Selamat Hari Raya ‘Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.
As-Sarawaki, 31 Ogos 2011: Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh Muslimin amnya dan tetamu ziarah yang budiman sekalian sempena Hari Raya ‘Aidil Fitri 1432H ini. عِيْدُ مُبَارَكْ – (Selamat) Hari Raya yang diberkati. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ – Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan kalian semua. Saya juga memohon maaf zahir dan batin di atas segala kesalahan, kesilapan, keterlanjuran dan kekhilafan sama ada yang disengajakan mahupun tidak disengajakan. Semoga kita semua beroleh ampunan dosa dari Allah SWT yang Maha Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin!
“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”
“Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Allah Maha Besar dan Maha Agung, Allah Maha Besar dan milik Allah segala pujian.”
Selamat Hari Raya ‘Aidil Fitri.
Taqabbalallahu minna wa minkum ajma’in. Kullu ‘aam wa antum bikhair!
Makna Lafaz Takbir Raya yang biasa kita baca:
Sila dapatkan teks Bahasa Arabnya di sini.
“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”
“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pagi dan petang.”
“Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.”
“Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa yang benar janji-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.”
“Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar dan milik Allah-lah segala puji-pujian.”
Selamat Hari Raya juga buat saudara sekeluarga.. Moga Ramadhan dan Syawal kali ini lebih bermakna..
Ukht Raihan Farhanah;
Selamat Hari Raya ‘Eidul Fitri 1430H yang diberkati. Semoga Allah menerima amalan kita semua! Amiin.
“Hidup di dunia untuk hidup di Akhirat.”
Graduan UIAM Syahid di Palestine
Sumber Berita: Blog Kak Martinelli UIA
Semalam sewaktu menunggu waktu berbuka puasa saya dikejutkan dengan berita Bro. Ubaida M.A AlQudsi syahid di tanah tumpah darahnya Palestine kerana ditembak oleh askar Israel laknatullah. Hampir tercampak telepon yang saya pegang mendengar berita sedih itu.
Saya menalipon rakannya, Herbawi, untuk mengesahkan berita itu. Herbawi dengan nada sayu menjawab, “Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago and passed away yesterday.”
As-syaheed Ubaida ditangisi ibu dan keluarga. Beliau ditembak 6 kali di perut dan kepala. Semoga rohnya ditempatkan Allah bersama roh para syuhada.
Sepanjang belajar di UIA Ubaida sangat aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends Society dan juga nasyid. Beliau baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. Dikatakan bahawa dia ditembak selepas solat di sebuah masjid di kampungnya di bandar Al Khalil (Hebron) semasa melalui sekatan jalan oleh tentera Israel. Pihak Israel menuduhnya hendak menikam salah seorang tentera…. alasan biasa yahudi untuk menghalalkan tindakan mereka membunuh rakyat Palestine. Beliau dibawa ke hospital dan koma selama 19 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Kelab Al-Aqsa Friends Society adalah kelab yang sangat aktif menjalankan program2 kesedaran menyelamatkan Masjid AlAqsa. Kebanyakan ahlinya adalah pelajar Palestine. Ubaida pernah menjadi salah seorang pimpinan kelab ini. Mereka sering ke pejabat saya untuk membincangkan program dan pengurusan kelab. Merekalah diantara ribuan anak didik yang saya sayangi di UIA ini. Melihat wajah2 mereka akan membuat anda terasa kecil kerana jiwa muda mereka yang penuh dengan semangat perjuangan. Jasad di UIA tetapi hati nun jauh di negara tercinta. Dengan perasaan dilselubung cemas sepanjang masa kerana mengenangkan nyawa keluarga yang tidak putus2 diancam yahudi, mereka masih terus belajar untuk meraih ilmu.
Kalau anda biasa beri’tiqaf di IIUM SHAH’S Mosque sepuluh Ramadhan terakhir ini anda akan melihat kumpulan pelajar2 ini membawa walkie-talkie kerana menggerakkan usaha menghidupkan Ramadhan di masjid ini . Saya dapat rasakan perasaan cinta mereka pada masjid UIA yang merupakan menifestasi dari cinta mereka kepada Masjidil Aqsa yang mereka perjuangkan.
Syahidnya Ubaida akan semakin membakar semangat rakannya2 di sini.
Ini merupakan pemergian ke dua graduan yang bakal menerima skrol semasa konvo 2009 yang akan berlangsung bulan depan. Sebelum ini telah pergi Shafawati yang aktif dalam Kelab Mentor-mentee Gemilang kerana sakit Leukimia. Anak sulung dari 8 beradik berasal dari Sarawak, Shafawati yang dikenali sebagai Kak Sha di kalngan juniornya sangat peka dengan masalah masyarakat sehingga sanggup menghabiskan masanya dalam kerja2 kemasyarakatan CENSERVE tanpa memperdulikan penyakitnya.
Kedua2 mereka adalah hasil produk the Garden of Knowledge and Virtue yang benar2 menterjemahkan ilmu yang mereka dapati dalam bentuk bakti suci buat ummah tercinta. Pemergian mereka yang ditangisi oleh teman2 akan menyemarakkan lagi semangat cintakan ummah di kalangan pelajar2 UIA seluruhnya.
Konvo 2009 dijangka paling syahdu kerana pemergian 2 graduan yang menemui Tuhannya sebelum sempat menerima skrol dan pencapaian dua orang insan istimewa Nik Nor Ermiza dan Fahmi.
Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk terus membantu menghasilkan jiwa2 besar dari UIA yang bakal memimpin ummah tercinta ini. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen.
Lagi Berita dan Gambar: Pelajar UIA Mati Dibunuh Tentera Israel.
As-Sarawaki: Ya Mu’minin, Jangan Putus Asa Berjuang Untuk Palestin!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN” kepada semua umat Islam khususnya rakan-rakan blogger. Semoga semuanya diberkati dan dilindungi Allah SWT.
Berhati-hati apabila memandu di jalanraya… Semoga semuanya selamat ke destinasi yang dituju… Ameen.
—————————————–
Ikhlas daripada:
Abu Musaddad
http://ibnismail.wordpress.com
Salam Aidilfitri untuk saudara sekeluarga, maaf zahir batin.
assalamualaikum.. saya nisa pelajar dr skolah smkdp.. nak tanya.. bila lagi encik nak buat ceramah kat skolah saya.?
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Akh Abu Musaddad dan Bunga Rampai;
‘Eid Mubarak aidhon. Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan kalian semua. Amiin Ya Rabb!
Nota buat Nisa’: Insya Allah, saya akan menyampaikan Ceramah Motivasi Menjelang Peperiksaan SMK Dato’ Permaisuri Miri di Masjid Darul Ehsan Piasau pada hari Khamis, 1 Oktober 2009.
Wallahu a’lam bissawab.
Same your things near it ‘Eid Mubarak 1432H.. عِيْدُ مُبَارَكْ .. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ « Muhtar Suhaili