Feeds:
Kiriman
Komen-komen

i___s___l___a___m

Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Ber’amal Kerana Allah

As-Sarawaki, 2 Jamadits Tsani 1430H: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin atas segala-galanya. Sudah lebih 2 bulan saya ‘berpuasa’ daripada menulis entri baru di blog ini. Maaf kepada yang masih sering menjenguk kerana mungkin mengecewakan antum dan terima kasih di atas kesudian terus bersama-sama mengambil manfaat dari blog yang tidak sepertinya ini. Saya boleh saja memberi pelbagai alasan seperti sibuk bekerja, sibuk berprogram dan sibuk-sibuk lainnya, akan tetapi saya memilih untuk tidak menerangkan alasan-alasan tersebut yang rasanya tidak mengundang faedah untuk didiskusikan. Apa yang pasti, sama-sama kita doakan semoga diri kita semua terus istiqamah dalam kebaikan dan beroleh taufiq, hidayah dan redhaNya sentiasa. Amiin Ya Rabb!

Melalui entri ini, saya ingin menasihatkan diri saya dan mengajak tetamu ziarah yang budiman sekalian melihat asas-asas kejayaan dakwah dengan memetik beberapa kata-kata du’at abad ini sebagai renungan. Entri ini juga mungkin wajar dijadikan perkongsian pintar oleh seluruh ahli dan sukarelawan AMAL Sarawak (yang kini Allah taklifkan kepada saya untuk menjadi Pengerusinya) untuk sama-sama kita memuhasabah diri sekaligus mengorak langkah khair menggerakkan dakwah secara paling berhikmah di Bumi Kenyalang tercinta.

Menjadi Pekerja Dakwah dan Pengembang Amanah Jihad

Imam Hassan Al-Banna rahimahullah pernah menyebut:

“Rijalul qaul (orang yang pandai berbicara) tidak sama dengan rijalul ‘amal (orang yang pandai bekerja) dan rijalul ‘amal tidak sama dengan rijalul jihad (orang yang optimal dalam bekerja). Rijalul jihad pun tidak sama dengan Rijalul jihad yang muntij (produktif) wal hakim (bijaksana) iaitu orang yang mampu memberikan hasil yang optimal dengan pengorbanan yang paling kecil.”

“Sesungguhnya orang yang pandai berbicara itu banyak, tetapi sedikit di antara mereka yang tetap konsisten ketika bekerja. Dan banyak orang yang pandai bekerja tetapi sedikit yang mampu mengembangkan amanah jihad yang berat dan mahu bekerja keras (bersungguh-sungguh).”

Teruskan pembacaan »

Penduduk Berbilang Kaum Di Sarawak.. Sarawak Truly Malaysia!

Born Muslim + Reverts (Converts) = 31% Sarawak Muslims Population

As-Sarawaki, 13 Jamadil Akhir 1431H (Siaran Semula): Alhamdulillah, segala puji bagi Allah! Alhamdulillah atas nikmat Islam yang syumul yang menjadi dasar dan prinsip kepada semua kegiatan sama ada sosial, pendidikan, ekonomi, politik dan lain sebagainya! Selamat Ari Gawai Dayak. Ngajih ka kita gayu guru, gerai nyamai, lantang senang nguan menua! “Gayu guru gerai nyamai” bukanlah ucapan sempena Hari Guru tetapi ucapan sempena Hari Gawai Dayak yang dirayakan setiap 1 Jun setiap tahun di Sarawak. Frasa Bahasa Iban “Ngajih ka kita gayu guru, gerai nyamai, lantang senang nguan menua” bermaksud lebih kurang “mudah-mudahan kita beroleh kesejahteraan, kesihatan, nasib yang baik dan hidup bahagia aman makmur di tanahair”. Buat masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut di Sabah pula, Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan atau dalam Bahasa Melayu, Selamat Hari Pesta Menuai!.

Sebagai permulaan entri ini, berikut dikongsikan ensiklopedia mengenai Hari Gawai Dayak yang diperolehi daripada Wikipedia:

Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum Dayak Sarawak, terutamanya Iban dan Bidayuh. Gawai Dayak merupakan hari menuai dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964, apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun 1965.

Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuan di persembahkan kepada dewa padi untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.

Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Sebatang pokok yang dikenali sebagai ‘ranyai’ akan didirikan di tengah ruang dan dihiasi dengan makanan dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang dikenali sebagai ‘ngabang’. Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut.

Entri ini bukan mengenai Hari Gawai Dayak! Bukan juga entri untuk mengajar Bahasa Iban. Entri ini sesuai dengan tajuknya cuba untuk sama-sama mengajak tetamu ziarah yang budiman dan beriman untuk memikir serta membincangkan tentang “baka ni dakwah kita wai?” yakni “bagaimana usaha dakwah kita saudara?” terhadap masyarakat Dayak. Teruskan pembacaan »

'Eid Mubarak 1430H dari AMAL Sarawak

'Eid Mubarak 1430H dari Task Force Pengurusan Kecemerlangan Miri

Selamat Hari Raya ‘Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.

As-Sarawaki, 31 Ogos 2011: Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh Muslimin amnya dan tetamu ziarah yang budiman sekalian sempena Hari Raya ‘Aidil Fitri 1432H ini. عِيْدُ مُبَارَكْ – (Selamat) Hari Raya yang diberkati. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ – Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan kalian semua. Saya juga memohon maaf zahir dan batin di atas segala kesalahan, kesilapan, keterlanjuran dan kekhilafan sama ada yang disengajakan mahupun tidak disengajakan. Semoga kita semua beroleh ampunan dosa dari Allah SWT yang Maha Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin!

 

Takbir Raya

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”

 

Takbir Raya

“Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Allah Maha Besar dan Maha Agung, Allah Maha Besar dan milik Allah segala pujian.”

 

Selamat Hari Raya ‘Aidil Fitri.

Taqabbalallahu minna wa minkum ajma’in. Kullu ‘aam wa antum bikhair!

AMAL Malaysia 

Qurban di Ulu Kota, Pakan

Qurban di Ulu Kota, Pakan

 

AMAL Sarawak, 14 Dzulhijjah 1431H: Alhamdulillah. Pasukan sukarelawan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center (BIC) telah berjaya melakukan ibadah qurban dan sekaligus Majlis Perasmian Surau AMAL Al-Azhar di Perkampungan Saudara Kita, Ulu Kota, Pakan. Seramai 20 orang sukarelawan telah bersama-sama menjayakan misi kali ini dengan menaiki 4 buah kereta pacuan 4 roda.

 

Semua peserta berkumpul di BIC bermula jam 11 malam, Jumaat, 19 Nov 2010. Selepas taklimat dan doa, semua peserta bergerak menuju ke Sarikei. Tiba di Masjid Sarikei seawal jam 5.15 pagi dan terus menunaikan Solat Subuh. Selepas itu para peserta mengurus diri di Taska ABIM Sarikei.

 

Pada pukul 9 pagi, semua peserta bergerak menuju ke Ladang Skim B bagi memilih lembu qurban untuk disembelih. Tepat jam 10.15 pagi, lembu telah berjaya disembelih oleh Ustaz Zainol Fakri. Selesai memproses lembu tersebut, lebih kurang jam 11.30 pagi, semua rombongan segera bergegas secara konvoi menuju ke Ulu Kota kerana dikhuatiri jika lambat bergerak, ditakuti hujan akan turun yang memungkinkan rombongan tidak dapat sampai ke puncak bukit dengan menaiki 4WD. Sekiranya berjalan kaki, ia akan mengambil masa 2 jam pendakian dari Bukit AMAL ke Ulu Kota.

 

Alhamdulillah, rombongan selamat tiba di Ulu Kota pada pukul 2.00 petang. Perjalanan sangat mencabar. Menaiki dan menuruni bukit di dalam keadaan jalan yang licin. Sangat mencemaskan bagi sukarelawan yang baru pertama kali sampai ke Ulu Kota.

 

Penduduk kampung Ulu Kota telah bersedia menunggu kedatangan ahli rombongan. Petang itu, gotong royong melapah dan memasak makanan diketuai oleh Tuan Haji Kadir dan isteri serta dibantu oleh sukarelawan-sukarelawan lain.

 

Sebahagian sukarelawan telah pergi ke rumah panjang untuk menjemput masyarakat rumah panjang untuk bersama-sama ke Majlis Perasmian Surau AMAL Ulu Kota pada sebelah malamnya. Alhamdulillah, kehadiran pada malam itu amat memberangsangkan, meskipun hujan lebat. Allahu Akbar!

 

Majlis pada malam itu dimulai dengan Solat Maghrib dan seterusnya Tazkirah bersama Ustaz Akhwan Afandi Bin Zulkipli. Teruskan pembacaan »

AMAL Malaysia Jom Qurban di Ulu Kota, Pakan

 

AMAL Sarawak, 07 Dzulhijjah 1431H: Alhamdulillah. Insya Allah, bersempena dengan kedatangan Hari Raya ‘Eidul Adha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Qurban, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center (BIC) akan mengadakan Majlis Qurban dan Aqiqah di Sarikei dan Penempatan Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan. Insya Allah, Perasmian Surau AMAL Al-Azhar juga akan diadakan pada masa yang sama. Program ini adalah hasil dari penyertaan individu-individu dari Miri, Sarikei dan Bintulu.

 

Sehubungan dengan itu, bagi pihak penganjur, Bintulu Iqra’ Center ingin mengajak seramai mungkin masyarakat untuk turut serta dalam program ini nanti. Anda boleh menyertai untuk mengambil bahagian dalam Qurban atau Aqiqah. Anda juga boleh menyumbangkan makanan, pakaian, sumbangan wang ringgit atau boleh juga menyumbangkan (meminjamkan) pacuan empat roda untuk kegunaan rombongan ke sana.

 

Berdasarkan perancangan semasa, para peserta dari Bintulu dan Miri akan bertolak pada malam 19 November 2010 (Jumaat). Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat, anda bolehlah menghubungi nombor-nombor telefon yang dipaparkan di dalam poster di atas.

 

Semoga segala usaha kita ini mendapat keredhaan dan rahmat dari Ilahi. Mudah-mudahan segala ‘amal dan ibadah yang kita laksanakan diterima oleh Allah SWT. Semoga kita menjadi orang-orang bertaqwa yang sanggup berkorban apa sahaja untuk Islam kerana Allah dan RasulNya. Amiin Ya Rabb!

 

Sila baca juga: Laporan Program Qurban 1430H AMAL Sarawak

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

AMAL Malaysia     

AMAL Sarawak, Miri: Alhamdulillahi kathiran! Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.    

     

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak Unit Miri akan menganjurkan Karnival AMAL 2010 & Ihya’ Ramadhan 1431H. Berikut merupakan pengisian program yang akan dilaksanakan:   

  1. 7 Ogos 2010: Futsal Jemputan AMAL di Gelanggang IKBN Miri 
  2. 7-8 Ogos 2010: Munajat dan Qiammullail Perdana bersama Ustaz Abu Bakar Bin Abd Aziz (Mantan Pegawai KAGAT) di Surau Al-Jawahir IKBN Miri 
  3. 8 Ogos 2010: Kursus Pengurusan Janazah (Terbuka) di Surau Al-Jawahir IKBN Miri 
  4. 8 Ogos 2010: Majlis Perasmian, Forum Perdana (Moderator: Ustaz Malsiron Rogikin (Pegawai JAIS Miri), Ahli Panel: Ustaz Sarip Adol (Pensyarah UMS) dan Ustaz Abu Bakar Bin Abd Aziz (Mantan Pegawai KAGAT) dan Pelancaran Tabung Infaq Ramadhan di Masjid An-Nur, Pujut Tanjung Batu
  5. 9 Ogos 2010: Ceramah Menuju Gerbang Ramadhan bersama Tuan Haji Abdullah Abdul Ghani (Pengurus PCSB SKO) di Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya
  6. 11-31 Ogos 2010: Safari dan Ihya’ Ramadhan 1431H – dengan kerjasama JAIS ke Masjid2/ Surau2 di Bahagian Miri 
  7. 14 Ogos 2010: Bengkel Tahfiz Al-Qur’an bersama Tuan Akmal Hakim Tuan Mazri Al-Hafiz (Mahasiswa Perubatan, Universiti Al-Azhar Mesir) di Pustaka Miri
  8. 21 Ogos 2010: Jom Gerakkan Subuh/ Munajat Perdana bersama Ustaz Haji Rosli Arup (Ketua Penolong Pengarah JAIS Zon Utara Sarawak) di Masjid An-Naim, Lutong
  9. 21 Ogos 2010: Penyampaian Sumbangan AMAL kepada pelajar-pelajar SMK Pujut Miri
  10. 21 Ogos 2010: Forum Remaja di ILP Miri/ SMK Agama Miri
  11. 26-29 Ogos 2010: Karnival Ibadah sempena Nuzul Qur’an di Masjid At-Taqwa Miri
  12. 29 Ogos 2010: Ziarah AMAL-PAPISMA ke Hospital Umum Miri
  13. Program Jualan Biro Ekonomi dan AMAL Charity Shoppe akan diadakan di semua venue program.

Sukacita juga dimaklumkan insya Allah Masjid At-Taqwa Bandaraya Miri akan menganjurkan satu program yang dinamakan Karnival Ibadah sempena Ramadhan 1431H dengan kerjasama JAKIM-JAIS-Task Force-AMAL Sarawak. Berikut adalah senarai program yang akan dianjurkan (maklumat lanjut di http://amalsarawak.net/?p=3584):   

  1. Sepanjang Ramadhan 1431H: Solat Tarawih Berjamaah, Tadarus Al-Qur’an dan  Tazkirah Zuhur
  2. 26 Ogos 2010: Semarak Ramadhan JAKIM Bersama Saudara Kita – Diskusi Ramadhan Bersama Haji Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah (Penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 2009 Sabah), Klinik Al-Qur’an (Tahsin Surah Fatihah & ayat-ayat pilihan), Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Hafazan
  3. 26 Ogos 2010: Sambutan Nuzul Qur’an Peringkat Negeri Sarawak di Masjid At-Taqwa Miri
  4. 27 Ogos 2010: Seminar Nuzul Qur’an di Pustaka Miri
  5. 28 Ogos 2010: Pameran Kempen Jom Jauhi Zina
  6. 28 Ogos 2010: Majlis Khatam Al-Qur’an Task Force
  7. 28 Ogos 2010: Iftar Jama’ei Perdana Task Force
  8. 28 Ogos 2010: Malam Bersamamu Palestin (Perkongsian Mavi Marmara bersama Pak Jamal (Tuan Hj Jamuliddin Elias))
  9. 29 Ogos 2010: Qiammullail, Munajat Perdana dan Ceramah Peperiksaan Pelajar-pelajar Islam UPSR-PMR-SPM-STPM Miri
  10. 29 Ogos 2010: Ziarah AMAL ke Hospital Umum Miri

Sila maklum juga program Safari Ramadhan 1431H [JAIS-JAKIM-TBS-AMAL-TASK FORCE-HIKMAH-PERKIM-USK] di http://amalsarawak.net/?p=3596.  

   

Seluruh Muslimin-Muslimat di sekitar Bandaraya Miri dijemput bersama-sama menjayakan program-program tersebut. Teruskan pembacaan »

AMAL Malaysia

 

AMAL Sarawak, Bintulu: Alhamdulillahi kathiran! Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak Unit Bintulu akan menganjurkan Karnival AMAL Merdeka 2010 (Edisi Ramadhan 1431H). Berikut merupakan pengisian-pengisian program yang akan dilaksanakan:

  1. 7 Ogos 2010: Forum Di Ambang Ramadhan & Pelancaran Tabung Infaq Ramadhan
  2. 8 Ogos 2010: Ziarah Dakwah 1 ke Kampung Pandan, Sebauh
  3. 15 Ogos 2010: Ziarah Dakwah 2 ke Kampung Sebauh
  4. 21 Ogos 2010: AMAL Eidul Ilmi (Remaja Meraikan Ramadhan)
  5. 22 Ogos 2010: Ziarah Dakwah 3 ke Kampung Jepak
  6. 28 Ogos 2010: Qiammullail Mega
  7. 29 Ogos 2010: Pameran Kemerdekaan & Berbuka bersama  AMAL-BIC di Masjid As-Syakirin
  8. 30 Ogos 2010: Iftor Jam’ei & Ceramah Nuzul Al-Quran
  9. 31 Ogos 2010: Penutupan Rasmi & Penyampaian Sumbangan dari Tabung Infaq Ramadhan dan Iftor di Masjid Darul Hidayah

Seluruh Muslimin-Muslimat di sekitar Bintulu dijemput bersama-sama menjayakan program-program tersebut. Bersama kita mengazamkan agar Ramadhan yang bakal menjelang merupakan Ramadhan terbaik dan masa untuk bertambah-tambahnya ‘amalan. Selamat beribadah dengan penuh keikhlasan dan semoga kita semua menjadi orang-orang yang bertaqwa!

 

Firman Allah SWT (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diWAJIBkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu berTAQWA.” (Surah Al-Baqarah 2, ayat 183)

Teruskan pembacaan »