Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Julai 2007

Compaq Presario B1900

Laptop yang Berjasa: Compaq Presario B1900 Notebook PC” 

As-Sarawaki, 30 Julai 2007: Alhamdulillah, setelah 5 bulan bermula Februari 2007 yang lepas, ini merupakan entri www.muhtarsuhaili.com yang ke-100 di WordPress. Adalah menjadi harapan saya mudah-mudahan melalui entri-entri yang dikongsikan di alam siber ini telah sedikit-sebanyak berjaya memberiTAHU, memberiMAHU dan memberiMAKNA kepada saya dan juga tetamu ziarah yang budiman sekalian. Semoga aku menulis bukan kerana nama! Amiin.

 

Saya mula memblog pada April 2004 iaitu ketika mengikuti Latihan Industri Kejuruteraan di bumi Hannover, Jerman dengan menggunakan domain percuma muhtarsuhaili.tripod.com. Walaubagaimanapun, pada bulan Februari 2007 yang lepas, laman weblog ini menghadapi masalah untuk diakses dari domain tersebut. Punca kepada masalah yang membawa kepada kehilangan kesemua data dan maklumat ini malangnya masih gagal saya kenalpasti sehingga kini. 

 

Namun demikian, alhamdulillah masalah ini tidak melemahkan semangat saya untuk terus memblog. Saya kemudiannya berusaha untuk terus mengaktifkan diri saya menulis dan memblog melalui muhtarsuhaili.blogspot.com dan muhtarsuhaili.wordpress.com, namun akhirnya memilih WordPress yang dirasakan lebih mudah dan mesra blogger. Selain itu, bagi memastikan masalah yang serupa tidak berulang saya telah mendaftar dan membeli domain name: muhtarsuhaili.com melalui EasyNet Interactive dengan bayaran USD17 = RM63 setahun. Alhamdulillah, ternyata ada hikmahnya kerana setelah pertukaran domain, jumlah hits ke laman ini semakin bertambah dari hanya 15,000 sepanjang hampir 3 tahun dari April 2004 sehingga Februari 2007 kepada lebih 50,000 pengunjung dalam masa 5 bulan di domain baru dari Mac – Julai 2007.

 

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui rahsia di sebalik segala sesuatu dan Dia pastinya menyediakan yang terbaik buat hamba-hambaNya.

 

Mengapa saya memblog? (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »

Peryatim Miri1

“Lawatan ke Rumah Kebajikan Anak Yatim Sarawak, Cawangan Miri”

As-Sarawaki, 29 Julai 2007: Allah Azza Wajalla berfirman di dalam Kitab Suci Al-Qur’an Al-Kariim, Surah Al-Baqarah, ayat 215 yang bermaksud (Terjemahan dalam Bahasa Melayu, Tafsir Ar-Rahman):

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakan- “Apa jua hartabenda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan.” Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

Alhamdulillah, pagi tadi Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Islam, SM Sains Miri dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia dan Task Force Kecemerlangan telah mengadakan lawatan ke Rumah Anak Yatim Sarawak, Cawangan Miri. Dengan tema “Masih Ada Yang Sayang”, program mesra bersama anak yatim yang melibatkan ceramah motivasi, sesi hati ke hati melalui LDK dan penyerahan sumbangan dari SM Sains Miri, Yayasan Amal Malaysia dan Task Force Kecemerlangan ini sesungguhnya merupakan satu aktiviti khidmat masyarakat yang perlu diteruskan dan dikembangkan. Alhamdulillah, di dalam program ini saya telah diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah motivasi dan berkongsi buah fikir selama sejam dengan tajuk “Kenali Potensi Diri Menjadi Insan Cemerlang”. Ihdina Ya Allah!

 

Secara tuntasnya, marilah kita berusaha membantu untuk menceria dan membahagiakan anak-anak yatim atas kapasiti yang kita mampu. Selain itu, hasil dari program ini, satu nasihat dan teladan bermakna yang perlu sama-sama kita renungi ialah betapa pentingnya untuk kita menyayangi dan mencintai ibu dan ayah kita. Kasih seorang ibu dan pedoman seorang ayah merupakan jalan menuju ke Syurga!

 

Melalui entri ini, suka untuk saya kongsikan dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian satu PowerPoint Show yang sesungguhnya amat menyentuh hati dan amat bermakna untuk kita fikir-renungkan dan jadikan pedoman bersama bertajuk “Ibuku Buta Sebelah Mata!”. (selanjutnya…)

Read Full Post »

There is no god but Allah

“There is no god But ALLAH”

As-Sarawaki, 28 July 2007, 4.57pm: Alhamdulillah, I have just arrived at my house in Miri City from my kampung in Niah and I brought along Reach – Alumni Magazine of the International Islamic University Malaysia, Issue 10, January 2007 Edition. Unfortunately, as usual I received this magazine quite late, maybe because of the mail was sent to my ‘rural village’ – Lot 22, Kampung Muhibbah, Ladang 3, Niah’s address. Insya Allah I will write to the publisher ie. Alumni and Career Services Division, Office of the Deputy Rector (Student & Alumni Affairs) and IIUM Alumni Association to update them with my current details especially my postal address which is Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri. Hopefully by doing so, I will receive the next edition of this magazine on time, rather than keep reading the outdated version of it.

 

With the theme “Reaching and Enjoining Alumni to Contribute to Humanity”, I absolutely of the view that this magazine shall help the graduates cum alumni keeping in contact with the Garden of Knowledge and Virtue. I found a lot of news, articles, information, interviews, events and activities are published in this magazine which I believe are beneficial to serve as a means for the IIUM gradutes in achieving the mission to be the agent of change, bringing about prosperity, well being and harmony in their community. In short, it’s really taking me back to my alma mater!

 

There are a lot of interesting articles to read. However, the most interesting one that strike my soul and mind is the poem by the honourable ex-Rector of IIUM, Tan Sri Prof. Muhammad Kamal Hassan titled “SMS to Sir Muhammad Iqbal”. Alhamdulillah, I had the opportunity to see Prof. Muhammad Kamal himself reciting this poem with full of wisdom, enlightment and expression in one function in IIUM 3 years back. For me, this poem represents an original Islamic principle and thoughts that preach the true sentiments of today’s Muslims. It’s all about the winter of Islam and the spring to come! After all, let us plan the best strategy, make a struggle and pray that by the will of Allah, the long-awaited spring is not far off! Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.

 

SMS to Sir Muhammad Iqbal

By: Prof Muhammad Kamal Hassan

 

O Iqbal!

The spring of 2002 beckoned my soul and body;

to witness the Muslim remains of Alhambra, Cordova and Sevilla,

to retrace your noble steps and feel the vibrations of your ecstasy,

to feast my aging vision on the haunting grandeur of Alhambra and relish the marchless beauty of Moorish art… (selanjutnya…)

Read Full Post »

Rama-rama dan Bunga

“PowerPoint Show: Rama-rama dan Bunga” (Sila double click di sini » »

)

As-Sarawaki, 27 Julai 2007: Alhamdulillah, segala puji-pujian selamanya milik Allah SWT Yang Maha Kuasa. Melalui entri ini suka untuk saya kongsikan dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian satu PowerPoint Show: ‘Rama-rama dan Bunga‘. Hayatilah kiasan penuh hikmah ini dan bersamalah kita menjadikan ia sebagai falsafah hidup bermakna di dalam kita Memburu Kecemerlangan Di Sekolah Kehidupan ini. Sungguh.. Allah adalah segala-galanya!

 

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari…
Dia datangkan petir dan kilat…
Kita menangis dan tertanya-tanya,
Ke mana hilangnya sinar…
Rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.. 

 

Yang dihilangkan dari mata, tidak mengapa. Jangan kita kehilangan rasa!

Yang dihilangkan dari dunia, tidak mengapa. Jangan kita kehilangan Syurga!

 

Surah Al-Ikhlas

“Al-Qur’an Al-Kariim, Surah Al-Ikhlas”

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  1. Katakanlah: (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
  2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
  3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
  4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.  

REMEMBER JUST REMEMBER

 

When things are down

And you are out of your mind

Remember just remember

Allah is always Kind (selanjutnya…)

Read Full Post »

Hebatnya Orang-orang Yang Beriman

“Alangkah Hebat dan Tingginya Darjat Orang-orang Yang Beriman!”

Oleh: SS. Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Sumber: http://www.drmaza.com

Kita ada jabatan, badan, yayasan, mahkamah, Perlembagaan dan berbagai-bagai lagi yang berpihak kepada kepentingan Islam. Namun mengapa kita masih kelihatan bagai kita umat yang tewas. Tidakkah jika kita tidak dapat menewaskan orang lain dengan ketakwaan kita, sekurang-kurang kita berjaya disebabkan faktor kekuatan lahiriah kita. Mengapa tidak?

SAYA rasa amat berat apabila mendapat banyak jemputan untuk menghadiri seminar dan perbincangan isu-isu murtad. Walaupun pihak penganjur mempunyai alasan mereka yang tersendiri, namun saya selalu berkhayal satu seminar besar dibuat tentang orang ramai menganut Islam.

 

Dalam politik pilihan raya, pelbagai akhbar parti akan menyiarkan cerita ahli-ahli parti lawan keluar parti. Sama ada benar atau tidak, itu merupakan perang psikologi yang akan melemahkan jentera parti musuh dan semangat pengundi.

 

Demikianlah juga tentang isu murtad, jika kita asyik membicarakan tentang orang keluar agama kita, lemahlah semangat para pendakwah ikhlas yang sedikit itu, dan patahlah hasrat bukan Muslim yang ingin mendekati agama ini.

 

Adakah di sana suatu yang lebih malang dari agama yang bukan sahaja gagal menarik orang luar mendekatinya, bahkan penganut yang adapun ingin meninggalkannya. Mereka yang menggembar-gemburkan angka murtad yang bukan-bukan itu – secara langsung atau tidak langsung – memainkan peranan penting melemahkan umat ini dari dalam dan menghalang orang lain daripada menghampiri agama yang suci ini. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Kerana Duit!

