Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Mei 2008

Sijil PKPIP

[Alhamdulillah, Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Petroleum (PKPIP) dengan nombor pendaftaran: 0532-08-SWK berjaya dihidupkan semula dan telah didaftarkan sebagai satu pertubuhan rasmi di bawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 pada 17 Mac 2008.]

PKPIP WHPH 160508

[Program “Work Hard Pray Hard” anjuran PKPIP Insya Allah dirancang akan diadakan pada 16 Mei 2008 dan menampilkan Ustaz Khalid Usop dengan tajuk diskusi “Kerisauan Umat Islam Tentang Pemakanan Masa Kini”. Program “Work Hard Pray Hard” ini merupakan Siri Ketiga selepas Siri 1 oleh Ustaz Mohd Juneed Ismail yang membentangkan tajuk “Being A Good Muslim and its Relation to Corporate Social Responsibility” dan Siri 2 oleh Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif yang membicarakan “Islam Considers Work as ‘Ibadah”. Work Hard, PRAY hard!]

AGM PKPIP 2008

[Insya Allah, bersempena program “Work Hard Pray Hard”, PKPIP juga akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan atau Annual General Meeting (AGM) pertamanya setelah lebih kurang selama setahun setengah digerakkan oleh satu Jawatankuasa Penaja (Protem Committee). Adalah diharapkan mudah-mudahan dengan perlantikan Jawatankuasa Rasmi PKPIP ini akan melicinkan lagi gerakkerja sekaligus mampu mengaktifkan sumbangan Pekerja Islam Petroleum kepada kebajikan komuniti serta terus mengangkat martabat gerakan dakwah. Kecemerlangan Akhirat Melalui Prestasi Hidup Di Dunia!]

Wallahu a’la wa ‘alam.

Read Full Post »

MemberiTAHU MemberiMAHU dan MemberiMAKNA

Kalau Bukan Kita, Siapa? Kalau Bukan Sekarang, Bila Lagi? 

As-Sarawaki, 4 Mei 2008: Alhamdulillah! Segala puji, puja dan syukur padaMu Ilahi Rabbi di atas nikmat Iman dan Islam yang Kau tanjapkan kukuh dalam diri kami. Ya Allah, berilah kami taufiq dan hidayahMu agar hidup dan mati kami semata-mata kerana ikrar janji setia yakni penyaksian bahawa ‘La ilaha illalLah, Muhammadur RasulululLah’. Amiin Ya Rabb!

 

Alhamdulillah, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri  baru sahaja selesai melaksanakan Kem Motivasi Insan Cemerlang (KMIC) UPSR yang merupakan program motivasi, kepimpinan dan pendidikan bersiri ke-3 selepas KMIC SPM pada Februari 2008 dan KMIC PMR pada Mac 2008 yang lalu. Program ini telahpun masuk tahun ke-3 penganjurannya dan merupakan program ‘amal demi kelangsungan kecemerlangan anak-anak generasi pelapis Muslim. Alhamdulillah, semoga usaha murni ini beroleh rahmat dan bantuan Allah ke arah melahirkan manusia berfungsi dalam masyarakat sekaligus menjadi Muslim yang berjaya di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat.

 

Di dalam melaksanakan program-program sebegini, salah satu hal utama yang wajar diutamakan ialah bagaimana untuk membentuk diri dan peserta untuk bersungguh-sungguh dalam berakidah. Kesungguhan dalam berakidah yang membawa kepada nikmat beragama! Nikmat beragama yakni dengan mempercayai dan meyakini betapa perlunya manusia kepada Tuhan! Bersetuju dengan pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, maka pendekatan sebegini diharapkan mampu menatijahkan para peserta agar lebih mencintai Allah dan memandaikan diri dengan hal ehwal agama.

 

Agenda menyeru kepada penghayatan nikmat beragama wajar dijelmakan dan terus diperkasakan agar ia sebati dalam jiwa setiap insan. Usaha sebegini adalah salah satu ikhtiar manifestasi tanda bersetuju betapa perlunya program yang memberi penekanan kepada persoalan berakidah ini terus dititikberatkan. (selanjutnya…)

Read Full Post »

“Kem Motivasi Insan Cemerlang UPSR 2008”

الحمدلله  رب  العالمين،  والصلاة  والسلام  على  اشرف  الأنبياء والمرسلين وعلى  اله  وصحبه  اجمعين

 

Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk Kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Di dalam usaha melestari generasi Rabbani di bumi Miri agar sentiasa menunjang agama, serta sekaligus bagi menggilap  potensi agar terus memiliki sahsiah dan akhlak yang murni, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan, Unit Pendidikan Islam Dan Moral, Pejabat Pelajaran Gabungan Miri telah berikhtiar melaksanakan satu program membina jati diri pelajar cemerlang yang dinamakan sebagai ‘Kem Motivasi Insan Cemerlang UPSR 2008’ atau ringkasannya ‘KMIC UPSR 2008’.

 

Sila baca juga:

1. Kem Motivasi Insan Cemerlang PMR 2008

2. Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2008

 

Alhamdulillah, program KMIC UPSR 2008 telah berjaya dilangsungkan selama 3 hari 2 malam iaitu bermula pada 1 Mei sehingga 3 Mei 2008. Program yang bertujuan untuk melahirkan individu Muslim yang berkebolehan ini telah dikendalikan oleh 20 orang urus setia dan 15 orang fasilitator yang dipilih dalam kalangan  pelajar cemerlang dan terpilih Tingkatan 4 dan 5 dari 2 buah sekolah terkemuka di Miri iaitu SM Sains Miri dan SMK Agama Miri.  Alhamdulillah, seramai 153 orang murid Islam Tahun 6 yang cemerlang dan berpotensi cemerlang dari seluruh Bahagian Miri termasuk Daerah Kecil Baram dan Subis telah terpilih menyertai program motivasi, kepimpinan dan pendidikan ini.

 

Secara umumnya, KMIC UPSR 2008 pada kali ini sangat memberi makna kepada tiga (3) pihak iaitu peserta, ibu bapa dan ahli-ahli Task Force Pengurusan Kecemerlangan sendiri. (selanjutnya…)

Read Full Post »

« Newer Posts