Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for November 2010

AMAL Malaysia 

Qurban di Ulu Kota, Pakan

Qurban di Ulu Kota, Pakan

 

AMAL Sarawak, 14 Dzulhijjah 1431H: Alhamdulillah. Pasukan sukarelawan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center (BIC) telah berjaya melakukan ibadah qurban dan sekaligus Majlis Perasmian Surau AMAL Al-Azhar di Perkampungan Saudara Kita, Ulu Kota, Pakan. Seramai 20 orang sukarelawan telah bersama-sama menjayakan misi kali ini dengan menaiki 4 buah kereta pacuan 4 roda.

 

Semua peserta berkumpul di BIC bermula jam 11 malam, Jumaat, 19 Nov 2010. Selepas taklimat dan doa, semua peserta bergerak menuju ke Sarikei. Tiba di Masjid Sarikei seawal jam 5.15 pagi dan terus menunaikan Solat Subuh. Selepas itu para peserta mengurus diri di Taska ABIM Sarikei.

 

Pada pukul 9 pagi, semua peserta bergerak menuju ke Ladang Skim B bagi memilih lembu qurban untuk disembelih. Tepat jam 10.15 pagi, lembu telah berjaya disembelih oleh Ustaz Zainol Fakri. Selesai memproses lembu tersebut, lebih kurang jam 11.30 pagi, semua rombongan segera bergegas secara konvoi menuju ke Ulu Kota kerana dikhuatiri jika lambat bergerak, ditakuti hujan akan turun yang memungkinkan rombongan tidak dapat sampai ke puncak bukit dengan menaiki 4WD. Sekiranya berjalan kaki, ia akan mengambil masa 2 jam pendakian dari Bukit AMAL ke Ulu Kota.

 

Alhamdulillah, rombongan selamat tiba di Ulu Kota pada pukul 2.00 petang. Perjalanan sangat mencabar. Menaiki dan menuruni bukit di dalam keadaan jalan yang licin. Sangat mencemaskan bagi sukarelawan yang baru pertama kali sampai ke Ulu Kota.

 

Penduduk kampung Ulu Kota telah bersedia menunggu kedatangan ahli rombongan. Petang itu, gotong royong melapah dan memasak makanan diketuai oleh Tuan Haji Kadir dan isteri serta dibantu oleh sukarelawan-sukarelawan lain.

 

Sebahagian sukarelawan telah pergi ke rumah panjang untuk menjemput masyarakat rumah panjang untuk bersama-sama ke Majlis Perasmian Surau AMAL Ulu Kota pada sebelah malamnya. Alhamdulillah, kehadiran pada malam itu amat memberangsangkan, meskipun hujan lebat. Allahu Akbar!

 

Majlis pada malam itu dimulai dengan Solat Maghrib dan seterusnya Tazkirah bersama Ustaz Akhwan Afandi Bin Zulkipli. (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »

AMAL Malaysia Jom Qurban di Ulu Kota, Pakan

 

AMAL Sarawak, 07 Dzulhijjah 1431H: Alhamdulillah. Insya Allah, bersempena dengan kedatangan Hari Raya ‘Eidul Adha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Qurban, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center (BIC) akan mengadakan Majlis Qurban dan Aqiqah di Sarikei dan Penempatan Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan. Insya Allah, Perasmian Surau AMAL Al-Azhar juga akan diadakan pada masa yang sama. Program ini adalah hasil dari penyertaan individu-individu dari Miri, Sarikei dan Bintulu.

 

Sehubungan dengan itu, bagi pihak penganjur, Bintulu Iqra’ Center ingin mengajak seramai mungkin masyarakat untuk turut serta dalam program ini nanti. Anda boleh menyertai untuk mengambil bahagian dalam Qurban atau Aqiqah. Anda juga boleh menyumbangkan makanan, pakaian, sumbangan wang ringgit atau boleh juga menyumbangkan (meminjamkan) pacuan empat roda untuk kegunaan rombongan ke sana.

 

Berdasarkan perancangan semasa, para peserta dari Bintulu dan Miri akan bertolak pada malam 19 November 2010 (Jumaat). Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat, anda bolehlah menghubungi nombor-nombor telefon yang dipaparkan di dalam poster di atas.

 

Semoga segala usaha kita ini mendapat keredhaan dan rahmat dari Ilahi. Mudah-mudahan segala ‘amal dan ibadah yang kita laksanakan diterima oleh Allah SWT. Semoga kita menjadi orang-orang bertaqwa yang sanggup berkorban apa sahaja untuk Islam kerana Allah dan RasulNya. Amiin Ya Rabb!

 

Sila baca juga: Laporan Program Qurban 1430H AMAL Sarawak

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

 

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Read Full Post »