Full Post »

Keluarga Hj Suhaili

“Alangkah Hebat dan Tingginya Darjat Orang-orang Yang Beriman!”

As-Sarawaki, 12 Muharram 1430H: Alhamdulillah, segala puji selama-lamanya buat Tuhan dan Pentadbir sekalian alam, Allah Rabbul ‘Izzati! Saya sebagai individu Muslim dengan ini membuat kenyataan terbuka yang jelas dan nyata: “Saya 100% Menyokong Pelaksanaan Hudud!”. Tidak ada kompromi dalam hal ini. Mana-mana pihakpun yang melaksanakannya samada PAS, UMNO, PKR, PBB, AKIM atau mana-mana parti lain (hatta DAP, MCA, Gerakan, MIC, PPP, PSM, SUPP, SPDP, PRS, MDC, SNAP dll sekalipun), saya pasti akan menyokongnya!

 

Melalui entri kali ini, suka untuk saya berkongsi dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian satu berita menarik yang dipetik dari Bernama. Berita yang muncul sekaligus dijadikan modal kempen  di dalam kehangatan Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu, selain sering menjadi polemik dan dilemma siasah masa kini ialah berkenaan pelaksanaan Hukum Hudud di Malaysia.

 

Persoalan paling relevan dari berita ini adalah petikan kata-kata berikut: “Sekarang ini persoalannya kenapa Umno menolak untuk dilaksanakan hudud? Saya bersedia untuk berbincang dan memberikan penjelasan kepada Umno mengenai hudud,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 

Kepada rakan-rakan penyokong UMNO yang membaca entri ini, komentar/ penjelasan/ maklumbalas kalian berhubung perkara ini amatlah saya hargai. Kepada teman-teman yang menyokong pelaksanaan hudud pula, apa kata sekiranya kalian kongsikan cara terbaik dalam memberikan imej positif kepada pengimplimentasian agenda ini. Sama-sama kita diskusi dan fikir-renungkan hal istimewa ini. Atas segalanya, sekali lagi saya ulangi: Saya 100% menyokong pelaksanaan hukum hudud di negara tercinta Malaysia! Saya mengimpikan sebuah negara yang aman makmur “baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur”! 

 

“Waman lamyahkum bima anzalalLah, faulaaika humudz dzolimuun.”

 

“Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Maaidah, sebahagian dari ayat 45).

(selanjutnya…)

Read Full Post »

NGO-NGO Islam Se-Malaysia

“NGO-NGO Islam Malaysia: Mari Bersatu Membela Islam!”

Muktamar Majlis Amal Islami Malaysia 2009

 

Pengenalan

 

Muktamar Majlis Amal Islami Malaysia kali ini diadakan bagi menghimpun sekali lagi pemimpin Pertubuhan Amal Islam bagi berbincang dan berkongsi idea mengenai isu-isu semasa dan permasalahan sosial yang timbul akibat perkembangan globalisasi yang begitu pantas.

 

Pertubuhan-pertubuhan amal Islam, adalah institusi masyarakat yang mempunyai keupayaan untuk menggerakkan masyarakat ke arah kemajuan dan peningkatan kualiti masyarakat Islam.Keupayaan ini seharusnya tidak disia-siakan oleh masyarakat Islam untuk kebaikan bersama namun keupayaan ini perlu digerakkan dan peranan mereka perlu diselaraskan bagi mencapai matlamat jangka pendek dan panjang dalam perjuangan ummat Islam untuk tergolong dikalangan “khairu ummah”.

 

Oleh yang demikian, umat Islam tidak boleh lagi berpeluk tubuh dan menjadi penonton kepada perkembangan yang berlaku disekitar seterunya menjadi mangsa kepada cabaran itu.Kekalahan dan penderitaan umat di dalam dunia yang penuh saingan, pasti akan menjejaskan martabat Islam yang menjadi teras jati diri bangsa. Sudah tiba masanya untuk kita mengemblengkan semua potensi umat secara sepadu dan serentak di bawah naungan persaudaraan Islam untuk memperkasakan usaha memaju dan membangunkan umat.

