Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 22 April 2007

Bandaraya Miri

“Bandaraya Peranginan Miri.. Bumi Kelahiran di mana Hidup, Jasa, Perjuangan dan Survival Dipertaruhkan!”

As-Sarawaki, 22 April 2007: Islam dan Dakwah di Sarawak… Bagaimana sejarahnya? Bagaimana masa depannya? Bagi Muslim dan Mukmin yang ada fikir agama di Bumi Kenyalang, persoalan ini sewajarnya membuatkan kita bingkas bangun, bangkit sedar, lekas insaf dan yang lebih utama pantas bertindak dalam usaha kita memastikan masa depan umat Islam di negeri Sarawak terus terbela dan memiliki izzah.

 

Saya suka untuk berkongsi Kertas Kerja oleh Dr. Azhar Ahmad (Penolong Pengarah, Jabatan Pelajaran Sarawak) bertajuk “Latihan Dakwah di Sarawak: Sorotan dan Masa Depan” yang telah beliau bentangkan di Konvensyen Latihan Dakwah JAKIM 2006. Kertas Kerja ini amat baik untuk dikaji, dimuhasabah dan diperincikan oleh seluruh kader-kader dakwah (dai’e), penggerak usaha islah (muslih) serta pendokong dan pejuang gerakan Islam (mujahid) di Bumi Bertuah Sarawak yang tercinta ini. Ayuh saudara seaqidah sekalian, mari kita bersama menggembleng tenaga, menyatu fikrah, menyepadu ikhtiar dan maju seiring sejalan dalam melaksanakan usaha dakwah yang murni ini. Jom kita terus berdakwah sebagai sebahagian usaha menyambung kerja keNabian yang sesungguhnya amat mulia demi mencari redha Allah SWT. Cita-citaku Islam Tinggi Menjulang! Semoga segalanya membawa khair dunia dan Akhirat. Amiin. (selanjutnya…)

Read Full Post »