Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Mahasiswa/ Pemuda’ Category

AMAL Malaysia

Poster Larian AMAL Merdeka 2009

Keratan Akhbar Utusan Borneo, 17 Julai 2009

[Larian AMAL Merdeka 2009. Jom Berriadhah Sambil Ber’amal.]

 

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Berilmu, Beriman dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

 

Read Full Post »

Header Task Force Miri

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

“Forum Masa Depan, Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009 

As-Sarawaki, 13 Safar 1430H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk insan paling mulia Kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah, pada 6-8 Februari 2009, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri buat tahun ke-4 berturut-turut berjaya menganjurkan Program Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM. Seramai 153 orang pelajar Islam (64 orang lelaki dan 89 orang perempuan) yang cemerlang dan punya potensi cemerlang dari sekolah-sekolah di bahagian Miri, Daerah Subis dan Daerah Baram telah menghadiri program motivasi dan kepimpinan selama 3 hari 2 malam bertempat di Kampung Sukan Petronas Miri ini. 

 

Bacaan tambahan: Kesungguhan Berakidah Demi Mencari Nikmat Beragama!

 

Antara objektif program berorientasikan ReThink, ReFocus, ReLearn, ReEnergize ini dilaksanakan termasuklah:

  1. Mengenal, memahami dan sekaligus dapat memanifestasikan erti kecemerlangan insan yang sebenar
  2. Melestarikan kemahuan membara (burning desire) serta meningkatkan nyala rasa, kekuatan semangat dan ketahanan diri untuk mencapai kecemerlangan berlandaskan persoalan 4W 1H:  What, Why, When, Where, How?.
  3. Memantapkan ciri-ciri pemimpin dalam diri pelajar dan sekaligus membentuk jati diri yang mantap serta berjiwa besar
  4. Penerapan unsur-unsur penghayatan Islam yang syumul khususnya dalam penguasaan ilmu pengetahuan (fardhu ‘ain dan fardhu kifayah) pada diri pelajar.
Jadual Pelaksanaan Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Jadual Pelaksanaan Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

 

 Teruskan pembacaan »

Read Full Post »

Isu Etika Kewartawanan Majalah Remix

“Artikel Majalah Remix: MUDLOGGING – Kumpul Lumpur Dasar Laut

Memohon Penjelasan Majalah Remix

Surat Memohon Penjelasan Majalah Remix Berkenaan Isu Etika Kewartawanan

Surat Memohon Penjelasan Majalah Remix terbitan Utusan Karya Sdn Bhd berkenaan Etika Kewartawanan dan Isu Bahasa

  (selanjutnya…)

Read Full Post »

Keluarga Hj Suhaili

“Wonderful Quote of the Day: Politicians Think of the Next Election, while Statesmen Think of the Next Generation!”

As-Sarawaki, 5 Muharram 1430H: Alhamdulillah! Artikel bertarikh 25 Februari 2004 ini disiarkan semula sempena Pilihanraya Kampus ‘Taman Ilmu dan Budi’ yang bakal menjelang. Selamat berpilihanraya kampus di dalam kehangatan ‘demam’ Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu!

 

"Selamat Bertanding Dengan Bersih Dan Adil Buat Tuan YB dan Tuan Speaker"

"Selamat Bertanding Dengan Bersih Dan Adil Buat Tuan YB Dan Datuk Speaker"

 Sila layari http://prk036.pas.org.my/ vs http://www.kualaterengganup036.net/ 

 

Kepada mahasiswa ‘Taman Ilmu dan Budi’ dan universiti-universiti se-Malaysia, pilihlah pemimpin pelajar yang mempunyai agenda dan idealisme yang jelas, visi dan misinya berasaskan basis intelektualisme serta komitmen dan keaktifan aktivismenya mampu menggerakkan massa mahasiswa ke arah yang lebih khair. Paling utama, calon-calon tersebut mestilah mampu mempersada IIICE = Islamization, Internationalization, Integration and Comprehensive Excellence. Saya mendoakan yang terbaik buat kalian. Siiru ‘ala barakatillah! 

 

Nota: Terkenang motto di dalam manifesto ketika berkempen dalam Pilihanraya Kampus UIA tahun 2003: “Our Ummah Our Responsibility”. Semoga motto ini dapat terus saya perjuangkan! Amiin. 

 

Membudayakan Syaja’ah Dalam Gerakan Mahasiswa

 

“Mengiayakan yang benar dan menidakkan yang bukan”. Inilah yang dinamai syaja’ah. Iaitu berani kerana benar dan takut kerana salah. Prinsip dan perangai yang sihat ini sewajarnya dipegang utuh, dijiwai dan dibudayakan oleh generasi muda amnya dan mahasiswa khususnya ke arah meluruskan ufuk minda dan sekaligus mengangkat martabat gerakan.

 

Menurut Prof. Dr. HAMKA di dalam bukunya ‘Tasauf Moden’, keutamaan syaja’ah merupakan salah satu syarat yang perlu dalam memantapkan kesihatan jiwa selain daripada sifat ‘iffah (pandai menjaga kehormatan batin), hikmah (tahu rahsia dari pengalaman hidup) dan ‘adaalah (adil yakni meletakkan sesuatu pada tempatnya). Prof. Dr. HAMKA menukilkan bahawa syaja’ah ialah perangai yang timbul daripada tabiat manusia yang bernama ghadab, ertinya marah. Syaja’ah mempunyai dua pinggir. Pinggir sebelah ke atas terlalu panas dan itulah yang bernama tahawwur, iaitu berani membabi buta. Sementara pinggir ke sebelah bawah terlalu dingin dan itulah yang bernama jubun, iaitu pengecut.

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Keluarga Hj Suhaili

“Ya Allah, Peliharalah Diriku Dan Keluargaku Dari Api Neraka!”

As-Sarawaki, 4 Muharram 1430H: Alhamdulillah, Selamat Tahun Baru Masihi 2009 dan mungkin belum terlewat untuk saya mengucapkan Salam Ma’al Hijrah 1430. Maknanya bertambahlah usia dan semakin singkatlah masa menuju kematian. Semakin singkatlah masa untuk menambah ‘amal dan bagi pendosa semakin singkatlah peluang waktu untuk bertaubat nasuha. Buat diri kita, sama-samalah kita bermuhasabah sejauhmana hubungan kita dengan Allah Ta’ala (hablu minalLah) dan bagaimana pula status hubungan kita sesama manusia (hablu minannas) sepanjang tahun 1429H/ 2008M. Bersama-sama juga kita melakukan penilaian akan ‘amalan kita sepanjang tahun yang sudah dan mudah-mudahan 1430H/ 2009M menjadi tahun menambah ‘amal, mensuci dosa serta sentiasa membawa kebahagiaan dan bertambah-tambahnya kebaikan.

 

Seseorang berkata kepada Ibnu Mas’ud radhiallahu’anhu:
“Celaka aku kalau tidak beramar ma’ruf dan bernahi mungkar”

Ibnu Mas’ud radhiallahu’anhu menjawab:
“Engkau juga akan celaka jika hatimu tidak mengenal mana yang ma’ruf dan mana yang mungkar”

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah mengurniakan nikmat Islam dan Iman dalam diri kita dan selawat beserta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang mulia. Selawat dan salam kepada Kekasih Allah SWT ini kita kumandangkan saban waktu sebagai tanda kesyukuran beroleh taufiq, inayah dan hidayahNya dapat bersama-sama beriltizam dalam usaha mendokong perjuangan Islam yang merupakan warisan perjuangan unggul dari  Rasulullah  SAW dan para salafus soleh. 

 

Semasa  hayatnya, baginda Rasulullah  SAW telah melaksanakan  tugas  perjuangan  dengan  penuh tabah dan ketaqwaan tanpa dijangkiti sedikitpun wabak malas, sindrom sesal, penyakit kecewa dan virus putus asa. Kesemua ini disungguhi oleh baginda kerana mengimpikan tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan Islam terus terbela, berkembang dan memerintah dunia ini. Wallahi, visi perjuangan Ar-Rasul ialah mengunggulkan Islam atas segala agama dengan misi mengeluarkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dari penghambaan terhadap sesama hamba kepada penghambaan hanya kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya, dan dari kezhaliman agama-agama kepada keadilan Islam. Inilah misi Rahmatan Lil ‘Alamin.

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

sk05-1992

Kenangan Teman-teman Murid Tahun 6 SRK Kelapa Sawit No. 5 Subis – 1992”

sk05-7

 Kenangan Komandan Kawad Rumah Popeye Sempena Sukan Tahunan”

As-Sarawaki, 21 November 2008: Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

 

“(Tuhan) Yang Maha Pemurah. Yang telah mengajarkan Al Qur’an. Dia menciptakan manusia. Mengajarnya pandai berbicara. Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan. Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada-Nya. Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu. Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk (Nya). Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman, ayat 1 – 13).

 

Alhamdulillah atas segalanya. Sungguh, guru itu adalah insan mulia! Niat baik, pengorbanan suci dan usaha gigih kalian membolehkan anak didikmu kini pandai membaca kitab dan lebih utama lagi mudah-mudahan turut pandai membaca masyarakat. Buat semua guru-guru yang pernah mendidik saya, terima kasih cikgu atas segala-galanya! Jazakumullahu khairan kathiran.  

 

Sila baca juga: Gembira dan Bahagiakanlah Orang Tuamu!

 

Ikhlas dari Anak Didikmu;
Muhtar Hj. Suhaili As-Sarawaki

 

1988-1992: SRK Kelapa Sawit No. 5, Subis
1993-1998: Kolej Tun Datu Tuanku Hj. Bujang, Miri
1999-2000: Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
2001-2005: Kulliyyah Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
2007-Kini: Shell Open University & Curtin University of Technology

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Forum Remaja Sempena Karnival ‘Amal Merdeka 2008 di ILP Miri”

As-Sarawaki, 17 Ogos 2008: Alhamdulillah, Forum Remaja Sempena Karnival ‘Amal Merdeka 2008 yang menggandingkan saya, Ustaz Akhwan Afandi Zulkifli (Moderator Adnin Management & Training Centre) dan Ustaz Ramadhan Fitri Ellias (Perunding Syariah RHB Bank) sebagai ahli panel selain Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif sebagai moderator telah berjaya dilangsungkan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri. Semoga tujuan program yang digariskan oleh pihak penganjur iaitu ke arah pembinaan budaya cintakan Allah, kasihkan Rasulullah dan sayang sesama manusia dalam kalangan remaja sebagai generasi harapan masa hadapan dapat dipersada. Semoga segala krisis identiti, budaya negatif dan virus benci juga akan dibakulsampahkan. 

 

Sesungguhnya generasi muda di negara ini merupakan kelompok terbesar  yang mengisi ruang populasi dari jumlah keseluruhan kependudukan negara. Menurut statistik, dianggarkan sebanyak 50 peratus daripada seramai 24 juta rakyat Malaysia adalah mereka yang berusia di antara 15 hingga 40 tahun. Kadar ini menunjukkan betapa generasi muda merupakan kelompok masyarakat yang memainkan peranan yang amat besar dan penting dalam menentukan jatuh bangunnya negara. Ini sekaligus membayangkan bahawa apa juga yang mereka lakukan atau berlaku ke atas mereka pastinya akan memberi implikasi kepada kemandirian negara.

 

Justeru, forum bertajuk “Di Mana Kasih, Di Mana Sayang?” dengan tema “Kecemerlanganmu Dihargai, Hidupmu Diberkati” ini diharapkan telah memberi input-input bermakna kepada remaja yang hadir agar terus berilmu dan memanfaatkan ilmu tersebut demi untuk pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan ummah. Mudah-mudahan. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »