Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Ogos 2007

Merdeka Mini Celebration

Sambutan Mini Sempena Kemerdekaan Ke-50 di Perantauan”

As-Sarawaki, 31 Ogos 2007: Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia Ke-50. Alhamdulillah, kami anak Malaysia di perantauan juga bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Hari ini, saya dan seramai 5 orang rakan-rakan seMalaysia yang menghadiri kursus M119 di Shell International Learning Center (Shell iCenter), Rijswijk, Belanda berkesempatan mengadakan mini sambutan ringkas kemerdekaan. Terima kasih kepada fasilitator kursus yang menyediakan kek (sambutan dikongsi dengan sambutan hari jadi Saudara Graeme Cowie yang kebetulan jatuh pada 31 Ogos). Alhamdulillah, di bilik kursus kemudiannya Lagu Kebangsaan Negaraku juga telah dikumandangkan dengan semua peserta sama ada dari Belanda, United Kingdom, Russia, Nigeria, Oman, India, China, Brunei dan Singapura turut sama-sama berdiri menghormati lagu Negaraku. Insya Allah, pada 8-9 September 2007 juga akan diadakan Malaysian Food Fair 2007 sempena sambutan Kemerdekaan di Kedutaan Malaysia di Rustenburgweg 2, 2517 KE, The Hague. Semua dijemput hadir. I am a Malaysian and proud of it! Dan yang lebih penting dan utama… I am a Muslim and always proud of it!

 

NEGARAKU

 

Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,

Rakyat hidup
Bersatu dan maju.

 

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
Selamat bertakhta.

 

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
Selamat bertakhta.

 

ENGLISH TRANSLATION

 

My country,

My native land.

 

The people living

United and progressive.

 

May God bestow blessing and happiness
May our Ruler have a successful reign.

 

May God bestow blessing and happiness
May our Ruler have a successful reign. (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »

Malaysia Negara Tercinta  Malaysia Negara Tercinta Malaysia Negara TercintaMalaysia Negara TercintaMalaysia Negara Tercinta

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang Ke-50”

 

Salam Kemerdekaan… Ayuh… Teruskan Usaha!

Sumber: taskforcemiri.wordpress.com

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Sahabat-sahabat seperjuangan sekalian,

 

Sempena menyambut Hari Kebangsaan Ke-50, marilah kita pertingkatkan usaha  dengan lebih kuat serta sentiasalah melakukan muhasabah diri. Marilah kita merenung sejauh mana kita yang dibekalkan dengan al-Quran dan as-Sunnah ini benar-benar berusaha dan melaksanakan tuntutan yang terkandung di dalamnya dengan bersungguh-sungguh. 

 

Manfaatkanlah segala kemudahan pada zaman sains dan teknologi ini untuk mencapai matlamat hidup Muslim yang sebenarnya. Usahlah membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Manfaatkanlah masa dengan sebaiknya selari dengan maksud hadis yang mengajak merebut lima perkara sebelum ia berlalu pergi iaitu,

“Masa muda sebelum datangnya tua, Masa sihat sebelum sakit, Masa kaya sebelum miskin, Masa lapang sebelum sibuk dan Masa hidup sebelum mati”.

Muslimin-Muslimat sekalian,

 

Usaha perlu diteruskan, ambillah kesempatan dari ruang dan peluang keamanan negara kita untuk terus berusaha menyedarkan masyarakat khususnya generasi muda tentang peripentingnya kemantapan iman, penguasaan ilmu dan ketrampilan syakhsiah. Semoga kita umat Islam yang diangugerahkan Allah dengan kefahaman dan kesedaran beragama terus berusaha melaksanakan tugas dakwah dan ikhtiar islah yakni amanah al-amru bil ma’ruf wan nahyu ‘anil mungkar dengan turun padang (down to earth) secara sepenuh masa (full time) dan bukan hanya sekadar secara sambilan (part-time).

 

Ambillah pengajaran dan lihatlah kepada peristiwa  paderi-paderi Korea Selatan yang ditangkap oleh pejuang Taliban di Afghanistan (selanjutnya…)

Read Full Post »

Malaysia Negara TercintaMalaysia Negara TercintaMalaysia Negara TercintaMalaysia Negara TercintaMalaysia Negara Tercinta 

Malaysia Negara TercintaMalaysia Negara TercintaMalaysia Negara TercintaMalaysia Negara TercintaMalaysia Negara Tercinta 

Malaysia Negara TercintaMalaysia Negara TercintaMalaysia Negara TercintaMalaysia Negara TercintaMalaysia Negara Tercinta 

Malaysia Negara TercintaMalaysia Negara TercintaMalaysia Negara TercintaMalaysia Negara TercintaMalaysia Negara Tercinta 

Malaysia Negara TercintaMalaysia Negara TercintaMalaysia Negara TercintaMalaysia Negara TercintaMalaysia Negara Tercinta 

Laungan Keramat: Merdeka!!! Merdeka!!! Merdekakah Jiwamu?”

As-Sarawaki, 29 Ogos  2007: (Entri ini adalah tulisan fikir-fikir dari Bilik 73, Hotel Bastion, The Hague kala sepi, tenang dan damai jam 3.13 pagi [9.13 pagi waktu Malaysia] di bumi asing Belanda tentang negara Malaysia tercinta). Merdeka! Merdeka! Merdeka! Alhamdulillah, saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia dan mencintai negara ini. Saya juga bersyukur kerana negara ini sudah merdeka dari cengkaman penjajah dan kini kemerdekaan tersebut sudah mencecah usia 50 tahun. Selain itu, saya juga sentiasa berusaha untuk menjadi warganegara yang baik dan patriotik dengan melakukan atas kapasiti dan kemampuan yang ada menyumbang sesuatu ke arah pembinaan Malaysia sebagai negara yang benar-benar makmur lagi sejahtera di bawah redha Allah, atau dalam bahasa Al-Qur’annya: ‘Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafuur’.

 

Secara tuntasnya, I am a Malaysian and proud of it! Malah 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi tunjang memperkasakan jatidiri bangsa Malaysia sentiasa menjadi komitmen dan sebati dalam perjuangan bernegara saya.

 

Kepercayaan kepada TUHAN

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

 

Cuma, apa yang saya bimbang dan risau ialah bagaimana banggapun saya kepada negara saya dan bagaimana maju dan hebatpun negara saya, negara saya tidak akan masuk Syurga! Ya, negara saya tidak akan masuk Syurga! Malah tidak akan dihumban ke dalam Neraka! Soalan di dalam kubur juga tidak dimaktubkan bahawa salah satu soalannya ialah “Kamu berasal dari negara mana?”! Apa yang pasti, manusia-manusia yang mendiami negara itulah yang akan dihisab amalannya dan akan diberi balasan oleh Allah Azza Wajalla sama ada nikmat Syurga atau azab Neraka. Yang Dipertuan Agong, Raja-raja, Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, Menteri, YB Ahli Parlimen, YB Ahli Dewan Undangan Negeri, Gabenor Bank Negara, Hakim Besar, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, CEO, Pengarah, Pengurus, Jurutera, Doktor, Peguam, Akauntan, Motivator, Pensyarah, Guru, Peniaga, Kerani, Petani, Nelayan, Buruh, Penoreh Getah, Pengait Kelapa Sawit, Kuli Batak, Penganggur, Orang Kaya, Orang Miskin, Orang Tua, Orang Muda dan seluruh manusia yang menjadi rakyat dan menghuni negara tersebutlah yang akan diminta pertanggungjawaban di Padang Mahsyar nanti! (selanjutnya…)

Read Full Post »

Pulau Mabul, Sabah

Pulau Mabul, Sabah.. Di Sebalik Keindahan Tersirat Rahsia Kehidupan”

As-Sarawaki, 28 Ogos  007: Entri ini adalah lanjutan kepada entri Kembara Menagih KASIH 2007 (keKASIH ‘07). Alhamdulillah, sepanjang program keKASIH ’07, ahli rombongan berkesempatan melawat 2 buah pulau di Semporna iaitu Pulau Mabul dan Pulau Bait. Sebagaimana yang dicatatkan, sungguh banyak pemerhatian yang kami perolehi dari lawatan ke 2 buah pulau ini terutamanya Pulau Mabul. Hipotesis yang paling penting ialah di pulau ini kita dapat perhatikan kehidupan antara 2 darjat. Satu darjat ialah kemewahan yang dihidangkan oleh 6 buah resort yang ada di sana yang menggamit kehadiran pelancong kaya raya datang untuk bercuti, scuba diving atau sekadar berjemur santai di pantai dengan hanya berbikini dan berseluar dalam (pemandangan membahayakan iman yang menjadi norma kebiasaan di Pantai Hawaii, namun rupa-rupanya terdapat juga di Pantai Malaysia)! Satu darjat lagi ialah kehidupan miskin dan dhaif, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang penduduk di kampung nelayan pulau tersebut. Sebagai rekod, resort-resort dan perkampungan nelayan ini terletak hanya sebelah-menyebelah.

