Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Mac 2009

Offshore at E11 Complex

“Industri Minyak dan Gas: Fardhu Kifayah Memanfaatkan Sumber Alam”

As-Sarawaki, 26 Rabi’ul Awwal 1430H: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha Pemberi Rezeki dan Maha Kuasa atas segala-galanya. Alhamdulillah, sudah 4 hari saya berada di pelantar luar pantai (offshore) dan insya Allah akan berangkat pulang dengan helikopter sejam daripada sekarang. Saya pernah menulis entri-entri pengalaman ke offshore beberapa kali sebelum ini. Tetamu ziarah yang budiman boleh membacanya di pautan berikut:

 

1. Terkenang Akhirat di Offshore

2. Khabar Muhasabah Dari Laut (Offshore)

3. Mehnah Dan Tribulasi Dalam Perjuangan

 

Sungguh, berada di tengah lautan meskipun makannya 6 kali sehari (5 pagi – Sarapan, 9 pagi – Minum Pagi, 12 tengahari – Makan Tengahari, 3 petang – Minum Petang, 6 petang – Makan Malam dan 9 malam – Minum Malam) dan pakaian semuanya dibasuh oleh orang lain, namun hati sering sahaja teringat keluarga di daratan (onshore) khususnya anak yang tercinta, Mohd ‘Izzul Islam. Selalu orang kata rindu di rumah kerana terkenangkan anak, tapi sebenarnya yang lebih dirindu ialah ibu kepada anak iaitu isteri yang tercinta! Orang yang sudah berumahtangga pasti memahami. 🙂

 

Sebenarnya banyak perkara yang ingin saya tulis dan kongsikan dengan tetamu ziarah sekalian. Namun apakan daya kesibukan kerja dan kesibukan aktiviti luar membataskan kemampuan untuk berbuat demikian. “Ya Allah, janganlah kau bolak-balikkan hati kami. Tetapkanlah hati kami di jalanMu.” Benarlah kata-kata Imam Hasan Al-Banna:

“Tanggungjawab yang kita ada terlalu banyak berbanding masa yang kita ada.”

Sesungguhnya kepimpinan itu adalah satu AMANAH  yang perlu dipastikan keberkesanan pelaksanaannya. Alhamdulillah wa astaghfirullah, di dalam Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak baru-baru ini, saya telah ditaklifkan memimpin AMAL peringkat negeri selaku Pengerusi Cawangan yang baru. Mohon sahabat-sahabat yang beriman di luar sana doakan semoga saya sentiasa berada dalam keadaan iman dan kesihatan yang baik, terus istiqamah dalam hal kebaikan dan kemuliaan serta terus diberi kekuatan “Berkhidmat Untuk Kemanusiaan dan Ber’amal Kerana Allah.” Semoga ALLAH SWT memberikan pertolongan, bimbingan dan hidayahNya buat kita semua. Kalau Bukan Kita, Siapa? Kalau Bukan Sekarang, Bila Lagi? 

 

AMAL Malaysia

Muktamar Report @ Borneo Post

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

AMAL Malaysia

Laporan Muktamar - Akhbar Eastern Times

[Laporan Muktamar AMAL Sarawak @ Eastern Times, 18 Mac 2009]

Laporan Muktamar - Akhbar Utusan Borneo

[Laporan Muktamar AMAL Sarawak @ Utusan Borneo, 19 Mac 2009]

    

 

    TERAS BUDAYA AMAL:

  • Berilmu, Beriman dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan. 

 

Read Full Post »

AMAL Malaysia Aturcara Majlis Muktamar AMAL Sarawak 2009

“Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Yayasan AMAL M’sia Cawangan Sarawak”

[Laporan dipetik dari: www.amalsarawak.net]: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, dengan keizinanNya Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kali Pertama pada hari Ahad, 18 Rabi’ul Awwal 1430H bersamaan 15 Mac 2009 bertempat di Dewan Khas, Masjid At-Taqwa, Bandaraya Miri.

 

Tuan Haji Husin Ismail, Presiden Yayasan AMAL Malaysia telah merasmikan Mesyuarat Agung ini dengan disertai kehadiran Ketua Setiausaha, Encik Abdul Hamid Seman yang kemudiannya telah dipilih menjadi Pengerusi Tetap Mesyuarat.  Selain itu, wakil daripada Badan-badan NGO Islam antaranya Harakah Islamiah Sarawak (HIKMAH), Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Petroleum (PKPIP), Badan Kebajikan Islam Petronas (BAKIP) dan Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri turut hadir sebagai tetamu kehormat majlis.

 

Muktamar bersejarah buat julung-julung kalinya ini juga berjaya menghimpun kehadiran perwakilan hampir 120 orang daripada seantero pelusuk Bumi Kenyalang termasuklah Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Sarikei, Betong, Kapit dan Limbang iaitu kehadiran yang melebihi sasaran awal yang hanya dianggarkan 80 orang sahaja. Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada semua muktamirin dan muktamirat di atas komitmen, kerjasama dan kesatuan hati sepanjang program berlangsung. Teruskan pembacaan »

Read Full Post »

AMAL Malaysia

 

Poster Mesyuarat Agung AMAL Sarawak

Visi dan Misi AMAL Malaysia

“Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan AMAL Sarawak Kali Pertama”

Read Full Post »