Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 2 Februari 2009

Malam Bersamamu Palestin 2009

“Penyerahan Cek Dari Salah Satu Agensi Kepada Wakil AMAL Malaysia

 

As-Sarawaki, 6 Safar 1430H: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, segala puji bagi Allah ‘Azza Wajalla yang menjadikan jihad dan infaq sebagai satu kemuliaan! Dengan taufiq dan hidayah Allah SWT, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Miri dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Miri, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri dan Badan-badan Islam di Miri telah berjaya menganjurkan Program Malam Bersamamu Palestin 2009 pada hari Ahad, 1 Februari 2009 bermula jam 7.30 malam sehingga 11.00 malam bertempat di Masjid At-Taqwa Miri, Sarawak.

 

‘Palestin di Hati’ dan ‘Kalau Bukan Kita, Siapa? Kalau Bukan Sekarang, Bila?’ masing-masing telah dipilih sebagai tema dan slogan program. Berikut merupakan antara objektif Program Malam Bersamamu Palestin ini dianjurkan: 

  1. Membangkitkan kesedaran dan kepedulian masyarakat terhadap usaha menyelamatkan Masjid Al-Aqsa yang mulia serta sekaligus menyatakan sokongan kepada perjuangan mendaulatkan Baitul Muqaddas dan bumi Palestin.
  2. Mengarusperdanakan isu Palestin dalam masyarakat sebagai aspek pembinaan kesatuan masyarakat dan kesedaran umat.
  3. Menimbulkan rasa syukur di atas nikmat keamanan dan kedamaian yang dimiliki, menzahirkan peripentingnya kita memastikan kesinambungannya serta menyatakan bantahan kepada segala bentuk kekejaman, penindasan dan kezaliman.
  4. Membuat kutipan Dana Palestin untuk disalurkan kepada kerajaan (HAMAS) dan rakyat Palestin.

Alhamdulillah, selama-lamanya kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas segala-galanya. Program Malam Bersamamu Palestin telah mendapat sambutan di luar jangkaan apabila berjaya menarik kehadiran lebih 1,000 hadirin memenuhi Masjid At-Taqwa Miri bagi menyatakan solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin. (selanjutnya…)

Read Full Post »