Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Mei 2009

Sarawak Population

Penduduk Berbilang Kaum Di Sarawak.. Sarawak Truly Malaysia!

As-Sarawaki, 5 Jamadits Tsani 1430H (Disiarkan Semula): Alhamdulillah atas nikmat Islam yang syumul yang menjadi dasar dan prinsip kepada semua kegiatan sama ada sosial, pendidikan, ekonomi, politik dan lain sebagainya! Selamat Ari Gawai Dayak. Ngajih ka kita gayu guru, gerai nyamai, lantang senang nguan menua! “Gayu guru gerai nyamai” bukanlah ucapan sempena Hari Guru tetapi ucapan sempena Hari Gawai Dayak yang dirayakan setiap 1 Jun setiap tahun di Sarawak. Frasa Bahasa Iban “Ngajih ka kita gayu guru, gerai nyamai, lantang senang nguan menua” bermaksud lebih kurang “mudah-mudahan kita beroleh kesejahteraan, kesihatan, nasib yang baik dan hidup bahagia aman makmur di tanahair”. Buat masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut di Sabah pula, Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan atau dalam Bahasa Melayu, Selamat Hari Pesta Menuai!.

 

Sebagai permulaan entri ini, berikut dikongsikan ensiklopedia mengenai Hari Gawai Dayak yang diperolehi daripada Wikipedia:

Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum bumiputera berbangsa Dayak termasuk Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Gawai Dayak merupakan hari menuai dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964, apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun 1965.

 

Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuak dipersembahkan kepada dewa padi untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.

 

Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Sebatang pokok yang dikenali sebagai ‘ranyai’ akan didirikan di tengah ruang dan dihiasi dengan makanan dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang dikenali sebagai ‘ngabang’. Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut.

Entri ini bukan mengenai Hari Gawai Dayak! Bukan juga entri untuk mengajar Bahasa Iban. Entri ini sesuai dengan tajuknya cuba untuk sama-sama mengajak tetamu ziarah yang budiman dan beriman untuk memikir serta membincangkan tentang “baka ni dakwah kita wai?” yakni “bagaimana usaha dakwah kita saudara?” terhadap masyarakat Dayak. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Backdrop Bengkel AMAL 2009

Sesi Bengkel AMAL

 “Bengkel Pemerkasaan Halatuju dan Pelan Tindakan AMAL Sarawak”

AMAL Sarawak (www.amalsarawak.net), 30 Jamadil Awwal 1430H: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, pada hujung minggu lepas bermula petang Sabtu (23 Mei 2009) sehingga petang Ahad (24 Mei 2009), seramai hampir 50 orang ahli dan sukarelawan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak (AMAL Sarawak) telah berkampung di Villa Mardhiah, Bintulu untuk sama-sama berpartisipasi dan menjayakan Bengkel Pemerkasaan Halatuju dan Pelan Tindakan AMAL Sarawak bagi Sesi 2009-2011.

 

*Iklan agenda Dakwah AMAL di Ulu Kota, Pakan, Sarikei: 

1. Sebuah Catatan: Ekspedisi Dakwah Ke Ulu Kota

2. Ziarah Dakwah AMAL Siri 2 Ke Ulu Kota, Pakan

3. Ziarah Dakwah AMAL Ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei

4. Saudara Kita Di Ulu Kota.. Keprihatinan Muslimin Ditagih!

5. Penubuhan Jawatankuasa Pembelaan Saudara Kita 

 

Bengkel Pemerkasaan Halatuju dan Pelan Tindakan AMAL Sarawak merupakan susulan kepada Muktamar Pertama Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak yang telah berlangsung di Miri pada 15 Mac 2009 yang lalu. Program ini dirangka khusus dengan objektif seperti berikut:

  • Membentuk dan menentukan halatuju AMAL Sarawak mengikut suasana setempat berlandaskan syariat Islam,
  • Membentuk Blue Print perlaksanaan gerak kerja AMAL Sarawak bagi sesi 2009-2011,
  • Menyediakan perancangan tindakan jangka pendek dan tindakan jangka panjang,
  • Mengeratkan lagi ukhuwwah antara pimpinan, ahli dan sukarelawan AMAL Sarawak. 

Antara pengisian sepanjang program ini termasuklah Pengisian Khas daripada Ustaz Hj Ellias bin Zakaria, Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah berkongsi dengan para hadirin tentang “Dakwah dan Pengorbanan”. Beliau telah memberi penekanan kepada pentingnya Q&Q diberi perhatian dalam memastikan kejayaan misi dakwah. (selanjutnya…)

Read Full Post »