 

Tarikh: 13hb Januari 2009
Tempat: Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Jumlah Peserta: 3000 orang peserta

 

Objektif:

  • Mengutarakan cadangan dan pandangan mengenai isu-isu semasa
  • Mencari jalan terbaik untuk menyatukan pandangan dan cadangan dalam membentuk perpaduan yang tegar.
  • Menjadi wadah penggerak gerakan amal Islami dalam membantu kerajaan menangani masalah sosial yang wujud.
  • Mengukuhkan sumber maklumat, kewangan dan tenaga sukarelawan dan prasarana untuk meningkatkan keberkesanan gerak kerja pembangunan ‘Khairu Ummah’.
  • Menyelaras gerakan amal Islami agar ia lebih tersusun dan dinamik.

Tema: “Bersatu Membela Islam”

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Keluarga Hj Suhaili

“Wonderful Quote of the Day: Politicians Think of the Next Election, while Statesmen Think of the Next Generation!”

As-Sarawaki, 5 Muharram 1430H: Alhamdulillah! Artikel bertarikh 25 Februari 2004 ini disiarkan semula sempena Pilihanraya Kampus ‘Taman Ilmu dan Budi’ yang bakal menjelang. Selamat berpilihanraya kampus di dalam kehangatan ‘demam’ Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu!

 

"Selamat Bertanding Dengan Bersih Dan Adil Buat Tuan YB dan Tuan Speaker"

"Selamat Bertanding Dengan Bersih Dan Adil Buat Tuan YB Dan Datuk Speaker"

 Sila layari http://prk036.pas.org.my/ vs http://www.kualaterengganup036.net/ 

 

Kepada mahasiswa ‘Taman Ilmu dan Budi’ dan universiti-universiti se-Malaysia, pilihlah pemimpin pelajar yang mempunyai agenda dan idealisme yang jelas, visi dan misinya berasaskan basis intelektualisme serta komitmen dan keaktifan aktivismenya mampu menggerakkan massa mahasiswa ke arah yang lebih khair. Paling utama, calon-calon tersebut mestilah mampu mempersada IIICE = Islamization, Internationalization, Integration and Comprehensive Excellence. Saya mendoakan yang terbaik buat kalian. Siiru ‘ala barakatillah! 

 

Nota: Terkenang motto di dalam manifesto ketika berkempen dalam Pilihanraya Kampus UIA tahun 2003: “Our Ummah Our Responsibility”. Semoga motto ini dapat terus saya perjuangkan! Amiin. 

 

Membudayakan Syaja’ah Dalam Gerakan Mahasiswa

 

“Mengiayakan yang benar dan menidakkan yang bukan”. Inilah yang dinamai syaja’ah. Iaitu berani kerana benar dan takut kerana salah. Prinsip dan perangai yang sihat ini sewajarnya dipegang utuh, dijiwai dan dibudayakan oleh generasi muda amnya dan mahasiswa khususnya ke arah meluruskan ufuk minda dan sekaligus mengangkat martabat gerakan.

 

Menurut Prof. Dr. HAMKA di dalam bukunya ‘Tasauf Moden’, keutamaan syaja’ah merupakan salah satu syarat yang perlu dalam memantapkan kesihatan jiwa selain daripada sifat ‘iffah (pandai menjaga kehormatan batin), hikmah (tahu rahsia dari pengalaman hidup) dan ‘adaalah (adil yakni meletakkan sesuatu pada tempatnya). Prof. Dr. HAMKA menukilkan bahawa syaja’ah ialah perangai yang timbul daripada tabiat manusia yang bernama ghadab, ertinya marah. Syaja’ah mempunyai dua pinggir. Pinggir sebelah ke atas terlalu panas dan itulah yang bernama tahawwur, iaitu berani membabi buta. Sementara pinggir ke sebelah bawah terlalu dingin dan itulah yang bernama jubun, iaitu pengecut.

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »