Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 9 Jun 2007

If Someone Hurts You.. Open Your Heart

If someone hurts you, betrays you, or breaks your heart.. Forgive them!” 

As-Sarawaki, 9 Jun 2007: Atas segalanya, segala puji bagi Allah SWT. Wallahi, 2-3 hari ini hati saya kurang tenteram, ada perkara yang sangat mengganggu fikiran saya!  Walaubagaimanapun, saya tidak akan kongsikan perkara tersebut di sini, biarlah perkara tersebut menjadi rahsia dalam rahsia antara saya dengan Allah SWT. Allah Maha Mengetahui, dan saya amat yaqin akan ini!

 

‘Ala kulli hal, alhamdulillah dengan membaca artikel nukilan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil bertajuk “Demi Sebuah Bahagia” berikut, semangat saya kembali membara dan nyala rasa saya mulai terpugar semula. Meskipun ini bukanlah kali pertama saya mendengar petua tersebut, namun susunan katanya berjaya menggugah jiwa sanubari saya dan secara automatis memberi kesan bermakna yang sekaligus membuat hati kecil saya kembali berbunga gembira. Intipati utamanya – Bersamalah kita menjaga habluminalLah dan habluminnas, dengan itu hidup pasti bahagia! Saya sesungguhnya mengaminkan doa yang dicatitkan oleh Ustaz Hasrizal di hujung artikel tersebut: “Maafkan aku, hamba yang berdosa.. Moga ada sinar bahagia, di hari muka.” Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.

 

DEMI SEBUAH BAHAGIA.. INGAT 2 LUPA 2

Oleh: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

 

Lazimnya, saya tidak suka berkongsi tips. Malah saya sering berkata, untuk menilai satu-satu ceramah itu berasas atau tidak, lihatlah kepada tips. Jika ceramahnya penuh tips, maka ia adalah kosong tidak bermakna.

 

Tips adalah buah. Manusia memang perlu kepada buah. Tetapi kita lebih membantu jika yang diberi adalah pokok yang menghasilkan buah. Tips tidak mungkin dapat dilakukan, jika pokok dan akarnya tiada

 

Petua Senyum Untuk Bahagia

 

Mahu hidup bahagia, senyum setiap pagi. Apakah manusia mampu senyum tanpa sebab? Apakah manusia boleh melemparkan senyuman sejati jika tujuan senyumnya tidak dapat dikenal pasti. (selanjutnya…)

Read Full Post »