“Berzakat Menyucikan Harta – Pendapatan Berkat, Bersih, Suci dan Subur” 

As-Sarawaki, 25 Julai 2007: Alhamdulillah, ketika saya bersarapan pagi tadi, saya terbaca dan tertarik dengan berita utama muka hadapan Utusan Borneo: “Kakitangan awam terima kenaikan gaji hari ini”. Berita tersebut mengingatkan saya kepada entri sebelum ini berkaitan dengan perkara tersebut. Sila baca lebih lanjut di link berikut: Gaji Naik.. Jom Jadi OKB: Orang Kaya Bertaqwa! 

 

Setelah membaca berita tersebut, saya terus menghantar sms mesra kepada guru-guru (termasuk beberapa orang pengetua yang saya sanjungi), sahabat handai, kenalan dan saudara-mara yang merupakan kakitangan awam sekadar berkongsi rasa gembira dan tumpang bahagia. Sms yang ditulis dengan bahasa intan dan bukan bahasa kaca tersebut berbunyi: “Salam. Tahniah.. Kakitangan awam terima kenaikan gaji hari ni! Alhamdulillah, lepas ni bolehlah belanja..” 🙂

 

Alhamdulillah, saya kemudiannya menerima sms-sms dan panggilan-panggilan telefon pengerat ukhuwwah, pembina silaturrahim dan pelestari kasih sayang fillah. Namun di antara sms-sms yang diterima, melalui entri ini saya suka untuk kongsikan sms Puan Marini, Ketua Cawangan Miri, Tabung BaitulMal Sarawak yang amat relevan dengan tajuk di atas sekaligus wajar kita perhatikan dan ambil tindakan bersama. Entri ini juga sebagai sebahagian daripada komitmen saya kepada sms Puan Marini tersebut. Semoga ada khair dan manfaatnya.

Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Rezeki untuk kita semua. Dengan pertambahan gaji baru sudah ada niat di hati nak tambah bayar zakat pendapatan gaji setiap kali gaji naik. Insya Allah. Bolehlah Encik Mukhtar terus war-warkan gaji dah naik, maka tambah juga zakat gaji.

Zakat mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam Islam. Pengamalan zakat merupakan persoalan pokok dalam agama. Hakikat ini dapat dilihat melalui kedudukannya sebagai salah satu daripada rukun-rukun Islam sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasululullah SAW di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim:

Daripada ‘Abdul Rahman ‘Abdullah bin ‘Umar bin Al-Khattab Radhiyallahu ‘anhuma, katanya: “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Dibina Islam itu atas lima perkara; persaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu adalah Pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji di Baitul  Haram dan berpuasa di bulan Ramadhan.”

Sebagai panduan, berikut dikongsikan dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian kaedah zakat melalui potongan gaji beserta contoh pengiraan zakat yang diambil dari brochure Tabung BaitulMal Sarawak. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Fuel Gas Plant

“Kekurangan Jurutera Tempatan Dalam Industri Petroleum & Gas Sarawak” 

As-Sarawaki, 25 Julai 2007: Berikut dikongsikan dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian petikan berita dari Utusan Borneo oleh Shasha Zairustam bertajuk “Kekurangan Jurutera, Kini Masalah Serius Industri Gas Sarawak”. Saya kurang pasti sejauhmana kesahihan (authenticity) kenyataan ini, namun ada satu perkara yang mencuit hati saya. Dari berita ini, kita sesungguhnya berharap semoga lebih ramai Jurutera Muslim di dalam industri petroleum dan gas di Sarawak, Malaysia dan seluruh dunia sebagai sebahagian daripada tuntutan Fardhu Kifayah yakni amanah kepada ahli-ahli profesional Islam. Bertitik tolak dari sini, semoga kita semua menjadi sebahagian daripada usaha bersepadu menjadikan Islam sebagai Misi Kecemerlangan Tamadun.

 

Jom kita jadi jurutera/ engineer/ muhandis berjiwa dai’e liridhalLah!

______________________________________________________

 

Kekurangan Jurutera, Kini Masalah Serius Industri Gas Sarawak

 

MIRI, 24 Julai 2007: Kekurangan jurutera tempatan dan permintaan tinggi di peringkat antarabangsa dalam industri petroleum dan gas menjadi satu masalah serius dalam usaha pengisian tenaga kerja di Sarawak.

 

Menurut Roni Adrian, Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill WorleyParsons setakat ini mereka hanya mempunyai 120 orang pekerja dan berharap bilangan ini akan meningkat sepertimana yang telah disasarkan iaitu sebanyak 250 tenaga pekerja.

 

Syarikat perunding Ranhill ini turut memberi latihan kepada jurutera serta graduan universiti yang mengambil jurusan berkaitan dengan gas dan petroleum. Walaubagaimanapun, bilangan jurutera ini masih di takuk yang lama kerana setelah diberi latihan intensif, mereka memilih untuk bekerja dengan syarikat lain.

 

“Pasaran yang sering berubah, banyak projek diterima dan kekurangan jurutera ini menyebabkan projek tidak dapat dijalankan,” katanya. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »