Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Ogos 2009

AMAL Malaysia

Pelancaran Tabung AMAL Saudara Kita & Infaq Ramadhan 1430H

Pelancaran Tabung AMAL Saudara Kita & Infaq Ramadhan 1430H

Pelancaran Tabung AMAL Saudara Kita & Infaq Ramadhan

Dipetik dari www.amalsarawak.net  

 

AMAL Sarawak, 1 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah melancarkan Tabung Saudara Kita dan Infaq Ramadhan peringkat Bahagian Miri pada 22 Ogos 2009 bertempat di Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya. Saudara Muhtar Hj Suhaili, Pengerusi AMAL Cawangan Sarawak telah menyampaikan Tazkirah Khas Ramadhan sekaligus penerangan berkenaan Tabung Saudara Kita khususnya mengenai misi membina Surau Al-Azhar di Ulu Kota, Pakan, Sarikei selain perkampungan-perkampungan Saudara Baru di beberapa lokasi yang telah dikenalpasti di seantero negeri Sarawak.

 

[Nota: Saudara Kita terma semakna dengan Saudara Baru]. 

 

Selain Tabung Saudara Kita, Tabung Infaq Ramadhan iaitu sebahagian dana yang terkumpul juga akan digunakan untuk membantu fakir miskin, anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan di sekitar Miri menjelang ‘Eidul Fitri 1430H selain membiayai program-program AMAL Sarawak pada masa akan datang.

 

Cikgu Osman Kiprawi, Pengerusi Masjid Ar-Rayyan Permyjaya telah melancarkan Tabung Saudara Kita & Infaq Ramadhan tersebut di hadapan lebih 1,000 jamaah yang hadir. Alhamdulillah, sebanyak RM1,210 berjaya dikutip pada malam pelancarannya. Tabung tersebut akan diteruskan ke Masjid-masjid dan Surau-surau di sekitar Miri bersempena program Safari dan Ihya’ Ramadhan 1430H dan akan berakhir di Masjid At-Taqwa Miri dengan program Majlis Penutupan Karnival AMAL Merdeka 2009 dan Ceramah Perdana Ramadhan bersama Ustaz Hj Wan Sohor Bani Leman pada 5 September 2009, insya Allah.

 

(selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »

AMAL Malaysia

Yayasan AMAL Sarawak sertai program "Safari Ramadhan Al-Mubarak 1430H"
Program Safari Ramadhan 1430H Peringkat Bahagian Miri

Program Safari Ramadhan 1430H Peringkat Bahagian Miri

AMAL Sarawak Sertai Safari Ramadhan 1430H

 

AMAL Sarawak, 30 Sya’ban 1430H: Alhamdulillah. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak insya Allah akan mengambil bahagian dalam program “Safari Ramadhan Al-Mubarak 1430H” ke Masjid-masjid dan Surau-surau di Bahagian Miri anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Miri dengan kerjasama dan dokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tabung BaitulMal Sarawak, AMAL Sarawak, Harakah Islamiah Sarawak (HIKMAH), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Persatuan Kebajikan Islam Sarawak (PERKIS) dan Urusetia Saudara Kita (USK).

 

Alhamdulillah, satu mesyuarat dan taklimat berkaitan program telah diadakan pada Jumaat, 21 Ogos 2009, 10.00 pagi bertempat di Pejabat Agama Islam Bahagian Miri. Kesemua wakil-wakil agensi dan pengerusi-pengerusi badan yang terlibat telah hadir dan memberi komitmen untuk menjayakan program ini.

 

Berikut merupakan jadual program berkenaan:

  • 25 Ogos 2009: Safari Ramadhan, Masjid Al-Firdaus, Tmn Tunku
  • 27 Ogos 2009: Safari Ramadhan, Surau Nurul Ibadah, K. Baram
  • 27 Ogos 2009: Safari Ramadhan, Surau Batu 8, Jalan Miri-Bintulu
  • 30 Ogos 2009: Safari Ramadhan, Surau Kpg Mohd Taha, Bakong
  • 1 Sept 2009: Safari Ramadhan, Masjid Besar Marudi
  • 3 Sept 2009: Safari Ramadhan, Surau Nur Islam, Kg Tiris, Bekenu
  • 3 Sept 2009: Safari Ramadhan, Surau Madinah, Kuala Sibuti
  • 5 Sept 2009: Ceramah Perdana Ramadhan Bersama Ustaz Wan Sohor Bani Leman (Anjuran Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak)
  • 10 Sept 2009: Safari Ramadhan, Surau Kpg Tegageng, Suai
  • 10 Sept 2009: Safari Ramadhan, Surau Kampung Iran, Suai
  • 13 Sept 2009: Safari Ramadhan, Masjid Baru Niah (Perasmian)
  • 15 Sept 2009: Safari Ramadhan, Surau Kpg Satap, Bekenu

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Ramadhan Mubarak

“Ahlan Ya Ramadhan… Para Mu’min Merindui Kedatanganmu!”

As-Sarawaki, 20 Ogos 2009: Marhaban Ya Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci ini kerana mengharapkan agar hati dan jiwaraga kita diasah dan diasuh, dilatih dan ditarbiyyah serta dinaiktaraf dan diiktiraf. Selamat memasuki madrasah Ramadhan ini dan semoga setelah keluar darinya segala dosa-dosa kita diampuni oleh Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik buat kita semua. Demi sesungguhnya “sebesar-besar karamah adalah memegang istiqamah.” Ramadhan Kariim dan selamat beribadah dengan penuh keikhlasan saya ucapkan buat semua tetamu ziarah yang budiman sekalian!

 

Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah, ayat 183)

 

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui Sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al-Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

 

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan (yakni) bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu Neraka serta dibelenggu segala syaitan…….”

 

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

 

Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata: “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya: “Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata: ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke Syurga dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang jika disebut namamu namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’.” (Riwayat Al-Bukhari).

 

Salam Ramadhan Al-Mubarak;

Abu ‘Izz, Ummu ‘Izz dan Muhmmad ‘Izzul Islam.

Read Full Post »

AMAL Malaysia

Poster Ceramah Perdana Ustaz Wan Sohor

 [Ceramah Perdana Ramadhan Bersama Ustaz Wan Sohor]

Poster Diskusi Remaja AMAL

 [Diskusi Remaja AMAL 2009 – “Remaja & Hedonisme”.] 

Poster Seminar Ekonomi Islam

 [Seminar Ekonomi Islam – “Memperkasa Ekonomi Ummah”.]

Poster Forum Ramadhan dan Merdeka 2009

[Forum Perdana Ehwal Islam – “Ramadhan & Kemerdekaan”.]

Jadual Berbuka Puasa 1430H Zon 2 Sarawak

 [Jadual Berbuka Puasa Ramadhan 1430H – Zon 2 Sarawak.]

 

Program-program Sempena Ihya’ Ramadhan 1430H:

  • Ziarah Dakwah ke Masjid-masjid dan Surau-surau, Sepanjang Ramadhan Al-Mubarak 1430H.
  • Ceramah “Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan”, 22 Ogos 2009, Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya.
  • Sahur Bersama Anak Yatim, 23 Ogos 2009, Kompleks Kebajikan Hamidah, Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak.
  • Iftar Perdana dan Ceramah Ramadhan Al-Mubarak, 28 Ogos 2009, Masjid Darul Istiqamah, Luak.
  • Diskusi Remaja: “Remaja & Hedonisme”, 29 Ogos 2009, ILP Miri.
  • Ziarah Mahabbah ke Hospital Umum Miri, 29 Ogos 2009.
  • Iftar Perdana dan Ceramah Ramadhan Al-Mubarak, 29 Ogos 2009, Masjid An-Nur, Pujut Tanjung Batu.
  • Seminar Ekonomi Islam, 30 Ogos 2009, Pustaka Miri.
  • Forum Perdana Ehwal Islam “Ramadhan & Merdeka”, 31 Ogos 2009, Masjid An-Na’im, Lutong.
  • Ceramah Umum “Nuzul Al-Qur’an” Bersama Ustaz Wan Sohor, 5 Sept 2009, Masjid At-Taqwa Miri.
  • Tabung Saudara Kita & Infaq Ramadhan. 

Nota: Program-program serupa akan turut dianjurkan oleh AMAL Sarawak Unit Bintulu dan Unit Kuching, insya Allah.

Read Full Post »

AMAL Malaysia

Bersama Saudara Ramli Hj Sarip @ Konsert AMAL Merdeka 2009

Bersama Saudara Ramli Hj Sarip @ Konsert AMAL Merdeka 2009

AMAL Sarawak, 24 Sya’ban 1430H: Alhamdulillah. Hujung minggu yang sudah, Allah SWT Yang Maha Pemberi Hidayah memberi kekuatan untuk terlibat dalam 3 program bersempena Karnival AMAL Merdeka 2009 iaitu Larian AMAL di Kampung Sukan Petronas (pagi 15 Ogos), Konsert AMAL di Stadium Tertutup Miri (malam 15 Ogos) dan Ziarah Mahabbah AMAL & Nisa’ Berambeh di Kampung Pejuang Kelulit, Sibuti (16 Ogos). Benarlah betapa penegasan dakwah kini ialah kita memerlukan lebih ramai pekerja dakwah yang turun ke medan dan meminimakan pengkritik tetap dan perretorik tegar (baca: retorik semata-mata). Masanya untuk lebih bekerja dan mengaplikasi teori-teori!

 

Dalam beraktiviti dan menjalankan program-program sebegini, saya terkenang kepada sebuah puisi ringkas yang dihasilkan kala jaulah ke Paris, Perancis pada tahun 2006 berikut:

Majulah…
Majulah duniaku..
Majulah Akhiratku..
Majulah dunia dan Akhiratku!

MUHTAR SUHAILI
Gare Du Nord, Paris
8 Oktober 2006, 10.00am.

 

Be Closer To Your Religion, Muslim Youths Told

Be Closer To Your Religion, Muslim Youths Told

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

AMAL Malaysia

Sukarelawan AMAL bersama penghuni rumah Panjang Banyai, Ulu Segan

Sukarelawan AMAL bersama penghuni rumah Panjang Banyai, Ulu Segan

AMAL Sarawak, 19 Sya’ban 1430H: Alhamdulillah. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak (Unit Bintulu) memulakan Ziarah Dakwah ke Ulu Segan, Bintulu pada hari Ahad, 9 Ogos 2009. Aktiviti bermula pada pukul 8.30 pagi dengan disertai hampir 30 orang sukarelawan AMAL Bintulu. Seramai 10 keluarga miskin dan mualaf telah dikenal pasti untuk kami ziarahi pada pagi ini dengan memberi sedikit sumbangan kepada mereka.

 

Aktiviti bermula dengan ucapan dan taklimat ringkas oleh Pengarah Program iaitu Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir yang juga merupakan Timbalan pengerusi AMAL Cawangan Sarawak. Ustaz Muzakkir mengetuai bacaan doa sebelum perjalanan dimulakan.

 

Ziarah dakwah kami kali ini turut disertai juga oleh Ustaz Ismawi dan Ustaz Tha Bo. Kebanyakan komunikasi sepanjang aktiviti kali ini memerlukan kemahiran berbahasa Iban. Mujur kami dibantu oleh Ustaz Ismawi Ishak.

 

Program berakhir setelah menyampaikan kesemua sumbangan kepada para peserta yang terpilih. Pihak AMAL dan Bintulu Iqra’ Centre (BIC) mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sukarelawan yang sanggup meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit (sanggup menggunakan kenderaan sendiri) untuk bersama-sama AMAL turun memberi sumbangan dan bantuan kepada masyarakat Rumah Panjang Banyai, Ulu Segan. Kepada semua penyumbang, pihak kami mengucapkan jazakumullahu khairan khathira, semoga segala sumbangan kita akan diterima oleh Allah. (selanjutnya…)

Read Full Post »

AMAL Malaysia

Poster Karnival AMAL Merdeka 2009

[Karnival AMAL Merdeka 2009 & Ihya’ Ramadhan 1430H @ Miri]

Karnival Amal Merdeka Bintulu 2009

[Karnival AMAL Merdeka 2009 & Ihya’ Ramadhan 1430H @ Bintulu]

Amal Sarawak to hold carnival, forum | The Brunei Times

[Siaran Media Karnival AMAL Merdeka 2009 @ The Brunei Times]

 

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Berilmu, Beriman dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

 

Read Full Post »

Older Posts »