Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Mei 2008

Mari Memahami

Seek First To Understand, Then To Be Understood!

As-Sarawaki, 30 Mei 2008: Alhamdulillah atas nikmat kefahaman dan keimanan! Hari ini adalah hari Jumaat yang mulia dan insya Allah mulai esok syarikat tempat saya bekerja akan bercuti selama seminggu sempena Hari Gawai Dayak. Sebagai muqaddimah entri ini, sama-samalah kita hayati dan fahami Tazkirah Jumaat edaran Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Petroleum (PKPIP) berikut. Kepada sesiapa yang berminat, saudara dan saudari juga boleh membaca PKPIP Iqra’ Bulletin, Volume 2 Issue 9 berformat pdf di sini »»

 

Tazkirah Jumaat

 

Salah satu buku yang alhamdulillah telah saya baca dan hadami pada tahun 2003 serta turut mengesyorkan kepada mereka yang ingin proaktif dalam membina diri untuk membacanya ialah “The 7 Habits of Highly Effective People” karangan Stephen R. Covey. Buku ini adalah sebuah buku motivasi terlaris yang telah berjaya dijual sehingga 15 juta naskhah dan diterjemahkan ke dalam 38 bahasa asing. Salah satu daripada 7 sikap atau prinsip asas seseorang manusia yang efektif dan berinspirasi yang dinyatakan oleh Stephen R. Covey di dalam buku ini ialah “Seek First To Understand, Then To Be Understood” yang menurut pemahaman saya lebih kurang bermaksud “Berusahalah Untuk Memahami Terlebih Dahulu, Sebelum Minta Difahami”.

 

Atas faktor “Seek First To Understand, Then To Be Understood” inilah maka saya beriya-iya mendapatkan buku “The Broken Shield: The Birth of Dayakism” karangan Encik Joseph Sipi ak Tawie dan teruja membeli buku “Rahsia Islam di China: Gemilang di Sebalik Tembok Besar” karangan Ustaz Ann Wan Seng.

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Sarawak Population

Penduduk Berbilang Kaum Di Sarawak.. Sarawak Truly Malaysia!

As-Sarawaki, 28 Mei 2008: Alhamdulillah atas nikmat Islam yang syumul yang menjadi dasar dan prinsip kepada semua kegiatan sama ada sosial, pendidikan, ekonomi, politik dan lain sebagainya! Selamat Ari Gawai Dayak. Ngajih ka kita gayu guru, gerai nyamai, lantang senang nguan menua! “Gayu guru gerai nyamai” bukanlah ucapan sempena Hari Guru tetapi ucapan sempena Hari Gawai Dayak yang dirayakan setiap 1 Jun setiap tahun di Sarawak. Frasa Bahasa Iban “Ngajih ka kita gayu guru, gerai nyamai, lantang senang nguan menua” bermaksud lebih kurang “mudah-mudahan kita beroleh kesejahteraan, kesihatan, nasib yang baik dan hidup bahagia aman makmur di tanahair”. Buat masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut di Sabah pula, Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan atau dalam Bahasa Melayu, Selamat Hari Pesta Menuai!.

 

Sebagai permulaan entri ini, berikut dikongsikan ensiklopedia mengenai Hari Gawai Dayak yang diperolehi daripada Wikipedia:

 

Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum bumiputera berbangsa Dayak termasuk Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Gawai Dayak merupakan hari menuai dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964, apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun 1965.

 

Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuak dipersembahkan kepada dewa padi untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.

 

Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Sebatang pokok yang dikenali sebagai ‘ranyai’ akan didirikan di tengah ruang dan dihiasi dengan makanan dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang dikenali sebagai ‘ngabang’. Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut.

Entri ini bukan mengenai Hari Gawai Dayak! Bukan juga entri untuk mengajar Bahasa Iban. Entri ini sesuai dengan tajuknya cuba untuk sama-sama mengajak tetamu ziarah yang budiman dan beriman untuk memikir serta membincangkan tentang “baka ni dakwah kita wai?” yakni “bagaimana usaha dakwah kita saudara?” terhadap masyarakat Dayak. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Kad Jemputan Kahwin Mei 2008

Pengilan Mei 2008

Selamat Pengantin Baru.. Semoga Berbahagia Hingga Ke Syurga!

As-Sarawaki, 25 Mei 2008: Alhamdulillah atas nikmat kehidupan dan nikmat berkeluarga! Kini musim cuti sekolah telah bermula dan pastinya ramai pasangan mengambil kesempatan untuk melaksanakan walimatul ‘urus masing-masing dalam tempoh dua (2) minggu ini. Mabruk! Melalui entri ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat pengantin baru kepada sahabat-sahabat yang telah mendirikan rumahtangga bahagia atau bakal mengadakan majlis perkahwinan seperti berikut:

 

1. Saudara Amin Idris dan Saudari Azlina Rahmat

2. Saudara Suzardi Maulan dan Saudari Suhaida Mahpot

3. Saudara Shamri Mohamad dan Saudari Siti Khadijah Drahman

4. Saudara Mohd Arifiriazul Paijo dan Saudari Bazilah Basar

5. Saudara Mohd Shaiful Shahrizam dan Saudari Nurul Ibtisam Yaacob

6. Saudara Ahmad Sidqi Danial dan Saudari Wan Hasanah Wan Harun

7. Saudara Mohd Fakhrurrazi Yassin dan Saudari Nor Salwani Mohamed

8. Saudara Umar Hamzah dan Saudari Sal Hafiza Bugam

9. Saudara Saiful Mumin dan Saudari Ummi Syafinah Sahari

10. Saudara Muslimin Basri dan Saudari Fitriani Jemali

11. Saudara Rusdi Mohd Asri dan Saudari Elfa Susanti Sabir

12. Saudara Irwanni Mos dan Saudari Azlina Zainuddin

13. Saudara Mohd Helmi Zainudin dan Saudari Nurul Hayati Yaacob

14. Saudara Mohd Imran Muhammad dan Saudari Wan Nor Juliana

 

Baarakallahu lakuma wa baaraka ‘alaikuma wa jam’a bainakuma fi khair. Mudah-mudahan Allah akan melimpahkan pasangan-pasangan suami isteri ini dengan sa’adah, sakinah, mawaddah wa rahmah yang dijanjikanNya. Semoga kalian berbahagia hingga ke Syurga! Amiin.

 

Allah SWT Pencipta Sekalian Manusia berfirman: 

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra denganya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” (Surah Ar-Rum, ayat 21). 

Makluman: Sesiapa yang berminat, berikut diiklankan program “Bersama Angkasawan Malaysia” di Miri pada 27 Mei 2008: (selanjutnya…)

Read Full Post »

Amanu

..Dan Gembirakanlah Orang-orang Yang Beriman!

As-Sarawaki, 21 Mei 2008: Alhamdulillah atas segala perkara! Sehari dua ini iklim politik di Malaysia sedikit panas dengan isu Tun Dr. Mahathir keluar dari UMNO dan pastinya juga dengan isu Klip Video VK Lingam yang hangat diperkatakan. Saya mengikuti perkembangan semasa politik tanahair dengan penuh minat malah saya juga sebenarnya berintuisi dengan hal ehwal politik khususnya sains dan seni silatnya. Buat masa ini saya masih belum begitu enthusiastik untuk terjun sepenuhnya dalam politik kepartian meskipun menerima tawaran-tawaran tertentu. Saya lebih teruja untuk berpartisipasi secara belakang tabir buat masa ini. Apapun, Akan Datang Hari dan Masanya…

 

Melihat perkembangan sehari dua ini, setelah membaca kenyataan rasmi Chedet tentang keluarnya beliau dari Umno serta melihat komentar, sokongan mahupun kritikan terhadap beliau, satu perkara yang ligat bermain di kepala saya ialah: Jangan Sesekali Keluar Daripada ‘Parti’ Amanu! Terma parti saya gunakan di sini sebagai satu kinayah. Saya sebenarnya merujuk kepada satu perkumpulan manusia yang mempunyai visi dan misi yang sama, Allah sebagai motivasi terunggulnya, Rasulullah sebagai qudwah hasanahnya, Al-Qur’an menjadi Akta Kehidupannya dan As-Sunnah menjadi perundangan sehariannya. Keluar Umno tiada salahnya di sisi Allah, tetapi jangan sesekali keluar dan membuang pangkat amanu dalam diri kita!

 

Allah SWT di dalam Al-Qur’an mengiktiraf orang-orang yang berjaya dan berbahagia dunia dan Akhirat ialah golongan yang amanu. Banyak sekali Allah memberi berita gembira dengan memulakan firmannya dengan “Ya ayyuhal lazina amanu” – “Wahai orang-orang yang beriman!”. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Buku Rekod Kemajuan

Buku Rekod Kemajuan Pelajar – Kenangan Zaman Persekolahan

As-Sarawaki, 16 Mei 2008: Alhamdulillah! Hari ini 16 Mei adalah Hari Guru. Istimewanya tahun ini kerana insan bergelar guru pertama yang saya ucapkan ‘Selamat Hari Guru’ ialah isteri saya sendiri yang merupakan Guru Kaunselor di SMK Dato’ Permaisuri dan seterusnya diikuti oleh jiran saya Puan Lily Haji Morni yang merupakan Pengetua SM Sains Miri. “Guru Cemerlang, Negara Terbilang!”

 

Semalam saya dan isteri tercuit hati apabila kami bersama-sama melihat Buku Rekod Kemajuan Pelajar saya semenjak dari Sekolah Rendah (SRK Kelapa Sawit No. 5, Subis) sehingga ke Sekolah Menengah (Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri). Antara yang membuat kami tersenyum ialah berat badan saya semasa masuk ke Tahun 1 pada 4 Januari 1988 ialah hanya 17kg dan merosot ke 16kg ketika Tahun 2. Berat saya sebelum melangkah ke Sekolah Menengah pula hanya 26kg! Ketinggian saya ketika Tahun 1 hanya 117cm, manakala ketika Tingkatan 1 pula hanya 137cm yang mana ia amat rendah berbanding ketinggian saya kini iaitu 181cm! Malah gambar berukuran passport ketika berumur 13 tahun di dalam Buku Rekod Sekolah Menengah saya juga membuat isteri saya bergurau kerana katanya muka saya terlalu ‘innocent’! 🙂

 

Seperkara lagi yang membuat saya bersyukur dan terharu ialah saya mendapat tempat ke 33 daripada 34 murid ketika Tahun 1 dan alhamdulillah pada Semester Kedua Tahun 6 sebelum menduduki UPSR saya mendapat tempat pertama (satu-satunya selama 6 tahun di Sekolah Rendah!). Alhamdulillah, satu lagi kenangan indah pada tahun 1993 ialah sekolah kami mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya 3 orang murid sekolah pedalaman di Subis ini memperolehi semua A iaitu 4A dalam UPSR. Nikmat dan kejayaan dunia anugerah Allah yang wajib disyukuri! (selanjutnya…)

Read Full Post »

Garden of Knowledge and Virtue

Kenyataan MPP 4 April 2004

Kenyataan MPP 4 April 2004

Kenyataan Akhbar MPP UIAM Sesi 2003/04 Bertarikh 4 Jun 2004 [Sumber] 

As-Sarawaki, 13 Mei 2008: Alhamdulillah! Entri ringkas ini sekadar mengimbau cadangan kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang masih belum berjaya dilaksanakan meskipun Menteri dan Setiausaha Parlimen KPT pada masa tersebut sudah tidak berada di dalam Kabinet. Mungkinkah idea ini akan menjadi kenyataan atau hanya tinggal gimik kementerian dan retorika politik?

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Misi Kemanusiaan Taufan Tropika Nargis Myanmar, Yayasan Amal Malaysia”

As-Sarawaki, 10 Mei 2008: Allahu Akbar! Sungguh benar Allah itu Al-Malik (Maha Memiliki dan Menguasai Seluruh Alam) lagi Maha Al-Jabbar, Al-Qaadir dan Al-Muqtadir yakni Maha Berkuasa atas segala-galanya! Taufan Nargis yang melanda negara Myanmar (juga dikenali sebagai Burma) pada hari Sabtu, 4 Mei yang lalu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 22,000 rakyat Burma menjadi mangsa taufan tersebut sementara 41,000 yang lain masih hilang. Taufan Nargis dan bencana tragis ini telah menghancurkan Delta Irrawaddy yang membekalkan hampir separuh bekalan beras dunia!

 

Bacaan Tambahan:

http://saifulislam.com/?p=1889, Website Islamic Relief, Website Muslim Aid

 

Atas rasa tanggungjawab, pimpinan Yayasan Amal Malaysia telah mengambil keputusan untuk menghantar sukarelawan dalam Misi Bantuan Kemanusiaan ke Myanmar/ Burma. Kumpulan Sukarelawan Pertama dijangka berlepas akhir minggu ini yang diketuai oleh Presiden Yayasan Amal Malaysia, Hj Hussin Ismail sendiri. Selain Presiden, kumpulan Sukarelawan Peninjau ini akan turut disertai Saudara Jamaluddin Elias, Ketua Biro Kebajikan bersama tiga orang doktor perubatan iaitu Dr Hj Abd Rani Osman selaku Naib Presiden merangkap Ketua Biro Relief, Dr Ahmad Yunus yang merupakan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor dan Dr Hamdan selaku Ketua Biro Perubahan. Pasukan ini akan membuat tinjauan awal di samping mengatur beberapa kumpulan Sukarelawan Yayasan Amal Malaysia yang lain. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »