Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 10 April 2007

MemberiTAHU MemberiMAHU dan MemberiMAKNA

“Kalau Bukan Kita, Siapa? Kalau Bukan Sekarang, Bila?”

As-Sarawaki, 10 April 2007: Hatiku merindui Jannatul Firdaus! Kata-kata ini menjadi sumber inspirasi dalam menjalani kehidupan dalam masa seminggu ini. Benarlah bahawa “sumbangan terbesar seorang manusia ialah membantu orang lain agar mereka dapat membantu diri sendiri” dan “bergaullah sesama manusia dengan satu pergaulan yang mana jika kamu tiada mereka akan rindu kepadamu dan jika kamu mati mereka akan menangisimu!”

 

Alhamdulillah! Minggu yang sudah bolehlah diibaratkan sebagai Minggu Tarbiyyah buat saya. Melatih dan dilatih dengan pelbagai kemahiran dan ilmu kehidupan. Sungguh, keletihan dan rasa ‘exhausted’ amat dirasai sepanjang minggu ini. Namun apabila bermuhasabah diri, rasa damai, mulia dan bahagia mula berbunga di hati. Kata-kata ‘hidup ini adalah perjuangan dan pengorbanan’ sering menjadi sumber inspirasi, penguat jiwa dan pendorong semangat untuk terus menabur khidmat dalam usaha dakwah dan islah. Redhamu Ya ALLAH yang kudamba!! (selanjutnya…)

Read Full Post »