Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 23 Februari 2009

AMAL Malaysia

 

Kelas Pengajian Bahasa Arab AMAL Miri pada 18 Februari 2009

“Menghidupkan Budaya Ilmu dan Pembelajaran Sepanjang Hayat”

As-Sarawaki, 27 Safar 1430H: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha ‘Adil yang tiada membezakan antara ‘Arab dan ‘Ajam! Sesungguhnya ketahuilah olehmu bahawa Bahasa ‘Arab adalah bahasa umat Islam dan Bahasa Syurga (Lughatul Jannah). Sila baca: Bahasa ‘Arab, Bahasa Syurga yang mempengaruhi dunia! Bahkan dengan menguasai Bahasa ‘Arab juga akan memudahkan kita mendalami intipati dan pengertian Al-Quran, hadith Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dan kitab-kitab muktabar para ulama’ silam yang kebanyakannya ditulis di dalam Bahasa ‘Arab.

 

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Al-Qur’an yang dibaca dengan Bahasa ‘Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.” (Surah Yusuf: 2)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam:

“Bacalah Al-Qur’an! Kerana sesungguhnya Al-Qur’an itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai pemberi syafaat bagi pembacanya.”  (Hadith Riwayat Muslim)

Imam Hassan Al-Banna, pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin, di dalam wasiat sepuluhnya pernah menyebutkan:

“Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur di dalam Bahasa ‘Arab yang betul kerana Bahasa ‘Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.”

Alhamdulillah, atas dorongan semangat motivasi dari kata-kata di atas serta niat menghidupkan sunnah ilmiah, Yayasan AMAL Malaysia (Miri) mengambil inisiatif mengadakan Kelas Pengajian Bahasa ‘Arab khususnya kepada sukarelawan AMAL Miri dan turut terbuka kepada masyarakat umum yang berminat. Maklumat aktiviti adalah seperti berikut:

 

Tarikh: Setiap Khamis malam Jumaat

Masa: 8.17 malam (Selepas Isya’)
Tempat: Pejabat AMAL Miri, Jalan Bintang
Tenaga Pengajar: Ustaz Nik Mohd Syazmizi Nik Sin dan Ustaz Haris Fadila
Yuran Pengajian: RM20/ sebulan (selanjutnya…)

Read Full Post »