Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Jun 2007

Departure Time 1936

Thalys Train (The Hague – Paris) Departure Time or Vertrek: 1936 ie. 7.36pm!” 

As-Sarawaki, 28 June 2007: Praise be to The Almighty God, Allah SWT. In this entry, I would like to share with all honourable visitors an article written by Syed Nadzri dated September 29, 2005 as a food for thought and wisdom to be learned. One of the matters discussed in this article is about Malaysian’s bad sense of punctuality – ‘Malaysian Time’ or sometimes we call it as ‘Janji Melayu’. But, I would rather prefer to call this bad habit as ‘Janji Malaysia’ as it is not only being practised by the Malays, but also by the Chinese, Indian, Iban, Melanau, Kedayan, Kadazan, Bajau, Javanese, Bugis etc. After all.. This habit is really quite an annoying Malaysian trait!

 

From my experience working with the Japanese in Perodua and also from the culture that being inculcated in my current company – Shell (including my outstation assignments to South Korea and European Countries), I found that most of them are really punctual and taking punctuality as a serious matter. If a meeting is scheduled to be conducted for one hour for example from 9.00am to  10.00am, then it will start at 9.00am and will end at 10.00am. Moreover, as a live reference, please see the above photograph.. The departure time for the Thalys train from The Hague, The Netherlands to Paris, France is 1936 or 7.36pm! And exactly the train will depart at 7.36pm on the dot! But ever wonder in Malaysia.. Usually if the time set for the meeting or a function is at 7.30pm, then for sure it will start at 7.45pm or 8.00pm or even 8.30pm!

 

Hopefully we can improve this situation for the better, insya Allah! Any comment, please kindly leave your reply at the end of this entry. Thank you.

 

Eternally annoying Malaysian traits

By Syed Nadzri (29/09/2005)

 

You know you’re Malaysian when… (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »

Info Halal Sarawak

Info Halal Sarawak dan Direktori Halal JAIS: www.jais.sarawak.gov.my

As-Sarawaki, 26 Jun 2007: Isu halal haram merupakan isu yang amat sensitif bagi umat Islam. Malah ia merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian khusus dan serius kerana sebagai umat Islam, kita hendaklah berprinsip tetap serta harus arif dengan jelas mengenai apa yang kita makan, minum, pakai dan gunakan setiap hari.

 

Melihat kepada realiti tempatan di Miri, hal ini merupakan salah satu perkara yang diambil berat oleh masyarakat Islam yang prihatin. Malah kadang-kadang isu halal dan haram ini menjadi satu dilemma yang menimbulkan ketidaktentuan dek kerana ketidakpekaan sesetengah pihak dalam memahami sensitiviti umat Islam. Berikut dikongsikan dengan tetamu ziarah sekalian 2 e-mail yang saya terima berkenaan dengan hal ini (sila double click untuk baca keseluruhan):

 

E-mail 1 – ”Kita Dipermainkan Lagi!!” bertarikh 24 Jun 2007:

 

Email Halal-Haram

 

(Makluman: Restoran Chilli Peppers di Miri belum memperolehi Sijil Halal JAIS). 

 

Email 2 – ”PEKAkah kita atau PEKAKkah kita?” bertarikh 14 Disember 2006:

 

Email Halal-Haram

 

E-mail bertajuk “Direktori Halal JAIS” dari Ustaz Malsiron Rogikin, Pegawai di Pejabat Agama Islam Miri sebagai maklumbalas kepada e-mail di atas:

 

Email Halal-Haram 

 

Sebagai panduan umat Islam Sarawak khususnya di Miri, berikut adalah link Direktori Halal Sarawak keluaran JAIS sebagai panduan bersama. Semoga ada manfaat dan kebaikannya buat tetamu ziarah yang budiman sekalian.

 

1. Pusat Sembelihan:

http://www.jais.sarawak.gov.my/Halal/DirektoriHalal/dDaftarPremisSembelihan.htm

(Di Miri ada 3 Pusat Penyembelihan yang memiliki Sijil Halal JAIS: Borneo Farm Sdn. Bhd., Muzana Enterprise Sdn. Bhd. dan PPES Ternak Sdn. Bhd.)

 

2. Premis Makanan Hotel:

http://www.jais.sarawak.gov.my/Halal/DirektoriHalal/dDaftarPremisMakananHOTEL.htm

(Secara ringkas, semua hotel utama di Miri termasuk Mega Hotel, Dynasty Hotel, Pacific Orient Hotel, Eastwood Valley Golf & Country Club, Imperial Hotel, Park City Everly Hotel dan Miri Marriot Resort and Spa kecuali Grand Palace Hotel telah memperolehi Sijil Halal JAIS. Kemaskini 15 Ogos 2008: Status Halal terkini Hotel Grand Palace Miri – Baru dapat pensijilan Halal dari JAIS, cuma sijil belum dikeluarkan. Kemaskini, 25 Ogos 2008: Hotel Grand Palace Miri telah memperolehi Sijil Halal dari JAIS. Harap maklum).

 

3. Premis Makanan Restoran:

http://www.jais.sarawak.gov.my/Halal/DirektoriHalal/dDaftarPremisMakananRESTOREN.htm 

(Berdasarkan direktori ini, selain kedai makanan milik orang Islam, premis makanan lain di Miri hanya Jasmine Cafe yang mempunyai Sijil Halal JAIS).

 

4. Produk Makanan:

http://www.jais.sarawak.gov.my/Halal/DirektoriHalal/dDaftarProduk.htm

(Di Miri termasuklah Sim Kit Leng Confectionery & Cake, Marta Flight Catering Sdn. Bhd. dan Ma Baker Hot Bread Shop. Sekadar makluman dan mungkin juga promosi: Jiran saya di Pujut 9 Miri turut mengusahakan produk makanan roti melalui syarikat keluarga Morni Bakery – insya Allah Halalan Tayyiba). 

 

5. Premis Jualan Produk Halal

http://www.jais.sarawak.gov.my/Halal/DirektoriHalal/dDaftarPremisJualan.htm 

(Di Miri termasuklah Muzana Enterprise, CCK Fresh Mart Sdn. Bhd., Mistakin Sdn. Bhd. dan Ma Baker Hot Bread Shop).

 

Logo HalalLogo HalalLogo Halal

 

Berikut pula merupakan laman-laman informasi yang saya rasakan amat berguna untuk dijadikan panduan dalam perkara halal dan haram ini:

 

1. Info Halal Sarawak

2. Info Halal JAKIM

3. SMS Halal JAKIM

4. Forum Web PPIM

 

Sila baca juga artikel berikut (double click link ini): “Penerangan Perkara-perkara Mustahak Difahami oleh Ahli-ahli PPIM dan Orang Ramai“, yang saya yaqin dan percaya sangat relevan dalam membantu kita memahami isu halal dan haram ini. Bacalah dengan mata hati.

 

Buat akhirnya, sama-sama kita renungi dan hayati Firman-firman Allah SWT dan Hadith baginda Rasulullah SAW berikut:

 

“Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” (Al-Qur’an, Surah Al-Baqarah, ayat 168).

“Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk.” (Al-Qur’an, Surah Al-A’raf, ayat 157).

“Dari an-Nu’man bin Basyir, Rasullulah SAW bersabda: “Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, di antara keduanya ada hal yang tidak jelas (syubhat/ meragukan samada ia halal atau haram) yang mana kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Maka sesiapa yang menjauhi dirinya dari syubhat itu, ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang melakukan perkara yang syubhat maka ia telah jatuh ke dalam perkara haram.”

Bacaan tambahan: Latihan Dakwah di Sarawak: Sorotan dan Masa Depan.

 

Wallahu a’la wa a’lam.

 

http://www.muhtarsuhaili.com/

Read Full Post »

Dam’ah wa Ibtisamah

Kita Dilahirkan Ke Dunia Demi Sebuah Bahagia!” 

As-Sarawaki, 25 Jun 2007: Bicara Dam’ah wa Ibtisamah (Setitis Air Mata dan Seulas Senyuman).. Dikongsikan dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian sebuah puisi jiwarasa, luahan nurani dan nukilan rasa hati. Puisi bertarikh 1 Mac 2005 ini hadir di sanubari lewat ilham Ilahi sewaktu masih menuntut di Taman Ilmu dan Budi. Ia hadir sebagai penawar hati kala ujian melanda diri, saat mehnah dan tribulasi menerjah jatidiri. Puisi ini dinukil khas melalui tinta perjuangan demi menajam fikiran dan menaikkan semangat Islami agar rasa-rasa itu terus menjulang tinggi. Alhamdulillah, semangat itu masih membara sehingga kini. Semoga puisi ini ada khair dan manfaatnya buat tetamu ziarah sekalian. Saya doakan kemuliaan dan kebahagiaan buat kalian dalam perjalanan dan kembara menuju Dia. Mudah-mudahan kesampaian. Amiin!

 

(Nasihat bermakna: Siapa pun jua dirimu… Julang ia tinggi di hati kerana tiada siapa yang mampu menghargai ia sedalam jiwamu sendiri…)

 

TAUJIHAT JIHAD

 

Inzar 1
 
Diriku..
Cari olehmu akan sahabat
Yang boleh dijadikan ubat,
Cari olehmu akan guru
Yang boleh mengenal segala seteru,
Cari olehmu akan isteri
Yang boleh menyerahkan diri,
Dan jadilah olehmu akan abdi
Yang ada baik budi.
 
Inzar 2
 
Rebah terguling kubangkit kembali
Tersungkur jatuh kupantas berdiri,
Walau sengsara membakar jiwa
Demimu Islam matiku rela,
Tidak berganjak, tidak berubah
Melimpah darah tetapku redah,
Cahaya syahid penenang jiwa
Itulah nilai paling berharga,
Moga matiku husnul khatimah
Bertemumu Tuhan di singgahsana Jannah. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Colours of The World

Warna-warni Kehidupan Dunia.. Siapakah di antara kita yang terbaik ‘amalnya? [Bacaan Ilmiah: Memahami Dialog Antara Agama (Inter-Faith)]”

Hayatilah firman-firman Allah SWT, Sumber Kebahagiaan Dunia dan Akhirat. Semoga kita temui jawapan kepada persoalan; diri kita ini dari mana dan akan ke mana, diri kita ada di mana dan kenapa, diri kita itu apa dan untuk apa, dari mana, ke mana, kenapa, apa, untuk apa; itu ditentukan siapa? Ihdina Ya Allah!

 

The most difficult phase of life is not when no one understands you; It is when you don’t understand yourself.. Dan sesungguhnya, tidak akan kau berasa gundah walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari! Semoga dengan mengenali diri dan memahami erti hidup, kita semua akan beroleh balasan SyurgaNya yang kekal abadi. Amiin!

“Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik ‘amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Al-Qur’an Al-Kariim, Surah al-Mulk, ayat 1-2)

 

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan langit dan bumi dan berlainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.” (Al-Qur’an Al-Kariim, Surah al-Ruum, ayat 22)

 

“Dan semasa berlakunya Kiamat, mereka pada hari itu akan berpecah kepada dua kumpulan (setelah selesai perbicaraan). Adapun kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan ditempatkan di taman Syurga dalam keadaan bersuka ria. Dan sebaliknya kumpulan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami serta mendustakan pertemuan Hari Akhirat, maka mereka akan tetap berada dalam azab seksa selama-lamanya.” (Al-Qur’an Al-Kariim, Surah al-Ruum, ayat 14-16)  (selanjutnya…)

Read Full Post »

Kerana Kawan

“Rasa Cinta Pasti Ada Pada Makhluk yang Bernyawa!”
(Gambar Sekadar Hiasan)

As-Sarawaki, 23 Jun 2007: Sesungguhnya CINTA itu suci murni! CINTA adalah gizi kehidupan, terapi rohani dan makanan lazat kepada jiwa. CINTA ialah suatu perasaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri. CINTA tidak dapat dipelajari tetapi dialami. Sebahagian mengatakan, CINTA adalah rahsia yang tidak difahami oleh orang-orang yang berCINTA. Sebahagian lagi berkata, CINTA tidak mempunyai definisi lain kecuali CINTA itu sendiri!

 

Bulan Mei – Jun ini di antara buku-buku yang saya baca dan hadami termasuklah beberapa buku tentang CINTA. Namun di antara buku-buku tersebut, 3 karya berikut saya rasakan paling memberi kesan mendalam penuh makna kepada diri saya dalam memahami erti CINTA sebenar:

 

1. Panduan BerCINTA dan Memendam Rindu, karya Ibnu Qayyim

2. Ketika CINTA Bertasbih, karya Habiburrahman El-Shirazy

3. Dhahaya AL-HUBB, karya Dr. ‘Aidh Abdullah al-Qarni

 

Sebahagian masyarakat beranggapan bahawa orang-orang yang komited kepada syari’ah dan agama tidak mengenal CINTA, tidak menghargainya dengan sebenar-benar penghargaan, dan tidak mengetahui hakikatnya. Semua itu hanyalah tanggapan tanpa asas dan komentar tidak berisi bukti. Ini kerana CINTA itu sesungguhnya telah menjadi senandung di lisan orang-orang yang tulus beriman dan nyanyian indah dalam catatan orang-orang yang menCINTAi Tuhannya. Cuma bezanya, CINTA mereka adalah CINTA mulia dan terhormat. CINTA yang diukir orang-orang yang soleh dengan air mata mereka, ditulis oleh orang-orang mulia dengan kucuran keringat mereka dan diwarnai oleh para pejuang dengan darah dan nyawa mereka. Maka nama merekapun tercatat menjadi sejarah hebat dan menjadi monumen bukti pengorbanan, keberanian, keikhlasan dan ketulusan CINTA! (selanjutnya…)

Read Full Post »

Cahaya 

It is better to light a candle than to curse the darkness”

As-Sarawaki, 22 June 2007: Alhamdulillah, this entry titled “Food for Thought, Lesson to Learn” is my fourth entry in English after Good or Bad, Hard to Say!, Purpose of Life (Erti Hidup) and This Is Islam.. Beautiful Way Of Life, Perfect Way To Live. Maybe this entry also serves as a response to a visitor who silently and anonymously been reading most of my entries and she personally requested more entries in English.

 

The wisdom of life consists in elimination of non-essentials. The great thing in this world is not so much where we stand as in which direction we are moving. Prophet Muhammad Peace Be Upon Him once said: “Value the worth of five things before they are replaced by the other five conditions: value your youthfulness before old age arrives, value health before sickness strikes, value your wealth before you become needy, value peacefulness before hardship comes, and value life before death arrives.”

 

In almost every moment of the day, we find ourselves being confronted with questions and opportunities. Our lives are a constant flow of decisions. What will I eat? What will I wear? Where will I go? Whom will I go with? What will I do? What will I buy? Where will I live? Life is always asking us questions. Often they seem small and insignificant, but in truth they can give significant impact to our lives. We have options.. We choose between various options a hundred times a day, and our choices impact our credibility, happiness, health, well-being, and destiny. So, always bear in mind.. Making a right decision is a might and it is crucial! Thus, make sure that every decision we make will bring rejoice for us in this wordly life and more importantly in the Hereafter.

 

Here are very interesting, wise and full of thoughts slide shows about “Packet of Biscuits” which is taken from a poem titled ‘The Cookie Thief‘ by Valerie Cox in 1996 for us to think about. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Demi Masa

Sejarah Sewajarnya Mengajar Kita Untuk Merencana Rapi Masa Kini..” 

As-Sarawaki, 19 Jun 2007: Ya ikhwanul Muslimin, always bear in mind.. We’re never too old to learn and never too young to die.. Follow the step of Ulama’ to learn and follow the step of Syuhada’ to die.. So, live for Islam and let us unite for Islam! ‘Isy azizan aumut syahidan..

 

Semalam ketika saya membelek-belek nota-nota lama, saya terjumpa kembali satu artikel bertulis tangan yang alhamdulillah telah saya hasilkan sewaktu berada di bumi Vohrum OT Peine, Jerman bagi mengikuti Latihan Praktikal Kejuruteraan dalam Industri selama 3 bulan dari April – Jun 2004. Artikel bertajuk “Ke Mana Sirnanya Jatidiri Ummah” ini saya baca beberapa kali untuk menghayatinya sekali lagi dan ia sesungguhnya membangkitkan nyala rasa dan semangat keIslaman.

 

Melalui entry  ini, suka untuk saya kongsikan artikel tersebut untuk kita fikir-renungkan secara bersama. Semoga ada khair dan manfaatnya buat tetamu ziarah yang budiman sekalian. Mudah-mudahan.

 

KE MANA SIRNANYA JATIDIRI UMMAH?

 

Umat Islam perlu bangkit dan kembali menang! (selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »