Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Disember 2007

Walimatul ‘Urus Muhibbah

“Majlis Perkahwinan, 29 Disember 2007, Kampung Muhibbah, Niah, Miri”

As-Sarawaki, 31 Disember 2007: Alhamdulillah! Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Amru ra bahawa Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda:

 

الدنيا متاع وخير متاع الدنيا المرأة الصالحة
“Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia itu ialah perempuan yang solehah” (Hadith Sahih Riwayat Muslim, Nasaie, Ibn Majah dan Ibn Hibban serta lain-lain).

Entri ini adalah lanjutan daripada entri sebelum ini: ‘Memori Indah, Detik Manis dan Saat-saat Bahagia‘. Sebenarnya banyak perkara yang ingin saya tulis tentang Majlis Perkahwinan saya. Cuma ruang waktu dan kesibukan urusan semasa Majlis Perkahwinan baru-baru ini masih belum mengizinkan untuk saya menulis dan kongsikannya di laman weblog ini. Antara tajuk entri yang tengah saya usahakan ialah ‘Tersepit Dalam Dilemma: Antara Adat vs Syari’at’. Insya Allah doakan semoga entri tersebut dan entri ‘Bagaimanakah Syari’at Islam Menjelang 2020?‘ akan dapat saya selesaikan sesegera mungkin.

 

Saya ingin mengambil kesempatan ini dengan rasa syukur tidak terhingga untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang datang merai termasuk sahabat-sahabat Shell dan Petronas, penggerak-penggerak Task Force Kecemerlangan, Yayasan ‘Amal Malaysia (YAM), Jamaah Islah Malaysia (JIM), Harakah Islamiyyah Sarawak (HIKMAH), Badan Kebajikan Pekerja Islam Petroleum (BKPIP), Badan Kebajikan Islam Petronas (BAKIP), warga pendidik, AJK-AJK Masjid-masjid di Miri, pemimpin-pemimpin politik, ex-UIA, ex-Kolej, para penasyid dari Bintulu dan Miri, penceramah undangan – Ustaz Mohd Juneed Ismail, jurukamera – Ustaz Ahmad Fauzi Yaakob dan Saudara Omar Lamuseng, sahabat amat akrab – Akhi Mohd Sharifuddin yang sanggup datang jauh dari Kuala Lumpur, juga tidak dilupakan sahabat-sahabat lain yang tidak disebutkan di atas serta pastinya tidak ketinggalan masyarakat kampung yang telah bertungkus-lumus selama seminggu bergotong-royong membantu menjayakan Majlis Perkahwinan kami.

 

Jazakumullahu khairan kathira. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Banner Walimatul Urus

“Jemputan Walimatul ‘Urus, 29 Disember 2007, Kampung Muhibbah, Niah, Miri”

As-Sarawaki, 23 Disember 2007: Alhamdulillah, segala puji milik Allah SWT di atas segala-galanya. Ini adalah entri pertama saya semenjak bertukar status dari bujang kepada berkahwin dan sekaligus bergelar suami. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz di Majlis Akad Nikah pada hari Jumaat, 4 Zulhijjah 1428H bersamaan 14 Disember 2007 bertempat di Masjid Kampung Bako, sahlah saya menjadi suami kepada isteri tersayang, Wan Lydia Salmi Binti Wan Junaidi. Syukur kepada Allah SWT di atas nikmat perkahwinan. Kepada sahabat-sabahat yang masih bujang, saya syorkan segeralah berkahwin! 😀 Mudah-mudahan kita semua beroleh berkat, kebahagiaan dan kemuliaan dunia Akhirat.

 

Alhamdulillah juga kerana Walimatul ‘Urus sebelah pihak perempuan pada 15 Disember 2007 berjalan dengan lancar. Saya dan isteri ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang datang meraih. Kehadiran kalian amat kami hargai dan syukuri. Insya Allah, Walimatul ‘Urus sebelah pihak lelaki akan diadakan pada hari Sabtu ini, 19 Zulhijjah 1428H bersamaan 29 Disember 2007 bertempat di Lot 22, Kampung Muhibbah, Niah, Miri, Sarawak. Sahabat-sahabat dan tetamu ziarah yang budiman sekalian dengan penuh takzim dan segala hormatnya dipersilakan hadir ke kediaman kami untuk sama-sama memeriahkan kenduri kesyukuran ini.  

 

‘Honeymoon’ dan ‘Eidul Adha 1428H 

 

Alhamdulillah, pada 16 Disember 2007 kami telah terbang ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Swiss-Garden Golf Resort & Spa, Damai Laut, Off Pangkor Island, Perak Darul Ridzuan untuk ‘berbulan madu’ sehingga 19 Disember 2007. Alhamdulillah syukur di atas nikmat duniawi kurniaanNya! Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia dan membawa ke Syurga. Amiin.

 

Cari olehmu akan sahabat yang boleh dijadikan ubat;
Cari olehmu akan guru yang mengenal segala seteru;
Cari olehmu akan isteri yang boleh menyerahkan diri;
Dan jadi olehmu akan abdi yang ada baik budi.

 

Sekembali dari ‘honeymoon’ di Pulau Pangkor, kami kembali ke Kuala Lumpur untuk sambutan ‘Eidul Adha dengan bersolat sunat di Masjid Jamek Kuala Lumpur. Lari dari kebiasaan hari-harinya, Kuala Lumpur agak lengang tanpa hiruk-pikuknya. (selanjutnya…)

Read Full Post »

   

“Antara Buku-Buku Terkini PTS Millennia Sdn. Bhd.

As-Sarawaki, 11 Disember 2007: Alhamdulillah, segala puji milik Allah SWT di atas segala-galanya. Tinggal 3 hari sahaja lagi saya berstatus bujang dan insya Allah hari Jumaat ini, 4 Zulhijjah 1428H bersamaan 14 Disember 2007 sahlah saya menjadi suami kepada Saudari Wan Lydia Salmi Wan Junaidi. Rencam rasa dalam dada… Riang gembira tak terkata, berdebar-debar, teruja dan tidak ketinggalan risau fikir tentang amanah yang bakal dipikul. Nasihat paling mencuit hati namun penuh makna yang saya terima dalam menuju gerbang perkahwinan dan alam berumahtangga ini ialah “Handle with care…” 🙂 Apapun, benarlah betapa menghitung hari itu menggoncang emosi dan impresi diri!

 

Promosi Buku: Solat Khusyuk Solat S.M.A.R.T. 

 

Alhamdulillah, semalam saya telah menerima naskhah buku ‘Solat Khusuk Solat S.M.A.R.T.: Membuka Pintu Keajaiban Solat Menuju Kecemerlangan di Dunia dan Akhirat‘ karangan M. Siddiq Mustika edisi Malaysia terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd. sebagai penghargaan ke atas testimonial yang saya berikan. Sebagai perkongsian dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian, berikut adalah sinopsis buku tersebut:

 

Anda pasti sering menunaikan solat. Pagi, petang, siang, malam, bertahun-tahun ataupun kemungkinan puluhan tahun anda menunaikannya. Entah berapa kali anda menundukkan badan dengan rukuk dan sujud. Entah berapa kali juga anda membaca bermacam-macam zikir dan doa dalam solat. Daripada segi kuantiti, malaikat pencatat amal mungkin mencatat begitu banyak unsur solat yang anda lakukan. Tetapi, bagaimana dengan kualiti solat anda itu? Agaknya, berapa banyak daripada solat anda yang dicatat sebagai amalan yang baik oleh malaikat?

 

Dalam hal ini, Nabi Muhammad menjelaskan, “Sesungguhnya seseorang yang mengerjakan solat berasa dia menegakkan solat dengan utuh, tetapi sebenarnya solatnya itu tidak dicatat oleh malaikat yang mencatatkan amalan kebaikan iaitu Rakib. Malaikat Rakib mencatatkan hanya setengah solatnya ataupun sepertiga solatnya ataupun seperempat solatnya, ataupun seperlimanya hingga ke sepersepuluh solatnya.” Ternyata, kualiti solat kita tidak 100% baik kerana hanya sebahagian sahaja daripadanya yang dicatat sebagai amalan yang baik. Apakah yang dicatatkan sebagai amalan yang baik dalam solat? Seorang sahabat yang bernama Ammar bin Yasir menjelaskan, “Sesungguhnya apa yang dicatat oleh Malaikat Rakib bagi seseorang yang mendirikan solat hanyalah apa yang dia lakukan dengan menggunakan akalnya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Rancangan Penulisan Buku

 

Alhamdulillah, (selanjutnya…)

Read Full Post »

Jadilah Wanita Yang Solehah! :-)

“Keharmonian, Kebahagiaan, Ketenangan, Sakinah, Mawaddah Wa Rahmah”

As-Sarawaki, 3 Disember 2007: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT selama-lamanya di atas nikmat kehidupan dan segala nikmat kebahagiaan. Sesungguhnya setiap manusia impikan kebahagiaan kerana itulah tujuan dan erti kehidupan – mulia di dunia, hasanah di Akhirat. 

 

Saya kini menghitung hari untuk bergelar seorang suami… Tinggal 11 hari sahaja lagi! Maha benarlah firman Allah SWT di dalam Surah Ar-Rum, ayat 21:

 

“Dan di antara bukti kekuasaanNya, Allah menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaanNya) bagi kaum yang berfikir.”

 

Sempena akan tibanya hari bersejarah yakni majlis perkahwinan yang bakal menjelang, saya mengharapkan nasihat-nasihat berharga serta tips-tips berguna dari tok guru-tok guru, alim ulama’, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, para dae’i, cikgu-cikgu, tuan-tuan, puan-puan dan teman-teman yang arif bijaksana lagi pakar segala agar saya lebih bersedia mengharungi alam berumahtangga. Saya tersenyum sendiri apabila membaca entri terbaru Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz. Pertamanya kerana entri ini ada menyentuh serba sedikit tentang ulah cemburu isteri yang mencuit hati, dan keduanya entri ini ada nasihat khusus buat saya. Syukran jazilan ya ustaz! Beliau menulis:

 

Begitulah kegembiraan saya setiap kali berpeluang ke Sabah dan Sarawak. Saya suka kedua-dua negeri ini, tetapi saya pun tak tahu lagi mengapa saya suka sangat ke sini. Isteri saya pun dah cemburu semacam dengan saya kerana tak pernah ajak dia bersama. ) Ishh ishh, orang perempuan ni, tak sama tapi serupa saja!

 

Ingat-ingat saudara Muhtar Suhaili… )

 

Alhamdulillah dan terima kasih juga kepada Ustaz Emran Ahmad, blogger yang saya kagumi penulisan ilmiahnya (selanjutnya…)

Read Full Post »

Pilihlah Pemimpin Yang Takutkan Allah!

Pilihlah Pemimpin Yang Takutkan Allah – Punyai Ciri Al-Qawiy + Al-Amin

Oleh:  SS. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Sumber: http://drmaza.com/?p=165

 

Saya terbaca dialog yang menarik antara khalifah yang sangat adil iaitu Umar bin ‘Abdul Aziz dan penasihatnya yang jujur Rajak bin Haiwah. Kata Rajak bin Haiwah: Ketika ‘Umar bin ‘Abdul Aziz menjadi Gabenor Madinah, beliau pernah berkata kepadaku: “Wahai Rajak! pergi belikan untukku sehelai baju”. Aku pun belikan untuknya sehelai baju yang bagus, harganya lima ratus dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ianya murah”.

 

Selepas beberapa tahun beliau menjadi khalifah. Suatu hari beliau berkata kepadaku: “Belikan untukku sehelai baju”. Maka aku membeli untuknya sehelai baju yang murah lagi amat sederhana, harganya hanya lima dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ianya mahal”.

 

Aku kehairanan, bagaimana mungkin baju yang aku beli untuknya di Madinah beberapa tahun lalu dengan harga lima ratus dirham dianggap murah dan baju yang aku beli sekarang dengan harga hanya lima dirham dianggap mahal. Perasaanku tersentuh dengan perkataan beliau dan aku pun menangis. ‘Umar bin Abdul Aziz bertanya: “Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Rajak?. Kataku: “Perkataanmu wahai Amirul Mukminin, bagaimana mungkin engkau menganggap baju yang lepas yang berharga lima ratus dirham murah, dan baju sekarang yang berharga lima dirham mahal?.

 

Kata ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz: “Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, alu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya”. (selanjutnya…)

Read Full Post »