Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 12 Jun 2007

Makan Dalam Yang SureDosa

Apakah perasaan ibu bapa mereka? Betapa sedih dan hancurnya harapan ibu bapa mereka yang impikan anak yang soleh dan solehah 

As-Sarawaki, 12 Jun 2007: Didoakan semoga semua berada dalam keadaan kesihatan yang baik, iman yang mantap dan diberi kekuatan beramal liridhalLah. Mudah-mudahan kita semua senantiasa beroleh kesenangan dan ketenangan dalam berurusan dengan kehidupan insya Allah.

 

Sahabat-sahabat dan saudara-saudari seaqidah, tetamu ziarah yang budiman sekalian.. Imam Al-Ghazali ada menyatakan: “Membuat sesuatu dengan tujuan sekadar untuk mengurangkan rasa berdosa sedangkan diri masih terus dibiarkan bergelumang dengan dosa adalah dosa yang paling berdosa.” Justeru itu, saya ingin mengajak diri saya dan tetamu ziarah sekalian, marilah kita bersama-sama taubat nasuha. Jom Taubat!

 

Mengikuti perkembangan semasa mutakhir ini, terlalu banyak pesta hedonisme, penganugerahan dan karnival hiburan yang dianjur dan dihebahkan.. Akademi Fantasia (sudah 5 musim berdakyah dan mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit hasil sms-sms yang ditaip dan dihantar oleh tangan-tangan majoriti umat Islam Malaysia), Gangstarz, Mentor, Anugerah Juara Lagu, Anugerah Bintang Popular, Konsert SureHeboh (kini JomHeboh) dan pelbagai lagi konsert-konsert dan pesta hiburan yang kalau tidak keseluruhannya, pasti sebahagiannya akan membawa kepada SureDosa atau mengajak kepada JomDosa.

 

Alhamdulillah dan segala puji bagi Allah yang Maha Pemberi Petunjuk di atas nikmat kesedaran yang tertanjap di dalam jiwa, hati nurani dan diri kita semua. Sebagai peringatan bersama sebelum membaca lebih lanjut entry ini, sila sematkan di hati kita elemen ini: “Hate the sin but not the sinner.” Firman Allah SWT: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Al-Qur’an Al-Kariim, Surah Ali Imran, ayat 31). (selanjutnya…)

Read Full Post »