Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Februari 2008

Kawasan Parlimen Sarawak

31 Kawasan Parlimen Sarawak Merangkumi 14% Kerusi Parlimen Malaysia

As-Sarawaki 24 Februari 2008: Alhamdulillah, selesai sudah hari penamaan calon Pilihanraya Umum Ke-12 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang tanpa bertanding di sembilan kerusi (tujuh kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)) manakala Parti Islam SeMalaysia (PAS) melalui YB Wan Ubaidah Omar pula diumumkan menang tanpa bertanding di kerusi DUN Kijang di Kelantan. Seperkara yang tentunya wajar diambil perhatian dalam lanskap politik Malaysia ialah empat daripada kerusi Parlimen yang dimenangi oleh BN terletak di Sarawak Bumi Kenyalang melalui YB Norah Tun Abdul Rahman (Tanjong Manis), YB Aaron Ago Dagang (Kanowit), YB Joseph Entulu Belaun (Selangau) dan YB Alexander Nanta Linggi (Kapit).

 

(Kemaskini, 27 Februari 2008: BN memenangi satu lagi kerusi Parlimen iaitu P207 Igan, Sarawak melalui calonnya Datuk Wahab Dolah apabila calon BEBAS, Junak Jawek yang juga Bendahari Jawatankuasa Penaja UMNO Sarawak Cawangan Teluk Batu, Bintangor menarik diri daripada bertanding. BN turut menambah satu lagi kerusi DUN (Gum-Gum, Sabah) melalui Datuk Zakaria Mohd. Edris yang diisytiharkan menang tanpa bertanding apabila calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohaspa Mohd. Hassan menarik diri. Untuk rekod, lebih 1/4 iaitu 56 daripada 222 kawasan Parlimen Malaysia terletak di Sabah dan Sarawak!).

 

Tahniah kepada 12 orang calon pilihanraya kali ini yang telah bergelar Yang Berhormat (YB) di atas kemenangan tanpa bertanding anda. Sungguh, memang seronok menang tanpa bertanding! Teringat kenangan manis menang tanpa bertanding ketika Pilihanraya Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2002 bagi kerusi Fakulti Kejuruteraan! 🙂 ‘Ala kulli hal, kepada semua bakal Yang Berhormat (YB), semoga gelaran YB yang disandang juga akan turut terpakai bagi Yang Beriman, Yang Ber’amal, Yang Berkhidmat, Yang Bertugas, Yang Baik, Yang Benar, Yang Berani (membudayakan Syaja’ah), Yang Beramanah, Yang Berbahagia, Yang Best dan Yang Berjuang!

 

Sekadar perkongsian dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian, pada pengamatan saya sebagai warga Sarawak, mana-mana parti yang ingin menguasai Parlimen Malaysia, Sarawak adalah salah satu lubuk terpenting yang perlu dimenangi. Ini kerana 14% iaitu 31 daripada 222 kerusi Parlimen terletak di Bumi Kenyalang! Faktor Sarawak adalah sentimen yang tidak boleh dikesampingkan dan dipandang sebelah mata! (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »

Mari Mengundi

PRU Ke-12… Selamat Menunaikan Amanah Mengundi Kerana Allah!”

PRU KE-12: WARKAH BUAT TEMAN

Oleh: Mohd Hilmi Ramli, Presiden PKPIM

http://warkah-buat-teman.blogspot.com/

 

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

Ke hadapan teman-temanku yang dikasihi. Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk berkongsi sesuatu dengan teman, memandangkan Pilihanraya Umum ke 12 akan berlansung tidak lama lagi. Tarikh mengundi telah pun diumumkan. Maka gendang ‘perang’ pilihanraya telah pun bergema.

 

Seperti biasa, ahli politiklah manusia yang paling sibuk ketika PRU ini. Mereka akan berhempas-pulas memastikan kejayaan di tangan mereka. Akan tetapi, biarlah, itu memang tugas mereka pun. Kita hormati peranan mereka. Saya mahu berkongsi dengan teman-teman ialah, apa pula peranan kita sebagai rakyat biasa?

 

Dalam pilihanraya, kita sebagai rakyat diberi tanggungjawab untuk mengundi calon pemimpin yang kita percayai akan membawa perubahan yang baik. Akan tetapi saya menyoal teman-teman yang bijaksana, apakah kita selamanya menjadi pengundi yang pasif? Yang sekadar memangkah calon atau parti tanpa berfikiran kritis?

 

Ah, maafkan saya kerana agak keterlaluan soalnya. Saya sebenarnya menujukan warkah ini kepada teman-teman saya yang masih muda-muda ini, yang dikatakan belia ini. Sebelum itu tidak terlambat saya alukan teman-teman yang baru sahaja layak mendaftar sebagai pengundi PRU ke 12 ini. Sememangnya saat menjadi pengundi ketika di alam kampus adalah pengalaman yang luar biasa sekali. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Mahasiswa

Pilihanraya… Mari Mengiayakan Yang Benar, Menidakkan Yang Bukan!”

As-Sarawaki, 13 Februari 2008: Alhamdulillah, hari ini terbukti benar bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membubarkan parlimen setelah menafikannya semalam. Adakah Pak Lah berstrategi atau sekadar membuat helah atau memang sudah lumrah politik ala-Malaysiana?. Ia mengundang seribu wacana para sarjana. Menarik juga, minat sungguh Pak Lah dengan angka 13! Saya cuba bersangka baik. Wallahu a’lam.

 

Apapun, pengumuman ini menandakan gendang ‘perang’ Pilihanraya Umum Ke-12 sudah dipalu dan gelanggang pencak silat politik sudah dibuka. Peraturan menetapkan pilihanraya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran parlimen. Pastinya kini musim berperang saraf, pesta menabur janji dan temasya bermanifesto sudah tiba. Musim orang melompat parti keluar surat khabar, musim pengkritik ‘mi segera’ masuk TV, tempoh penerima subsidi menaiki pentas, masanya untuk rakyat miskin menerima bantuan, saat tepat untuk mengumumkan projek itu ini, saat dinanti penaik bendera dan penampal poster untuk mendapat habuan dan menambah pendapatan, serta detik ketikanya t-shirt, beras dan kain batik menjadi hadiah sana sini. ‘Ala kulli hal, semoga budaya politik murni dan bersih sentiasa menjadi amalan pemimpin dan rakyat sekaligus menjadi pilihan kita semua. Bimbinglah kami Ya Allah!

 

Kemaskini: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan Hari Penamaan Calon pada 24 Februari 2008 dan Hari Mengundi pada 8 Mac 2008.

 

Sekadar catatan awal, saya mengajak diri saya dan semua tetamu ziarah yang budiman lagi beriman agar dalam menunaikan amanah mengundi, marilah kita sentiasa membudayakan sifat syaja’ah! Allah pasti redha!

 

“Mengiayakan yang benar dan menidakkan yang bukan”. Inilah yang dinamai syaja’ah. Iaitu berani kerana benar dan takut kerana salah. Prinsip dan perangai yang sihat ini sewajarnya dipegang utuh, dijiwai dan dibudayakan oleh masyarakat Islam ke arah meluruskan ufuk minda dan sekaligus mengangkat martabat gerakan. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Masjid Aya Sofya - Kini Museum!

Mungkinkah Aya Sofya Akan Kembali Menjadi Masjid Di Bawah Pemerintahan Erdogan Setelah Dimuziumkan Oleh Kamal Attarturk?

As-Sarawaki, 10 Februari 2008: Alhamdulillah, hati kecil saya sekali lagi terus berirama gembira membaca berita khair: “Parlimen Turki sokong tarik larangan bertudung”. Bagi memahami dengan lebih lanjut kronologi isu ini, saya syorkan tetamu ziarah yang budiman membaca entri-entri berikut: Khabar Gembira Dari Turki – Tudung Oh TudungKejayaan Sebuah Ijtihad Politik Yang Sistematik, Sinar Kebangkitan Islam di Turki, Calon Presiden Turki Ditolak Kerana Isteri Bertudung dan Ruling AK Party Wins Turkey Polls. Sungguh, ia satu sinar kebangkitan Islam di negara yang kini masih dibelenggu dan dirantai sekular. Alhamdulillah, segala puji-pujian milikMu Ya Allah! Semoga wangian Islam terus harum semerbak di sana. Amiin.

