Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Oktober 2007

YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, PAS Mursyidul Am (Spiritual Advisor)

“Abdullah Ahmad Badawi – Nik Abdul Aziz Nik Mat”

As-Sarawaki, 31 Oktober 2007: Alhamdulillah! Rasulullah SAW bersabda di dalam sebuah hadith: “Setiap kamu semua adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap kepimpinannya”. Saya baru selesai membaca dan menganalisa teks ucapan dua orang pemimpin Islam parti politik Melayu utama negara kita yang telah disampaikan di dalam program yang sama iaitu Majlis Pelancaran Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) pada 29 Oktober 2007 bersamaan 17 Syawal 1428H di Kompleks Sekolah-sekolah Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan. Dua orang pemimpin tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri/ Presiden UMNO, dan Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan/ Mursyidul ‘Am PAS.

 

Sebagai perkongsian dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian, berikut disertakan teks ucapan kedua-dua tokoh tersebut untuk kita fikir-renungkan bersama. Baca dan hayatilah dengan mata hati, biar keikhlasan berbicara. Semoga ada khair dan manfaatnya, mudah-mudahan.

 

Petikan Ucapan YAB Perdana Menteri:

 

[…] Saya berpendirian bahawa mengejar kemajuan itu adalah sebahagian daripada ibadah. Kerana dalam mengejar kemajuan, kita bukanlah mengejar kekayaan semata-mata; kita mengejar ilmu, kita mengejar penghormatan, kita mengejar keupayaan untuk menentukan masa depan kita dan anak-anak kita.

 

Kemajuan bukan hanya penting, malah ianya dituntut. Namun kemajuan hanyalah bermakna sekiranya ianya tersebar ke seluruh pelusuk negara. Inilah pemikiran di sebalik pendekatan pembangunan ‘koridor’ yang dibawa oleh kerajaan. Saya tegas dalam pendirian bahawa tiada sesiapa yang harus tercicir daripada kemajuan dan kesejahteraan. Peluang ekonomi harus tersedia kepada mereka yang ingin berusaha, tidak mengira bangsa, agama, kedudukan geografi atau perbezaan-perbezaan lain. Rancangan Wilayah Ekonomi Pantai Timur ini mengenengahkan prinsip ini. Kualiti hidup rakyat harus diutamakan, jika tidak kita bukanlah negara yang benar-benar maju dan dinamik. […]

 

Baca lebih lanjut: Ucapan Pelancaran Perdana Menteri »»

 

Petikan Ucapan YAB Menteri Besar Kelantan:

 

[…] Mustahil insan itu boleh dibina tanpa agama. Ilmu Al-Quran mengajar kita tentang adanya dua perkara dalam setiap insan itu yakni jasad dan roh.

 

Membina roh insan adalah memberi faham kepada mereka tentang dosa dan pahala, adanya taat dan maksiat, adanya malaikat dan adanya iblis, adanya hisab dan adanya hari pembalasan, adanya Syurga dan adanya Neraka.

 

Ini soal asas yang tiada khilaf. Ini konsep tarbiyyah bawaan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul alaihissalam (selanjutnya…)

Read Full Post »

 

“Kuasa HIJRAH Kuasa Untuk BERUBAH!”

As-Sarawaki, 30 Oktober 2007: Alhamdulillah, segala puji milik Allah SWT di atas segala nikmat pembangunan hati dan kesedaran diri untuk terus maju dalam segala urusan duniawi dan Ukhrawi. Ini adalah sms yang baru sahaja saya terima dari Ustaz Ahmad Fauzi Yaakob, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri: “Awas dengan ‘self limiting belief’! Awas kerana ia lebih bahaya daripada kanser. Jangan sabotaj diri anda dengan sifat tersebut. Insya Allah yakinlah dengan diri anda sendiri. Ini penting kerana setiap kali anda ragu dengan keupayaan diri anda, sebenarnya anda memberikan energi negatif kepada diri sendiri.”

 

Alhamdulillah, antara buku terbaru yang telah saya baca ialah buku ‘Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah’ terbitan PTS Millennia. Buku ini merupakan karya terkini hasil tulisan sahabat akrab se-UIA saya, Saudara Ahmad Fadzli Yusof (http://www.fadzliyusof.com/) bersama Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah. Beliau kini merupakan Konsultan Kanan di RK Training and Management dan juga merupakan mantan Presiden MPP UIAM 2001/2002, jawatan sama yang diamanahkan kepada saya tiga tahun kemudiannya. Secara tidak langsung, beliau bolehlah dikatakan sebagai salah seorang mentor saya di dalam dunia kemahasiswaan dan kepimpinan kampus.

 

Setelah membaca buku beliau tersebut, saya mengambil keputusan untuk mempromosikannya melalui laman weblog ini kepada tetamu ziarah yang budiman sekalian. Sebagai perkongsian, berikut disertakan kata pembuka buku ‘Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah’ bagi menimbulkan minat dan nyala rasa untuk memilikinya. Semoga ada manfaat dan khairnya.

 

Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini?

Sumber: http://fadzliyusof.com/?p=230

 

Sebenarnya, andalah yang lebih mengerti tentang diri anda sendiri. Namun, kami percaya bahawa setiap insan inginkan kejayaan. Anda mahukan hari ini yang lebih baik daripada semalam. Anda mahu esok yang lebih bermakna daripada hari ini. Bukankah begitu? (selanjutnya…)

Read Full Post »

syair_hab_mg_sk.jpg

Jagalah Dirimu Dari Hal-hal Yang Hina – Imam Hassan Al-Banna 

As-Sarawaki, 25 Oktober 2007: Alhamdulillah, segala puji milik Allah SWT, Dzat Pemilik Segala Cinta. Semalam saya telah membaca terjemahan buku ‘Tauqul Hamaamah’ karangan Ibnu Hazm El-Andalusy. Saya tertarik dengan kata-kata Sir Muhammad Iqbal yang dijadikan sebagai pembuka kata pengantar penterjemah buku ‘Di Bawah Naungan Cinta’ tersebut iaitu Ustaz Anif Sirsaeba. Kata Sir Muhammad Iqbal:

 

“Aku ragu ada dan tiadaku.

Tapi cinta mengumumkan aku ada!”

Mudah-mudahan kita beroleh cintaNya. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan seluruh pertolonganNya untuk kita selalu taat kepadaNya. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan taufiqNya kepada kita, sehingga kita memiliki kekuatan luar biasa untuk tidak bermaksiat kepadaNya. Mudah-mudahan Allah tidak menjadikan kita orang-orang yang lemah cita-citanya, yang lumpuh kekuatannya, yang rapuh mentalitinya, yang keliru pendapatnya, yang salah pilihannya, yang sedikit kehormatannya dan yang rosak jiwanya. Amiin.

 

Melalui entri kali ini, berikut saya kongsikan dengan izin artikel Saudara Azree MH bertajuk ‘Ibadah Itu Cinta’ yang saya rasakan amat baik untuk kita fikir-renungkan dalam memahami makna dan tujuan ibadah. Pengisiannya santai tetapi berbekas di sanubari. Semoga ada khair dan manfaatnya buat saya dan tetamu ziarah yang budiman sekalian.

 

IBADAH ITU CINTA 

http://studiomuslim.com/

 

“Azree, boleh kamu berikan maksud ibadah?” Soal ustazah saya.

 

“Erm.. Taat dan patuh kepada Allah, ustazah.” Itulah jawapan yang saya berikan semasa masih berada di bangku sekolah dahulu. Jawapan yang dihafal. Jawapan skema.

 

Pernah dulu saya dengar seorang penceramah mengatakan, “Kebanyakkan mualaf, iman mereka tetap kerana mereka cuba mencari maksud sebenar Islam itu. Sehinggalah mereka betul-betul yakin yang Islam itu benar. Tapi, berbeza dengan kita yang sedari lahir memang sudah Islam.”

 

Sewaktu mendengar kata-kata itu saya buat tidak kisah sahaja, mungkin kerana sudah terbiasa mendengarnya. Tetapi beberapa bulan lepas kata-kata itu seakan menyerang benak kepala.

 

Berdengung. Sehingga timbul pelbagai persoalan. Saya tertanya kenapa saya ini Islam? Kenapa saya kena melakukan ibadah itu ibadah ini? Tetapi saya senyapkan sahaja keadaan diri saya ketika itu.

 

Takut ada orang kata saya menghampiri murtad. Saya sendiri takut bila persoalan itu datang menyerang. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Most Outstanding Youth Of The Year 2007

Most Outstanding Youth of the Year 2007 Awards:
Sila Double Click Gambar Di Atas Untuk Melihat Video Temuramah »»

AYA Awards

(Tempoh pengundian tamat pada 28 Oktober 2007)

As-Sarawaki says: Semoga Ruang dan Peluang Dakwah Lebih Meluas. Amiin. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Formula 1… Sukan, Komersil, Teknologi, Strategi dan Kerja Sepasukan 

As-Sarawaki, 23 Oktober 2007: Alhamdulillah, segala puji milik Allah SWT Yang Maha Kaya dan Maha Hebat. Antara berita yang dikongsikan di laman web syarikat saya semalam ialah kejayaan pemandu Scuderia Ferrari, Kimi Räikkönen memenangi Grand Prix Brazil sekaligus menjadi Juara Dunia Formula 1 2007 mengenepikan pesaing yang memiliki lebih mata darinya sebelum perlumbaan iaitu Lewis Hamilton dan Fernando Alonso dari McLaren-Mercedes.

 

Sebelum perlumbaan, favourite Lewis Hamilton dan Fernando Alonso yang merupakan rakan sepasukan masing-masing mempunyai 107 dan 103 mata di depan berbanding Kimi Räikkönen yang hanya mempunyai 100 mata. Namun dengan kemenangan 1 dan 2 di Litar Interlagos bersama rakan sepasukannya Felipe Massa, serta Fernando Alonso hanya berada di tempat ke-3 dan Lewis Hamilton pula di tempat ketujuh, menobatkan Kimi Räikkönen sebagai Juara Dunia dengan 110 mata manakala Lewis Hamilton dan Fernando Alonso terpaksa berpuas hati dengan berkongsi 109 mata di tempat ke-2 dan ke-3. Sebagai kesimpulan, aksi hebat dan bermotivasi adalah kata-kata yang tepat untuk menggambarkan kemenangan Kimi Räikkönen ini.

 

Berikut adalah berita yang dipetik dari laman web syarikat saya dan sila perhatikan ayat-ayat yang telah dihitam dan digarisbawahi. Saya insya Allah cuba untuk berkongsi dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian motivasi yang boleh kita pelajari bersama. Sila baca catatan dan komentar saya selepas berita ini di bawah. Semoga ada khair dan manfaatnya.

 


  

Congratulations to Kimi, Felipe and everyone in Ferrari and Shell!

 

Scuderia Ferrari’s Kimi Räikkönen won the Brazilian Grand Prix from second position on the grid. His team-mate Felipe Massa began the race in pole to finish in second position at his home Grand Prix. Fernando Alonso of McLaren-Mercedes took third whilst his team-mate and fellow title contender Lewis Hamilton crossed the line in seventh place. As a result the 2007 Formula One Drivers’ title was awarded to Räikkönen.

 

Following the victory Räikkönen commented: ‘the team is very close together; Shell has been doing a great job for us, improving the fuel – everything to help us with all the new regulations.’

 

Juan Carlos Perez, General Manager of Global Sponsorships, Shell Brands International, had this to say: “Congratulations to Kimi, Felipe and everyone in Ferrari and Shell for clinching the Championships. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Jom Ke Masjid

Ayuh Ke Masjid… Jom Jadikan Masjid Pusat Kecemerlangan

As-Sarawaki, 19 Oktober 2007: Alhamdulillah atas segala-galanya. Saya menyokong penuh usaha Kerajaan Negeri Sarawak menjadikan masjid-masjid di Bumi Kenyalang sebagai pusat perkembangan ilmu sekaligus menjadi hub melahirkan intelligentsia Muslim. Malah hati kecil saya sesungguhnya berirama gembira apabila membaca berita muka hadapan Borneo Post hari ini bertajuk “Education via mosques” – “Pendidikan melalui masjid”. Saya doakan semoga usaha murni ini akan membuahkan natijah positif dan menghasilkan impak bermakna. Insya Allah saya akan berusaha menyumbang dan berikhtiar mengambil bahagian dalam menjayakan agenda ini.

 

Apabila menyebut tentang peranan masjid, maka sewajarnyalah masjid-masjid kita dikembalikan fungsinya seperti masjid pada zaman Nabi SAW. Masjidlah tempat ibadah. Masjidlah tempat belajar dan mengajar, dididik dan mendidik. Masjidlah tempat bersilaturrahim dan berkasih sayang. Masjidlah tempat urusan munakahat. Masjidlah sebagai ‘pejabat kedutaan Islam’ menerima perwakilan asing. Masjidlah sebagai ‘parlimen’ membincangkan masalah ummah. Masjidlah tempat ‘kabinet’ bermesyuarat menentukan dasar, prinsip dan polisi. Masjidlah yang menjadi madrasah dakwah. Masjidlah tempat latihan ketenteraan untuk persediaan jihad. Masjidlah pusat politik, sosial dan ekonomi. Pendek kata, masjid adalah pusat membina tamadun, menghidupkan tradisi kecemerlangan dan menegakkan syi’ar keindahan Islam.

 

Persoalannya, masihkah fungsi-fungsi ini menjadi ‘roh’ kepada bangunan masjid yang kebanyakannya besar-besar, eksklusif lagi dihias indah, tetapi sunyi, hening dan sepi tanpa imarah? Sedih bila memikirkan realiti betapa masjid hanya menjadi ‘tumpuan ramai’ pada Hari Raya ‘Eidul Fitri dan ‘Eidul Adha semata-mata selain solat Jumaat (atau di Nusantara malam Jumaat kerana ada bacaan Yaasin). Masjid juga sewajarnya bukan milik ‘orang veteran’ sahaja, anak muda juga wajar menjadi pengunjung setianya. Bukankah salah satu golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naunganNya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri ialah lelaki yang hatinya sentiasa berpaut dengan masjid? (selanjutnya…)

Read Full Post »

Beraya @ Pujut 9

Semangat ‘Eidul Fitri 1428H… Semaian Perjuangan Cita dan Cinta

As-Sarawaki, 18 Oktober 2007: Alhamdulillah ‘ala kulli hal! Sudah seminggu laman weblog ini tidak dikemaskinikan kerana tiada akses internet di kampung halaman di Niah. Alhamdulillah hari ini baru kembali semula ke kediaman di Miri dari Kampung Muhibbah dan insya Allah esok akan kembali bertugas setelah bercuti lebaran sempena ‘Eidul Fitri 1428H. Saya doakan juga semoga tetamu ziarah yang budiman berbahagia di hari yang mulia ini.  تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ  – Semoga Allah menerima segala ‘amalan dari kami dan kalian semua.

 

Insya Allah melalui entri ini saya suka untuk menukilkan sebagai perkongsian rasa dan diskusi fikrah buat rakan-taulan dan sahabat handai yang budiman sekalian beberapa catatan Hari Raya tahun ini. Apapun, sebagai muqaddimah, saya suka untuk mulakan entri ‘Semaian Cita dan Cinta di ‘Eidul Fitri 1428H’ ini dengan petikan lirik lagu Warisan oleh Syed Haron Ahmad dendangan Allahyarham Sudirman. Mudah-mudahan ada khairnya.

 

Warisan… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta… Yang Murni Abadi Sejati

 

Warisan – Sudirman

 

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »