Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 25 Jun 2007

Dam’ah wa Ibtisamah

Kita Dilahirkan Ke Dunia Demi Sebuah Bahagia!” 

As-Sarawaki, 25 Jun 2007: Bicara Dam’ah wa Ibtisamah (Setitis Air Mata dan Seulas Senyuman).. Dikongsikan dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian sebuah puisi jiwarasa, luahan nurani dan nukilan rasa hati. Puisi bertarikh 1 Mac 2005 ini hadir di sanubari lewat ilham Ilahi sewaktu masih menuntut di Taman Ilmu dan Budi. Ia hadir sebagai penawar hati kala ujian melanda diri, saat mehnah dan tribulasi menerjah jatidiri. Puisi ini dinukil khas melalui tinta perjuangan demi menajam fikiran dan menaikkan semangat Islami agar rasa-rasa itu terus menjulang tinggi. Alhamdulillah, semangat itu masih membara sehingga kini. Semoga puisi ini ada khair dan manfaatnya buat tetamu ziarah sekalian. Saya doakan kemuliaan dan kebahagiaan buat kalian dalam perjalanan dan kembara menuju Dia. Mudah-mudahan kesampaian. Amiin!

 

(Nasihat bermakna: Siapa pun jua dirimu… Julang ia tinggi di hati kerana tiada siapa yang mampu menghargai ia sedalam jiwamu sendiri…)

 

TAUJIHAT JIHAD

 

Inzar 1
 
Diriku..
Cari olehmu akan sahabat
Yang boleh dijadikan ubat,
Cari olehmu akan guru
Yang boleh mengenal segala seteru,
Cari olehmu akan isteri
Yang boleh menyerahkan diri,
Dan jadilah olehmu akan abdi
Yang ada baik budi.
 
Inzar 2
 
Rebah terguling kubangkit kembali
Tersungkur jatuh kupantas berdiri,
Walau sengsara membakar jiwa
Demimu Islam matiku rela,
Tidak berganjak, tidak berubah
Melimpah darah tetapku redah,
Cahaya syahid penenang jiwa
Itulah nilai paling berharga,
Moga matiku husnul khatimah
Bertemumu Tuhan di singgahsana Jannah. (selanjutnya…)

Read Full Post »