 

Satu lagi berita yang menjentik rasa imani saya ialah kenyataan Rowan Williams, Ketua Gereja England yang menyokong pelaksanaan Undang-undang Islam. Katanya: “Syariah bantu aspek perundangan”! Satu kenyataan yang wajar dan harusnya menerima reaksi positif ummat Islam. Sekadar bertanya… Bagaimana pula pendapatmu wahai pemimpin negara-negara Islam? Semoga kalian tidak hanya sekadar tersipu-sipu malu! Semoga juga semua ummat Islam di seluruh peringkat turut bersama berusaha dan bersatu menuju wawasan mendaulatkan syari’at Islam, mudah-mudahan. Wallahu a’lam.

 

Parlimen Turki Sokong Tarik Larangan Bertudung

ANKARA: Parlimen Turki semalam mengundi menyokong pindaan perlembagaan bagi menarik balik larangan memakai tudung di universiti, walaupun dibantah keras kumpulan sekular negara itu.

 

Undian 411 menyokong dan 103 menentang membolehkan pindaan perlembagaan dilakukan dengan menambah satu paragraf menyatakan setiap orang mempunyai hak mendapat layanan sama rata dan tiada siapa boleh dihalang daripada mendapatkan hak untuk pendidikan lebih tinggi.

 

Pindaaan itu perlu dipersetujui Presiden Abdullah Gul, seorang Muslim yang taat dan dijangka tidak mempunyai masalah untuk menandatangani pindaan itu.

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

“Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2008”

الحمدلله  رب  العالمين،  والصلاة  والسلام  على  اشرف  الأنبياء والمرسلين وعلى  اله  وصحبه  اجمعين

 

Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk Kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah, pada 7-9 Februari 2008, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri buat tahun ke-3 berturut-turut berjaya menganjurkan Program Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM. Seramai 147 orang pelajar Islam yang cemerlang dan punya potensi cemerlang telah menghadiri program motivasi dan kepimpinan selama 3 hari 2 malam ini.

 

Berikut adalah pengisian yang telah dilaksanakan sepanjang program ini:

 

1. Ceramah “Mari Berdisiplin” oleh Ustaz Amir Mustapha

2. Ceramah “Jom Cemerlang” oleh En. Muhtar Haji Suhaili

3. Kuliah “Secawan Kopi” oleh Ustaz Ahmad Fauzi Yaakub

4. Muhasabah “Roda Impian” oleh Ustaz Roshaidin Othman

5. Ceramah “Solat Asas Kecemerlangan” oleh Ustaz Nik Shazmizi Nik Sin

6. Ceramah “Anak Soleh” oleh Ustaz Nik Shazmizi Nik Sin

7. Ceramah “Jatuh Bangun Kembali” oleh En. Hamidon Abdul Ghani

8. Kuliah Subuh 1 oleh Ustaz Muzaha @ Abu Wildan

9. Kuliah Subuh 2 oleh Ustaz Arisan Abdul Rahman

10. Ceramah “Pelan Tindakan Saya” oleh En. Norman Suhaili

11. Aktiviti Riadhah Kecergasan “Minda Cerdas” – Pagi/ Petang

12. Forum: En. Shahril, Puan Lily Haji Morni, En. Khairul Nizam, Dr. Hartini

13. 4 Sesi Latihan Dinamika Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh 15 orang fasilitator terlatih.

 

Alhamdulillah, tahniah dan terima kasih kepada semua urusetia, penceramah, fasilitator dan para peserta di atas semangat, kesungguhan dan kemahuan membara yang ditunjukkan sepanjang program ini. Mudah-mudahan kita semua telah mendapat manfaat dan beroleh kekuatan untuk terus ber’amal kerana Allah serta menjadi insan cemerlang di Sekolah Kehidupan. Sehingga berjumpa lagi di puncak kejayaan. Semoga kita akan bertemu dan berbahagia bersama-sama di Akhirat sana. Amiin.

 

“Kalau Bukan Kita, Siapa?, Kalau Bukan Sekarang, Bila?”.

 

Disediakan oleh;

Muhtar Suhaili
Pengurus Program,

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2008,
Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan,
Unit Pendidikan Islam Dan Moral,
Pejabat Pelajaran Gabungan Miri.

Read Full Post »

Pantai Kehidupan 

“Semoga kita berjaya mengharungi gelora mehnah dan tribulasi kehidupan menuju ke pelabuhan kejayaan”

 

As-Sarawaki, 4 Februari 2008: Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un. Wallahi, Akan Tiba Masa.. Tangan dan Kaki Berbicara! Inilah satu kepastian: Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNyalah kita akan dikembalikan! Alhamdulillah, hujung minggu yang sudah adalah minggu kesibukan berprogram dan minggu turut sama merasai musibah. Semoga usaha ini diterima oleh Allah SWT sebagai ‘amal bermanfaat di dalam  Memburu Kecemerlangan Di Sekolah Kehidupan. Benarlah betapa Tujuan Hidup Adalah Bersedia Untuk Mati! 

 

Pada pagi Sabtu, saya dan rakan-rakan Yayasan ‘Amal Malaysia (Miri) terlibat di dalam Karnival Ma’al Hijrah di Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya. Sebelah petangnya, saya bersama beberapa orang sahabat terus menuju ke Taman Negara Similajau di Bintulu setelah dimaklumkan tentang tragedi 2 pelajar Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri mati lemas ketika mengikuti kem kepimpinan anjuran pihak sekolah di sana. Tengah malamnya kami bergegas balik semula ke Miri kerana perlu menunaikan amanah sebagai fasilitator Bengkel Halatuju Harakah Islamiyyah Miri yang diadakan pada pagi Ahad keesokannya. Setelah selesai program, sebelah petangnya sekali lagi dengan lebih ramai sahabat-sahabat beserta isteri dan keluarga berkonvoi ke Taman Negara Similajau untuk mengikuti perkembangan semasa tragedi, sebahagiannya membantu ikhtiar mencari dan menyelamat, memberi sokongan moral kepada pihak penganjur yang merupakan sahabat-sahabat akrab serta memberi dorongan semangat iman dan segenggam tabah kepada ahli keluarga yang terlibat.

 

Sila baca berita lanjut mengenai tragedi ini di pautan berikut:

 

1. Lawatan bertukar tragedi  

2. Mayat pelajar lemas ditemui  

3. Mayat pelajar lemas ditemui, seorang masih hilang

4. One of two missing students found dead

5. Second missing student found

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Jihad Ghuraba’

“Ya Allah, Ya Ilahi Rabbi.. Anta maqsudi wa ridhaka matlubi!”

As-Sarawaki, 1 Februari 2008 (Siaran semula): Mari tanya sama hati nurani.. Biarlah kesucian jiwa dan ketulusan sanubari berbicara… Benarkah kita sudah berjuang? Atau selama ini kita hanya bermunafiq dengan diri dan kepada ALLAH? Apakah segala pengorbanan dan perjuangan kita sebelum ini benar-benar boleh diiktiraf sebagai pengorbanan dan perjuangan?

 

Adakah perjuangan kita selama ini kerana ALLAH dan RasulNYA atau atas kepentingan diri? Paling penting, redhakah ALLAH kepada kita dengan segala usaha dan ikhtiar kita selama ini? Andai kita mati hari ini atau mungkin saat ini, adakah kita layak menghuni SyurgaNYA yang penuh kenikmatan?

 

Ya ALLAH, kami tidak layak masuk SyurgaMU.. Namun kami tidak mampu menanggung seksa NerakaMU! Justeru kami yaqin dengan sesungguhnya dengan firmanMU: “Tiada sama penghuni-penghuni Neraka dengan penghuni-penghuni Syurga; penghuni-penghuni Syurga itulah orang-orang yang beruntung.” (Surah Al-Hasyr, ayat 20).

 

Dari itu Ya ALLAH, ampunilah hambaMU dan permudahkanlah segala usaha ikhtiar kami dalam mencari seteguk kasihMU dan menagih sekelumit cintaMU. Jadikanlah wahai TUHAN kami agar solat kami, ibadah kami, hidup dan mati kami semata-mata keranaMU Ya Rabbal ‘Alamin! Amiin. (selanjutnya…)

Read Full Post »