Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 15 April 2007

 Engineer Perodua

Kenangan ketika bertugas sebagai Jurutera Perodua Manufacturing Sdn Bhd”

 

As-Sarawaki, 15 April 2007: Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah SWT, pagi tadi saya telah hadir memenuhi jemputan menyampaikan Ceramah Kerjaya di Sekolah Menengah Sains Miri bersempena Hari Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya sekolah tersebut. Saya telah memilih tajuk: “Let Engineering Be Your Ultimate Choice!” di dalam menyampaikan maklumat pengajian di universiti dalam bidang kejuruteraan, syarat-syarat kelayakan, ijazah-ijazah yang ditawarkan, pelbagai disiplin kejuruteraan, prospek kerjaya dan masa depan profession sebagai jurutera.

Sila klik link berikut untuk melihat bahan yang telah disampaikan: Power Point Presentation on “Let Engineering Be Your Ultimate Choice!”

Selain saya, pembentangan berkenaan kejuruteraan juga telah disampaikan oleh Saudara Saiful Azri (Kejuruteraan Proses/ Kimia) dan Saudari Syuhada’ (Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik), kedua-duanya dari Petronas Carigali, manakala Saudari Farah Abdullah dari Sarawak Shell Berhad telah membentangkan berkenaan Bidang Geologi dan Dr. Mohamad Najib dari Hospital Umum Miri menyampaikan Ceramah Kerjaya Bidang Perubatan.

Alhamdulillah, sedar tak sedar insya Allah hari Rabu ini, 18 April 2007 genaplah 2 tahun saya bergelar jurutera/ engineer/ muhandis (selanjutnya…)

Read Full Post »