Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for September 2007

Make A Difference

Make A Difference On Someone Else’s Life Today

As-Sarawaki, 28 September 2007: Alhamdulillah atas segalanya. Saya menerima e-mail “Nasihat Dari Sahabat Akhirat” berikut yang saya rasakan bertujuan sebagai satu muhasabah diri. Terima kasih kepada penulis e-mail (sahabat Akhirat yang belum dikenali) di atas nasihat tersurat dan tersirat. Sesungguhnya saya percaya amalan nasihat-menasihati seperti ini perlu terus disuburkan sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW: “Agama adalah nasihat”. Apapun, insya Allah saya akan terus memblog, mudah-mudahan saya mampu memberi perubahan kepada diri saya dan orang lain ke arah kehidupan duniawi dan Ukhrawi yang lebih cemerlang melalui wadah ini.

 

Nasihat Sahabat Akhirat

E-mail Bertajuk ‘Nasihat Dari Sahabat Akhirat’ Sebagai Muhasabah Diri” 

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Blessed Ramadhan

Celebrating The Joys And Warmth Of A Blessed Ramadhan”

As-Sarawaki, 27 September 2007: Alhamdulillah, Ramadhan sudah memasuki fasa pertengahannya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan hambaNya yang beroleh ampunan dosa. “Ya Tuhan kami, terimalah solat kami, qiam kami, ruku’ kami, sujud kami dan doa-doa kami. Ya Tuhan kami, terimalah segala ‘amalan kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ya Tuhan kami, terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”.

 

Bagaimana perkembangan dan kemajuan mutu solat tarawikh tetamu ziarah yang budiman sekalian di separuh masa kedua piala taqwa di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini? Adakah solat tarawikh kita berpakej lengkap dan penuh roh yang natijahnya membangun rohani? Adakah solat tarawikh kita cukup mantap sehingga menguatkan azam untuk membangun nilai agama dalam diri? Adakah solat tarawikh kita jitu lagi padu yang mampu meningkatkan rindu pada Syurga dan benci pada Neraka? Atau solat tarawikh kita hanya sekadar rutin harian yang mengundang bosan? Atau solat tarawikh kita sekadar aktiviti penuh skema mengisi masa lapang tanpa makna lagi terpaksa serta tiada keikhlasan? Atau solat tarawikh kita cuma ibadah palsu penuh nifaq lagi pura-pura yang hanya mengundang murka Ilahi?

 

Saya suka untuk berkongsi dengan tetamu ziarah sekalian suasana solat tarawikh di sini. Saya alhamdulillah berkesempatan menunaikan solat tarawikh di 3 buah masjid di The Hague, Belanda ini iaitu Masjid Al-Muhsinin yang diurustadbir oleh rakan-rakan seaqidah dari Maghribi/ Morocco, Masjid Al-Aksa yang diimarahkan majoritinya oleh Muslimin berbangsa Turki dan Masjid As-Sunnah yang juga merupakan Pusat Islam Ibnu Taimiyyah di The Hague.

 

Di antara 3 masjid ini, saya paling seronok menunaikan solat tarawikh di Masjid As-Sunnah kerana bacaan 2 orang imam mudanya yang sangat indah dan menawan hati. Selain itu, bacaan doa qunut solat witir juga panjang dan penuh bersemangat, penuh munajat dan semangat perjuangan! Wallahi, seolah-olah berada di Masjidil Haram! Malah tazkirah-tazkirah iman dan ceramah-ceramah isu ummah yang disampaikan juga membangkit dan membakar nyala rasa untuk hidup beragama sekaligus memperjuangkannya. Benar solat tarawikhnya panjang tetapi tidak mengundang bosan. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Berkahwinlah!

Mendamba Sakinah, Mawaddah wa Rahmah” 

As-Sarawaki, 23 September 2007: Alhamdulillah, Allah sesungguhnya Maha Bijaksana dengan menciptakan manusia itu ada lelaki dan ada wanita. Setelah solat Zuhur tadi, di kawasan sekitar Masjid As-Sunnah di Wouwermanstraat, The Hague, saya terpana bahagia dari kejauhan dengan satu pemandangan sekumpulan Muslimat ayu berjubah (sebahagian hitam dan sebahagian biru tua) dan bertudung labuh yang menyejukkan mata. Kalau di Tanah Arab atau di UIA mungkin saya tidak akan hairan malah ia merupakan pemandangan biasa.. Tetapi ini realiti nyata di Kota Eropah yang kian susut nilai agama di kala penghujung musim summer. Oh indahnya andai semua wanita Eropah berpakaian sebegini. Nota: Saya seronok apabila tiba musim winter di sini, sejuk dan saljinya memaksa warga Eropah ‘menutup aurat’ sepenuhnya! 🙂

 

Sungguh, tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia dan membawa ke Syurga. Semoga akan lahir lebih ramai Perempuan dan Wanita Acuan Al-Qur’an di dunia ini. Semoga wanita ‘di sebalik tabir’ sepertinya mewarnai dunia ini dengan memancarkan cahaya keindahan Islam dan kemuliaan ad-deen. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin!

GADIS BERPURDAH HITAM

 As-Solehah

Melintasi lampu isyarat
Di bawah bangunan berpuluh tingkat
Di tengah-tengah
Kota yang megah
Sedang aku mencari erti
Apa itu indah
Apa itu suci
 
Lalu melintas gadis berpurdah hitam
Inginku tanya ke mana arahnya
Mungkinkah ada jawapan di sana
Sampaikan
Sampaikan utusan mulia
Sampaikan
Sampaikan itu jawabnya
 
Duhai gadis berpurdah hitam
Lambang keimanan
Cahaya kesucian
Bawalah aku ke arah tujuan
Ertinya indah kalau beribadah
Ertinya suci bersihkan diri
 
Kumpulan Kembara
Lagu: M. Nasir / Senikata: S. Amin Shahab

Read Full Post »

Konvokesyen

Mahasiswa – Aset Masa Depan Agama, Bangsa Dan Negara”

As-Sarawaki, 22 September 2007: Alhamdulillah atas segalanya. Kini demam Pilihan Raya Kampus (PRK) kembali lagi. Sebagai seorang yang percaya bahawa mahasiswa mempunyai peranan cukup penting (very crucial) membina kemandirian agama, bangsa dan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang, saya memerhati dari kejauhan dengan penuh minat perkembangan beserta ‘silat politik’ PRK 2007. Saya berkeyakinan penuh bahawa mahasiswa merupakan aset berharga masa depan dan kemampuan mencerna dengan sebaiknya potensi golongan ini adalah satu keperluan mendesak demi menjayakan agenda besar generasi seterusnya.

 

Pilihan raya kampus ditetapkan 2 Oktober 2007

 

HARI mengundi bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2007/2008 semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditetapkan pada 2 Oktober depan, manakala penamaan calon pada 26 September ini.

 

Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor IPTA, Prof Datuk Dzulkilfi Abdul Razak, berkata berikutan itu, semua MPP 2006/2007 akan dibubarkan Isnin ini.

 

Katanya, tempoh berkempen bagi pemilihan kali ini ditetapkan selama enam hari, lebih panjang berbanding sesi sebelumnya iaitu hanya tiga hari.

 

“Sebanyak enam hari diperuntukkan untuk tempoh berkempen bermula dari tarikh pengumuman calon yang disahkan bertanding sehingga jam 11.59 malam pada 1 Oktober 2007,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

 

Sebagai perkongsian fikrah, saya ingin mengajak tetamu ziarah yang budiman sekalian khususnya golongan mahasiswa di IPTA dan IPTS untuk menghayati, mendiskusi dan mengembangkan idea entri-entri saya berkenaan dunia mahasiswa dan kampus. Saya menjemput saudara dan saudari membaca entri-entri berikut yang sebahagian besarnya adalah hasil pengalaman saya ketika diamanahkan sebagai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPP UIAM) sesi 2003/2004. Bacalah dengan mata hati, semoga ada manfaatnya mudah-mudahan. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Masjid Aya Sofya - Kini Museum!

Mungkinkah Aya Sofya Akan Kembali Menjadi Masjid Di Bawah Pemerintahan Erdogan Setelah Dimuziumkan Oleh Kamal Attarturk?”

As-Sarawaki, 21 September 2007: Entri ini adalah kesinambungan entri-entri sebelum ini iaitu Kejayaan Sebuah Ijtihad Politik Yang Sistematik, Sinar Kebangkitan Islam di Turki, Calon Presiden Turki Ditolak Kerana Isteri Bertudung dan Ruling AK Party Wins Turkey Polls. Hati saya berirama gembira membaca berita: “Erdogan mahu batal larangan pakai tudung” di bawah. Sungguh, ia satu sinar kebangkitan Islam di negara yang kini masih dibelenggu dan dirantai sekular. Alhamdulillah, segala puji milikMu Ya Allah!

 

[Nota ringkas: Alhamdulillah, hujung minggu yang lepas saya berkesempatan berbincang secara ringkas dengan Akhi Mustapha, sahabat dari Turki di The Hague. Berikut dikongsikan komen menarik beliau tentang 3 orang tokoh utama yang melatari politik Turki kini dan dulu:

 

1. Reccep (Rejab) Tayyip Erdogen – Otak OK dan Hati OK

2. Dr. Nekmettin Erbakan – Hati OK tetapi Otak KO (?)

3. Mustafa Kamal Attarturk – Otak OK (?) tetapi Hati KO

 

Maksud Akhi Mustapha: Hati = Keimanan, Otak = Strategi.

 

Setelah saya fikir-fikirkan, saya 70% bersetuju. Wallahu a’lam.]

Erdogan mahu batal larangan pakai tudung

Cadangan sebahagian daripada rombakan Perlembagaan Turki

ANKARA: Perdana Menteri Turki Tayyip Erdogan menyuarakan hasrat menarik balik pengharaman pemakaian tudung di universiti di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

 

Beliau dipetik Financial Times berkata, cadangan itu adalah sebahagian daripada rombakan Perlembagaan Turki.

 

“Hak wanita mendapat pendidikan tidak seharusnya disekat hanya kerana ketrampilan mereka. Perkara itu tidak pernah wujud di kalangan masyarakat Barat, tetapi keadaan sebaliknya di sini. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Inul Daratista Dengan Rangginya Berqasidah ~ Ya Rasulullah

As-Sarawaki, 20 September 2007: Anda kenal Inul Daratista? Pastinya ramai yang kenal akan ‘nama besar’ artis dangdut Indonesia ini yang pernah membuat persembahan gala “Konsert Fenomena Dangdut Inul Daratista” yang telah  berlangsung pada 1 Mei 2005 di Stadium Merdeka, Malaysia – negara tercinta yang memperjuangkan konsep Islam Hadhari. Artis kontroversi ini terkenal di negaranya menerusi gelek gerudinya  yang telah difatwakan haram oleh Majlis Ulama’ Indonesia (MUI) kerana persembahan artis tersebut yang dikatakan amat lucah dan memualkan.

 

Namun tiba-tiba ketika saya menaip kata kunci “Ya Rasulullah” untuk mencari video nasyid di YouTube.com, saya terjumpa video di atas yang menayangkan Inul Daratista menyanyikan qasidah (nasyid) bertajuk “Ya Rasulullah” sekaligus membuat saya berfikir panjang. Saya cuba mempositifkan (ya lah, bukankah bagus artis bernasyid memuji Allah dan Rasulullah) dan cuba untuk bersangka baik terhadap Inul Daratista dengan qasidahnya, tetapi entah mengapa perkara-perkara negatif juga yang menerawang di minda saya!

 

Berikut adalah 2 komen kepada video Youtube.com tersebut:

 

adenur (1 month ago):

 

Assalamualaikum…Ya Allah!plz all..lagu ini ok,adakah sing for Rasulullah goyang badan macam sing lagu dangdut.Hilang segan silu..Yg benar ialah kalau asli tetap asli yang bikin bikin bilapun tak kan jadi tulen.

 

YandZkembangku (3 months ago):

 

Huh Inul!!!! ganti baju Alhamdulillah!

 

Imam Al-Ghazali ada menyatakan: “Membuat sesuatu dengan tujuan sekadar untuk mengurangkan rasa berdosa sedangkan diri masih terus dibiarkan bergelumang dengan dosa adalah dosa yang paling berdosa.” Apapun, sebagai peringatan bersama, dalam melihat isu sebegini sematkan di hati kita elemen: “Hate the sin but not the sinner.” (selanjutnya…)

Read Full Post »

Jangan Persiakan Bulan Ramadhan Yang Berkat Ini…”

As-Sarawaki, 19 September 2007: Alhamdulillah, segala puji selamanya milik Allah SWT. Sebagaimana yang dimaklumkan melalui entri yang lepas bertajuk Ilmu itu Cahaya, Jahil itu Merbahaya!, di dalam kursus yang saya hadiri kini, kami dibahagikan kepada Syndicate Groups untuk menyelesaikan tugasan, latihan dan pembentangan yang diadakan hampir setiap minggu.

 

Seperkara lagi yang menarik di dalam kumpulan kerja ini ialah 2 daripada kami (saya dan Akhi Ildar Faratovich Zubairov) adalah beragama Islam, seorang Kristian dan 2 orang lagi adalah Atheist. Apabila menyebut tentang atheist, saya suka untuk berkongsi rasa dengan tetamu ziarah sekalian melalui satu entri berkenaan perkara ini. Sila baca di link berikut: Atheists: Bagaimana Mengajak Mereka Ke Syurga?

 

Sebenarnya, apa yang saya ingin kongsikan melalui entri kali ini ialah dialog bual bicara saya dengan salah seorang atheist (namakan saja dia Sinar Hidayah – bukan nama sebenar) di dalam kumpulan saya tentang puasa. Insan ini dari gaya percakapannya saya perhatikan terlalu sedikit pengetahuannya tentang Islam. Atas tanggungjawab agama, saya ingin mengajak tetamu ziarah yang budiman sekalian marilah kita sama-sama doakan semoga dibukakan pintu hidayah oleh Allah SWT untuknya beroleh nikmat iman, mudah-mudahan. Perkenankanlah wahai Tuhan Pemilik segala hati-hati. Amiin Ya Rabb!

 

[Dialog pada 2 Ramadhan 1428H di bawah telah dialih bahasa daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu untuk memudahkan pemahaman. Semoga ada khairnya. MS = Muhtar Suhaili, IZ = Ildar Zubairov dan SH = Sinar Hidayah].

 

SH: Muhtar, awak nak saya ambilkan secawan kopi atau apa-apa minuman? (Nota: Di sini minuman dan makanan ringkas (bukan ringan) diberi secara percuma melalui mesin bancuh automatik pelbagai jenis minuman dan sudut biskut dan buah-buahan).

 

MS: Oh, maaf! Saya berpuasa hari ini. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »