Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 5 Jun 2007

Keindahan Desa

“Keindahan Desa Sentiasa Menggamit Rasa, Mengusik Jiwa..” 

As-Sarawaki, 5 Jun 2007 (Alhamdulillah, hari ini genap setahun saya bertugas di Sarawak Shell Berhad): Segala puji bagi Allah, pada 2-3 Jun iaitu hujung minggu yang sudah, Kelab Anak Muda Muhibbah dengan kerjasama Curtin Education Excellence Facilitating Team (E-FacT), Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan PPG Miri dan Yayasan ‘Amal berjaya melaksanakan Kem Motivasi Insan Cemerlang di Kampung Muhibbah, Ladang 3, Niah iaitu kampung halaman saya yang tercinta.

 

Sekalung perhargaan dan jutaan terima kasih buat semua yang terlibat menjayakan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Sungguh terlalu banyak kenangan manis dan detik bermakna yang dilalui bersama sepanjang program 2 hari satu malam ini. Seramai 65 peserta terdiri daripada anak-anak Kampung Muhibbah dengan julat umur dari 10 ke 19 tahun yakni murid Tahun 4 sehingga ke Tingkatan 6 telah mengikuti program ini. Kesungguhan urusetia khususnya anak-anak muda kampung telah menjadikan program tahunan kali ke-2 ini mampu direalisasikan. Komitmen para fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa Curtin University dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sesungguhnya telah memberitahu dan memberimahu kepada adik-adik peserta untuk cemerlang dunia dan Akhirat melalui 4 slot Latihan Dinamika Kumpulan (LDK) dan sesi Koreksi Diri yang telah dijalankan. Selain itu, kewibawaan ilmu, kehebatan penyampaian dan semangat membara para penceramah jemputan juga telah menambah input bermakna kepada pengisian-pengisian program. Alhamdulillah! (selanjutnya…)

Read Full Post »