Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 10 Jun 2007

“Falsafah Kehidupan Semut.. ‘Ibrahnya Wajar Dimanifestasi!” 

As-Sarawaki, 10 Jun 2007: Memang amat indah sekiranya semua impian kita menjadi nyata.. Memang menyeronokkan sekiranya setiap masa kita sentiasa menang.. Memang menggembirakan andai segala cita-cita mampu diraih.. Memang asyik kalau kita sentiasa disanjung dan dipuji.. Memang bahagia seandainya setiap perkara yang kita usahakan berjaya dan berjalan lancar seperti dirancang dan dikehendaki.. Dan memang best jika pendapat kita sentiasa diterima pakai..

 

Namun realitinya di dalam kehidupan ini, kadang-kadang ada impian kita yang tidak kesampaian.. Pada masa-masa tertentu, kita perlu mengalah.. Kita juga perlu terima hakikat bahawa ada sebahagian daripada cita-cita kita mungkin akan gagal terlaksana atau kurang berjaya.. Akan tiba saatnya kita perlu terima kritikan malah mungkin cacian bila kita silap melangkah.. Ada ketikanya perkara yang kita usahakan secara bersungguh-sungguh hanya sekerat jalan dan kemudiannya terbengkalai atas sebab yang tidak dapat dielakkan.. Dan akan ada masa ketikanya, ada baiknya kita menjadi pendengar yang baik. Bukankah salah satu ciri pemimpin yang baik mestilah seorang pendengar yang baik?

 

Di sini, ada beberapa pesanan berharga yang sebenarnya merupakan kata-kata hikmat daripada guru-guru saya yang amat wajar untuk kita gunapakai:

 

1. If you want to satisfy everybody, you’ll satisfy nobody.

2. If you don’t stand for something, you’ll fall for everything.

3. In a full heart, there is room for everything; but in an empty heart there is room for nothing!

4. In matters of style, swim with the current; but in matters of principle, stand like a rock!

 

Secara ringkasnya, apa yang ingin saya sampaikan melalui entry ini ialah dalam kita melaksanakan segala gerak kerja dakwah dan islah, ada masanya kita perlu belajar untuk berdiplomasi. Namun berdiplomasi bukan dengan menggadaikan prinsip.. Berdiplomasi juga bukan untuk melemahkan semangat.. Dan berdiplomasi juga hendaklah tidak membawa kepada tandus fikrah dan mati hati! Namun berdiplomasi itu diadaptasi demi menjaga maslahah dakwah dan kerukunan usaha islah.. Marilah contohi Rasulullah! (selanjutnya…)

Read Full Post »