Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for April 2008

Foto Imbasan ‘Cahaya Mata’ Berusia 4 Bulan Dalam Rahim Isteri Saya 

As-Sarawaki, 26 April 2008: Alhamdulillah! Di dalam entri Isteriku… Ku Ingin Kau Jadi Wanita Mulia!, saya dengan sukacitanya telah menzahirkan perasaan yang lahir di jiwa iaitu ‘nikmat dalam hati, riang tiada terkira!’ apabila menerima berita gembira isteri saya disahkan mengandung setelah lebih kurang sebulan usia perkahwinan kami. Alhamdulillah sedar tak sedar, kandungan isteri saya sudah masuk bulan keempat! Rasa teruja dan seronok memerhatikan foto imbasan (scanning) bayi di dalam rahim isteri saya dari bulan ke bulan bermula bulan pertama sehingga bulan keempat kini. Do’a di dalam hati: “Ya Allah, mudah-mudahan anakku akan menjadi aset Islam dengan menjadi pejuang agamaMu, pembela kebenaran dan pemerkasa keimanan. Amiin Ya Rabb!”. Semoga saya terus bermotivasi untuk membina generasi kukuh yang diidamkan. Mudah-mudahan biiznillah!

 

Promosi Buku: Aku Terima Nikahnya..

 

Dari Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

 

Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

 

Selain itu, satu lagi hadith yang pastinya menjadi motivasi unggul kepada semua ibubapa beriman dalam tanggungjawab dan amanah memandaikan anak-anak tentang agama ialah Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

 

Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan untuknya.

 

Di sini jelas menunjukkan bahawa anak-anak yang dididik dan diasuh dengan Tarbiyyah Islamiyyah sehingga menjadi anak yang soleh merupakan aset berharga kepada ibubapanya. Di dunia dialah penyeri dan penyejuk mata, manakala di Akhirat pula menjadi harapan buat ayah bondanya menjadi ‘mayat cemerlang’ yang dirahmati Allah.

 

Harus Mengislamkan Rumahtangga dan Keluarga

 

Ustaz Fathi Yakan di dalam bukunya “Madza Ya’ni Intimai Lil Islam?”  atau dalam terjemahan Bahasa Melayunya “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” menyatakan dengan jelas bahawa makna komitmen kepada Islam itu perlulah dicerminkan pastinya melalui akidah, ibadah dan akhlak selain harus untuk mengislamkan rumah tangga dan keluarga, mampu mengalahkan hawa nafsu serta sentiasa optimis lagi amat yakin bahawa masa depan adalah milik Islam.

 

(selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »

Program Palestin CIS

[Curtin Islamic Society akan menganjurkan ceramah bertajuk “Palestine: Is Humanity Still Exist” pada 25 April 2008 bermula jam 7.00 malam bertempat di Curtin University of Technology, Miri. Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.]

Karnival 'Amal Merdeka

[Karnival ‘Amal Merdeka Miri yang Insya Allah dirancang akan diadakan pada 16 – 17 Ogos 2008 merupakan program anjuran Yayasan ‘Amal Malaysia (Sarawak) Cawangan Miri dengan kerjasama Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri dan beberapa badan Islam yang lain. Antara program yang akan dilaksanakan termasuklah Forum Perdana, Forum Remaja, Larian ‘Amal, Futsal ‘Amal, Pemeriksaan Kesihatan, Derma Darah dan Konsert Kesenian Islam. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.]

Kem Eksplorasi Minda Borneo

[ISAC Studio Insya Allah akan menganjurkan programnya yang pertama, iaitu Kem Eksplorasi Minda 2008 – Borneo! Kem Eksplorasi Minda ini merupakan program berbentuk motivasi + Islami + tarbiyyah yang mensasarkan para pelajar sekolah menengah. Maklumat lanjut sila baca di sini »». Sebagai perkongsian, sila baca catatan Kembara Menagih KASIH 2007 (keKASIH ‘07).]

Kem Motivasi Insan Cemerlang

[Makluman: Pendaftaran program Kem Motivasi Insan Cemerlang UPSR 2008 telah ditutup kerana kuota peserta telah mencapai jumlah maksimum. Laporan program terdahulu boleh dilayari di pautan berikut: Kem Motivasi Insan Cemerlang PMR 2008 dan Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2008.]

Wallahu a’la wa ‘alam.

