Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Januari 2008

Kursus PPDMKursus PPDM Kursus PPDMKursus PDDM

Advertisements

Read Full Post »

Bayi Soleh

“Anak-anak Adalah Amanah Allah.. Penyejuk Mata, Penawar Hati!”

As-Sarawaki, 28 Januari 2008: Entri ini saya ingin terbitkan hari Jumaat yang lepas tetapi Streamyx di rumah saya mengalami gangguan dan baru sebentar tadi Juruteknik dari TMNet datang memperbaikinya. Alhamdulillah, hati saya gembira tak terkata! Ya, sangat bahagia rasanya! Syukur kepada Allah SWT pada hari Jumaat yang lepas saya menerima berita yang amat khair. Doktor mengesahkan isteri saya sudah mengandung lebih kurang seminggu! Maksudnya insya Allah dengan izinNya 9 bulan lagi saya akan bergelar seorang ayah… Ayah mithali hendaknya! Nikmat dalam hati, riang tiada terkira! Malah ibu dan ayah saya terlebih lagi gembira kerana akan menjadi nenek kepada cucu pertamanya! Mudah-mudahan berkat rezeki terus melimpah ruah…

 

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah! Semoga dengan khabar baik ini akan menambahkan lagi kemesraan antara kami suami-isteri. Atas segalanya, doa tetamu ziarah yang budiman lagi beriman sekalian amatlah kami harapkan.

 

Benarlah bahawa anak-anak adalah amanah Allah kepada ibubapa. Anak-anak adalah cahaya mata, aset agama, bangsa, dan negara. Dari Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadith Riwayat Bukhari).

Oleh itu, kepada ibubapa dan bakal ibu dan ayah yang berbahagia dan sedang membaca entri ini, mari kita berusaha memberi anak-anak kita pendidikan, nasihat, panduan, hiburan sejati dan ‘kemewahan beragama’ sehingga mereka menjadi kenal, cinta dan takut kepada Allah. Tarbiyyah dan asuhlah mereka dengan didikan yang dapat membentuk jiwa dan akhlak untuk menjadikan keluarga yang dibina dapat melahirkan sebuah generasi mulia masa depan yakni generasi anak soleh yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Buat mereka yang masih bujang, disyorkan agar bersama membuat persiapan serapi-rapinya agar bila tiba masanya nanti kita semua akan menjadi bapa hebat dan ibu mithali. -)

 

Anak-anak adalah cahaya mata
Penghibur hati penyejuk jiwa
Nikmat Allah yang paling bahagia
Nisbah benda lahiriah di dunia
Amanah Allah yang mesti dijaga! (selanjutnya…)

Read Full Post »

Jom Umrah

Sesiapa yang berminat, sila hubungi:

1. Ustaz Ahmad Fauzi Yaakob – 019-8854266

    Email: somchit_pratchai@yahoo.com

2. Ustaz Roshaidin Othman – 012-6948756

    Email: therockns@hotmail.com

3. Puan Lily Hj Morni – 016-8729208

    Email: lilyhjmorni@yahoo.com.my

4. Muhtar Hj Suhaili – 016-8909717

    Email: al_akhyar81@yahoo.com

Read Full Post »

Kreativiti Hidup

“Kebenaran Yang Terancang Pasti Akan Menewaskan Kebathilan!”

As-Sarawaki, 22 Januari 2008: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas segala-galanya! Masya Allah wa astaghfirullah… Cepatnya masa berlalu dan sedar tak sedar sudah lebih 3 minggu saya tidak mengemaskini laman weblog ini! Sudah tentu ia satu jangka masa yang panjang sehinggakan sahabat ex-UIA, Saudara Afyan Mat Rawi meninggalkan komentar:

Lamanya honeymoon, sampai tak sempat update blog.. )

Alhamdulillah, terima kasih akhi! Sungguh, alhamdulillah syukur nikmat masih terus menghayati saat-saat penuh bahagia bersama isteri tersayang. Benarlah Sabda Rasulullah SAW tentang nilai isteri yang solehah:

Seseorang mukmin tidaklah mendapat faedah yang lebih baik setelah bertaqwa kepada Allah selain dari isteri yang solehah; (iaitu) yang jika dia menyuruh isterinya maka isteri itu mentaatinya, jika melihatnya isteri itu menyenangkannya, jika bersumpah atas nama isterinya maka isterinya itu memenuhinya, dan jika suami tiada di rumah maka isteri itu menjaga harta dan kehormatan suaminya.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, hadith no. 1847).

Saya merasa wajar untuk memohon maaf khususnya kepada pengunjung setia weblog ini. Alhamdulillah meskipun tanpa entri baru, berdasarkan statistik blog yang disediakan oleh wordpress.com, jumlah pengunjung blog ini antara 1 Januari 2008 sehingga hari ini secara puratanya ialah sebanyak 500 hits sehari. Terima kasih di atas sokongan kalian, amat diri ini hargai dan ia pastinya meningkatkan semangat memblog saya. Saya juga memohon maaf kerana entri ‘Tersepit Dalam Dilemma: Antara Adat vs Syari’at’ dan ‘Bagaimanakah Syari’at Islam Menjelang 2020?‘ masih belum sempat saya selesaikan. Atas segalanya, semoga kita semua terus beroleh kekuatan ber’amal liridhalLah.

 

Melalui entri kali ini, saya suka untuk mengajak tetamu ziarah yang budiman sekalian merenung satu cerita amat bermakna, bergizi, berinspirasi, memotivasi lagi menggugah rasa tentang ‘Kisah Anak Singa’.  (selanjutnya…)

Read Full Post »