Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 4 April 2007

Mahasiswa Holistik yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang

“Konsep ilmu dan pendidikan dalam Islam mengandungi pengertian yang menyeluruh dan holistik

As-Sarawaki 4 April 2004 (Refresh):  Usaha untuk memberi fokus kepada elemen pendidikan agama dan moral merentasi semua kursus dijalankan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) wajar diberi perhatian yang serius dan mendapat sokongan serta dokongan semua pihak. Usaha murni ini bertujuan bagi melahirkan graduan yang sentiasa berpegang kepada budaya bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Selain itu, ini juga selaras dengan aspirasi dan inspirasi untuk memperkukuhkan dan menggabungkan pendidikan Islam dengan sistem pendidikan kebangsaan bagi memastikan ia benar-benar berkesan dalam melahirkan umat Islam yang berkualiti dan serba boleh.

Lebih daripada itu, elemen berkenaan juga mesti dititikberatkan bagi memastikan pelajar dan mahasiswa diberi pendedahan ilmu pengetahuan serta nilai murni berterusan ke arah penjanaan generasi yang berakhlak dan mempunyai keperibadian tinggi. (selanjutnya…)

Read Full Post »