“2nd Runner-Up, Most Outstanding Youth Of 2007 Award”
Teori MUKHTAR© – Resipi Kejayaan Dunia dan Akhirat: Alhamdulillah di atas segala-galanya. Selain kerjaya dan khidmat tugas sebagai seorang jurutera, saya juga sering diundang (diberi amanah) untuk menyampaikan ceramah motivasi, kepimpinan, pengucapan awam, pengurusan, kuliah ilmiah, tazkirah agama dan seumpamanya. Antara intipati utama isi ceramah motivasi yang sering saya sampaikan dan saya suka untuk kongsikan dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian ialah satu petua yang saya namakan sebagai Teori MUKHTAR©. Terdapat 2 Teori MUKHTAR© yang ingin dikongsikan untuk sama-sama kita diskusi, implementasi dan uji keberkesanannya.
Teori MUKHTAR© yang pertama ialah satu prinsip yang boleh digunapakai oleh sesiapa sahaja, di mana saja dan bila-bila masa sahaja sepanjang menjalani kehidupan dunia sebagai seorang manusia amnya dan Muslim khususnya. Teori MUKHTAR© untuk kehidupan yang berdasarkan akronim M.U.K.H.T.A.R. adalah seperti berikut:
M = Mission
U = Ummatic
K = Knowledge
H = Holistic
T = Tarbiyyah
A = Altruistic
R = Rabbaniyyah
Sebenarnya teori ini (sekiranya ia sesuai untuk dianggap sebagai teori) amat relevan untuk diadaptasi di dalam kehidupan. Apapun sebagai tazkirah diri, perlu juga dinyatakan secara tegas di sini betapa tujuan dakwah bukanlah untuk mempopularkan diri, tetapi sebaliknya tujuan dakwah adalah untuk mempopularkan ALLAH SWT, menjadikan Rasulullah sebagai Diva (Qudwah), pengajian agama sebagai Akademika Fantastika dan memastikan ajaran agama sebagai syllabus kehidupan.
Secara ringkas dikongsikan perincian dari prinsip atau teori di atas. Elemen pertama ialah perlunya seseorang itu mempunyai misi yang jelas dan tepat di dalam hidupnya. Apa yang dia mahu dari hidup ini? Adakah sekadar lahir, makan, minum, ke tandas, berkahwin, beranak-pinak, kemudian menganjak usia senja dan akhirnya mati?? Atau sekadar menjadi bayi kemudian membesar menjadi kanak-kanak, lalu menjadi remaja, belia, dewasa, seterusnya bergelar veteran dan penghujungnya menjadi seorang tua yang menanti saat kematian yakni ajal yang pasti tiba??
Justeru persoalan misi hidup ini sebenarnya amat penting untuk diperjelaskan, difahami dan dipakubesikan di minda dari awal kehidupan seseorang agar dia berjaya di dunia dan di Akhirat. Sebab itu, saya sering menyatakan di dalam ceramah motivasi yang disampaikan bahawa insan cemerlang mempunyai peta dan kompas hidup serta berminda futuristik. Ini amat penting kerana bila matlamat dan haluan kehidupan seseorang itu adalah matlamat dan haluan yang Rabbani, bererti dia telah mengetahui dari mana dia datang dan ke manakah dia akan pergi serta manakah tempat kekalnya.
“Rahsia Kejayaan: Jadilah Insan Berjiwa Besar”
Setelah misi hidup sudah jelas, maka seterusnya ia perlulah bersifat ummatik dari segi prinsipnya kerana Islam adalah agama yang bersifat ‘alamiyyah (sejagat) sehinggakan Rasulullah itu sendiri diutus untuk rahmat sekalian alam. Pendek kata, moto “Ummah Kita Tanggungjawab Kita” perlu dijiwai bersama oleh seluruh Muslimin sedunia ke arah mencipta kejayaan hakiki.
Malah adalah menjadi tabiat semulajadi manusia suka dikasihi dan mengasihi antara satu sama lain. Rasulullah SAW sendiri menyeru umatnya agar saling berkasih sayang sesama Islam, sebagaimana hadith Baginda, maksudnya:
“Dari Annas r.a., dari Nabi SAW bersabda: “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.”” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
Lebih daripada itu, tidak boleh tidak ilmu juga adalah prasyarat utama untuk kejayaan di dua dunia. Fahamilah firman ALLAH SWT di dalam Surah Al-Mujaadalah, ayat 11: “Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah, nescaya ALLAH akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, nescaya ALLAH akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan ALLAH Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Malah Rasulullah SAW bersabda: “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim”. Dan seperkara lagi ialah perlu juga difahami bahawa “ilmu tanpa amal adalah seperti pohon tanpa buah, seperti awan tanpa hujan.”
Selanjutnya, secara tuntas untuk menjadi insan yang benar-benar cemerlang, saya berpendirian, yakin dan percaya betapa ia perlu holistik dari segi sifat serta pendekatannya. ‘Re-engineering’ modul pembangunan insan perlu kepada asimilasi antara kecerdasan intelek (IQ), kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ) yang juga merupakan penanda aras ke arah melahirkan manusia ideal yang berjaya dunia dan Akhirat. Malah Ary Ginanjar Agustian, penulis Indonesia yang saya kagumi di dalam bukunya ESQ Power menyatakan bahawa: “nilai-nilai ESQ yang diadun dengan IQ akan meningkatkan kemampuan untuk mengangkat suara hati spiritual yang paling dalam (unconscious mind) sehingga sumber kecerdasan spiritual yang terletak pada God Spot manusia dapat dizahirkan dalam kehidupan sehari-hari.”
Justeru proses pembentukan insan cemerlang mesti mengambil kira ketiga-tiga aspek ini: IQ, EQ & SQ. Malangnya, sistem pendidikan kini lebih fokus kepada pembangunan IQ dan mengambil ringan aspek EQ dan SQ. Sedangkan didapati IQ hanya memainkan peranan 6% dalam pembentukan peribadi sedangkan 94% lagi adalah ditentukan oleh EQ dan SQ. Dan semuanya ini memerlukan tarbiyyah yakni pendidikan dan latihan yang berterusan.
Malah melalui teori ini saya turut berhujah bahawa perlunya kecemerlangan hidup itu dicerna dengan pendekatan yang altruistik (altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri, kata lawannya ialah egoistik/ individualistik) dan dipimpin dengan akhlaq yang baik melalui pembudayaan sifat-sifat mahmudah dan menjauhi sifat-sifat mazmumah. Pembentukan ukhuwwah Islamiyyah amat penting ke arah menjayakan segala perancangan dan modus operandi pemerkasaan umat dan dalam usaha untuk mengembalikan zaman emas kegemilangan Islam. Dalam hal ini, gurindam Raja Ali Haji ada kerelevanannya untuk dihayati bersama:
Cari olehmu akan sahabat yang boleh dijadikan ubat;
Cari olehmu akan guru yang mengenal segala seteru;
Cari olehmu akan isteri yang boleh menyerahkan diri;
Dan jadi olehmu akan abdi yang ada baik budi.
Secara khulasah dan sebagai konklusinya semua pendekatan dalam teori ini sebenarnya anak tangga menuju redha ALLAH dan oleh kerana ALLAH matlamatnya maka ciri rabbaniyyah tidak boleh tidak merupakan teras utama pemacu ke arah tercapainya impian murni kehidupan.
“Teori MUKHTAR©”
Seterusnya, Teori MUKHTAR© kedua yang ditujukan khas buat para pelajar dan mahasiswa serta saya syorkan dijadikan sebagai panduan untuk menempah kejayaan dalam pelajaran dan peperiksaan. Berikut merupakan makna tersurat dan tersirat yang ingin saya majukan yang juga dicerakinkan berdasarkan akronim M.U.K.H.T.A.R. tersebut:
M = Matlamat yang jelas dan tepat
U = Usaha yang tidak mengenal jemu
K = Kesungguhan untuk berjaya
H = Hero nan hebat
T = Teknik dan strategi
A = Altruistik dan akhlaq
R = Religious conscious yakni berkesedaran agama yang tinggi.
Buat akhirnya, ayuh bersama kita renungkan Sabda Baginda Rasulullah SAW:
Dari Ibnu Umar r.a. katanya: “Rasulullah SAW memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar r.a. berkata: “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang. Ambillah persiapan saat engkau sihat untuk menghadapi masa sakitmu dan saat hidupmu untuk sesudah kematianmu” (Hadith Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
Sila baca juga: Gembira dan Bahagiakanlah Orang Tuamu!
Wallahu a’la wa a’lam.
Nice theory, bagus diaplikasikan dalam hidup!
Bernas sekali… 🙂
You are the one.. 🙂
You are the great… 🙂
As-Sarawaki: Allah is The Greatest!
Teori yang bagi saya amat holistik, menyentuh setiap aspek dalam kehidupan kita as a Muslim… Patut ada dalam diri setiap insan..
Wallahu a’lam..
ALHAMDULILLAH… dlm keadaan hidup yang mencabar zaman ni, sukarnya nak cari orang muda semcm adik yang cukup sedar dlm “MENGENALI DIRI SENDIRI”. Sedangkan orang tua pun ada yang masih tak memahami apa arah tujuan kita “SEBENAR2NYA”. Beruntung kedua org tuamu mndapat anak yang menggunakan dunia utk Akhirat. Mudah2an sentiasa diberkati dan dilimpahi rahmat buat mu. Mudah2an anak2 akak pun akan menjadi insan spt mu, insyaALLAH.
salam ukhuwah…
saya nak tahu mengenai dengan bimbingan kaunseling apakah yang dimaksudkan dengan teoi realiti… contoh2 yang dapat diaplikasikan tuk student kat sekolah… yang mana saya konfius ler antara teori dan therapy n if ada buku rujukan sekali dalam bahasa malaysia…
syukran…
k tQ n tQ
Syabas!
Semoga Allah memberkati usaha tuan, saya juga mendoakan supaya usaha anda terus melebar ke seluruh Sarawak dengan pimpinan dan hidayah dari Allah. Semoga keburukan dan keaiban anda akan terubah menjadi kebaikan dan tauladan, semoga kebaikan dan usaha tuan akan diberkati dan meluas.
Yeah.. Abang Mukhtar… Saya respect dia… Orang Sarawak bah towk… Abang Mukhtar memang terkenal di Sarawak… Salute lah… Di samping berkerjaya nya juak jadi motivator… Jadikanlah ianya sebagai role-model anda sebagaimana saya 🙂
saya sangat tertarik dgn kejayaan anda dan segala2 ttg anda, tetapi satu yg menjadi tanda tanya ialah adakah yg anda buat itu betul-betul ikhlas? amnya di malaysia, pejuang yg hebat dan betul-betul ikhlas semuanya telah merasa hidup menderita di kem kamunting? saya harap saudara jangan jadi seperti mereka yg berada di penjara kamunting kerana jika anda membaca sejarah rasul-rasul yg berjuang dgn ikhlas semuanya diuji dgn dugaan. pada pandangan saya anda bukan pejuang ikhlas tetapi mencari populariti dan diguna oleh pihak-pihak tertentu. sila cari dan baca sejarah nabi-nabi terdahulu dan sanggupkah anda berhadapan dgn dugaan dari allah?
As-Sarawaki: Semoga Allah SWT membimbing saya dan saudara menuju redhaNya. Irhamni Ya Allah! Amiin.
yeah abang muhtar, bukan kat sarawak dah terkenal kat semenanjung pun dia terkenal lebih-lebih lagi bila raja petra kena saman 7 juta. abg muhtar tak dapat habuan ke? [Nota: Sila baca penjelasan saya di sini: Isu UUM Saman Raja Petra dan Suara Keadilan RM7 Juta »». Syukran.]
syabas teori muhtar sangat sesuai digunakan oleh mahasiswa, dan bila berbicara tu biar berpada-pada. Tumpukan matlamat yg jelas dlm pelajaran semoga berjaya dapat ijazah kelas pertama menjadi kebanggaan ibubapa. Dan seterusnya dapat jawatan besar dan gaji lumayan dan hiduplah kamu dalam kepompong dan jangan hirau masyarakat sekitar kamu yg rata-rata hidup tertindas menunggu pembelaan dari cerdik pandai asalkan kita sudah jelas dengan matlamat kita.
Hidup bro muhtar. sama-sama kita masuk syurga Allah kelas pertama sebaliknya jangan kita masuk penjara kamunting?
As-Sarawaki: Mudah-mudahan dengan rahmat Allah Azza Wajalla kita semua akan beroleh SyurgaNya. Amiin Ya Rabb!
Salam buat saudara mukhtar. Sebutir bintang yang baru saya temui bila menggali di manakah sebenarnya punca utama isu saman VC UUM terhadap pengendali laman Bloy Malaysia Today..Raja Petra.
Saudara, saya mula menerobos dan menggeladah laman web saudara untuk terus membaca tanpa jemu dan saya juga ingin memohon keizinan menciplak tulisan saudara untuk saya paparkan kepada mahasiswa saya sebagai sumber motivasi dan semanagat kepada mereka yang mulai longlai dan lemah.
Jika ada kesempatan ingin saya menjemput saudara datang ke kampus kami memberi motivasi kepada mahasiswa. Anda telah menjadi seorang bintang sekarang.heee
Sila ke laman Blog saya utk meniliti dan mendapat kebenaran
hasil tulisan saudara yang saya muatkan dalam blog saya di. http://ebakry.wordpress.com
Wassalam
salam…
teori yg agak bagus nie…
nmpaknya sy dah jumpa ‘sahabat yg blh dijadikan ubat’… 😀
hmmm..
boleh juga nih teori nya..
🙂
Assalamualaikum wrb.
Tahniah di atas adunan teori yang menarik ini. Apapun lenggok dan gayanya, mudah-mudahan dapat membawa kita semua menjadi hambaNya yang soleh.
Mendekati ciri Islam yang syumul, holistik bukan sahaja pada IQ, EQ dan SQ, tetapi juga dalam konteks amalan, keyakinan dan harapan.
Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk mengamalkan Islam secara menyeluruh, dan bukannya memilih satu-satu bidang sahaja. Buat apa yang kita suka tetapi meninggalkan apa yang tidak selari dengan jiwa dan kesukaan kita.
Andai kita amalkan apa yang kita suka sahaja, maka akan pincanglah Islam itu. Kerana, orang lain juga akan buat apa yang mereka suka sahaja, dan pastinya apa yang kita suka tidak sama dengan kesukaan orang. Akhirnya Islam akan kelihatan sebagaimana yang diamalkan sekarang ini.
Pincanglah Islam apabila sesetengah golongan mengamalkan dan perjuangkan apa yang mereka suka sahaja. Malah akan bertelagah dengan golongan lain yang amalannya dan keyakinan perjuangannya dalam aspek kehidupan yang berbeza.
Walaupun pertelagahan pendapat merupakan satu rahmah, namun pertelagahan yang membawa kepada persengketaan menuju kepada kehancuran. Sudahnya, tiada role model yang boleh menjadi ikutan dan panduan, lebih-lebih lagi kepada orang bukan Islam.
Marilah kita sama-sama mengamalkan Islam secara holistik. Tinggalkan persengketaan, sebaliknya marilah kita jalinkan persaudaraan. Bertolak ansur dalam perkara-perkara furuk, tetapi bersepakat dalam perkara-perkara pokok.
Allahu a’lam.
salam…
wah hebat… teori ni…
tapi blog saudara agak lari dari berpaksikan teori saudara sendiri… dah macam buat iklan sendiri… nak kempen ke?
pembaca banyak mengenali kehidupan saudara sendiri… dan kadang-kadang monolog jiwa saudara sendiri dihebahkan dalam blog. maaf… apakah blog ini termasuk rancangan jangka panjang diri (T = Teknik dan strategi).
siapa tak setuju sila jawab… (balas)
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah dan terima kasih di atas nasihat tuan, amat saya hargai. Terima kasih juga kerana sudi terus melayari laman weblog ini. Dengan anggapan bahawa nasihat ini adalah dengan niat ikhlas dan dari hati yang murni kepada sesama saudara, maka saya menerimanya dengan berlapang dada dan bersangka baik.
Apapun, saya suka menyatakan bahawa blog ini adalah bersifat blog peribadi untuk perkongsian buah fikir, rasa, ilmu dan pengalaman dengan harapan ia memberi manfaat kepada diri sendiri dan mudah-mudahan insan lain juga. Sekiranya blog ini mampu memberi nilai tambah kepada usaha dakwah dan islah, anggaplah ia rancangan jangka panjang (teknik dan strategi) saya. Atas segalanya, saya masih terus belajar dan semoga budaya nasihat-menasihati ini terus menjadi amalan kita bersama. Wallahu a’lam.
Salam…
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
Inilah pejuang yang kita mahukan…
Dalam suasana kehidupan hari ini perlu ada insan seperti saudara…
Kalau saudara boleh dekati lagi masyarakat tempatan dalam lingkungan umur 25-35 tahun. Golongan ini pelahir zuriat tahun-tahun 2020 ke atas… Sekiranya golongan ini berjaya dibentuk maka tahun-tahun tersebut… insyaAllah intitusi keluarga mantap, maka masalah umat akan selesai. Saudara sedia maklum keluarga memainkan peranan terpenting…
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum warahmatullah..
Abg Muhtar, “Jadilah Insan Berjiwa Besar” tue, dibukukan ke?
Need motivated spirit, perlu sangat.. Coz ana dlm ‘kepenatan’ bekerja skrg.. bebanan kerja.. rasa nak berenti then sambung MSc, balik kembali ke UIA.. Rindu sangat2!! Tp pk jg, then need 2 compete 4 the job again.. hu..
Salam, We Unite for Islam…
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Saya belum berjaya menghasilkan sebarang buku, sekadar rancangan penulisan sahaja. Saya percaya bahawa diri sendiri adalah hakim terbaik dalam perancangan masa depan. Pandanglah dengan kacamata ‘ibadah. Selamat maju jaya. As-sahabah fid dunya wal Akhirah. 🙂
[…] Aku secara jujurnya kagum dengan biodata beliau – mantan Presiden MPP UIA, seorang engineer. Seterusnya Teori Mukhtar yang beliau usulkan menarik perhatian aku menjadikan aku sering berkunjung ke blognya sedari itu. […]
Great!
Saudara Muhtar,
Semoga dipermudahkan di dalam perjuagan….
Saya sentiasa membaca perkembangan terkini sahabat2 kita termasuk saudara Amin Idris, Abdul Razak dan lain2 lagi dan juga pihak tuan. Semoga berjaya…
Mohamad Zamri Yusoff
LLB 2005
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
Assalamualaikum Saudara Muhtar,
Untuk makluman saya belum lagi membaca sepenuhnya karya saudara.
Saya berpendapat secara umumnya, Teori yang saudara kemukakan bukan lagi satu teori, tapi satu hakikat perjuangan yang perlu diteruskan oleh semua umat Islam. Mungkin ada kekurangan dalam pelaksanaan mengikut kemampuan individu dalam mencapai kejayaan.
Pada hemat saya, permulaan usaha mestilah disertai dengan keikhlasan bukan sahaja pada keluarga dan masyarakat tetapi ikhlas terhadap sendiri (lebih penting lagi kerana Allah Taala). Mungkin satu masa nanti saya boleh bercerita bagaimana kegagalan boleh mengajar diri saya untuk berusaha kuat dalam hidup.
Mungkin saudara boleh huraikan lagi mengenai hero nan hebat kerana bagi adik-adik yang masih di bangku sekolah mungkin di situlah kelalaian boleh berlaku dalam usaha menjadi insan berjiwa besar.
Semoga Saudara Muhtar mencapai kepuasan dalam mendorong orang lain untuk berusaha supaya lebih maju.
Sekian terima kasih.
Salam akhi
Semoga semakin berjaya, terus tegar dalam dakwah dan jalan juang ini dan bahagia dengan penuh berkah bersama keluarga.
Teruskan menulis.
Salam,
Semoga terus mewangikan laman perjuangan Islam yang semakin terpinggir.
This is not a theory. A theory should begin with an hypothesis. It should also be able to defend itself of all possible anthitheses.
The best way to discribe your thesis is it is a simplified reference, a what to do list, a good life strategy, a best life planner, or just a discription of steps in life that what you understand could work beautifully. This could avoid revisiting works done by many previous or contemporary Muslim, doing justice to them by way of crediting them now become obligatory to you.
Try look at Ihya Ulum al Din, by celebrated Al Ghazzali the least.
You are very good. Thank you for sharing your work with us, friend.
Allah knows best.
Syukur. Seorang lagi jiwa kental dan hebat Rosli Dobi dari Bumi Sarawak. Teruskan kecemerlangan dunia Akhirat En Mukhtar!!
Tahniah! Menarik teori ini dan tahniah kerna masih berjuang walaupun telah lama meninggalkan alam universiti.
congratss…..saudara mukhtar..lm suda tidak ketemu…dtg uia kl…jgn lupa dtg uma…opong sabahan..