“Semoga segala kerja akan menjadi KERJA”
As-Sarawaki, 29 April 2007: Alhamdulillah, semalam saya baru balik dari Wilayah Persekutuan Labuan, outstation atas urusan kerja selama 5 hari di sana dari 24 – 28 April 2007. Sepanjang berada di sana, saya dan rakan sekerja dari Belanda, Wilhelmus Verwijmeren juga telah pergi berulang-alik selama 3 hari dari 25 – 27 April ke salah satu pelantar minyak iaitu Pelantar Kinabalu KNDP-A untuk melakukan commissioning bagi salah satu projek syarikat.
Ini merupakan kali pertama saya ke offshore dan alhamdulillah melalui fikir sedar, ada satu perkara yang saya rasa wajar untuk dianalogikan sebagai satu falsafah kehidupan. Ia adalah tentang Akhirat! Ya, Negeri Akhirat yang kekal abadi selama-lamanya!
“Wilayah Persekutuan Labuan – Pulau Bebas Cukai”
Sepanjang berada di Pulau Labuan, saya menginap di Hotel Sheraton Labuan kerana pelantar yang hendak ditujui tidak mempunyai Kuarters Kediaman (Living Quarters). Maka setiap hari seluruh crew yang bertugas di pelantar berkenaan akan berulang-alik ke sana dengan menaiki bot. Untuk ke Pelantar Kinabalu KNDP-A (pelantar minyak yang berada berhampiran dengan sempadan lautan Malaysia – Brunei), kami berangkat dari jeti di Asia Supply Based, Labuan dengan menaiki bot Sarah Gold seawal 7.00 pagi dengan perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam. Demikian juga pada sebelah petangnya, lebih kurang pukul 5.00 petang, semua crew akan bertolak balik dari pelantar ke daratan dan hanya tiba di jeti bila malam menjelang.
Walaubagaimanapun, seandainya ada masalah teknikal atau kerja yang tidak dapat disiapkan tepat pada masanya, maka semua crew akan balik lewat bagi memastikan kerja-kerja tersebut siap sepenuhnya. Sebagai contoh, disebabkan masalah yang berlaku pada salah satu turbine, maka pada hari Khamis, 26 April, kami hanya bertolak pulang dalam pukul 7.30 malam dan tiba di jeti pada jam 9.45 malam. Satu pengorbanan demi melaksanakan amanah kerja!
“Daulat Tuanku!”
[Nota: Hari Khamis, 26 April 2007, adalah hari cuti umum sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah sebagai Raja Permaisuri Agong, namun kerana tugasan operasi maka cuti tersebut akan diambil kemudian sebagai in-lieu. Rakyat mendoakan semoga ke bawah Duli Tuanku akan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk memimpin negara berdasarkan keadilan dan kebenaran sebagaimana yang dituntut oleh Allah SWT dan RasulNya SAW. Daulat Tuanku!]
Analogi 1: Kita Dihantar ke Dunia dengan Satu Tujuan
Selama 3 hari berulang-alik ke offshore, setiap hari di dalam bot Sarah Gold yang dinaiki terdapat lebih kurang 40 orang pekerja yang semuanya dihantar ke pelantar minyak yang disebutkan tadi dengan tujuan yang sama. Meskipun masing-masing pergi ke sana atas kapasiti pekerjaan yang pelbagai – ada yang professionnya sebagai Manager, ada yang datang kerana tugasan sebagai Control and Automation Engineer, Commissioning Engineer, Metering Engineer, Maintenance Engineer atau Project Engineer, ada yang diamanahkan sebagai Work Supervisor, ada juga Consultant, Operational Technicians (OT), Contractor, Wireline Workers, Buruh dan lain-lain, namun tujuannya satu. Ya satu tujuan! Menggali dan memastikan sebanyak mungkin minyak dapat dihasilkan.
“Bersama Wilhelmus Verwijmeren, Konsultan dari Sogos B.V., Holland”
Menjadikan senario ini sebagai satu analogi, maka sewajarnyalah firman Allah SWT di dalam Surah Adz-Dzariyat ayat 56 ini menjadi pedoman dan panduan kita (maksudnya):
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk mengabdikan diri kepadaKu”.
Walhasil, demikianlah kita hidup di atas dunia ini. Kita dihantar ke sini atas satu tujuan yang sama. Siapapun kita, orang Arab atau Ajam (tidak kira Melayu, Melanau, Jawa, Bugis, Cina, India, Iban, Kadazan, European, Russian, Jepun, Parsi, Kurdis dan apa jua bangsa sekalipun), orang Barat atau Timur, orang kaya atau miskin, orang bandar atau kampung, orang berpangkat dan berjawatan tinggi atau kuli batak, orang tampan/ cantik atau hodoh, orang berpendidikan tinggi atau buta huruf dan lelaki atau perempuan, sesungguhnya tujuan penciptaan dan maksud kita dihantar ke dunia ini hanya satu, sama tiada beza: Mengabdikan diri kepada Allah SWT!
Analogi 2: Kita Semua di dalam Pelayaran yang Sama
Menaiki bot menuju ke pelantar mengharungi lautan dan gelombang pastinya satu pengalaman yang berharga. Sebelum ini saya pernah menaiki kapal laut menuju ke Sumatera Barat dari Jeti Syahbandar Melaka pada tahun 2004 dan juga ke Sulawesi Selatan dari Tawau, Sabah – Nunukan, Kalimantan pada tahun 1996. Lautan bergelora dan dilambung ombak dengan pasang surutnya akan menyebabkan bot atau kapal bergoyang sehingga mengakibatkan pening kepala dan mabuk laut.
Sekadar berkongsi hasil pengalaman dan pemerhatian tempoh hari.. Sepanjang perjalanan pergi-balik setiap hari, lautan biru yang saujana mata memandang dan bot-bot nelayan yang keluar mencari rezeki adalah pemandangan dan panorama menarik yang dapat diperhatikan.
“Nelayan.. Manusia yang Berjasa kepada Kesinambungan Kehidupan”
Sementara itu, di dalam bot pula (selepas ditayangkan video keselamatan) akan dimainkan cakera video rancangan televisyen bersiri “Prison Break“ yang menjadi hiburan crew sepanjang perjalanan tersebut. Kemudiannya, apabila berada di atas pelantar (platform), ikan-ikan yang berenang ria sekawanan di permukaan laut sungguh menarik perhatian dan amat menawan untuk dilihat sebagai jamuan mata. Segala puji bagi Allah SWT di atas segala keindahan!
Namun satu pemerhatian yang mencacamarbakan pemikiran saya ialah apabila di dalam perjalanan pulang pada sebelah petangnya, terdapat sebahagian crew yang bermain daun terup a.k.a. berjudi di ruangan dek kapal di luar kamar penumpang. Saya hanya mampu memerhati, membenci di dalam hati serta sama sekali tidak membenarkan maksiat tersebut!! Namun untuk bertindak lebih dari itu, saya belum beroleh kekuatan. Semoga Allah ampunkan dosa sekalian hambaNya. Amiin.
“Jangan kamu bercampur-gaul dengan orang yang menjadikan perkara agama mereka sebagai permainan dan hiburan; juga orang yang terpedaya dan leka dengan keadaan hidup di dunia ini sehingga melupakan kenikmatan hidup di Akhirat kelak.”
“Di atas Dek Bot Sarah Gold – Perjalanan Menuju ke Pelantar”
“Dalam Perjalanan Pulang dari Pelantar ke Jeti di Labuan”
Melihat kepada senario ini dan sebagai satu analogi, maka sewajarnyalah kita insaf bahawa di dalam menjalani kehidupan kita semua sebenarnya berada di atas satu bot atau kapal yang serupa. Dan kapal-kapal ini pula sebenarnya dalam pelayaran menuju ke pelabuhan yang sama. Pelabuhan itu yang merupakan cita-cita kita nun ada di Sana. Ya Akhirat namanya! Persoalannya.. Tahu dan sedarkah kita apa rahsia di sebalik penciptaan kita?
Min aina ila aina? Dari mana hendak ke mana? Sekiranya persoalan ini diajukan kepada kita, maka jawapan terbaik yang sewajarnya kita berikan ialah “Saya ini dari Allah dan akan kembali kepada Allah”. Satu lagi jawapan yang benar lagi tepat ialah “Saya ini dari Syurga dan ingin kembali ke Syurga!”.
Allah SWT berfirman:
“Dialah Tuhan yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji, siapakah di kalangan kamu yang lebih baik amalannya.” (Surah al-Mulk, ayat 2)
“Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya Akhirat itulah sebenar-benar kehidupan, kalau mereka mengetahui.” (Surah al-‘Ankabut, ayat 64)
“Dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan.” (Surah at-Thagobun, ayat 20)
“Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di Akhirat (nanti) ada ‘azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu”. (Surah al-Hadid, ayat 20)
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Barangsiapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun, ayat 9)
“Bermegah-megah telah melalaikan kamu.” “Sampai kamu masuk ke dalam kubur.” “Dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.” “Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin.” (Surah at-Takatsur, ayat 1–4)
“(Kami utuskan) para Rasul yang membawa berita gembira dan dan memberi peringatan supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu.” (Surah an-Nisa’, ayat 165)
“Dan Kami turunkan daripada al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman…” (Surah al-Isra’, ayat 82)
“Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada Hari Kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 185)
Merenungi firman-firman Allah SWT di atas jelas memberi peringatan kepada kita agar sentiasa memakubesikan di minda betapa Akhiratlah yang utama. Dunia ini hanyalah tempat persinggahan sementara sebelum kita semua kembali kepadaNya. Semoga kita beroleh taufiq dan hidayah dalam usaha menjadi hambaNya yang soleh dan solehah. Sesungguhnya sekiranya kita bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Allah SWT, maka pasti kita akan menemuiNya. Perkenankanlah permintaan kami Ya Allah, Ya Arhamar Rahimin!
“Awal Agama Mengenal Diri.. Mengenal Diri Membawa Mengenal Pencipta”
Suka juga untuk dikongsikan kata-kata renungan budi nukilan Prof. Dr. HAMKA di dalam bukunya Lembaga Budi. Beliau menyatakan:
“Di dalam menempuh jalan hidup janganlah cuba menjarak dari Tuhan sebab kendali yang sebenarnya terpegang di tanganNya. Betapapun kita memegang kemudi bahtera menuju pelabuhan yang dicita-citakan, namun yang menentukan arah angin ialah Dia. Sebelum sampai ke tempat perhentian, janganlah lekas puas dan gembira jika nasib selamat, tetapi bersyukurlah! Dan jika angin ribut menggoncangkan bahtera sehingga seakan-akan tiang akan patah janganlah bergoncang jiwamu sebab sesudah angin ribut itu alam akan terang kembali, sebab itu hendaklah sabar. Imbangan pelajaran hidup adalah di antara syukur dan sabar. Perhitungan laba dan rugi bukanlah di tengah pelayaran, tetapi di tempat perhentian terakhir.”
Justeru ingatlah, kita semua dalam pelayaran yang sama. Semoga syukur, sabar, tawakkal dan taqwa sentiasa menjadi bekalan kita dalam pelayaran hidup yang hanya sementara di dunia ini menuju negeri Akhirat yang kekal abadi, abadan abada selama-lamanya. Ingatlah, merangkak tetapi sampai ke tujuan adalah lebih baik dari berlari tapi putus di jalan. “Ya Tuhan kami! Akhirilah khatimah kami dengan sebaik-baik pengakhiran.” Amiin.
Berikut merupakan satu falsafah menarik untuk sama-sama kita hayati dan ambil perhatian dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Everything I need to know about life, I learned from Noah’s Ark…
“Everything I Need To Know About Life, I Learned From Noah’s Ark..”
Analogi 3: Rindu Kepada Negeri Asal – Kampung Akhirat
Seperkara lagi yang ingin saya kongsikan ialah apabila kita pergi ke offshore, maka kita tidak ingin berlama-lama di sana. Selesai tugasan kita akan segera kembali semula ke daratan. Demikian juga hasil pengalaman saya ketika outstation merantau ke Eropah selama berbulan-bulan lamanya, rasa rindu sentiasa menggamit di jiwarasa. Ya, di dalam hati nurani sentiasa muncul rindu untuk pulang ke kampung halaman! Betapapun indahnya, betapapun moden dan canggihnya teknologi yang ada di tempat di mana kita outstation, tetapi kampung halaman, tempat kelahiran dan negeri asal akan pasti tetap dirindui. Benarlah kata pepatah… Hujan emas di negeri orang, hujan perak di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri!
“Hati Perantau ke Akhirat Rindukan Syurga!”
Sungguh rindu itu adalah anugerah dari Allah! Insan yang berhati nurani punyai rasa rindu!
Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan!
Maka secara analoginya, demikianlah hati orang mukmin. Ia punyai rasa rindu. Hatinya sentiasa merindui Syurga dan rindu untuk bertemu Tuhannya. Orang mukmin rindukan Syurga kerana di situlah asal-usulnya dan di Kampung Akhirat nanti dia rindu untuk mendiami Taman Firdaus sepertimana yang telah dijanjikan oleh Khaliqnya!
Allah SWT berfirman:
“Dan orang yang beriman serta ber’amal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang yang beramal soleh.” (Surah al-Ankabut, ayat 58)
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan ber’amal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah). Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.” (Surah al-Kahfi, ayat 107-108)
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan ber’amal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.” (Surah al-Buruj, 11)
“Cintailah Al-Qur’an, Jadikanlah Ia Teman Sejati”
Benar… Hati mukmin merindui Jannatul Firdaus! Hati mukmin rindu kepada Tuhannya! Semoga kita semua menjadi Tetamu VIP Allah SWT di Syurga kelak. Semoga kita semua tergolong di kalangan orang-orang yang beruntung dan beroleh kemenangan besar yang gilang-gemilang di Akhirat sana! Amiin Ya Rabbal ‘Alamin!
Wallahu a’la wa a’lam.
teruskan berjuang. kata-kata lebih tajam dari mata pedang? ya.. sure? pasti! janji Allah akan datang. kita yg mempercepat atau melambatkan.
Mukhtar.. terima kasih sudi kongsi pengalaman.. menarik dan tertarik! 🙂
Al Mirieki dan Iman Amal;
Alhamdulillah. Islam is the way of life for all.. 🙂
salam…..
good entry…..nice to read….
terima kasih atas nukilan anda…membuktikan muhandis mampu menyumbang
sesuatu untuk agama. 🙂
satu analogi yang menarik, integrasikan teknologi dalam keagamaan. 🙂
Kak Tum;
Alhamdulillah. Semoga kita sama-sama beroleh taufiq dan hidayah untuk menjadi Mu’min dan Mu’minah yang sejati. Amiin.
Akhi Syazwan;
Mudah-mudahan kita semua mampu menyumbang kepada agama Islam yang tercinta. Sekadar berkongsi kata-kata Salahuddin Al-Ayyubi ketika dilantik menjadi Ketua Panglima Tentera: “Saya terima tugasan ini kerana Allah dan saya jalankan tugasan ini juga kerana Allah.”
Bersama kita lakukan segalanya yang termampu demi memastikan Islam terus terbela, dan paling penting lakukanlah ia semata-mata kerana DIA.
[…] dan sekaligus meneruskan tugas ke offshore di Pelantar Kinabalu KNDP-A. Alhamdulillah di dalam catatan lawatan kerja pertama ke sana pada minggu lepas, saya telah berkongsi dengan tetamu ziarah sekalian tiga (3) analogi […]
[…] Mei 2007: Alhamdulillah, hari ini sekali lagi saya mengambil cuti rehat iaitu cuti in-lieu ke offshore tempoh hari. Cuti-cuti untuk merehatkan minda dan beroleh peluang untuk membaca buku-buku yang […]
Thanks so very much for taking your time to create this very useful and informative site.
salam bang, boleh bertanya….
saya student dari salah satu ipts, UTP di tronoh, perak.
nak tahu lebih lanjut bagaimana keadaan awak di plantar pada hari pertama?
ade ke lampu elektrik ke?
di pelantar selalu windy ke?
ade tak elektrik terputus ke di pelantar?
kerana saya sedang buat projek tentang membuat generator tetapi hasil kuasanya dari tenaga angin…. jadi tenaga elektrik yang dijana boleh menghasilkan elektrik untuk lampu2 di pelantar… boleh abang jelaskan?
Marilyn;
Thank you very much.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh Akhi Raqib;
Semua pelantar mempunyai sistem generator sendiri yang membekalkan tenaga elektrik. Tentang penggunaan tenaga angin, saya merasakan ia tidak ekonomikal dengan suasana tropika. Mungkin di sesetengah negara-negara Eropah (dari pemerhatian saya yang banyak kincir angin di sana), projek tersebut boleh dipertimbangkan. Semuanya bergantung kepada feasibility study on economic and cost benefit. If there is no cost benefit in doing it, the industry quite reluctant to accept the concept.
By the way, all the best in your project. Saya doakan kejayaan anda. Ma’at taufiq wan najah.
Wallahu a’lam.
Pretty nice site, wants to see much more on it!>
assalamu alaikum, afwan.. ana izin minta gambarnya ya, buat blogku, soalnya gambarnya sesuai dengan tema musafir, thanks.. from jakarta, indonesia.
Safety First
1) Always maintain 3-point contact (touching) when climbing up/down any ladder i.e.
a) 2 legs + 1 hand
b) 2 hands + 1 leg
2) Always keep your hands free while using the ladder (don’t hold any book, tools etc.).
“I care for your safety”
Salam epilog semua,
”Offshore terkenang pada perkampungan akhirat”
Mobilized
Kalau nak mobilized ke Offshore kena sedia fizikal & Mental
Kalau nak mobilised ke datang akhirat kena sedia amal yang baik & diterima.
Dimobilized
Offshore bersifat independent dalam perjalanan gerak kerja
Ladang akhirat independent untuk hitungan amalan..
Wassalam
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Salam
Thanks for the entry, a really good muhasabah… akak juga ambil gambar noah’s ark into my blog…
Ohh.. how much I really miss UIA, usrah, majlis ilmu…
Assalamu’alaikum Akhi… Really impress with all your comments in your blog. Sampaikan salam ana pada Kak Lydia.. (Muhandisah Bintulu)
Assalamualaikum..
tahniah atas entri yang membina. bersemangat bila baca pengalaman mereka yang selalu positive dgn kehidupan dan relate dengan tugas sebagai seorang hamba.
kadang-kadang, bila terlibat dengan pekerjaan yang nampak seolah-olah tiada relation dengan perjuangan secara direct, inferiority terhadap mereka yang directly involve dgn gerakan, selalu menjelma.
tp, alhamdulillah, semakin jelas, di mana pun kita berada, selagi tak terputus hubungan dengan Tuhan, i’Allah kita sentiasa terlibat secara direct dengan perjuangan.
tahniah sekali lagi, teruskan usaha.
Good and nice site. You’re lucky to work in legitimate oil company. I want to give some advice to people who got offer letter from oiljobs.cc managed by Caledonian Offshore Ltd.
Guess what they’re a scam company. They will send you a very professional offer letter and they will ask you to pay for the job application fees. What’s this? Oil company is asking for money? Don’t fall for their trap and don’t give your money because if you do, you will lose your money. Many people had been conned by them.
Go to this website before you are applying for oil and gas jobs to get some advice: http://fuhrer2u.googlepages.com/oilgasjob
Saya memohon untuk kerja di pelantar. Doakan saya supaya dapat. Terima kasih.
very good….
Salam wbt
Perkongsian yg sgt menarik dan mengamit keinsafan diri
Assalamualaikum. .. im head of human resource department in society of petroleum engineers(spe) in uitm shah alam.. Im very interested reading your blog….btw..saya jg merupakan ketua program behind the truth…program ini merupakan forum yang melibatkan 2 ahli panel bg membincangkan kehidupan seorang Muslim di atas pelantar..and saya berbesar hati utk menjemput saudara utk menjadi ahli panel utk program saya ni… for more info: wassup : 0125441167 (amalina)
Contact no: 0194110183 (amal)… asap..tq 🙂