“Penyerahan Cek Dari Salah Satu Agensi Kepada Wakil AMAL Malaysia”
As-Sarawaki, 6 Safar 1430H: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, segala puji bagi Allah ‘Azza Wajalla yang menjadikan jihad dan infaq sebagai satu kemuliaan! Dengan taufiq dan hidayah Allah SWT, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Miri dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Miri, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri dan Badan-badan Islam di Miri telah berjaya menganjurkan Program Malam Bersamamu Palestin 2009 pada hari Ahad, 1 Februari 2009 bermula jam 7.30 malam sehingga 11.00 malam bertempat di Masjid At-Taqwa Miri, Sarawak.
‘Palestin di Hati’ dan ‘Kalau Bukan Kita, Siapa? Kalau Bukan Sekarang, Bila?’ masing-masing telah dipilih sebagai tema dan slogan program. Berikut merupakan antara objektif Program Malam Bersamamu Palestin ini dianjurkan:
-
Membangkitkan kesedaran dan kepedulian masyarakat terhadap usaha menyelamatkan Masjid Al-Aqsa yang mulia serta sekaligus menyatakan sokongan kepada perjuangan mendaulatkan Baitul Muqaddas dan bumi Palestin.
-
Mengarusperdanakan isu Palestin dalam masyarakat sebagai aspek pembinaan kesatuan masyarakat dan kesedaran umat.
-
Menimbulkan rasa syukur di atas nikmat keamanan dan kedamaian yang dimiliki, menzahirkan peripentingnya kita memastikan kesinambungannya serta menyatakan bantahan kepada segala bentuk kekejaman, penindasan dan kezaliman.
-
Membuat kutipan Dana Palestin untuk disalurkan kepada kerajaan (HAMAS) dan rakyat Palestin.
Alhamdulillah, selama-lamanya kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas segala-galanya. Program Malam Bersamamu Palestin telah mendapat sambutan di luar jangkaan apabila berjaya menarik kehadiran lebih 1,000 hadirin memenuhi Masjid At-Taqwa Miri bagi menyatakan solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin. Program kali kedua seumpamanya selepas kali pertama pada tahun 2006 ini telah dirasmikan oleh Datuk Ir. Hj. Daud Bin Abdul Rahman, Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak. Antara pengisian program pada malam tersebut termasuklah Tayangan Multimedia Palestin, Perkongsian Khas daripada Dr. Hamdan Bin Mohamed Khalib (Naib Presiden Yayasan AMAL Malaysia) yang baru kembali daripada misi kemanusiaan ke Gaza Palestin, Ceramah Perdana “Palestin dan Peranan Kita” oleh Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor (Pengarah Palestine Center of Excellence), Persembahan Nasyid oleh pelajar-pelajar SMK Agama Miri dan Bacaan Do’a Wehdah.
Alhamdulillah, melalui Program Bersamamu Palestin di Miri sebanyak RM91,180 (Ringgit Malaysia Sembilan Puluh Satu Ribu Satu Ratus Lapan Puluh Sahaja) telah berjaya dikumpulkan untuk Tabung Dana Kemanusiaan Palestin yang diterima daripada masjid-masjid, surau-surau, syarikat-syarikat korporat, sekolah-sekolah, institut-institut, pelbagai badan dan agensi Islam serta individu-individu yang prihatin lagi budiman. Upacara simbolik penyerahan cek daripada wakil-wakil pihak penyumbang telah diadakan di akhir program Malam Bersamamu Palestin. Semua kutipan ini disalurkan kepada rakyat Palestin melalui 3 pihak iaitu Yayasan AMAL Malaysia, MERCY Malaysia dan Kerajaan Negeri Sarawak.
Program Malam Bersamamu Palestin merupakan kemuncak kepada pelbagai akitiviti-aktiviti yang telah dijalankan sebelumnya seperti berikut:
Foto-foto Kenangan Sepanjang Program Bersamamu Palestin di Miri:
Program Malam Bersamamu Palestin ini diharap telah membangkitkan semangat dan memberi kesedaran kepada warga masyarakat Islam di Bandaraya Miri tentang isu Palestin. Kerjasama daripada semua pihak amatlah diharapkan untuk terus memastikan umat Islam memahami peranan serta tanggungajwab mendesak yang wajar mereka laksanakan demi melihat bumi Palestin kembali berdaulat dan rakyatnya kembali merasai keamanan. Marilah kita terus berjuang dan berkorban atas kapasiti yang termampu demi Allah dan agama Islam yang kita cintai! Jom selamatkan Masjid Al-Aqsa dan Bumi Al-Quds!
Kalau Bukan Kita, Siapa? Kalau Bukan Sekarang, Bila?
Nota:
1. Tahniah kepada Recep Tayyib Erdogan. Sila baca: “Erdogan oh Erdogan”.
2. Muslim World’s Dilemma: “Muslims are lions, but they are led by donkeys!”
Palestin di Hati;
Abu ‘Izz Mukhtar Suhaili
Pengarah Program Malam Bersamamu Palestin 2009
Merangkap Pengerusi Yayasan Amal Malaysia (Miri)
Wallahu a’lam bissawab.
Perkongsian yg menarik oleh Prof. Madya Dr. Hafidzi di Masjid At-Taqwa semalam. Prof menjawab dengan menarik setiap persoalan yg sudah menjadi stereotype dlm fikiran org ramai. Kenapa kita mesti kisah? Kenapa mesti ambil peduli akan Palestin? Bagaimana kita berpandangan sinis apabila melihatkan anak2 Palestin membalingkan batu ke arah kereta kebal, kenapa bumi Palestin sentiasa bergolak sama ada dengan zionis ataupun dalaman. Perkongsian Prof memberikan kita objektif yg jelas dlm isu ini
Saya juga ingin berkongsi sumber yg boleh membantu kita memahami apa yg berlaku di dunia sejak dr zaman pemerintahan mesir purba lagi. Siri ‘The Arrival’ di dalam youtube oleh Noreaagaa (http://www.youtube.com/user/noreagaaa). Siri ini juga boleh dimuat turun dr torrent.
Siri ini bermula dengan pendedahan pertubuhan rahsia Illuminati, siapa mereka dan objektif mereka. Keturunan mereka adalah dr firaun dan adalah golongan pemerintah dunia pada masa kini.
Kemudian, siri ini membawa kita ke dalam spiritual journey. tentang tiga persamaan agama wahyu, iaitu kitab Taurat (Yahudi), Injil (Christian) dan Al-Quran (Islam) – message yg di sampaikan adalah ‘one message – one god’. Harus difahami, musuh kita bukanlah Yahudi, kerana Yahudi yg beriman dengan Kitab Taurat adalah beriman dengan agama yg di turunkan Allah. Musuh dunia bukanlah Islam.. Musuh bersama kita adalah Zionis! Zionis membiayai Hitler bagi membunuh Yahudi ketika Holocoust. Holocoust adalah penting bagi penubuhan negara Israel. Zionis tidak beriman dengan Taurat.. Mereka adalah penyembah Syaitan atau ‘Luciferian’.
Siri terbaru oleh Noereaaga adalah bertajuk ‘The Divine Book’ juga perlu dihebahkan bagi memberitahu kebenaran.
Tahniah buat YAM Miri. Cakna Palestin begitu terasa di Miri
Salam kepada Sahabat sekalian,
Tahniah di atas program yang dianjurkan, semoga ianya memberi kesedaran kepada masyarakat Islam di Miri. Kita perlu sedar betapa pentingnya kita bersatu, betapa pentingnya kesatuan Islam di dalam apa saja program yang dianjurkan. Semoga Allah meredaai usaha anda semua. Syabas! Ingatlah Allah tidak akan tanya sama ada anda berjaya atau tidak, tetapi Allah akan tanya apa yang anda lakukan? Apakah sumbangan anda?
Saya ingin menyarankan kepada anda semua untuk mencermati perjalanan hidup orang-orang soleh dari kalangan sahabat, tabi’in, ahli ibadah dan ahli zuhud dari Ahli Sunnah, serta mengkaji riwayat-riwayat tentang mereka dan membaca tentang keadaan mereka. Sebab ini akan memicu semangat anda dan melimpahkan motivasi untuk meneladani mereka di dalam hati anda. Atau minimal anda malu terhadap diri anda dan tersipu terhadap Allah jika anda melihat perbandingan antara kondisi mereka dengan kondisi anda. Hendaknya anda menghayati riwayat-riwayat tentang mereka, hidup bersama mereka dalam kezuhudan, kewara’an, peribadahan, ketakutan mereka terhadap Allah, kerendahan hati, akhlak yang baik, dan kesabaran mereka.
Ini akan memotivasikan anda untuk terus berjuang kerana cintakan agama, cintakan Islam, cintakan Rasul, cintakan Allah. Orang-orang yang cintakan Rasul dan Allah, yakinlah, Rasul dan Allah akan cintakan anda.
Wassalam dari saya,
Anwar Khan
Salam..
Tahniah. Semoga semuanya mendapat kesedaran.
Comelnya ‘Izz.
[…] Program Bersamamu Palestin Di Miri Kutip RM91,180 […]
Tahniah…
Rindulah pakcik dengan ‘Izz..
Tengok gaya ‘Izz mudah-mudahan menjadi pejuang ummah…
Assalamualaikum.
Syabas dan tahniah di atas penganjuran program-program seperti ini di bumi Miri. Semoga Allah s.w.t berikan kita kekuatan untuk teruskan perjuangan menegakkan Islam di bumi Allah ini. Moga akan datang penyatuan teguh dalam gerak kerja yang amat diperlukan bagi melihat kekuatan umat itu sendiri. Semoga kita sama-sama menjadi perjuang yang terhebat.
Alhamdulillah, teringin nak join aktiviti2 begini di Miri, insyaALLAH kelak diberi kesempatan..
Tahniah,
Semoga Al Quds dan Palestin terbela.
May the victory be with the Muslim ummah.
Dr Z
Tahniah kepada warga Miri. Teruskan perjuangan!
[…] 1. Program Bersamamu Palestin Di Miri Kutip RM91,180 […]
[…] Baca juga Program Palestin terdahulu: Program Bersamamu Palestin Di Miri Kutip RM91,180 […]