Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Julai 2008

Hebatnya Orang-orang Yang Beriman

Alangkah Hebat dan Tingginya Darjat Orang-orang Yang Beriman!”

As-Sarawaki, 25 Julai 2008: Alhamdulillah atas segalanya. Sesungguhnya kehidupan kita di dunia ini semuanya adalah ketentuan dari Allah SWT Yang Maha Tahu. Sudah sunnatullah ada siang dan ada malam, ada lelaki dan ada wanita, ada masa senang dan ada masa susah, ada waktu gembira dan ada waktu berduka, ada ketikanya bahagia dan ada ketikanya derita, ada ketawa dan ada airmata, ada orang kaya dan ada orang miskin. Maka demikian jugalah dengan kondisi iman kita… Dalam analogi hari ini, iman bolehlah diumpamakan seperti roller coaster. Sudah sunnatullah sekejap naik dan sekejap turun, malah kadang bertambah dan kadang berkurang sebagaimana dalam sebuah hadith disabdakan bahawa al-iimanu yazid wa yankus. Justeru itu, menilai diri (melakukan muhasabah) hendaklah menjadi rutin harian seorang hamba dalam memikul amanah agama dan melaksanakan kewajiban sebagai Khalifatullah. Atas segalanya, istiqamahlah!

 

Rasulullah SAW bersabda: “Katakanlah! Aku percaya kepada Allah kemudian istiqamahlah (pegang teguhlah pendirian itu).” Dengan itulah kita hadapi segala persoalan di dalam hidup ini. Dengan itu kita kibarkan panji kita. Kalimat itulah yang terlukis pada jiwa kita, dan dengan pendirian itu kita hidup di tengah-tengah masyarakat. Dengan itu kita jiwai seluruh kebudayaan dalam segala macam seginya, dengan itu pula kita mencari pengetahuan dalam segala macam cabangnya. Itulah pangkalan tempat kita bertolak dan itulah pelabuhan terakhir tempat bahtera itu bersauh.

 

Prof. Dr. Hamka di dalam bukunya “Pandangan Hidup Muslim” menjelaskan dengan amat menarik tentang makna istiqamah. (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »

“Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Baru Niah telah disempurnakan pada Isnin, 21 Julai 2008. Mudah-mudahan masjid ini dibina atas asas TAQWA ya’ni lamasjidun ussisa ‘ala at-TAQWA…”

“Alhamdulillah…  PKPIP berjaya memungut derma/ waqaf daripada ahlinya berjumlah RM20,000 untuk pembinaan Masjid Baru Niah”

“Presiden PKPIP, Hj Basar Nasib menyerahkan Mock Cheque kepada Datuk Hj Daud Abdul Rahman (Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam)). RM900 ribu masih diperlukan untuk membiayai pembinaan Masjid Baru Niah ini. Jumlah kos pembinaan = RM2.9 juta!”

“Pelan Lokasi Masjid Baru Niah (No 850, Niah Land, Niah)”

Sila baca entri sebelum ini: Wakaf Masjid Baru Niah… Jom Ber’amal Jariah!

Wallahu a’lam bissawab. 

Read Full Post »

Karnival 'Amal Merdeka

[Karnival ‘Amal Merdeka 2008 yang Insya Allah akan diadakan pada 16 – 17 Ogos 2008 merupakan program anjuran Yayasan ‘Amal Malaysia (Cawangan Sarawak Unit Miri) dengan kerjasama beberapa badan Islam yang lain. Antara program yang akan dilaksanakan termasuklah Larian ‘Amal Merdeka, Forum Perdana Ehwal Islam, Forum Remaja Cemerlang, Pemeriksaan Kesihatan, Derma Darah dan Konsert Kesenian Islam yang dinamakan Konsert ‘Amal Merdeka.]

  

Read Full Post »

…Allah The Almighty is the Forgiving, the Merciful… [Photo Source]

As-Sarawaki, 18 July 2008 (Updated): Alhamdulillah, thank you Allah The Almighty! Thank you Allah for all your grace! Thank you Allah for blessing us with life. Thank you Allah for blessing us with Islam and Iman. Thank you Allah for blessing us with Muhammad Rasul Allah. Thank you Allah for giving me what I have today. Thank you Allah for everything!

