Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Jun 2009

www.wwwalk.orgWith Jean Beliveau in Miri, Sarawak

“Foto  Bersama Jean Béliveau – Berjalan Kaki Mengelilingi Dunia”

As-Sarawaki, 29 Jamadits Tsani 1430H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah ‘Azza Wajalla, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.

 

“Peace for the children of the world!”. “Keamanan untuk kanak-kanak sedunia!” Itulah mesej yang dibawa oleh Saudara  Jean Béliveau yang berasal dari Kanada dalam misinya mengelilingi dunia dengan berjalan kaki! 
 

Alhamdulillah, saya terbaca berita berkenaan beliau di sebuah akhbar tempatan beberapa hari yang lalu ketika Saudara Jean memasuki Sarawak setelah merentasi Sabah dari Filipina. Malaysia merupakan negara ke-57 yang dilaluinya dan selepas ini akan meneruskan baki perjalanannya ke Singapura, Indonesia, Timor Leste, Australia dan New Zealand sebelum kembali semula ke Kanada. Beliau kini telah menghabiskan 9 tahun dalam misinya dan telah melalui perjalanan mencecah hampir 60,000km iaitu lebih kurang 80% daripada keseluruhan sasaran laluan sejauh 75,000km yang ingin ditamatkannya.

 

Subhanallah! Tanpa disangka-sangka, dalam perjalanan pulang sekembali dari liqa’/ usrah kelmarin, secara kebetulan saya terserempak dengan beliau di Jalan Pantai Miri-Bintulu berhadapan Gua Longhouse Chalet, Kampung Bakam, Miri, Sarawak. Saya sempat berbual ringkas dengan beliau dan mengabadikan gambar kenangan bersamanya. Sama ada saya menyokong atau tidak agendanya berjalan kaki mengelilingi dunia adalah perkara kedua. Akan tetapi dengan husnudz dzan terhadap niat tersirat di hati beliau, saya sesungguhnya mencemburui semangat tekad, kemahuan membara, kecekalan mengejar misi dan lebih-lebih lagi konsistennya (yakni keistiqamahannya) dalam usahanya! Sama-sama kita mengambil ibrah dari misi Jean Béliveau ini. [Nota: Ibrah adalah pengajaran, perumpamaan atau analogi hasil daripada ilmu, kefahaman, penghayatan dan pemerhatian]. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Getting To Know The Qur'an

Terjemahan Al-Qur'an Bahasa Iban dan Bahasa Kadazan

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

“Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan pengajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.”

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala ini mengandungi ajaran kepada Rasul Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tentang methodologi pelaksanaan dakwah, atau seruan kepada manusia agar mereka berjalan di atas Jalan Allah (Fi Sabilillah) atau Jalan Yang Lurus (Shiratahal Mustaqim) yakni Agama yang benar (Ad-Dinul Haqq). Melalui ayat ini, Allah Subhanahu Wa Ta’ala menuntun Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk melakukan dakwah melalui tiga cara iaitu dengan hikmah (kebijaksanaan), al-mau’izhatul hasanah (pengajaran yang baik) dan jadilhum billati hiya ahsan (bantahlah mereka dengan dengan cara yang baik atau dewasa ini disebut sebagai berdebat).

 

Nota: Kepada sesiapa yang berminat menjadi penterjemah, sila berhubung terus dengan PTS Islamika Sdn Bhd. Tetamu ziarah yang budiman juga digalakkan menyebarluaskan maklumat ini. Syukran jazilan.

 

Wallahu a’lam bissawab.

Read Full Post »

“Ya Allah, kami memohon perlindungan daripadaMu daripada habisnya usia sebelum habisnya siap sedia. Amiin

Tazkirah - Istiqamahlah Ingat Tuhan Sampai Mati

Read Full Post »

Under The Law of The Coran

“Under The Law of The Coran… Di Bawah Perundangan Al-Qur’an”

As-Sarawaki, 22 Jamadits Tsani 1430H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah ‘Azza Wajalla, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.

 

Nota Attribut: Saya turut merasa berdukacita dengan perginya seorang tokoh gerakan Islam yang punya saham besar dalam mendidik ahli gerakan Islam sedunia termasuk di Malaysia, Al-Ustaz Dr Fathi Yakan pada Subuh Sabtu 13 Jun 2009 yang lalu. Beliau juga sebenarnya merupakan Murabbi saya secara tidak langsung dalam memahami intipati Apa Ertinya Saya Menganut Islam?.

 

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin, siddiqin, mukhlisin dan anbiya’. Amiin Ya Rabb!

 

Almarhum Sheikh Fathi telah mendapat Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam Pengajian Islam dan Bahasa Arab walaupun pada peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree) dan Ijazah Sarjana (Master) beliau belajar di dalam bidang Kejuruteraan. Alhamdulillah, saya telah memperolehi Degree dalam bidang Kejuruteraan dan sedang menyambung Master dalam bidang Teknologi Petroleum… Terfikir betapa khairnya seandainya saya juga berusaha mencari ilmu ke arah mencapai PhD di dalam jurusan Pengajian Islam! Doakan…

 

Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, saya, Mukhtar Bin Suhaili, dengan ini menyatakan sokongan penuh kepada Kenyataan Media: Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal (ABABIL), Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUM PP) yang saya terima melalui email seperti berikut:

 

Kenyataan Media: ABABIL PUM PP Gesa Jangan Mempolitikkan Isu Kesesatan Liberalisme Sisters in Islam (SIS)
[Bertarikh: 05 Jun 2009]
 

Muktamar PAS kali ke-55 yang lepas memperlihatkan usul mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas Sisters In Islam (SIS) yang membawa aliran Islam Liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan Syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya menjadi perdebatan yang hangat oleh pihak parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu-individu yang lain. Isu ini semakin dipolemikkan sehingga masyarakat bertambah keliru tentang masalah yang timbul dan mungkin mengambil tindakan ‘lepas tangan’ dalam memahami persoalan akidah yang menjadi teras pegangan setiap umat Islam. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Muhammad 'Izzul Islam.. Permata kesayangan abah dan ibu.. 8 Jun 2009

“Muhammad ‘Izzul Islam: Permata Kesayangan Ayah dan Ibu”  

As-Sarawaki, 17 Jamadits Tsani 1430H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah ‘Azza Wajalla, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.

 

Alhamdulillah, sebenarnya saya baru sahaja menghabiskan 13 hari bercuti dari kerja pejabat (11 hari Gawai Bridging Holidays dan ditambah 2 hari cuti In-Lieu) bermula dari 30 Mei – 9 Jun 2009. Alhamdulillah, pada 29 Mei – 1 Jun, Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberi kekuatan menyumbang khidmat menjayakan Kem Remaja Islam Sarawak 2009 di Miri, 1-2 Jun bermusafir ke Kuching dan singgah bermahabbah di Sibu, 3-6 Jun di Kuala Lumpur dan 7-9 Jun meluangkan masa bermesra bersama keluarga mertua di Kuching. 

 

Sesungguhnya rehat juga adalah penting dalam kerjaya supaya semua ketegangan (stress) akan hilang dan sekaligus membina kekuatan dalaman diri agar kembali segar (fresh), mencetus idea-idea bernas yang lebih hebat dan mampu untuk mencorak strategi unggul sebelum kembali berkhidmat di pejabat atau sebelum ‘turun padang’ bertemu masyarakat. Isteri saya sudah memaklumkan (baca: complaint) betapa jarangnya kami ada masa berhujung minggu bersama dek kerana terlibat dengan pelbagai program! Maka minggu yang sudah tibalah saatnya untuk mengambil ruang waktu merehatkan minda dan melupakan segala perkara yang berkaitan dengan ‘business’ dan profession buat seketika.. Lebih utama, meluangkan masa bermakna semaksimum mungkin bersama keluarga tercinta!  (selanjutnya…)

Read Full Post »