“Formula 1… Sukan, Komersil, Teknologi, Strategi dan Kerja Sepasukan”
As-Sarawaki, 23 Oktober 2007: Alhamdulillah, segala puji milik Allah SWT Yang Maha Kaya dan Maha Hebat. Antara berita yang dikongsikan di laman web syarikat saya semalam ialah kejayaan pemandu Scuderia Ferrari, Kimi Räikkönen memenangi Grand Prix Brazil sekaligus menjadi Juara Dunia Formula 1 2007 mengenepikan pesaing yang memiliki lebih mata darinya sebelum perlumbaan iaitu Lewis Hamilton dan Fernando Alonso dari McLaren-Mercedes.
Sebelum perlumbaan, favourite Lewis Hamilton dan Fernando Alonso yang merupakan rakan sepasukan masing-masing mempunyai 107 dan 103 mata di depan berbanding Kimi Räikkönen yang hanya mempunyai 100 mata. Namun dengan kemenangan 1 dan 2 di Litar Interlagos bersama rakan sepasukannya Felipe Massa, serta Fernando Alonso hanya berada di tempat ke-3 dan Lewis Hamilton pula di tempat ketujuh, menobatkan Kimi Räikkönen sebagai Juara Dunia dengan 110 mata manakala Lewis Hamilton dan Fernando Alonso terpaksa berpuas hati dengan berkongsi 109 mata di tempat ke-2 dan ke-3. Sebagai kesimpulan, aksi hebat dan bermotivasi adalah kata-kata yang tepat untuk menggambarkan kemenangan Kimi Räikkönen ini.
Berikut adalah berita yang dipetik dari laman web syarikat saya dan sila perhatikan ayat-ayat yang telah dihitam dan digarisbawahi. Saya insya Allah cuba untuk berkongsi dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian motivasi yang boleh kita pelajari bersama. Sila baca catatan dan komentar saya selepas berita ini di bawah. Semoga ada khair dan manfaatnya.
Congratulations to Kimi, Felipe and everyone in Ferrari and Shell!
Scuderia Ferrari’s Kimi Räikkönen won the Brazilian Grand Prix from second position on the grid. His team-mate Felipe Massa began the race in pole to finish in second position at his home Grand Prix. Fernando Alonso of McLaren-Mercedes took third whilst his team-mate and fellow title contender Lewis Hamilton crossed the line in seventh place. As a result the 2007 Formula One Drivers’ title was awarded to Räikkönen.
Following the victory Räikkönen commented: ‘the team is very close together; Shell has been doing a great job for us, improving the fuel – everything to help us with all the new regulations.’
Juan Carlos Perez, General Manager of Global Sponsorships, Shell Brands International, had this to say: “Congratulations to Kimi, Felipe and everyone in Ferrari and Shell for clinching the Championships. This year Shell has been celebrating over 60 years of shared passion for performance with Ferrari and what an incredible way to bring this celebration to a close!”
“Shell has worked extremely hard to provide Ferrari with the best product packages. This dedication has contributed to yet another strong season not to mention Ferrari’s 12th Drivers’ Championship title and 9th Constructors’ title with Shell. Everything we are learning in Formula One is directly passed on to the development of Shell products for the road such as Shell V-Power and Shell Helix – so undoubtedly it is our customers who come out winners.”
Kimi Räikkönen said in a reaction to his victory: “’It is very difficult for me to explain in words what I am feeling at the moment: it is an incredible emotion. I want to thank the team for everything they have done this year. Even when we went through some difficult times and it looked as though there was no way to fight back, we never gave up and this work produced its reward today. Thanks also to my parents, to my wife Jenni and everyone who believed in me. I have achieved what I have been after for a long time. Now everything else will be an extra. Today, Felipe’s help was vital and he was amazing. We had to get a one-two and then see what the others did. This time, things went our way and the unexpected did happen. This has been a very nice year for me during which I have enjoyed Formula 1 like never before. In Ferrari, I have found a great family and I am proud to have won the title with them.”
After 17 races and over a period of eight months, it is Kimi Räikkönen who wins the Divers’ Championship title on 110 points, the first of his career. Hamilton and Alonso finish level on points, each with 109.
The 2007 Formula One Constructors’ Championship was also awarded to Scuderia Ferrari who earned 204 points.
Follow the 2007 Race Season by visiting the Shell in Formula One website.
7 Motivasi Kecemerlangan Dari Litar Lumba:
1. ‘the team is very close together’: Kerja sepasukan adalah satu indikator dan syarat penting menuju kecemerlangan. No ‘I’ in ‘TEAM’! T.E.A.M. = Together Everyone Achieves More. Jangan memberi ruang kepada sifat-sifat seperti sombong, bongkak, angkuh, keras kepala, beranggapan kita sahaja yang betul dan memperkecil-kecilkan orang lain menguasai diri dalam mencipta kebahagiaan di Sekolah Kehidupan. Tingkatkan diri kita, namun jangan sekali-kali menjatuhkan orang lain. Jangan membina mahligai dari airmata insan lain. Hayatilah dan jangan sampai kisah ini terjadi:
“Ada satu cerita tentang 4 orang bernama SEMUAORANG, SESEORANG, SESIAPA, dan TIADASIAPA. Ada tugas yang penting untuk dibuat dan SEMUAORANG pasti yang SESEORANG akan buat. SESIAPA sahaja boleh membuatnya, tetapi TIADASIAPA yang membuatnya. SESEORANG amat marah kerana ia merupakan kerja SEMUAORANG. SEMUAORANG ingat SESIAPA saja boleh membuatnya, tetapi TIADASIAPA sedar bahawa SEMUAORANG tidak ingin membuatnya. Ia berakhir dengan SEMUAORANG menyalahkan SESEORANG apabila TIADASIAPA buat apa yang SESIAPA sahaja boleh buat.”
“Bacaan Motivasi Lanjutan:Teori MUKHTAR”
2. ‘shared passion for performance’: Visi dan Misi yang jelas dan tepat menuju kecemerlangan, passion = nyala rasa dengan semangat membara. Visi ialah perkara yang dihajati dan Misi ialah tindakan yang disepakati. Visi menjawab persoalan ‘What do we want to become?’ ya’ni bersifat futuristik, manakala Misi menjawab persoalan ‘What is our business?’ ya’ni perkara yang perlu disempurnakan – bersifat tindakan dan gerak kerja.
3. ‘the best product packages’: Penguasaan ilmu sains dan teknologi adalah tuntutan fardhu kifayah untuk kecemerlangan di dunia moden hari ini. Falsafah Pendidikan Negara: “Pendidikan adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
4. ‘thank the team for everything they have done’: Salah satu petua orang cemerlang ialah membina karisma dengan memberi penghargaan. Terdapat banyak inisiatif dan pelbagai jenis insentif sebagai galakan untuk orang-orang yang membantu kita mencapai kejayaan termasuk pujian, sanjungan, bonus, kenaikan pangkat, anugerah, tambahan gaji dan banyak lagi.
5. ‘never gave up and this work produced its reward’: Orang cemerlang sentiasa berfikiran positif, pantang mengaku kalah dan terus berusaha mencapai kejayaan. Berusahalah sehingga ke saat-saat akhir dan bukannya di saat-saat akhir. Fikirkan boleh dan insya Allah anda berhak hebat! Marilah kita sama-sama berjiwa besar, bercita-cita jelas dan berfikir sedar. Agik idup agik berjuang. Hayya bil jihad!
6. ‘thanks also to my parents, to my wife Jenni and everyone who believed in me’… ‘great family’: Kecemerlangan Kita Cipta Bersama dan Kongsi Bersama. Sayangi keluarga di situlah bahagia… Gembira dan bahagiakanlah orang tuamu! Buat yang sudah beristeri, ingat… Behind a great man, there is a great woman!
“Sahabat Seperjuangan Alumni UIA: Ibrahim, Idzwan, Amin Idris, Muhtar Suhaili, Effie Syam, Ahmad Hamidi, Fadzli, Zulkhairi”
7. ‘Felipe’s help was vital and he was amazing’: Salah satu ciri pemimpin berjaya lagi berwibawa ialah melibatkan orang lain dalam memburu kejayaan dan kecemerlangan. Jangan beraksi seorang diri. Ia bukan sahaja memenatkan, bahkan orang lain akan terasa diabaikan. Walauapapun jawatan dan kedudukan seseorang, mereka semua mempunyai potensi untuk memberikan idea, petua dan sumbangan yang kreatif dalam menyemai cita dan cinta.
Selamat maju jaya buat semua. Anda berhak hebat dunia dan Akhirat!
Wallahu a’la wa a’lam.
Salam Kecemerlangan di bulan mulia. Motivasi dari LITAR LUMBA ini boleh kita jadikan landasan menuju kecemerlangan diri kita semua!. Teruskan ber’LUMBA mencapai PODIUM terbaik di sisi ALLAH SWT.
http://nizam83.wordpress.com
Breaking news… How’s his life now?
‘Casino King’ Lim Goh Tong dies.
Read more:
1. http://www.malaysiakini.com/news/73875
2. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/10/23/nation/20071023130341&sec=nation&focus=1
Raikonnen rocks!
akum..tahniah…saudara memberi saya ilham utk mencetus semangat bagi pelajar saya dan juga diri saya..mg diberkati ALLAH
Akhi Nizam, Abdullah Fahim dan KhairulnizamBakeri;
Terima kasih atas perkongsian, pengumuman dan komentar yang diberikan.
Sdr Musafir;
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah dan doakan semoga terus istiqamah. Mudah-mudahan diberkati Allah jua hendaknya. Amiin.