Read Full Post »

Gambar Kenangan Bersama Saudara Mohd Fitri Bin Mohd Shukri @ Miri 

As-Sarawaki, 15 April 2008: Alhamdulillah! Percambahan buah fikiran dan berkongsi idea minda adalah satu proses yang tidak begitu diminati oleh ramai orang meski ia sebenarnya prasyarat dalam membina hidup dan kehidupan yang lebih bermakna. Alhamdulillah, saya baru sampai di rumah dan sebentar tadi baru selesai makan malam sambil berbincang-bincang dengan Fasilitator Bijak Belajar, Saudara Mohammad Fitri, anak kepada Pengendali Seminar Bijak Belajar terkemuka, Dr. Shukri Abdullah. One important thing about Fitri: He loves leadership, don’t really like management! -)

 

Saudara Fitri hadir ke bumi Miri untuk menyampaikan Seminar Bijak Belajar kepada para pelajar SMK Pujut dan dalam kesempatan ini, kami membuat temujanji untuk berjumpa dan bersembang-sembang tentang pelbagai perkara. Alhamdulillah, banyak isi perbincangan yang sempat kami bualkan khususnya tentang dunia motivasi pelajar dan pendekatan pendidikan. Selain itu, banyak juga hal-hal lain yang kami kongsikan bersama termasuk ehwal politik semasa sehinggalah tips-tips untuk menjadi ayah mithali! -)

 

Pertemuan makan malam di Hotel Mega terasa terlalu singkat meskipun dalam sedar tak sedar lebih kurang 3 jam lamanya kami berdiskusi! Insya Allah saya akan menulis menurut versi saya mengenai satu perkara yang kami sama-sama persetujui untuk dikongsikan dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian. Saudara Fitri dan saya telah sepakat menyatakan bahawa insan yang berjaya (secara haqiqi) adalah manusia yang berprinsip!

 

Alhamdulillah di akhir pertemuan, Saudara Fitri menghadiahkan kepada saya buku “Life is an Open Secret” karya Zabrina A. Bakar. Saya sebenarnya telah lama ingin mendapatkan buku ini setelah menerima sinopsis mengenainya daripada penulis buku tersebut sendiri melalui YahooGroups ReachCircle. Alhamdulillah, tidak disangka rupa-rupanya Allah menjadikan Saudara Fitri sebagai wasilah untuk saya memiliki karya salah seorang alumni UIA ini. Saya sangat menghargai hadiah buku tersebut dan terlebih seronok dengan ucapan autograf Saudara Fitri (ayah muda kepada 2 orang puteri) pada buku tersebut: “Teruskan perjuangan & selamat bersedia menjadi seorang bapa”… -) 

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Rabbani – Mentari Merah di Ufuk Timur (feat Amy Search)

Search – Mentari Merah di Ufuk Timur (Nyanyian Amy 1987)

As-Sarawaki, 13 April 2008: Alhamdulillah. Perhatikanlah dua video YouTube di atas. Sama tetapi tidak serupa! Saudara Suhaimi Abdul Rahman (Amy Search) dalam 2 versi berbeza. Sila baca kisah lanjut beliau tentang “Mentari Merah Di Ufuk Timur” dan dunia barunya di pautan berikut: “Gua Hira’ Jadi Inspirasi” dan “Sampai Bila Mahu Jual Muka?”. Sila baca juga catatan Ustaz Nik Abduh tentang pertemuan ukhuwwahnya dengan Saudara Suhaimi di sini »».  Semoga kita beroleh ibrah dan intipati bermakna!

 

Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Hadid, ayat 6:

 

(Maksudnya) Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah…”

Melalui entri ini saya suka untuk mengajak diri saya dan sesiapa sahaja yang merasa berdosa (pastinya kita tidak ma’sum), untuk sama-sama kita menghayati indahnya taubat.  Taubat bererti kembali. Taubat membawa maksud pulang kepada fitrah. Taubat itu juga merupakan tugas multi tingkatan. Maksudnya taubat itu berlaku di semua tingkat keimanan. Ahli maksiat perlu bertaubat. Pelaku dosa besar perlu bertaubat. Pecandu dosa kecil perlu bertaubat. Bahkan, orang yang bertaubat pun perlu memperbaharui taubatnya! Dengan bertaubat ianya membawa kepada seribu kenikmatan dan kebahagiaan. Sebuah perasaan takut kepada Allah ‘Azza Wajalla yang mendorong seorang hamba untuk kembali kepadaNya! (selanjutnya…)

Read Full Post »

   Biar Aku Jadi Orang Palestin

“Buku Terbitan JIM Media… Biarkan Aku Jadi Orang Palestin”

As-Sarawaki, 11 April 2008: Alhamdulillah, segala puji milik Allah SWT di atas segala-galanya. Sebagai peringatan buat diri saya dan tetamu ziarah yang budiman sekalian, dalam kesibukan urusan kerja dan meladeni rencam isu politik, sosial dan ekonomi saat ini, jangan sampai kita lupa tentang satu isu besar umat Islam. Isu Palestin! Isu yang terus menguji ukhuwwah fillah sebenar umat Islam. Sila baca juga entri sebelum ini: Jangan Putus Asa Berjuang Untuk Palestin! 

 

Alhamdulillah, tahniah kepada sahabat-sahabat JIM dan KARISMA dengan kehadiran antalogi cerpen “Biarkan Aku Jadi Orang Palestin” yang pastinya merupakan pendekatan segar dan santai buat muda-mudi dalam memahami dan turut merasai derita Palestin. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ini dengan harga offer (tempoh baru keluar) = RM12 beserta bayaran pos laju ke Miri = RM4, sila hubungi sahabat saya, Saudara Zahir Ariffin di alamat email <zahirwills@gmail.com>. Semoga ada manfaatnya mudah-mudahan.

 

Berikut adalah testimonial untuk buku ini oleh Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE) yang juga merupakan Pensyarah UPM, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor:

 

“Saya yakin kehadiran buku ini di kalangan rakyat Malaysia mampu menyampaikan mesej perjuangan Palestin kepada pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya golongan remaja dan belia. Saya juga percaya usaha murni para penulis kreatif sehingga terbitnya antologi cerpen ini akan mendorong kalangan sasterawan dan lingkungan penulis literary circle untuk mula meneroka penulisan kreatif demi mendukung perjuangan rakyat Palestin.”

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Souht Furious 

Mehnah Tugasan Offshore: Menginsafi Diri dan Memaknakan Kehidupan! 

As-Sarawaki, 10 April 2008: Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam! Entah mengapa sejak akhir-akhir ini saya lebih minat membaca (buku/ blog/ halaman internet) dan kurang mood untuk menulis. Tetamu ziarah yang sentiasa mengikuti perkembangan laman weblog ini pasti sedar akan kurangnya penulisan entri-entri baru dan terkini. Mungkin ada hikmahnya untuk saya ‘berhibernasi’ sebentar bagi melihat ke dalam diri dan mendengar bicara hati nurani. Satu pesanan dari guru murabbi saya yang sentiasa terngiang-ngiang di telinga: “Hati yang mati tidak akan menghidupkan hati mati yang lain!”

 

(Entri Asal, 30 Mac 2008: Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Insya Allah bermula 31 Mac sehingga 5 April 2008, saya akan ke offshore (Pelantar South Furious, Sabah). Sebagai perkongsian dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian, saya menjemput saudara dan saudari untuk membaca entri saya ketika kali pertama bertugas di offshore: Terkenang Akhirat di Offshore. Mudah-mudahan ada manfaatnya dunia dan Akhirat. Amiin Ya Rabb!)

 

Sekembali dari offshore tempoh hari, salah satu isu yang banyak ditanyakan kepada saya ialah tentang isu boikot barangan Belanda (termasuk minyak Shell – syarikat tempat saya bekerja) dek kerana Filem Fitna oleh ahli politik berhaluan kanan Belanda, Geert Wilders laknatullah! Saya menerima banyak sms dan email memohon maklumbalas berkenaan isu ini.. Namun, maafkan saya kerana semua sms dan email yang dihantar tidak saya balas! Saya di dalam dilemma! Sila baca entri Ustaz Hasrizal Abdul Jamil berikut: Tidak Bersih Islam Dengan Kotor Muslim. Saya mengiyakan entri tersebut dan meninggalkan komen seperti di bawah:

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh;

 

Ustaz telah berkata benar: “Tidak Bersih Islam Dengan Kotor Muslim”. Saya alhamdulillah adalah seorang Engineer di Shell dan dalam masa yang sama saya menyelar penerbitan Filem Fitna! Dilemma pasti ada dalam hal ini! Untuk makluman, makluman dalaman syarikat telah menyatakan tidak bersetuju dengan penerbitan Filem Fitna.

 

Seperkara lagi, saya juga adalah warga Sarawak yang mana Muslim adalah minoriti (30%). Saya menyatakan fakta minoriti ini kerana mengambil kira perasaan lebih sejuta penduduk minoriti Muslim Belanda dalam dilemma disebabkan isu ini.

 

Alhamdulillah, saya pernah berada di Belanda selama 7 bulan (3 kali business trips). Sebagai perkongsian, berikut disertakan pautan beberapa catatan saya untuk didiskusikan bersama:

 

1. Ziarah Rotterdam – Islam Kian Berkembang di Belanda:

https://muhtarsuhaili.wordpress.com/2007/10/03/ziarah-rotterdam-islam-kian-berkembang-di-belanda/

 

2. Hikmah Kembara: Dank U Wel Holland!:

https://muhtarsuhaili.wordpress.com/2007/10/08/hikmah-kembara-dank-u-wel-holland/

 

Wallahu a’lam.

 

Melalui entri ini yang mungkin saja merupakan luahan jiwarasa yang ada kaitannya dengan ehwal diri kini, saya suka berkongsi dengan tetamu ziarah yang beriman lagi budiman sekalian tentang Mehnah dan Tribulasi dalam Perjuangan. Kebanyakan maklumat di dalam entri ini adalah input yang diperolehi hasil daripada salah satu Kuliah Dasar yang disampaikan semasa mengikuti tamrin ketika zaman mahasiswa dahulu.  Semoga ada khair dan manfaatnya, mudah-mudahan.

 

Allah SWT berfirman di dalam Al-Qur’an, Surah Al-Ankabut, ayat 2-3:

 

(Maksudnya): Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (begitu sahaja setelah mereka) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya (dengan itu) Allah mengetahui orang-orang yang dusta (di kalangan mereka).

 

Sebagai muqaddimah, marilah kita memahami maksud mehnah terlebih dahulu. Ramai yang amat suka menyebut ayat bombastic mehnah dan tribulasi yang sedap didengar ini di dalam ceramah-ceramahnya, tetapi sejauh mana hadirin dan kita benar-benar faham akan pengertiannya?

 

Secara ringkas, mehnah berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud ujian atau cabaran. Tribulasi pula berasal daripada perkataan Inggeris tribulation yang membawa maksud kesengsaraan atau kesusahan. Tribulasi juga boleh membawa maksud ujian, cuma ianya adalah dalam bentuk kesusahan.

 

Sememangnya telah menjadi lumrah dan fitrah dalam perjuangan menegakkan agama Allah ini, para pejuang pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan rintangan. Istilah yang sering kita gunakan adalah mehnah dan tribulasi. Sejarah telah membuktikan bahawa semua pejuang Islam yang benar-benar ikhlas dan berada dalam jalan yang benar tidak mungkin terlepas daripada dikenakan ujian. Para Nabi, para Rasul Allah, sahabat-sahabat mereka, para ulama’ pewaris Nabi dan sekalian da’ie. Secara umum pastinya ditimpa ujian yang datang menguji. Perkara ini sudah menjadi suatu kemestian atau prasyarat kepada pejuang Islam bagi melihat sejauh mana ketahanan dan istiqamah mereka dalam perjuangan.

 

Sejarah Perjuangan Islam

 

Sejarah perjuangan Islam bermula dengan lahirnya Nabi Adam a.s. Perjuangan beserta mehnah dan tribulasi ini kemudiannya terpaksa dihadapi oleh Rasul-rasul dan pejuang-pejuang Islam selepasnya. Contoh-contoh perjuangan yang perlu dihadapi oleh nabi-nabi dan Rasul-rasul terdahulu adalah seperti:

 

Nabi Musa a.s. yang menghadapi kezaliman Fir’aun dalam melaksanakan dakwahnya sepertimana yang diceritakan di dalam Al-Quran:

 

“Sesungguhnya Fir’aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah-belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir’aun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan” (Surah Al-Qasas, ayat4).

 

Nabi Luth a.s. juga menghadapi cabaran dalam menyebarkan da’wahnya apabila beliau dikelilingi oleh umat-umatnya yang tidak mahu mengikut sunnah kejadian manusia. Mereka hidup dalam kemungkaran iaitu mengamalkan tabiat homoseksual. Ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud:

 

“Luth berkata: “Sesungguhnya mereka adalah tamuku; maka janganlah kamu memberi malu (kepadaku)”” (Surah Al-Hijr, ayat 68).

 

Rasulullah Nabi Muhammad SAW juga tidak terlepas daripada menerima tentangan musuh-musuh Islam yang mengingkari da’wah Islamiyyah yang ingin baginda sampaikan. Segala bentuk komplot, penghinaan, cacian, makian, fitnah dan penyeksaan fizikal dan mental baginda diuji. Namun, segala cabaran dan mehnah yang datang tidak pernah menggentarkan Rasulullah SAW untuk terus menyebarkan risalah Islam bersama para sahabat baginda pada ketika itu.

 

Cabaran Masa Kini

 

Setiap zaman akan lahir pendokong-pendokong agama Allah. Imam Hassan Al-Banna (Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin) ditentang hebat atas alasan mengganggu-gugat kelangsungan perancangan penjajah-penjajah Barat. Beliau ditembak dan (mudah-mudahan) syaheed pada tahun 1949 kerana membangkitkan kesedaran dan kebenaran di kalangan rakyat. Syed Qutb dihukum bunuh pada tahun 1966. Institut perisik negaranya telah menyusun pelbagai fitnah untuk menimbulkan kebencian terhadap gerakan dan penyokong-penyokong beliau. Zainab Al-Ghazali, srikandi Muslimat, diheret oleh pihak kerajaan ke penjara dan dikurung di bilik yang penuh dengan anjing-anjing liar semata-mata kerana da’wah Islam yang ingin beliau sebarkan.

 

Bentuk-bentuk Mehnah  dan Tribulasi

 

Hadis Rasulullah SAW bermaksud:

 

“Orang Mukmin sentiasa di ambang lima dugaan yang susah; mukmin yang dengki padanya, munafik yang benci padanya, kafir yang memeranginya, syaitan yang menyesatkannya dan nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya”.

 

Terdapat beberapa halangan dalam dunia Islam. Pelbagai cabaran yang menghalangnya menuju puncak kegemilangan. Di antara contoh-contohnya ialah;

 

a) Perancangan mantap oleh Yahudi (Zionis) untuk menghancurkan Islam

 

– Membuat strategi untuk mencabul nilai-nilai ketuhanan dan kehambaan kepada Allah. Buktinya, berlaku pada tahun 1895, apabila  kongres pertama orang-orang Yahudi telah menetapkan untuk menghancurkan umat Islam di seluruh dunia dan menjadikan mereka hamba-hamba Zionis

– Membudayakan orang-orang Islam dengan materialisme sehingga mereka sanggup menukar prinsip yang ditetapkan Allah untuk mencapai kemewahan dan memenuhi hawa nafsu.

 

b) Umat Islam lupa diri dan berada jauh dari nilai-nilai Islam yang sebenar

 

– Berpecah-belah sesama sendiri

– Mengutamakan kepentingan diri lebih daripada kehendak Allah.

 

c) Kelemahan pemikiran umat Islam

 

– Meniru dan meminjam idea-idea asing

– Prinsip berpada dengan apa yang ada menyebabkan tiada inisiatif dan usaha untuk menghasilkan benda baru untuk dunia Islam.

 

d) Keruntuhan akhlak dan iman umat Islam

 

– Anuar Al-Jundi, ahli fikir dan pengarang Islam menulis bahawa mereka telah memutuskan bahawa peperangan yang bakal dilancarkan ke dunia Islam ialah peperangan idea dan kata-kata kerana aqidah umat Islam tetap teguh walaupun mundur pada aspek yang lain. Oleh itu, perlu dilemahkan aqidah tersebut dan inilah agenda evergreen mereka seantero dunia.

 

Pantai Kehidupan 

 

“Semoga kita berjaya mengharungi gelora mehnah dan tribulasi kehidupan menuju ke pelabuhan kejayaan” 

 

 

Hikmah Mehnah dan Tribulasi

 

Antara hikmah mehnah dan tribulasi yang akan dapat dikecapi oleh para Mukmin termasuklah:

  • Menunjukkan sifat kehambaan, tanggungjawab serta pergantungan kepada Allah SWT
  • Menampakkan yang haq dan yang batil
  • Sebagai satu bentuk pentarbiyyahan diri
  • Melahirkan individu yang berjiwa besar untuk kebangkitan Islam
  • Membersihkan diri orang-orang yang beriman supaya keimanan mereka semakin mantap
  • Mendidik generasi menjadi sabar, tangkas dan mempunyai azam yang kuat.

Cara-Cara Menghadapi Mehnah dan Tribulasi

 

Akhir sekali, berikut disertakan beberapa cara menghadapi mehnah dan tribulasi sebagai panduan. Semoga ia bermanfaat buat diri(ku) yang sentiasa lupa dan alpa. Bimbinglah kami Ya Allah!

  • Ikhlas dalam perjuangan
  • Mendidik jiwa dan ketahanan menerusi latihan kerohanian
  • Berada dalam jamaah
  • Sabar dan gigih dalam menghadapi musuh-musuh Islam
  • Meletakkan cita-cita tertinggi “syaheed dalam perjuangan” sebagai matlamat utama! 

“Ya Allah, andainya hari ini hari kepulanganku, maka jadikanlah semua aktivitiku sebagai kebaikan di sisimu”. Amiin Ya Rabb!

 

Wallahu a’la wa a’lam. 

 

http://www.muhtarsuhaili.com

Read Full Post »