 

In this entry, I am more than happy to share with fellow visitors a ‘Question and Answer’ article on Allah’s love. I found this article to be a truly inspirational writing that would touch the hearts of every Muslim about the greatness true love of The Almighty Allah Azza Wajalla. Kindly read it full-heartedly…

 

Question:

I am hoping perhaps you could answer a question of mine. The other day I was debating a Christian about God’s love. I myself am a former Christian, now Muslim. He asked me if Allah’s Love was unconditional and I was stumped, because in the Qur’an it says God does not love those who do evil. So I am confused, is God’s Love based on Doing Good, or is His love unconditional? If it is based on doing Good, does that mean when I make mistakes and sin, he stops loving me? I am hoping you could answer this or give me a link to a site that can. I hope its not a dumb question, I am just confused on this issue. Thank you. – Nooradeen

Answer:

 

No, this is not a dumb question. The only dumb thing is not to ask when you have a question.

 

As Christians would say that God loves the sinner but hates the sin and it is true in Islam too. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak!

Iklan Debat Dari Blog http://anwaribrahimblog.com/

Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak!

Iklan Debat Dari Blog http://notashabery.com/shabery

Rakyat Marhaen

Rakyat Marhaen*… Miskin Dan Terus Bertambah Miskin

Putrajaya

Pemimpin Kaya-Raya… Kaya Dan Terus Bertambah Kaya!

* Nota: Rakyat Marhaen = Setiap rakyat Malaysia yang melarat (bahkan sebahagian daripadanya tidak berpeluang menonton debat ini!).

** Nota tambahan selepas menyaksikan debat: Dato’ Ahmad Shabery Cheek banyak menggunakan pendekatan menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim banyak menyerang kelemahan pengurusan kerajaan dan banyak menyebut tentang nasib rakyat. Tahniah AgendaDaily dan persetujuan Dato’ Ahmad Shabery Cheek atas satu langkah berani mengadakan debat sebegini, saya memandangnya sebagai sesuatu yang positif. Tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana komitmen: “Hari ini Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, insya Allah minyak turun 50 sen ke RM2.20!” Sms seorang teman: “Hari ini? Bila tu?”. Saya tersenyum… 🙂

Read Full Post »

Karnival 'Amal Merdeka

[Karnival ‘Amal Merdeka 2008 yang Insya Allah akan diadakan pada 16 – 17 Ogos 2008 merupakan program anjuran Yayasan ‘Amal Malaysia (Cawangan Sarawak Unit Miri) dengan kerjasama beberapa badan Islam yang lain. Antara program yang akan dilaksanakan termasuklah Larian ‘Amal Merdeka, Forum Perdana Ehwal Islam, Forum Remaja Cemerlang, Pemeriksaan Kesihatan, Derma Darah dan Konsert Kesenian Islam yang dinamakan Konsert ‘Amal Merdeka.]

[Forum Perdana Ehwal Islam sempena Karnival ‘Amal Merdeka 2008. Forum perdana ini merupakan program anjuran bersama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri dan Yayasan ‘Amal Malaysia (Cawangan Sarawak Unit Miri), serta dengan kerjasama Jabatan Agama Islam (JAIS) Miri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Miri dan Tabung BaitulMal Sarawak Cawangan Miri. Seluruh Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. “Adakah Aku Sudah Merdeka?”]

Wallahu a’la wa ‘alam.

Read Full Post »

Karnival 'Amal Merdeka

[Karnival ‘Amal Merdeka 2008 yang Insya Allah akan diadakan pada 16 – 17 Ogos 2008 merupakan program anjuran Yayasan ‘Amal Malaysia (Cawangan Sarawak Unit Miri) dengan kerjasama beberapa badan Islam yang lain. Antara program yang akan dilaksanakan termasuklah Larian ‘Amal Merdeka, Forum Perdana Ehwal Islam, Forum Remaja Cemerlang, Pemeriksaan Kesihatan, Derma Darah dan Konsert Kesenian Islam yang dinamakan Konsert ‘Amal Merdeka.]

Forum Remaja Cemerlang

[Forum Remaja Sempena Karnival ‘Amal Merdeka 2008 (Poster hasil kreativiti Ustaz Ahmad Fauzi). Forum Remaja “Di Mana Kasih, Di Mana Sayang?” ini terbuka kepada semua remaja yang berada di luar sana. Para remaja dan pelajar sekolah yang berminat serta ibubapa yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka untuk mengikuti program ini, sila hubungi/ sms penama berikut: Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Nik Syazmizi (019-4583994), Ustaz Ahmad Fauzi (016-8164466), Puan Lily Hj. Morni (016-8729208), Ustazah Noresah (013-9421300) atau Ustazah Norafifah (019-3037286). Yuran penyertaan adalah PERCUMA. Remaja Cemerlang, Negara Gemilang, Ummah Terbilang!]

Wallahu a’la wa ‘alam.

Read Full Post »

Older Posts »