Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 6 Jun 2007

Jeanne AbdullahPM - Pak Lah

“Jeanne Abdullah – Abdullah Ahmad Badawi” 

PUTRAJAYA, 6 Jun 2007: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan perkahwinannya dengan Jeanne (Danker) Abdullah pada Sabtu ini, demikian diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

 

Majlis akad nikah hari itu akan dilangsungkan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di Putrajaya dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja, menurut kenyataan berkenaan.

 

Abdullah Ahmad Badawi, 67, menjadi duda setelah isterinya, Datin Seri Endon Mahmood, meninggal dunia pada 20 Oktober 2005 akibat kanser payudara. Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Kamaluddin dan seorang anak perempuan, Nori (isteri Khairy Jamaluddin).

 

Jeanne, 53, dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Beliau juga mempunyai dua orang anak iaitu Nadiah dan Nadene daripada perkahwinan sebelumnya (dengan Osman Mahmud, adik kandung Endon Mahmood – Sumber: Malaysiakini).

 

Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan dan pernah bertugas dalam pengurusan beberapa hotel terkemuka di negara ini, termasuk Hotel Hilton Kuala Lumpur dan Hotel Pan Pacific. Jeanne juga pernah bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan Pengurus Kompleks Seri Perdana. Sumber: Bernama.

 

Tentang Perkahwinan: “Wahai Anak Muda, Berkahwinlah!”  -)

Read Full Post »