Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 15 Jun 2007

Mereka itu seperti binatang ternakan…

Ulaa ika kal an’am, bal hum adhal”
“Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi
!” 
 

As-Sarawaki, 15 Jun 2007: Satu lagi tragedi pilu! Pelbagai rasa-rasa tentunya hadir di hati Mu’min sejati.. Marah.. Terkejut.. Simpati.. Sedih.. Maka di sini benar dan sungguhlah, kemanusiaan dan kasih sayang sudah kian mati kini! Sebelum ini saya ada menulis satu entry tentang Berita Gempar: Ustazah Ditemui Mati Dibunuh, namun kes pembunuhan yang satu ini lebih tragis dan menyayat hati. Tragedi pembunuhan Allahyarham Muhammad bin Ishak ini bukan tragedi biasa. Ini kerana pembunuhannya dibuat oleh suspek yang amat mengenali mangsa. Suspek juga merupakan pelajar Al-Azhar, yang sedang menuntut ilmu Islam di Bumi Anbiya’ dan diharapkan suatu masa nanti akan menjadi ulama’ ummah!

 

Astaghfirullah.. Terus persoalan dan kekesalan lahir, bagaimana dengan hakikat keimanan dalam diri?.. Kefasadan semakin menjadi, yang disesalkan ia turut berlaku di kalangan ahli agama.. Maka benarlah apa yang dinyatakan dan dinukilkan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di dalam entrynya bertajuk Akhlaq Itu Bukan Lalang. Melihat kepada kebobrokan demi kebobrokan yang berlaku, wajarlah kita sama-sama hayati Sabda Rasulullah SAW berikut. Marilah kita menjadikan Rasulullah SAW sebagai Qudwah Hasanah!

إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق

“Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan dan nilai Akhlaq” (Disahihkan oleh al-Albani)

Berita dari bumi Mansurah (Sumber: E-mail dan Laman Web PMRAM)

 

Bumi Mansurah diselubungi kesedihan yang amat apabila seorang pelajar Muhammad bin Ishak (Terengganu) meninggal dunia pukul 1.00 pagi di Hospital Dauli akibat cedera parah. Banyak kesan tikaman di seluruh badan termasuk di leher, mata, paha dan yang paling teruk di kepalanya. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 7.00 malam, hari Rabu, 13 Jun yang lepas di sebuah rumah pelajar Malaysia berhampiran pasar di Dirasat, Mansurah, Mesir.

 

Mangsa yang sedang menghadap komputer diserang dari belakang dan bergelut sehinggalah ditetak seluruh badan dengan 3 bilah pisau, antaranya pisau pemotong daging yang baru dibeli. (selanjutnya…)

Read Full Post »