 

Selain itu, melalui entri ini saya juga suka untuk kongsikan dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian tentang satu rasa berdasarkan pengalaman yang turut ada kaitannya dengan antara 2 darjat, dengan niat sekadar ingin mengundang wacana para sarjana. Alhamdulillah, kali ini adalah kali ke-4 saya menjejakkan kaki ke bumi Eropah: April – Jun 2004, September – Oktober 2006, Januari – Mac 2007 dan kini Ogos – Oktober 2007. Daripada 4 kali penerbangan ke sini, sekali ketika ke Jerman untuk mengikuti Latihan Industri Kejuruteraan di sana pada tahun 2004, saya menggunakan Economy Class dan alhamdulillah berikutnya selama 3 kali ke Belanda selepas itu saya beroleh peluang untuk duduk di ruangan Business Class dengan tajaan syarikat.

 

Tambang dari Miri – Kuala Lumpur – Amsterdam (Miri – Kuala Lumpur selama 2 jam 15 minit, manakala Kuala Lumpur – Amsterdam mengambil masa 12 jam 30 minit) dengan Business Class ialah RM21,159 manakala dengan Economy Class tambangnya cuma RM5,385. Lebih daripada tu, bagi mereka yang hidupnya cukup mewah dan kaya-raya, pastinya mereka akan menggunakan First Class yang setakat ini belum pernah saya rasai, dengan tambangnya ialah sebanyak RM28,923! Selain itu, sekiranya menggunakan Business Class atau First Class, sementara transit atau sekadar berehat seketika di mana-mana lapangan terbang, anda juga akan ditempatkan di tempat khas disebut sebagai Golden Lounge yang mana perkhidmatan dan kemudahannya superb yakni segalanya lengkap tersedia. Dengan Economy Class, ruang duduknya agak sempit (dari pengalaman saya, susah nak tidur nyenyak) dan skrin videonya kecil dan ada yang terpaksa dikongsi, manakala dengan Business Class dan First Class, ruang duduknya amat selesa dan luas sehingga sekiranya dilunjurkan ia boleh menjadi seperti katil, skrin video besar dan untuk kegunaan sendiri selain layanan makan minum dan keselesaaan dijaga setiap masa setiap ketika. Pendek kata, semua servis ada class dan umph. Sungguh, berbeza nikmatnya antara Economy, Business dan First Class(selanjutnya…)

Read Full Post »

Most Outstanding Youth Of The Year 2007

Most Outstanding Youth of the Year 2007 Awards:
Sila Double Click Gambar Di Atas Untuk Melihat Video Temuramah »»

 

As-Sarawaki says: Semoga Ruang dan Peluang Dakwah Lebih Meluas. Amiin.

 

Previous Entry: Young Achievers: Say ‘Can Do’ To Be A Success 

Source: NST Online (July 22, 2007) 

 

New Sunday Times, Focus: His parents were illiterate and he grew up in poverty. But this young engineer pressed on to become the best that he could be. Now he is helping others to do well, writes DAVID YEOW.

 

“NO one can go back in time to make a new beginning but you can start from now to create your own happy ending. Everybody has the ability to succeed provided they have a ‘can do’ spirit.”

 

These are some of the zen-like wisdom that Muhtar Suhaili (picture) not only spouts but has lived by for the last 25 years.

 

In fact “wise cracking” is Muhtar’s gift. The oldest of four children, Muhtar said that since young he had developed an uncanny ability to recognise simple truths in life and apply them.

 

He was so good at leading himself that he scored his way past his UPSR, PMR and SPM, gearing himself with honest hard work and personal pep talks alone.

 

“I also helped my dad sell fruits at the same time,” he said.

 

It did not take long for others to see the maturity and ability in him. Muhtar was given a scholarship by Yayasan Sarawak to study Mechatronics Engineering at International Islamic University Malaysia. He was also made Student Council’s President for a term. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Sabah Map

Kembara Menagih KASIH (keKASIH 2007), Task Force Kecemerlangan Miri”

As-Sarawaki, 24 Ogos 2007: Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT di atas segala-galanya. Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kepada tetamu ziarah yang budiman sekalian khususnya pembaca setia blog ini kerana sudah seminggu saya tidak mengemaskini laman ini. Maaf kerana atas keterbatasan masa dan kesibukan aktiviti selain faktor akses internet yang terhad sepanjang berprogram baru-baru ini menyebabkan blog ini sepi dari entri-entri baru. Entri ini saya tulis dari Golden Lounge, KLIA – transit dari Miri sementara menunggu penerbangan seterusnya ke Amsterdam pada pukul 11.55 malam ini. Insya Allah saya akan outstation ke bumi Belanda selama sebulan setengah, menyambut Ramadhan sekali lagi di sana dan akan kembali ke tanah air pada 8 Oktober 2007 iaitu 5 hari sebelum Hari Raya ‘Aidil Fitri. Doakan semoga permusafiran saya kali ini selamat pergi dan kembali serta segala-galanya membawa kebaikan, kemuliaan dan keredhaan Allah. Amiin.

 

Alhamdulillah, bermula dari 18 Ogos sehingga semalam 23 Ogos, saya dan rakan-rakan seperjuangan Task Force Pengurusan Kecemerlangan Miri telah terlibat di dalam ‘Kembara Menagih KASIH 2007′ (keKASIH ‘07) iaitu program Rehlah Dakwah dan Mahabbah merentasi negara Brunei Darussalam untuk retreat perancangan strategik Task Force Kecemerlangan Miri sambil menjelajah negeri Sabah Di Bawah Bayu melalui jalan darat dari Kota Kinabalu ke Semporna. Selain itu, dalam perjalanan pulang, rombongan jaulah kami yang terdiri daripada 16 orang juga berkesempatan singgah di daerah Lawas untuk menjayakan program ‘Jom Cemerlang’ di SK Agama (MIS) Lawas. Sungguh, terlalu banyak cerita, kisah, pengalaman, ilmu, hikmah, pengajaran, iktibar, nasihat dan ‘ibrah yang diperolehi!

 

Petikan Kertas Kerja Program ‘keKASIH ‘07′:

‘Di sini ku berdiri, berpijak di bumi, menjunjung langit yang luas’. Demikianlah sedikit petikan lagu nasyid yang agak popular suatu ketika dulu. Berjalan, melihat dan merenung keindahan ciptaan Allah adalah merupakan satu ibadah yang sangat penting bagi melahirkan individu yang tahu dan mahu bersyukur. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Love Others

Love Others… And Love Will Come Back To You..”

As-Sarawaki, 17 Ogos 2007: Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana masih diberi taufiq dan hidayah kepada hambaNya ini untuk menjadikan  hari Jumaat penghulu segala hari sebagai medan merencana strategi dan memberi khidmat serta sekaligus menjadi wasilah menambah saham Akhirat. Semoga saya dan tetamu ziarah yang budiman sekalian mampu terus berada dalam gerakan untuk memperjuangkan Islam dan sentiasa membara di hati kita untuk menyebarkan agama Allah berpandukan ajaran Al-Qur’an dan As-Sunnah.

WHPH Day

Work Hard Play Hard Day”

Alhamdulillah, hari ini adalah hari WHPH di syarikat tempat saya bekerja. Setiap hari Jumaat minggu ke-3 setiap bulan sebenarnya diisytiharkan sebagai hari yang dikenali sebagai Work Hard Play Hard (WHPH) iaitu peruntukan masa bagi mengadakan aktiviti-aktiviti yang ‘tiada berkaitan dengan kerja core business‘ untuk merehatkan minda, bersukan, beriadhah, beraktiviti luar, berdiskusi santai dan aktiviti seumpamanya sama ada bersama department dan unit masing-masing atau secara massa. Pendek kata ia adalah aktiviti untuk menyatakan ‘kerja, kerja juga’ tetapi keseimbangan dan gaya hidup sihat mesti sentiasa dipelihara dan dipulihara dalam masa yang sama.

 

Hari ini terdapat 2 aktiviti WHPH secara massa yang telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Yang pertama ialah “Up Close & Personal” pada pukul 10.00 pagi yang dibawakan khas oleh Malaysian Senior Staff Council (MSCC) dan “Work Hard Pray Hard” pada jam 2.00 petang anjuran Badan Kebajikan Pekerja Islam Petroleum (BKPIP). Perhatikan sedikit perbezaan antara 2 WHPH, satu ialah ‘Work Hard Play Hard’ dan satu lagi ialah ‘Work Hard Pray Hard’. ‘Work Hard Pray Hard’ ini sebenarnya telah sengaja saya dan jawatankuasa penganjur ubah sedikit dengan harapan semoga program tersebut mampu menyuntik bius beragama kepada saya dan rakan sekerja. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »