Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Mac 2008

Kewajipan

This Issue Serves to Strengthen My Spirit and Increase My Wisdom

INILAH KEHIDUPAN..

 

Inilah kehidupan..
Manifestasi dari sebuah kelahiran
Yang menuntut janji penyaksian
Bahawa Allah Azza wa Jalla sebagai Tuhan
Ilah dan Rabb tiada tandingan
 
Inilah kehidupan..
Animasi sebuah pentas drama
Lakonan hebat barisan ‘hero’ dan ‘heroin’
Dengan diri sebagai bintang dan pelakon utamanya
Bersutradarakan hati dan aqal pancaindera
 
Inilah kehidupan..
Simulasi sebuah teater kemanusiaan
Diiringi alunan muzik pengharapan
Sesekali diselingi serunai syahdu pengaduan
Pada maghfirah dan rindu kebahagiaan
 
Inilah kehidupan..
Aspirasi sebuah filem cinta dan nafsu
Berjurikan catatan Kiraman Katibin
Waktu tayangannya di pawagam Mahsyar
Pada hari pertontonan yang maha dahsyat
 
Sesudah kehidupan..
Kematian pasti menjemput tiba
Adakah filem kita akan menjadi ‘box office’?
Akan mendapat sambutankah pementasan teater kita?
Dan akan diterimakah skrip drama kita olehNya?
 
Justeru beringatlah.. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Artikel Terbitan IslamHadhari.net

Artikel Kontroversi Terbitan IslamHadhari.net… Sila Klik Untuk Besarkan

As-Sarawaki, 27 Mac 2008: Astaghfirullah! Itu lafaz terbaik yang terzahir apabila saya mendengar berita yang menjadi tajuk utama Buletin Utama TV3 26 Mac 2008: “Raja Petra Dan Suara Keadilan Diperintah Bayar RM7 Juta Kepada Dr Nordin Dan UUM”. Hari ini isu ini menjadi berita utama di hampir kesemua akhbar! Malah saya menerima banyak panggilan dan sms daripada rakan-rakan dan guru-guru saya untuk mendapatkan kepastian tentang isu ini. Wallahi, saya sama sekali tidak menyangka bahawa isu yang ‘hangat’ sekitar November-Disember 2006 ini dan melibatkan saya secara langsung akan menjadi isu ‘sebesar’ ini. Sila baca berita lanjut di pautan berikut:

 

1. Raja Petra dan Suara Keadilan diperintah bayar RM7 juta kepada Dr Nordin dan UUM (Bernama)

2. Saman fitnah: Penulis blog Raja Petra dan tiga defendan diperintah bayar RM7 juta kepada Naib Canselor UUM (Utusan)

3. Raja Petra ordered to pay RM2 million libel damages to UUM VC (NST)

4. Raja Petra diperintah bayar ganti rugi RM4 juta kepada UUM, Naib Canselor (Berita Harian)

5. Others, not you, decide what you are (Malaysia-Today)
6. PKR, Raja Petra kena bayar RM7 juta (Malaysiakini)
7. UUM and vice-chancellor win RM7m in slander case (The Star)

8. Raja Petra Dan Suara Keadilan Diperintah Bayar RM7 Juta Kepada Dr Nordin Dan UUM (TranungKite)

9. “Hello… sejak bila dia seorang intelek?” (Blog Penarik Beca) 

10. Raja Petra dan Suara Keadilan diperintah bayar RM7 juta (KLpos.com)

11. Dato Dr. Nordin Kardi vs Muhtar bin Hj. Suhaili (Blog Halwa Romantis)

12. Budaya mencuri hak ala Italian Job (Blog Motivasi Mindamu)

13. PRO desak Muhtar Suhaili mohon maaf kepada semua warga UUM (UUM)

14. Dr. Nordin Kardi tidak ciplak artikel (Idealis-Mahasiswa)

15. VC ‘cleared’ of plagiarism charge (Malaysiakini)

16. 回教网站为技术错误道歉 北大校长洗脱“文抄公”嫌疑 (Malaysiakini)

17. Kenyataan Jabatan Perhubungan Awam Mengenai Artikel Bertajuk ‘Dato’ Dr Nordin Ciplak Karya Saya?: Mohon Penjelasan’

 

Memandangkan isu ini sudah menjadi isu nasional dan nama saya dinyatakan di dalam berita berkenaan, maka saya rasa wajar untuk saya memberikan penjelasan tentang perkara ini. Secara ringkasnya, berikut dikongsikan dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian dan kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil tahu kronologi isu ini (selanjutnya…)

Read Full Post »

“Kem Motivasi Insan Cemerlang PMR 2008”

الحمدلله  رب  العالمين،  والصلاة  والسلام  على  اشرف  الأنبياء والمرسلين وعلى  اله  وصحبه  اجمعين

 

Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk Kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah, jutaan kesyukuran dipanjatkan dengan Rahmat serta InayahNya, Kem Motivasi Insan Cemerlang (KMIC) PMR telah berjaya dilangsungkan selama 3 hari 2 malam iaitu bermula pada 21 Mac 2008 dan berakhir pada 23 Mac 2008. Kem yang telah dijalankan di Lembaga Pelabuhan Miri (Miri Port) ini telah disertai oleh 105 orang pelajar Islam Tingkatan 3 dari seluruh Bahagian Miri. Secara umumnya program anjuran Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan, Unit Pendidikan Islam dan Moral, Pejabat Pelajaran Gabungan Miri ini telah dikendalikan oleh 22 orang urus setia dan 14 orang fasilitator secara sukarela (suka dan rela).

 

Sebagaimana program-program anjuran Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan yang lain, penganjuran KMIC PMR kali ini juga mempunyai matlamat dan objektif tersendiri. Antara matlamat program ini diadakan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada peserta agar lebih mengenali potensi dan membentuk sakhsiah diri supaya mereka lebih bermatlamat dan berwawasan dalam mencipta kecemerlangan di dunia dan akhirat. Sepanjang kem, peserta turut disuntik dengan sifat-sifat kepimpinan dan ketelusan bermasyarakat supaya dapat membentuk jatidiri yang mantap dan berjiwa besar dalam membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan agama. Mudah-mudahan cita-cita Islam mampu mereka tegakkan!

 

Secara keseluruhannya program KMIC PMR 2008, telah dijalankan dengan jayanya. Pihak penganjur juga merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak En Adnan mewakili Lembaga Pelabuhan Miri (Miri Port), jawatankuasa Surau Al-Khariah, Lembaga Pelabuhan Miri, semua urus setia dan fasilitator yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan KMIC PMR 2008. Semoga segala usaha dan bakti yang dicurahkan akan diberkati dan dirahmati oleh Allah Ta’ala.

 

Kepada semua peserta Kem Motivasi Insan Cemerlang PMR 2008, didoakan akan terus maju dan mencapai kecemerlangan di dunia dan Akhirat. Semoga keazaman dan tekad yang berkobar terus membara dalam jiwa dan membentuk jatidiri yang teguh dan peribadi yang unggul.

 

“Kalau Bukan Kita, Siapa?, Kalau Bukan Sekarang, Bila?”.

 

Disediakan oleh;

Ustazah Noresah Binti Mohd @ Abdulllah
Pengurus Program,

Kem Motivasi Insan Cemerlang PMR 2008,
Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan,
Unit Pendidikan Islam Dan Moral,
Pejabat Pelajaran Gabungan Miri.

Read Full Post »

 

Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak… Untukmu Ibu Pertiwi!

As-Sarawaki, 18 Mac 2008: Alhamdulillah atas segala perkara. Innal hamda lillah! “Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipersoalkan tentang kepimpinannya!” Sepertimana yang dijanjikan, entri ini adalah lanjutan entri sebelum ini Tsunami Politik: BN Menang Hasil Ehsan Sabah+Sarawak. Insya Allah, saya akan berkongsi dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian hasil pengalaman Jelajah Siasah Seantero Sarawak saya sempena pilihanraya baru-baru ini. Melalui entri ini saya mahu berkongsi suasana dan sentimen politik semasa negeri Bumi Kenyalang dari kacamata dan perspektif saya.

 

Sebagai pembuka bicara, saya ingin mengucapkan tahniah kepada 2 orang Menteri dan 9 orang Timbalan Menteri dari Sarawak yang telah tersenarai dalam Kabinet Malaysia 2008 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad hari ini. Selamat menjalankan tugas dengan penuh amanah, adil, bersih dan bertanggungjawab!

 

Berikut adalah barisan Menteri dan Timbalan Menteri dari Sarawak:

 

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Datuk Peter Chin Fah Kui (SUPP)

 

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Datuk Douglas Uggah Embas (PBB)

 

Timbalan Menteri Kerjaraya

Datuk Yong Khoon Seng  (SUPP)

 

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi

Datuk Joseph Salang Gandum (PRS)

 

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Datuk Jacob Dungau Sagan (SPDP)

 

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Datuk Rohani Abdul Karim (PBB)

 

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan HEP

Jelaing anak Mersat (SPDP)

 

Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi

Hj. Fadillah Yusof (PBB)

 

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Datuk Robert Lau Hoi Chew (SUPP)

 

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Joseph Entulu anak Belaun (PRS)

 

Timbalan Menteri Pelancongan

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (PBB)

 

Sarawak (سراوق) Ke Arah Pilihanraya Negeri Ke-10 

 

Alhamdulillah, berlalulah sudah kehangatan Pilihanraya Umum Malaysia Ke-12 dan kini tiba masanya buat wakil-wakil rakyat untuk mengotakan segala janji-janji serta sekaligus berkhidmat kepada rakyat. Masanya untuk menjadi ‘khadam’ kepada para pengundi! (selanjutnya…)

Read Full Post »

‘Eidul Adha

Gambar Kenangan Selepas Honeymoon.. Everyday Is A Happy Moment!

As-Sarawaki, 12 Mac 2008: Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Maaf, entri ini mungkin sedikit anti-klimaks dengan bahang Pilihanraya Umum Ke-12 yang masih hebat diperkatakan. Entri ini berbicara tentang cinta, bukan tentang siasah (politik). Apapun, bukankah siasah dan pilihanraya itu bertunjangkan cinta? Malah ia berakar umbi dan berkisar sekitar benci? Fikir-renungkanlah…

 

Rindu itu adalah anugerah dari Allah, insan yang berhati nurani punyai rasa rindu! Sudah 2 hari saya ‘membujang’ kerana isteri tercinta balik ke rumah ibu ayah di Kuching sempena cuti sekolah. Kali pertama berpisah agak lama selepas majlis perkahwinan 3 bulan yang lepas. Ikutkan hati sememangnya ingin balik cuti bersama, akan tetapi tugasan kerja dengan pengurusan 3 projek yang perlu disiapkan selain ketua projek pula cuti berkahwin selama 2 minggu (boss mengikut rentak anak buah -)), maka saya perlu stand by di pejabat. Semoga kerja menjadi ibadah… Ada Apa Dengan Engineer?

 

Apapun, insya Allah petang esok saya akan ke Kuching sebelum sama-sama balik semula ke Miri pada hari Sabtu kerana pada hari Ahad saya terlibat dalam menjayakan Bengkel ‘Public Speaking’, SM Sains Miri. Sungguh, berpisah 3 hari terasa seperti 3 tahun! D Kepada sahabat-sahabat yang masih membujang dan sudah mampu berkahwin, ingatlah pesan Rasulullah SAW: “Wahai Anak Muda, Berkahwinlah!”. Tahniah kepada Saudara Amin Idris dan Saudari Azlina Rahmat yang baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinan mereka dalam kehangatan suasana pilihanraya baru-baru ini. Mabruk akhi! Baarakallahu lakuma wa baaraka ‘alaikuma wa jam’a bainakuma fi khair.

 

Melalui enti ini saya suka untuk berkongsi dengan tetamu ziarah yang budiman dan beriman sekalian satu artikel bertajuk ‘A True Love Story’. Ia mengisahkan tentang ‘Kisah Cinta Nyata’ terbaik yang pernah wujud di atas dunia. Hatta Hollywood and Bollywood sekalipun tidak akan mampu menghasilkan filem cinta yang lebih baik dari kisah cinta ini. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Model Malaysia Baru

Gambar Pilihan PRU Ke-12: Masyarakat Majmuk Malaysia. Sumber Foto>>

 

Gambar Pilihan PRU Ke-12: MP Saya, YB Ahmad Lai Bujang. Sumber Foto>>

Nenek Maimun Yusuf 

Gambar Pilihan PRU Ke-12: Calon Bebas P036, Maimun Yusuf. Sumber Foto>>

Amy Search Fantasia Bulan Madu 

Gambar Pilihan PRU Ke-12: Bro. Suhaimi (Amy Search). Sumber Foto>> 

As-Sarawaki, 11 Mac 2008: Alhamdulillah, tahniah dan takziah kepada semua Yang Berhormat di atas kemenangan dalam Pilihanraya Umum baru-baru ini! Tahniah kerana berjaya menjadi ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri. Takziah kerana kalian kini memikul amanah yang amat berat dan akan dipersoalkan oleh Allah SWT di Akhirat nanti!

 

Rasulullah SAW bersabda:

 

“Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ianya akan menjadi penyesalan pada Hari Kiamat. Ianya sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat Imam Al-Bukhari).

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Marhaen Batang Lupar

Wahai Pemimpin… Pandangilah Masa Depan Mereka Dari Istana Mewahmu!”

As-Sarawaki, 9 Mac 2008: Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah atas segala-galanya. Entri ini adalah lanjutan entri sebelum ini iaitu Faktor Sarawak 14% Dalam Pemerintahan Malaysia. Atas sebab keterujaan untuk mengetahui halatuju siasah negara tercinta, saya bersengkang mata sehingga Subuh pagi tadi untuk mengikuti keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 Malaysia melalui kaca televisyen. Berbeza dengan Pilihanraya Umum Ke-11 pada tahun 2004 di mana saya menyaksikan sendiri pesta pilihanraya di Semenanjung Malaysia dan turut serta secara aktif dalam temasya politik tanahair sebagai pimpinan mahasiswa (paling tidak dilupakan kenangan ‘bermain tarik tali’ dengan SB-SB), kehangatan bahang pilihanraya umum kali ini saya rasakan terlalu dingin. Ini adalah disebabkan suasana pilihanraya di Sarawak yang sekadar ‘suam-suam kuku’ selain mainan politiknya yang mudah ditebak dan CM-centered silatnya.

 

Atas segalanya… Unsangkarable! Mungkin itulah bahasa sinikal paling sesuai untuk menggambarkan keputusan yang menyaksikan buat pertama kalinya Barisan Nasional (BN) dinafikan kemenangan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat (BN hanya memenangi 140 daripada 222 kerusi Parlimen) manakala Barisan Rakyat (BR) yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR – 31 kerusi Parlimen), Parti Islam SeMalaysia (PAS – 23 kerusi Parlimen) dan Democratic Action Party (DAP – 28 kerusi Parlimen) turut menguasai 5 Dewan Undangan Negeri (DUN). BN mengekalkan kerajaan negeri di Sabah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis, PAS pula terus mempertahankan Kelantan sambil BA (PAS+PKR) membentuk kerajaan baru negeri Kedah, DAP+PKR merampas Pulau Pinang dari Parti Gerakan dan lebih memeranjatkan BR juga disahkan akan menubuhkan kerajaan campuran di Selangor dan Perak. Satu keputusan yang pastinya mengejutkan BN yang telahpun membuat persiapan bagi meraikan kemenangan dengan memasang banner gergasi di pentas utama Dewan PWTC bertulis besar ‘Syabas! Barisan Nasional’. Keputusan ini malah menyebabkan BR (PKR+PAS+DAP) terkesima dan terpinga-pinga seolah-olah tidak percaya boleh menang sebegitu banyak kerusi DUN dan Parlimen!

 

Apapun seperti dijangka, tiada debaran di Bumi Borneo! Dua negeri di Malaysia yang terletak di Borneo ini terus menjadi kubu kuat BN apabila BN memenangi 30 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak Bumi Kenyalang dan 24 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah Di Bawah Bayu. BN tewas kepada DAP di kedua-dua ibu kota negeri ini iaitu Bandar Kuching dan Kota Kinabalu. Analisis ini menunjukkan betapa rakyat Sabah dan Sarawak ternyata tidak mengikut rentak perubahan serta sentimen suara rakyat atau apa yang diwar-warkan oleh banyak kalangan pemerhati pilihanraya sebagai tsunami politik Malaysia. Justeru itu, tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa BN membentuk Kerajaan Pusat kali ini ehsan daripada faktor Sabah dan Sarawak selain Johor. Lebih kurang 40% ahli Parlimen BN kini adalah dari Sabah dan Sarawak! (Mungkinkah wajar PM atau TPM/ TPM 2 dari Sarawak atau Sabah?) 🙂

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »