Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Ehwal Semasa’ Category

Penduduk Berbilang Kaum Di Sarawak.. Sarawak Truly Malaysia!

Born Muslim + Reverts (Converts) = 31% Sarawak Muslims Population

As-Sarawaki, 13 Jamadil Akhir 1431H (Siaran Semula): Alhamdulillah, segala puji bagi Allah! Alhamdulillah atas nikmat Islam yang syumul yang menjadi dasar dan prinsip kepada semua kegiatan sama ada sosial, pendidikan, ekonomi, politik dan lain sebagainya! Selamat Ari Gawai Dayak. Ngajih ka kita gayu guru, gerai nyamai, lantang senang nguan menua! “Gayu guru gerai nyamai” bukanlah ucapan sempena Hari Guru tetapi ucapan sempena Hari Gawai Dayak yang dirayakan setiap 1 Jun setiap tahun di Sarawak. Frasa Bahasa Iban “Ngajih ka kita gayu guru, gerai nyamai, lantang senang nguan menua” bermaksud lebih kurang “mudah-mudahan kita beroleh kesejahteraan, kesihatan, nasib yang baik dan hidup bahagia aman makmur di tanahair”. Buat masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut di Sabah pula, Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan atau dalam Bahasa Melayu, Selamat Hari Pesta Menuai!.

Sebagai permulaan entri ini, berikut dikongsikan ensiklopedia mengenai Hari Gawai Dayak yang diperolehi daripada Wikipedia:

Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum Dayak Sarawak, terutamanya Iban dan Bidayuh. Gawai Dayak merupakan hari menuai dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964, apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun 1965.

Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuan di persembahkan kepada dewa padi untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.

Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Sebatang pokok yang dikenali sebagai ‘ranyai’ akan didirikan di tengah ruang dan dihiasi dengan makanan dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang dikenali sebagai ‘ngabang’. Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut.

Entri ini bukan mengenai Hari Gawai Dayak! Bukan juga entri untuk mengajar Bahasa Iban. Entri ini sesuai dengan tajuknya cuba untuk sama-sama mengajak tetamu ziarah yang budiman dan beriman untuk memikir serta membincangkan tentang “baka ni dakwah kita wai?” yakni “bagaimana usaha dakwah kita saudara?” terhadap masyarakat Dayak. (selanjutnya…)

Read Full Post »

'Eid Mubarak 1430H dari AMAL Sarawak

'Eid Mubarak 1430H dari Task Force Pengurusan Kecemerlangan Miri

Selamat Hari Raya ‘Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.

As-Sarawaki, 31 Ogos 2011: Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh Muslimin amnya dan tetamu ziarah yang budiman sekalian sempena Hari Raya ‘Aidil Fitri 1432H ini. عِيْدُ مُبَارَكْ – (Selamat) Hari Raya yang diberkati. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ – Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan kalian semua. Saya juga memohon maaf zahir dan batin di atas segala kesalahan, kesilapan, keterlanjuran dan kekhilafan sama ada yang disengajakan mahupun tidak disengajakan. Semoga kita semua beroleh ampunan dosa dari Allah SWT yang Maha Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin!

 

Takbir Raya

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”

 

Takbir Raya

“Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Allah Maha Besar dan Maha Agung, Allah Maha Besar dan milik Allah segala pujian.”

 

Selamat Hari Raya ‘Aidil Fitri.

Taqabbalallahu minna wa minkum ajma’in. Kullu ‘aam wa antum bikhair!

Read Full Post »

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Lifeline4gaza

Misi AMAL ke Gaza 2010

Kapal Mavi Marmara Menuju ke Gaza

Mavi Marmara Diserang Israel Laknatullah

Berita-berita dipetik daripada laman www.amalsarawak.net

 

Peserta Konvoi ke GAZA dari Malaysia Diumumkan

  

AMAL Malaysia, Kuala Lumpur, 15 Mei 2010: Alhamdulillah, Seketariat Lifeline4Gaza “Talian Hayat Untuk Gaza” (http://www.lifeline4gaza.org/) hari ini mengumumkan senarai peserta dari Malaysia yang terpilih untuk menyertai konvoi kapal laut terbesar yang akan menerobos sekatan ke atas Semenanjung Gaza dalam misi terdekat.

 

Semua permohonan untuk menyertai konvoi ini disaring dan dipilih oleh pihak penganjur utama konvoi, Pertubuhan Hak Asasi dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) iaitu sebuah NGO yang berpengkalan di Turki.

 

Konvoi dari Malaysia akan diketuai oleh Sdr Noorazman bin Mohd Samsuddin yang juga merangkap Pengerusi Biro Haluan Palestin dan Pengarah Projek Lifeline4Gaza di Malaysia.

 

Berikut senarai nama mereka yang dipilih oleh IHH untuk ke GAZA:

 

1. Noorazman Bin Mohd Samsuddin (Ketua Misi – HALUAN Palestin)

2. Dr Mohd Arba’ai Bin Shawal (HALUAN Palestin)

3. Dr S Muhamad Haleem Bin S Hassan (HALUAN Palestin)

4. Dr Selamat Bin Aliman (Jamaah Islah Malaysia)

5. Jamuliddin Bin Elias (Yayasan AMAL Malaysia)

6. Ustaz Al Hami Husain Bin Suhaimi (HALUAN Palestin)

7. Mohd Nizam Bin Mohamad (HALUAN Palestin)

8. Abd Halim bin Mohamed Redzuan (Muslim Care)

9. Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus (Aqsa Syarif Bhd)

 

Dua lagi slot untuk wakil media telah dikhususkan untuk media – Astro Awani & TV3, tetapi setakat pengumuman ini dikeluarkan, penyertaan daripada TV3 masih belum muktamad.

 

Perkembangan terkini konvoi boleh diikuti melalui saluran media projek Lifeline4Gaza iaitu Radio IKIM.fm, Sinar Harian, ILuvIslam dan TV3.

 

Peserta konvoi akan diberikan taklimat pada 16hb Mei. Satu sidang akhbar akan diadakan pada 18hb Mei pada masa dan tempat yang akan diumumkan kelak.

 

Peserta konvoi dari Malaysia akan bertolak ke Istanbul pada 19hb Mei dengan kapal terbang untuk menaiki kapal yang sedang menunggu di sana. Konvoi kapal dijadualkan akan bertolak dari Istanbul ke Antolia pada 21hb Mei dan akan belayar ke Gaza dua hari kemudian.

 

“Aku hanya berwasiat pada kalian andainya kami tiada – teruskan perjuangan ini, tingkatkan dakwah kepada masyarakat, mantapkan tarbiyah diri, keluarga dan anak-anak didik kalian yang ada.”

 

Demikian antara amanat yang ditinggalkan oleh Ketua misi konvoi Lifeline4Gaza dari Malaysia ke Gaza, Sdr Noorazman Mohd Samsuddin yang akan berangkat ke Turki pada 19hb Mei nanti. Amanat tersebut dibuat selepas senarai peserta konvoi dari Malaysia diumumkan. (selanjutnya…)

Read Full Post »

“Cahaya Mata Ke-2 Permata Hati Ayah Dan Ibu – 21 Rabi’ul Akhir 1431H” 
 

As-Sarawaki, 6 April 2010: Alhamdulillah, hari ini Allah SWT menggembirakan keluarga kami dengan kelahiran anak kedua iaitu adik kepada anak sulung kami Muhammad ‘Izzul Islam. Bayi seberat 2.75kg ini selamat lahir ke alam dunia pada pukul 11.58 pagi tadi, hari Selasa, 21 Rabi’ul Akhir 1431H bersamaan 6 April 2010 di Columbia Asia Hospital, Miri. Doakan semoga cahaya mata kami ini akan menjadi hamba Allah yang soleh serta menjadi penyambung perjuangan suci Rasulullah SAW. Mudah-mudahan akan menjadi mujahid Ummah sekaligus insan cemerlang di dunia dan Akhirat. Amiin Ya Rabb!

 

27 Rabi’ul Akhir 1431H: Anak ini kami namakan Muhammad Iyad ‘Izzuddin. 

 

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sanak famili, sahabat, teman dan handai taulan yang manghantar ucapan tahniah sama ada melalui panggilan telefon, sistem pesanan ringkas SMS mahupun  melalui email. Syukran jazilan khusus kepada sahabat-sahabat yang sudi hadir menziarah terus ke hospital sepanjang hari ini. Doa dan juga ucapan kebaikan dari antum amatlah dihargai dan diucapkan jazakumullahu khairan kathiran! Ikatan persahabatan  dan keeratan ukhuwwah yang dizahirkan amatlah saya sanjung tinggi. Semoga Allah merahmati kita semua dalam mencari redhaNya.

 

Benarlah bahawa anak-anak adalah amanah Allah kepada ibubapa. Anak-anak adalah cahaya mata, aset agama, bangsa, dan negara. Dari Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadith Riwayat Bukhari).

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Forum Perdana Ehwal Islam 1431H di Masjid Al-Jabbar Niah

Shell Malaysia (www.shell.com.my) Scholarships Advertisement

Read Full Post »

Getting To Know The Qur'an  

As-Sarawaki, 14 Muharram 1431H: Enggau nama Allah Petara ti pemadu manah serta ti pemadu penyayau (Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang). Alhamdulillah, segala puji bagi Allah! Entri ini adalah kesinambungan entri Penterjemah Al-Qur’an Ke Dalam Bahasa Iban & Kadazan. Setinggi-tinggi tahniah buat Puan Ainon Mohd, Presiden Universiti Terbuka PTS dan seluruh warga PTS di atas usaha menterjemah dan menerbitkan al-Quran ke dalam bahasa Iban. Saya terharu dan bersyukur dengan komitmen PTS dalam menjadikan inisiatif ini satu realiti! Insya Allah dengan adanya naskah Al-Qur’an terjemahan ke dalam Bahasa Iban akan dapat membantu usaha dakwah khususnya di bumi Sarawak yang tercinta. Saudara Kita pastinya gembira dengan ikhtiar mulia ini! Sama-sama kita doakan yang terbaik.  

 

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman di dalam Surah Al-Ikhlas:  

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
1. Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. 

   

Terjemahan Surah Al-Ikhlas ke dalam Bahasa Iban:  

Enggau nama Allah Petara ti pemadu manah serta ti pemadu penyayau.
1. Sebut meh (ulih nuan oh nabi Muhammad): “Allah Taala tu Petara ti siko aja (nadai dua nadai tiga);
2. Allah Taala tu endor semua utai begantong serta dikarap;
3. Ia nadai beranak lalu nadai mega diperanak ke sapa-sapa;
4. Lalu nadai mega sapa-sapa ti sama tauka sebaka enggau Ia”. 

   

Berikut adalah petikan berita dari Malaysiakini(selanjutnya…)

Read Full Post »

“Manusia Insan Lemah, Allah Yang Maha Kuasa Mampu Menguatkannya!”

As-Sarawaki, 05 Muharram 1431H: Alhamdulillah, segala puji selamanya milik Allah SWT Yang Maha As-Samad. Marilah kita sentiasa memujiNya, meminta pertolonganNya dan memohon ampunan kepadaNya. InnalLaha ma’ana!

 

Semoga tetamu ziarah yang budiman sekalian berada dalam keadaan iman dan kesihatan yang baik serta terus diberi kekuatan ber’amal kerana Allah. Mungkin mereka yang masih setia menjenguk blog ini tertanya-tanya bilakah blog ini akan dikemaskini? Mengapa tiada entri baru? Tuan punya blog masih sihat? Mana menghilang Muhtar Suhaili dari alam siber? Ya, saya perlu akui kelemahan diri yang kurang istiqamah dalam hal ini sejak akhir-akhir ini. Sudah hampir 2 bulan iaitu semenjak kembali dari Misi Kemanusiaan AMAL Malaysia ke Padang, Sumatera blog ini tidak diupdate. Saya terkenang kata-kata Buya HAMKA betapa “sebesar-besar karamah adalah memegang istiqamah.” Astaghfirullah!

 

“Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan jiwa-jiwa kami dan kejelekan amalan-amalan kami. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak akan ada yang menyesatkannya. Dan barangsiapa disesatkan oleh Allah maka tidak akan ada yang memberi petunjuk kepadanya.” 

Salam Tahun Baru Hijrah 1431H! Pastinya banyak ‘ibrah yang kita perolehi dan marilah kita bersama-sama menghayati pengajaran dari peristiwa hijrah Rasul dan sahabat-sahabat. Prof. Dr. Syaikh Yusuf Al-Qaradawi pada Sabtu 19 Disember lepas di Masjid Shah Alam menyatakan antara pengajaran Hijrah termasuklah Hijrah itu adalah kemenangan dalam mempertahankan aqidah, hendaklah kita sentiasa yakin dengan janji Allah, pentingnya sabar dalam perjuangan, perlunya perancangan dan penuh berstrategi dalam berdakwah, pembinaan masyarakat Islam, fungsi masjid sebagai hub kecemerlangan, pasar sebagai hub ekonomi berlandaskan syara’, Islam mementingkan jemaah dan persaudaraan Islam, bahaya golongan munafiqin dan lain sebagainya. Untuk bacaan lanjut, sila baca catatan di blog Saudara Riduan KhairiSaudari Azniza dan Saudari Nashita Md Noor.

 

1Aqidah: Allah Didahulukan, Rasulullah Diutamakan

 

Di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia, kita pasti bahkan tidak dapat melepaskan diri dari mendengar slogan “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Satu doktrin yang cuba diterapkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam pentadbirannya. Dalam semangat Hijrah, alangkah baiknya slogan “1 Aqidah: Allah Didahulukan, Rasulullah Diutamakan” juga dicanangkan di seantero negara agar rakyat juga cinta akan hal ini sekaligus menghayatinya. “1Malaysia” dibentuk atas wacana dan tujuan politik, manakala konsep “1Aqidah” perlu diarusperdanakan atas faktor iman dan agama.

 

 Ya, saya maklum ia tidak semudah menulis dan bercakap, kerana pelaksanaan konsep “1Aqidah” memerlukan anjakan minda dan sikap. Sebagai orang awam (ya..  sesungguhnya sebagai orang awam), saya lebih menekuni dan cenderung bersetuju dengan pandangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam artikelnya “Pengitlakan Istilah Yang Mengundang Fitnah” khususnya dalam mendepani 2 aliran ‘sekolah’ pemikiran yang wujud kini.

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »