Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Dakwah Non-Muslim’ Category

AMAL Malaysia 

Qurban di Ulu Kota, Pakan

Qurban di Ulu Kota, Pakan

 

AMAL Sarawak, 14 Dzulhijjah 1431H: Alhamdulillah. Pasukan sukarelawan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center (BIC) telah berjaya melakukan ibadah qurban dan sekaligus Majlis Perasmian Surau AMAL Al-Azhar di Perkampungan Saudara Kita, Ulu Kota, Pakan. Seramai 20 orang sukarelawan telah bersama-sama menjayakan misi kali ini dengan menaiki 4 buah kereta pacuan 4 roda.

 

Semua peserta berkumpul di BIC bermula jam 11 malam, Jumaat, 19 Nov 2010. Selepas taklimat dan doa, semua peserta bergerak menuju ke Sarikei. Tiba di Masjid Sarikei seawal jam 5.15 pagi dan terus menunaikan Solat Subuh. Selepas itu para peserta mengurus diri di Taska ABIM Sarikei.

 

Pada pukul 9 pagi, semua peserta bergerak menuju ke Ladang Skim B bagi memilih lembu qurban untuk disembelih. Tepat jam 10.15 pagi, lembu telah berjaya disembelih oleh Ustaz Zainol Fakri. Selesai memproses lembu tersebut, lebih kurang jam 11.30 pagi, semua rombongan segera bergegas secara konvoi menuju ke Ulu Kota kerana dikhuatiri jika lambat bergerak, ditakuti hujan akan turun yang memungkinkan rombongan tidak dapat sampai ke puncak bukit dengan menaiki 4WD. Sekiranya berjalan kaki, ia akan mengambil masa 2 jam pendakian dari Bukit AMAL ke Ulu Kota.

 

Alhamdulillah, rombongan selamat tiba di Ulu Kota pada pukul 2.00 petang. Perjalanan sangat mencabar. Menaiki dan menuruni bukit di dalam keadaan jalan yang licin. Sangat mencemaskan bagi sukarelawan yang baru pertama kali sampai ke Ulu Kota.

 

Penduduk kampung Ulu Kota telah bersedia menunggu kedatangan ahli rombongan. Petang itu, gotong royong melapah dan memasak makanan diketuai oleh Tuan Haji Kadir dan isteri serta dibantu oleh sukarelawan-sukarelawan lain.

 

Sebahagian sukarelawan telah pergi ke rumah panjang untuk menjemput masyarakat rumah panjang untuk bersama-sama ke Majlis Perasmian Surau AMAL Ulu Kota pada sebelah malamnya. Alhamdulillah, kehadiran pada malam itu amat memberangsangkan, meskipun hujan lebat. Allahu Akbar!

 

Majlis pada malam itu dimulai dengan Solat Maghrib dan seterusnya Tazkirah bersama Ustaz Akhwan Afandi Bin Zulkipli. (selanjutnya…)

Read Full Post »

AMAL Malaysia Jom Qurban di Ulu Kota, Pakan

 

AMAL Sarawak, 07 Dzulhijjah 1431H: Alhamdulillah. Insya Allah, bersempena dengan kedatangan Hari Raya ‘Eidul Adha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Qurban, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center (BIC) akan mengadakan Majlis Qurban dan Aqiqah di Sarikei dan Penempatan Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan. Insya Allah, Perasmian Surau AMAL Al-Azhar juga akan diadakan pada masa yang sama. Program ini adalah hasil dari penyertaan individu-individu dari Miri, Sarikei dan Bintulu.

 

Sehubungan dengan itu, bagi pihak penganjur, Bintulu Iqra’ Center ingin mengajak seramai mungkin masyarakat untuk turut serta dalam program ini nanti. Anda boleh menyertai untuk mengambil bahagian dalam Qurban atau Aqiqah. Anda juga boleh menyumbangkan makanan, pakaian, sumbangan wang ringgit atau boleh juga menyumbangkan (meminjamkan) pacuan empat roda untuk kegunaan rombongan ke sana.

 

Berdasarkan perancangan semasa, para peserta dari Bintulu dan Miri akan bertolak pada malam 19 November 2010 (Jumaat). Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat, anda bolehlah menghubungi nombor-nombor telefon yang dipaparkan di dalam poster di atas.

 

Semoga segala usaha kita ini mendapat keredhaan dan rahmat dari Ilahi. Mudah-mudahan segala ‘amal dan ibadah yang kita laksanakan diterima oleh Allah SWT. Semoga kita menjadi orang-orang bertaqwa yang sanggup berkorban apa sahaja untuk Islam kerana Allah dan RasulNya. Amiin Ya Rabb!

 

Sila baca juga: Laporan Program Qurban 1430H AMAL Sarawak

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Read Full Post »

Header Web AMAL Sarawak.jpg

(selanjutnya…)

Read Full Post »

AMAL Malaysia

[Bergambar kenangan bersama masyarakat Islam Ulu Kota. Semoga aqidah kita dan mereka akan terpelihara sampai mati. Amiin.]

As-Sarawaki, 05 Rabi’ul Awwal 1431H: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin! Selamanya puji dan puja milik Allah SWT yang Memiliki Segalanya. Segala puji bagi Allah, kita memujiNya dan mengharapkan perlindungan serta keampunan dariNya. Kita berlindung dengan Allah daripada keburukan amalan diri kita. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah Ta’ala, maka tidak ada yang mampu menyesatkannya, dan barangsiapa yang tidak diberi petunjuk maka tidak ada sesiapa yang mampu menunjukinya ke jalan kebenaran!       

        

Ad-Da’wah Ila Allah Adalah Kewajipan Setiap Muslim          

        

Sheikh Mustapha Masyhur di dalam membicarakan “Berdakwah Kepada Allah (Ad-Da’wah Ila Allah)” menyatakan dengan penuh motivasi tentang kepentingan menyeru manusia kepada Allah SWT. Beliau menyatakan:             

        

Menyeru manusia kepada Allah SWT (ad-da’wah ila Allah) adalah kewajipan setiap Muslim dan Muslimat di setiap masa. Terutamanya di zaman kita ini, ia lebih wajib kerana umat Islam pada hari ini terdedah kepada serangan jahat musuh-musuh Allah SWT yang bertujuan mencabut teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam.              

               

Menyeru manusia kepada Allah SWT adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah. Firman Allah yang bermaksud:             

              

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri (yakni Islam).” (Surah Fushilat, ayat 33).             

              

Menyeru manusia kepada Allah SWT menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah SAW yang bermaksud:              

              

“Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seorang lelaki (atau wanita) lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Hadith Riwayat at-Tabrani)              

              

Menyeru manusia kepada Allah SWT dan kepada jalan yang benar, adalah sebaik-baik urusan dan amat perlu diketengahkan, terutama di zaman ini yang berkecamuk dengan berbagai kefahaman dan ideologi, trend semasa yang memperbodoh, menyesat dan menyelewengkan.              

              

Menyeru manusia kepada Allah SWT adalah salah satu peringkat (marhalah) yang penting dalam amal Islami yang perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh!              

       

Misi Ziarah Dakwah AMAL ke Ulu Kota, Pakan             

             

Alhamdulillah, seramai 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada anggota Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak, Bintulu Iqra’ Center (BIC), Harakah Islamiah (HIKMAH) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah memberi komitmen dengan penuh semangat volunteerism untuk menyertai Misi Ziarah Dakwah AMAL ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei pada 12-15 Februari 2010 bersamaan 27 Safar – 01 Rabi’ul Awwal 1431H yang lepas. 

  

(selanjutnya…)

Read Full Post »

AMAL Malaysia   

  

Masukkan sumbangan derma ke dalam akaun AMAL Sarawak:
(This is AMAL Sarawak’s bank account for your reference:)
   

Akaun AMAL Malaysia Cawangan Sarawak   

Atau CEK bayaran atas nama “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat yang tertera di bawah:
(Or send your cheque to below address:)

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak
Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak
No. Telefon: 016-8909717

Email: amalsarawak@yahoo.com.my    

   

Sila baca juga artikel terdahulu yang berkaitan berikut:   

1. Ziarah Dakwah AMAL Ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei   

2. Ziarah Dakwah AMAL Siri 2 Ke Ulu Kota, Pakan   

3. Sebuah Catatan: Ekspedisi Dakwah Ke Ulu Kota   

4. Kembara Mahabbah AMAL Ke Ulu Kota, Pakan   

5. Saudara Kita Di Ulu Kota.. Keprihatinan Muslimin Ditagih!   

   

TERAS BUDAYA AMAL:   

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Read Full Post »

Getting To Know The Qur'an  

As-Sarawaki, 14 Muharram 1431H: Enggau nama Allah Petara ti pemadu manah serta ti pemadu penyayau (Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang). Alhamdulillah, segala puji bagi Allah! Entri ini adalah kesinambungan entri Penterjemah Al-Qur’an Ke Dalam Bahasa Iban & Kadazan. Setinggi-tinggi tahniah buat Puan Ainon Mohd, Presiden Universiti Terbuka PTS dan seluruh warga PTS di atas usaha menterjemah dan menerbitkan al-Quran ke dalam bahasa Iban. Saya terharu dan bersyukur dengan komitmen PTS dalam menjadikan inisiatif ini satu realiti! Insya Allah dengan adanya naskah Al-Qur’an terjemahan ke dalam Bahasa Iban akan dapat membantu usaha dakwah khususnya di bumi Sarawak yang tercinta. Saudara Kita pastinya gembira dengan ikhtiar mulia ini! Sama-sama kita doakan yang terbaik.  

 

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman di dalam Surah Al-Ikhlas:  

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
1. Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. 

   

Terjemahan Surah Al-Ikhlas ke dalam Bahasa Iban:  

Enggau nama Allah Petara ti pemadu manah serta ti pemadu penyayau.
1. Sebut meh (ulih nuan oh nabi Muhammad): “Allah Taala tu Petara ti siko aja (nadai dua nadai tiga);
2. Allah Taala tu endor semua utai begantong serta dikarap;
3. Ia nadai beranak lalu nadai mega diperanak ke sapa-sapa;
4. Lalu nadai mega sapa-sapa ti sama tauka sebaka enggau Ia”. 

   

Berikut adalah petikan berita dari Malaysiakini(selanjutnya…)

Read Full Post »

AMAL Malaysia

Pelancaran Tabung AMAL Saudara Kita & Infaq Ramadhan 1430H

Pelancaran Tabung AMAL Saudara Kita & Infaq Ramadhan 1430H

Pelancaran Tabung AMAL Saudara Kita & Infaq Ramadhan

Dipetik dari www.amalsarawak.net  

 

AMAL Sarawak, 1 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah melancarkan Tabung Saudara Kita dan Infaq Ramadhan peringkat Bahagian Miri pada 22 Ogos 2009 bertempat di Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya. Saudara Muhtar Hj Suhaili, Pengerusi AMAL Cawangan Sarawak telah menyampaikan Tazkirah Khas Ramadhan sekaligus penerangan berkenaan Tabung Saudara Kita khususnya mengenai misi membina Surau Al-Azhar di Ulu Kota, Pakan, Sarikei selain perkampungan-perkampungan Saudara Baru di beberapa lokasi yang telah dikenalpasti di seantero negeri Sarawak.

 

[Nota: Saudara Kita terma semakna dengan Saudara Baru]. 

 

Selain Tabung Saudara Kita, Tabung Infaq Ramadhan iaitu sebahagian dana yang terkumpul juga akan digunakan untuk membantu fakir miskin, anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan di sekitar Miri menjelang ‘Eidul Fitri 1430H selain membiayai program-program AMAL Sarawak pada masa akan datang.

 

Cikgu Osman Kiprawi, Pengerusi Masjid Ar-Rayyan Permyjaya telah melancarkan Tabung Saudara Kita & Infaq Ramadhan tersebut di hadapan lebih 1,000 jamaah yang hadir. Alhamdulillah, sebanyak RM1,210 berjaya dikutip pada malam pelancarannya. Tabung tersebut akan diteruskan ke Masjid-masjid dan Surau-surau di sekitar Miri bersempena program Safari dan Ihya’ Ramadhan 1430H dan akan berakhir di Masjid At-Taqwa Miri dengan program Majlis Penutupan Karnival AMAL Merdeka 2009 dan Ceramah Perdana Ramadhan bersama Ustaz Hj Wan Sohor Bani Leman pada 5 September 2009, insya Allah.

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »