Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for April 2007

Pelantar Offshore 

Semoga segala kerja akan menjadi KERJA

As-Sarawaki, 29 April 2007: Alhamdulillah, semalam saya baru balik dari Wilayah Persekutuan Labuan, outstation atas urusan kerja selama 5 hari di sana dari 24 – 28 April 2007. Sepanjang berada di sana, saya dan rakan sekerja dari Belanda, Wilhelmus Verwijmeren juga telah pergi berulang-alik selama 3 hari dari 25 – 27 April ke salah satu pelantar minyak iaitu Pelantar Kinabalu KNDP-A untuk melakukan commissioning bagi salah satu projek syarikat.

 

Ini merupakan kali pertama saya ke offshore dan alhamdulillah melalui fikir sedar, ada satu perkara yang saya rasa wajar untuk dianalogikan sebagai satu falsafah kehidupan. Ia adalah tentang Akhirat! Ya, Negeri Akhirat yang kekal abadi selama-lamanya! (selanjutnya…)

Read Full Post »

 Erti Hidup Pada Memberi

Sama ada kita mencipta sejarah atau menjadi sejarah!”

As-Sarawaki, 26 April 2007: Alhamdulillah, syukur padaMu Ilahi Rabbi atas segala-segalanya! Berikut dikongsikan dengan sahabat-sahabat dan tetamu ziarah sekalian satu wawancara yang melibatkan saya (dibuat pada bulan Januari 2007) berkenaan pengalaman memimpin MPP UIAM, dunia akademik di Taman Ilmu dan Budi, peranan dan tanggungjawab mahasiswa di universiti serta beberapa isu semasa dalam lingkungan dunia mahasiswa. Semoga ada manfaat dan kebaikannya dalam urusan duniawi dan Ukhrawi. Amiin.

 

Teks Wawancara: (selanjutnya…)

Read Full Post »

 Kes Menyayat Hati 1Kes Menyayat Hati 2Kes Menyayat Hati 3

Kes Menyayat Hati – Antara Kasih, Budi dan Su’udz Dzan!”

As-Sarawaki, 24 April 2007: Saya tertarik dengan satu catatan, luahan dan sekaligus perkisahan oleh ‘Think Tank’ berkenaan isu yang saya namakan “Kes ‘Kehilangan’ Yin dan Derita Insan Mulia Noor Shida Nur Islam”. Sebelum membaca catatan tersebut, saya syorkan kepada tetamu ziarah sekalian untuk terlebih dahulu membaca kronologi kes ini di sini, sini, sini, sini, sini, sini, dan sini untuk memahami apa sebenarnya yang berlaku.

Bagi saya, dari kisah ini terdapat tiga pengajaranan utama yang boleh sama-sama kita fikir-renungkan dan jadikan iktibar:

1. Husnudz dzan itu akhlak yang amat wajar untuk kita sentiasa gunapakai
2. Su’udz dzan itu akan membawa kepada pelbagai fitnah dan huru-hara
3. Tidak mudah ‘berbuat baik’ di zaman serba moden dan canggih ini!

** Husnudz dzan = Berbaik sangka, Su’udz dzan = Berburuk sangka.

Semoga kita beroleh falsafah bermakna darinya. Amiin. Continue Reading »

Read Full Post »

Bandaraya Miri

“Bandaraya Peranginan Miri.. Bumi Kelahiran di mana Hidup, Jasa, Perjuangan dan Survival Dipertaruhkan!”

As-Sarawaki, 22 April 2007: Islam dan Dakwah di Sarawak… Bagaimana sejarahnya? Bagaimana masa depannya? Bagi Muslim dan Mukmin yang ada fikir agama di Bumi Kenyalang, persoalan ini sewajarnya membuatkan kita bingkas bangun, bangkit sedar, lekas insaf dan yang lebih utama pantas bertindak dalam usaha kita memastikan masa depan umat Islam di negeri Sarawak terus terbela dan memiliki izzah.

 

Saya suka untuk berkongsi Kertas Kerja oleh Dr. Azhar Ahmad (Penolong Pengarah, Jabatan Pelajaran Sarawak) bertajuk “Latihan Dakwah di Sarawak: Sorotan dan Masa Depan” yang telah beliau bentangkan di Konvensyen Latihan Dakwah JAKIM 2006. Kertas Kerja ini amat baik untuk dikaji, dimuhasabah dan diperincikan oleh seluruh kader-kader dakwah (dai’e), penggerak usaha islah (muslih) serta pendokong dan pejuang gerakan Islam (mujahid) di Bumi Bertuah Sarawak yang tercinta ini. Ayuh saudara seaqidah sekalian, mari kita bersama menggembleng tenaga, menyatu fikrah, menyepadu ikhtiar dan maju seiring sejalan dalam melaksanakan usaha dakwah yang murni ini. Jom kita terus berdakwah sebagai sebahagian usaha menyambung kerja keNabian yang sesungguhnya amat mulia demi mencari redha Allah SWT. Cita-citaku Islam Tinggi Menjulang! Semoga segalanya membawa khair dunia dan Akhirat. Amiin. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Al-Quran Sentiasa di Hati

The Measure of Loving Allah is when You Love Him Without Measure

Email yang diterima dari Ukhti Ruhil Hayah Ibrahim bertarikh 9 Jun 2005.

(Nota: Ruhil Hayah merupakan rakan exco MPP UIAM 2002/2003, sekarang merupakan seorang Pensyarah Undang-undang di sebuah IPT tempatan. Harapan beliau semoga apabila Cerpen Aku TanpaMU ini dibaca khalayak melalui laman weblog ini, ianya akan memberi manfaat kepada tetamu ziarah sekalian. Mudah-mudahan segalanya membawa khair. Amiin.)

 

Date: Thu, 9 Jun 2005 19:37:59 -0700 (PDT)

From: “al-ibrahiimi hurriyyati” <hurriyyati@yahoo.com>
Subject: Cerpen Aku TanpaMU
To: “Mukhtar Suhaili” <al_akhyar81@yahoo.com>

 

Assalamualaikum. Thanks for giving permission to allow your poem to be included here with a lil’ alterations. Shukran. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Bot Kehidupan

“What’s next along this River of Life?”

As-Sarawaki, 10 Julai 2006 (Rewind):Hidup biar mulia, mati biar syahid!” Alhamdulillah pada 7-8 Julai yang lepas, seramai 13 orang ahli Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan, Pejabat Pelajaran Gabungan Miri telah pergi jalan-jalan ziarah sambil berdakwah ke Marudi di bawah program yang diberi nama “Masih Ada Yang Sayang”. Program “Masih Ada Yang Sayang” ini merupakan salah satu daripada siri-siri ekspedisi dakwah dan kembara islah yang dirancang sebagai follow-up kepada Kem Motivasi Insan Cemerlang yang telah dilaksanakan sebelum ini. Alhamdulillah, permusafiran kali ini menjadikan semua pelajar-pelajar Islam yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM pada tahun ini di Daerah Marudi/ Baram sebagai mad’unya.

 

Banyak hikmah, ilmu, pengalaman dan coretan rasa yang ingin dikongsikan. Misi program seumpama ini sesungguhnya didasari atas rasa terpanggil, insaf dan berkesedaran tinggi (selanjutnya…)

Read Full Post »

 Allah Sentiasa di HatiAllah di Hati

Ihfadzillaha yahfadzka! Jagalah Allah, Allah pasti menjagamu!

Oleh:  Dr. ‘Aidh ibn Abdullah Al-Qarni

(Adaptasi secara bebas dari buku “Jagalah Allah, Allah Menjagamu”).

 

Ketika kita takut kepada Allah, maka bangsa-bangsa, orang-orang yang menentang dan para musuh takut kepada kita. Namun ketika kita tidak takut kepada Allah, maka Allah menjadikan kita takut kepada mereka.

 

Kita telah berperang melawan bangsa-bangsa lain dengan kalimat La Ilaha Illallah dan tidak dengan kalimat yang lain. Maka kita pun meraih kemenangan ke atas mereka, bahkan kita tidak pernah merasa takut terhadap mereka kerana kita menjadikan takut kita hanya kepada Allah SWT. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »