Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Jun 2010

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Lifeline4gaza

Misi AMAL ke Gaza 2010

Kapal Mavi Marmara Menuju ke Gaza

Mavi Marmara Diserang Israel Laknatullah

Berita-berita dipetik daripada laman www.amalsarawak.net

 

Peserta Konvoi ke GAZA dari Malaysia Diumumkan

  

AMAL Malaysia, Kuala Lumpur, 15 Mei 2010: Alhamdulillah, Seketariat Lifeline4Gaza “Talian Hayat Untuk Gaza” (http://www.lifeline4gaza.org/) hari ini mengumumkan senarai peserta dari Malaysia yang terpilih untuk menyertai konvoi kapal laut terbesar yang akan menerobos sekatan ke atas Semenanjung Gaza dalam misi terdekat.

 

Semua permohonan untuk menyertai konvoi ini disaring dan dipilih oleh pihak penganjur utama konvoi, Pertubuhan Hak Asasi dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) iaitu sebuah NGO yang berpengkalan di Turki.

 

Konvoi dari Malaysia akan diketuai oleh Sdr Noorazman bin Mohd Samsuddin yang juga merangkap Pengerusi Biro Haluan Palestin dan Pengarah Projek Lifeline4Gaza di Malaysia.

 

Berikut senarai nama mereka yang dipilih oleh IHH untuk ke GAZA:

 

1. Noorazman Bin Mohd Samsuddin (Ketua Misi – HALUAN Palestin)

2. Dr Mohd Arba’ai Bin Shawal (HALUAN Palestin)

3. Dr S Muhamad Haleem Bin S Hassan (HALUAN Palestin)

4. Dr Selamat Bin Aliman (Jamaah Islah Malaysia)

5. Jamuliddin Bin Elias (Yayasan AMAL Malaysia)

6. Ustaz Al Hami Husain Bin Suhaimi (HALUAN Palestin)

7. Mohd Nizam Bin Mohamad (HALUAN Palestin)

8. Abd Halim bin Mohamed Redzuan (Muslim Care)

9. Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus (Aqsa Syarif Bhd)

 

Dua lagi slot untuk wakil media telah dikhususkan untuk media – Astro Awani & TV3, tetapi setakat pengumuman ini dikeluarkan, penyertaan daripada TV3 masih belum muktamad.

 

Perkembangan terkini konvoi boleh diikuti melalui saluran media projek Lifeline4Gaza iaitu Radio IKIM.fm, Sinar Harian, ILuvIslam dan TV3.

 

Peserta konvoi akan diberikan taklimat pada 16hb Mei. Satu sidang akhbar akan diadakan pada 18hb Mei pada masa dan tempat yang akan diumumkan kelak.

 

Peserta konvoi dari Malaysia akan bertolak ke Istanbul pada 19hb Mei dengan kapal terbang untuk menaiki kapal yang sedang menunggu di sana. Konvoi kapal dijadualkan akan bertolak dari Istanbul ke Antolia pada 21hb Mei dan akan belayar ke Gaza dua hari kemudian.

 

“Aku hanya berwasiat pada kalian andainya kami tiada – teruskan perjuangan ini, tingkatkan dakwah kepada masyarakat, mantapkan tarbiyah diri, keluarga dan anak-anak didik kalian yang ada.”

 

Demikian antara amanat yang ditinggalkan oleh Ketua misi konvoi Lifeline4Gaza dari Malaysia ke Gaza, Sdr Noorazman Mohd Samsuddin yang akan berangkat ke Turki pada 19hb Mei nanti. Amanat tersebut dibuat selepas senarai peserta konvoi dari Malaysia diumumkan. (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »